Bersama renungan gelapnya, Alfareeze lirik setiap langkah Darra itu. Berani sungguh ya?Tak terfikir ke Darra apa akibatnya berjalan masuk ke dalam kandang harimau ini?Menemui lelaki yang gadis ini telah tinggalkan begitu saja tanpa ucapan selamat tinggal pula tu!
Cari masalah betul!?
Elok dia berikan Darra peluang untuk tidak menemuinya, tapi masih juga berdegil mahu mencarinya?
Darra...Darra..
Sekiranya Darra tidak beredar dari sini dengan segera, dia mungkin akan benar-benar mengurung cinta hatinya ini dan memenjarakan Darra agar tidak dapat ke mana-mana lagi.
"Berhenti."arah Alfareeze apabila Darra berjarak lima langkah dihadapannya. Jika Darra berada hampir dari itu, gadis ini akan dalam bahaya!Dan dia tidak janji samaada dia dapat kawal dirinya lagi.
Terhenti Darra serta merta di situ. Dia pandang Alfareeze dengan kening mencerun tidak puas hati. Giginya terketap erat menahan sabar.
Keadaan menjadi senyap antara mereka berdua. Sekejap-sekejap deru angin pada tengah hari bertiup menyapa mereka. Namun tidak lama....
"Apa yang awak cuba lakukan di sini cik muda"tegur Alfareeze mengecilkan sedikit mata kerana silau. "Di sini adalah kem tentera...kawasan terlarang orang perempuan. Sekiranya awak sesat saya boleh hantar seseorang untuk bawa cik muda pulang semula ke jalan yang betul..jika bukan tolong beredar dengan segera...."balasnya masih berlagak seakan tidak mengenali Darra.
Untuk seketika Darra mengetap gigi dan membuat muka kekesalan. Kenapa Alfareeze ni!?Cara bercakap tu macam tak kenal dia pulak!Marah sangat ke pada dia. "Saya nak bercakap dengan awak.."
Bergetar dada Alfareeze taktala suara lunak lembut menghentak gegendang telinganya. Sedaya upaya dia kawal diri dari menggigit bawah bibir. Rindunya dengan suara ni.
"Bercakap dengan saya?Tentang apa ya?"ujarnya dengan riak tenang dan dingin. "Adakah kita berdua saling mengenali antara satu sama lain?"dia mahu tapi tidak...dia enggan mengalah. Darra telah berulang kali menyakiti hatinya...jadi sekurang-kurangnya Darra perlu rasa perasaan sama seperti yang dia telah lalui selama ini kerana berjauhan dengan Darra.
Ucapan Alfareeze itu buatkan Darra terkedu. Sampainya hati! Bibirnya dah tercebik sedih hendak menangis. "Kau dah lupakan aku ke Alfa?"soalnya kesedihan.
"Please..jangan menangis.."bisik Alfareeze dalam hati.
Dia pandang mata bundar Darra yang mula berkaca itu dengan perasaan bercampur baur. Keningnya juga hampir berkerut kerana ikut terkesan dengannya. Alahai....
Lemah betul la dia kalau nampak Darra menangis! Ni yang pantang ni!
"Saya tak tahu apa yang cik maksudkan..."
Darra mula sebak. Dia pandang Alfareeze dengan geram sambil menggigit bawah bibirnya. Ishh!Benci la macam ni!Boleh tak berhenti berpura-pura tak kenal dia! "Kau betul-betul akan terus macam ni?"
"Tentang apa?"
"Berlagak macam kau tak kenal aku?"
"Untuk apa saya buat macam tu?Memangnya kita berdua pernah berkenalan ke sampai saya perlu berpura-pura tidak kenal cik muda?"
Semakin merinding kegeraman Darra dibuatnya. Ingat kelakar la tu buat-buat tak kenal dia!Air mata mula bergenangan di kelopak. "Kau betul-betul tak kenal aku siapa!?" soalnya lagi.
Mestilah kenal...takkan la tak kenal Alfareeze perasan kedua-dua belah pipi Darra berona merah. Sedih sangat la tu. Haish! Mental dia kalau lama-lama macam ni.
"Pulang la Darra..." dia tidak sampai hati hendak terus menerus bersikap tidak tahu pada kekasihnya ini. "Aku tak nak temui kau sekarang..sebaiknya kau jangan buang masa dekat sini"beritahunya di dalam hati sebelum berpaling membelakangkan Darra.
Darra pandang dengan marah.
"Berpaling aje kau dari aku...aku sumpah Alfa...aku sumpah kau takkan jumpa aku lagi!"beritahu dia sewaktu pandang belakang badan Alfareeze yang berkemeja kedut-kedut tidak dibutang habis. Berani lelaki ni berpaling dari dia ya!
Memang berhenti la jawabnya. Alfareeze terus berpusing menghadapkan badannya ke Darra. Apa dia tadi?kening kirinya terjungkit. Perangai mengugut tu sikit pun tak berubah kan?!
Air mata turun mengalir dari mata kiri Darra. Tahu pun takut! "Katakan sesuatu Alfareeze. Jangan mendiamkan diri...!" arahnya dengan geram.
Dasar degil!Rahang Alfareeze berketik hendak hilang sabar.
"Kau tak nak bercakap dengan aku sekarang...lepas ni aku pergi terus menghilang tanpa jejak!"beritahu Darra lagi. Alfareeze beria sangat nak kahwinkan dia dengan orang lain kan!Tak apa!Dia larikan diri dari sini tanpa sesiapa tahu nanti kalau itu yang Alfareeze mahukan.
