448 Kamu Boleh Dengar Tak?

Translator: EndlessFantasy Translation Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Pemain profesional terlalu hebat!" ujar Loulan Slash.

Pasukan mereka sebenarnya agak berat sebelah. Selepas dibelasah teruk oleh Huang Shaotian, mereka semua berharap Ye Xiu akan menang dengan penuh gemilang. Mereka sudah menganggap Ye Xiu sebagai salah seorang ahli pasukan mereka sendiri.

Mereka gembira melihatkan Huang Shaotian dicampak-campakkan bagaikan patung kain. Namun, Loulan Slash juga agak kecewa.

Pertarungan dengan Huang Shaotian telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya. Dia sudah lama bermain Glory dan telah banyak berlawan dengan pemain lain, tetapi tidak ada satu pertarungan pun yang membuatkan dia berperasaan sebegini.

Serangan balas yang mengubah situasi, perubahan dari kemenangan kepada kekalahan… Biarpun Loulan Slash telah dibelasah teruk, dia harus mengakui serangan terakhir Huang Shaotian sangat bijak. Dia bukan sahaja memenangi perlawanan, dia turut mematahkan semangat Loulan Slash.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

avataravatar
Nächstes Kapitel