Krik!Berkepal penumbuk Alfareeze lepas dengar. Darah dia berderau naik ke otak serta merta. Bolehnya Darra cakap macam tu lepas apa yang dia dah lakukan! Memang tidak la dia nak biar!Buat dia naik darah je dibuatnya.
"Kalau kau buat semua ni sebab marahkan aku kerana tinggalkan kau!Kenapa kau masih cari aku jugak!Kalau aku tahu kau akan kahwinkan aku dengan orang lain...aku takkan tunggu dan terus cintakan kau selama tiga tahun ni!"Lantas Darra pun berpusing untuk pergi dari situ. Dia tidak mahu menunggu Alfareeze berhenti buat perangai merajuk tu!Buat sakit hati aje la.Kalau Alfareeze dah lupakan dia, dia pun boleh lupakan Alfareeze!
Berjalan saja Darra dari situ, Alfareeze terus melangkah luas dengan marah. Apa yang dia baru dengarkan tadi!?Darra masih apa?
Dengan langkah marah dan bibir terkumat-kamit menggerutu geram. Dasar lelaki menjengkelkan. Manusia tidak berhati perut. Ais batu tak guna!Dinding kayu!Semuanya ada pada Alfareeze tu.Sampai hati Alfareeze perlakukan dia macam ni! Dia tidak sepatutnya berharap yang dia akan dapat bersama dengan Alfareeze! Darra selak hood mantelnya naik ke atas kepala semula.
"Jangan harap aku akan tung-aghh!"tak sempat hendak bersuara, Darra terkejut apabila satu lingkaran erat terasa dipinggang. Sesaat sebelum tubuhnya diangkat dari tanah."Apa yang-"sekali bila dia pandang ke tepi, Alfareeze sedang mendukung badannya dengan sebelah tangan saja. Dia tergantung di tepi badan lelaki itu seperti Alfareeze menjinjing beg.
Lelaki itu membawa Darra masuk ke dalam khemah bersama mimik muka serius hendak mengamuk.
"Agh!"tercampak Darra atas tilam sejurus itu dalam keadaan mengiring. Sakitnya!Dahlah dia tengah tak sedap badan...bolehnya Alfareeze campak dia macam bantal golek!? "Apa yang kau buat ni-!"tidak semena belakangnya bersandar ke katil sebelum merasakan bahagian atasnya dihempap. Terpejam mata dia kerana menahan terkejut.
Apa yang-
"Lari?Kau nak lari lagi?"deram Alfareeze bergerak ke atas Darra waktu itu. "Kau teringin sangat aku ikat dan kurung kau sekarang jugak ke Darra Emerson!"deru nafas kasarnya menyapa muka tu.
Naik turun kencang nafas Darra waktu itu. Dia pandang dengan mencerlung akan Alfareeze yang kelihatan begitu berang sekali. Dia takut tapi perasaan marahnya mengelabui takutnya pada Alfareeze.
Baru nak bercakap!
Baru nak mengaku!
Tunggu dia buat perangai baru nak mengalah!
"Bangun dari aku sekarang!!"Darra angkat tangan kanan. Cuba menolak badan Alfareeze tapi Alfareeze capai tangan kanannya lalu di kunci dengan tangannya ke tepi kepala pula.
"Tak nak!"getus Alfareeze dengan tegas.
Tak masuk akal la semua ni!
Sebab itu dia enggan menemui Darra sekarang, sebab dia tahu mereka pasti akan bertengkar!
"Kau nak aku pergi sangat kan... biarkan aku pergi!"gelut Darra cuba bangunkan badannya tapi sedikitpun tidak berguna. Ditambahkan lagi dengan keadaan tidak mengizinkannya. Memang susahlah gayanya.
Kenapa dengan Darra ni?Nak berangin satu badan padanya?Seingat dia la...Darra tau yang buat salah dengan dia. Dha kenapa Darra pula yang menyinga?
"Bawa bertenang Darra...!Kau akan buat aku sakiti kau..."Alfareeze hempap badannya yang berat itu ke Darra dengan marah kerana gadis itu enggan berhenti dari bergelut!
"Kalau macam tu bangun dari aku!"Darra angkat tangan kiri pula, dia pegang muka Alfareeze dan sekali lagi cuba menolak muka pulak.
Alfareeze berderam keras sebelum capai tangan kiri Darra lalu dikunci dengan cengkaman tangannya sendiri. "Macam ni ke kau bercakap dengan aku lepas tiga tahun kau tinggalkan aku?Patut ke tak patut sekarang ni?"soalnya sambil tu.
Marah-marah Darra pandang Alfareeze. Patut ke tak patut?Soalan apa tu?
"Tadi aku cuba nak bercakap dengan kau kan...tapi kau buat perangai tak guna kau!Cakap macam tak kenal aku...salah siapa sekarang ni?"Dia berhenti dari bergelut. kerana jika dia semakin bergelut semakin teruk sakit badan dan kepala yang dia tanggung sejak tadi. Rasanya memang sah dia demam! "Lepaskan aku sekarang."tegasnya semasa pandang muka diatasnya. "Aku cuba nak caka-"terdiam dia apabila terlihat sesuatu yang tergantung di atas muka ketika itu. Dia kedip-kedipkan mata dia beberapa kali untuk pastikan yang dia tidak salah nampak. Seutas rantai yang diselit dengan cincin tergantung di leher Alfareeze!
Semakin dia teliti semakin jelas bentuk cincin itu.
Kenapa cincin yang ditinggalkan masih ada pada Alfareeze?
"Kenapa?"Mata Alfareeze ikut turun memandang ke bawah. Nak tahu apa yang buatkan Darra terdiam.
Darra pandang dengan wajah tergamam. Apa yang berlaku sebenarnya dekat sini?