webnovel

Episode 96 : Tawaran

Waktu Alfareeze mendekat, Darra sudah hampir diserang panik. Seluruh badannya jadi kebas dan jantungnya berdegup laju. Sampaikan dia langsung tidak sedar yang dia pandang dengan mulut terbuka sedikit kerana terpana dengan susuk lampai Alfareeze. Sejak bila Alfareeze nampak lebih menawan dari kali terakhir dia melihatnya?

Berarak sama dengan Tolan dan pengiringnya, Alfareeze terus maju ke arah sama dimana Darra sedang berdiri. Riak wajahnya masih tenang dan matanya terarah ke depan.

Semakin lama semakin mendekat, Darra pula hampir saja hendak menggapai tangan apabila Alfareeze sudah hampir dengannya!

Punya la berdebar Darra tunggu sekali tu, lelaki tersebut dengan bersahaja jalan melepasinya begitu saja.

Ianya seakan Alfareeze tidak nampak dia berdiri di situ!

What the hell!

Tergamam kerananya Darra terus berpusing memandang belakang badan Alfareeze. Lelaki tu langsung tak toleh semula?Serius la! Apa yang baru berlaku?Lelaki tu tidak mengecam dirinya ini ke?Bolehnya menonong macam tu aje!?

Lain sangat penampilan dia sampaikan tegur pun tidak?Serius?

Apakah!?

         "Kenapa cik muda?"tegur Zen tidak semena.

          "Itu wakil Coravia?"Darra palingkan kepala ke Zen. Berdenyut-dengut sakit nadi jantungnya dirasakan waktu itu. Hinggakan keningnya berkerut. Kenapa Alfareeze buat-buat tak kena akan dirinya? Benci sungguh ke Alfareeze padanya?

Tapi kan...Alfareeze memang dah tahu dia berada di sini dari awal ke atau pertembungan mereka ini hanya satu kebetulan saja?Sebab itu Alfareeze buat tak endah?

Tapi tak mungkin la Alfareeze cari dia sampai ke sini?

Kan?

           "Mereka lah. Dan lelaki dihadapan sekali tadi adalah ketuanya. Alfareeze Guzman Marcel. Seorang komando yang telah menakluk hampir ke seluruhan negeri termasuk negeri Cameron sendiri...."

Apa dia tadi?

Darra baru saja hendak bertanya apabila suara dari atas tangga menyentak mereka berdua.

           "Awak dah sampai Darra..."Putera Malik berjalan turun dari situ mendekati mereka pula.

Melompat terkejut dengan sapaan tersebut Darra berpusing semula menghadap tangga. Dia pandang wajah serius Putera Malik sambil mengangguk kepala.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya dekat sini!?

Paling penting soalan utamanya adalah kenapa Alfareeze boleh berada di sini!?

Apa yang dia dah tertinggal semalam?

          "Saya diberitahu tuanku hendak menemui saya."beritahu Darra masih dalam keadaan bingung yang amat sangat. Muka serius Alfareeze yang dia pandang tadi masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Serius beritahu dia mahu mendapatkan Alfareeze sekarang juga!Dia mahu lari dan keluar dari istana ini untuk mengejar lelaki tu!

          "Kalau begitu mari ikut saya keluar jalan-jalan ke taman."Putera Malik hulur tangan kirinya untuk Darra rangkul.

          Darra tunduk pandang tangan Putera Malik lalu naik memandang muka pula. "O-okay."angguknya teragak-agak saat merangkul lengan kanannya ke lengan kiri Putera Malik.

Zen tunduk mengundurkan diri untuk beri laluan kepada mereka berdua jalan. Sempat juga dia mengintai kelibat dua orang itu kerana iri melihatnya. Seorang seorang jelita masakan tidak iri. Selain itu ramai orang istana bercerita mengenai betapa sepadannya mereka berdua itu sebagai pasangan. Tapi itulah, cara Darra melayani Putera Malik seakan hubungan sebagai seorang kawan saja. Jadi ship mereka tidak dapat berlayar nampak gayanya.

Berduaan tanpa pengiring, Darra berjalan seiring dengan Putera Malik sepanjang laluan kecil dalam taman bunga di belakang istana. Sejak tiba disitu mereka hanya mendiamkan diri kerana tenggelam dalam menung masing-masing.

Darra dengan fikirannya terhadap Alfareeze.

Putera Malik pula berfikir tentang keputusannya.

Tiba-tiba seekor terbang melayah melintasi depan laluan mereka. Membuatkan Darra tersentak dan mencengkam kuat lengan Putera Malik secara refleks. Dan sama-sama menyentak lelaki itu kerana sentuhannya.

Ciapan burung kedengaran tidak lama selepas itu di pokok rendang yang memayungi sepanjang Lorong kecil di situ.

        "Darra..."

        "Hm?"

        "Saya ada perkara penting yang hendak di sampaikan kepada awak..."

         Tentang peperangan yang Alfareeze declare ke? "Tentang apa?"Darra palingkan kepalanya sisi saat mereka berdua masih berjalan.

Pandangan mata Putera Malik terarah pada jalan batu halus di bawah kaki, termenung memikirkan pilihannya. Seandainya dia diberi pilihan samaada perasaan Sukanya atau keselamatan negeri, dia akan memilih negerinya tidak kira apa sekalipun keadaan. Sesuka macam mana sekalipun dia pada Darra, dia kena pilih rakyatnya.

          "Seperti yang awak sedia maklum, pihak Coravia yang dikatakan cuba hendak menakluk tanah Marlowe sudahpun menghantarkan wakilnya ke sini untuk membuat rundingan."

          "Ya.."Jadi Alfareeze adalah wakil dari Coravia itu.

          "Dalam rundingan itu mereka memberikan Marlowe dua pilihan..."bersama renungan kesalnya Putera Malik palingkan kepalanya ke Darra. Dia benar-benar minta maaf. "Pilihan pertama serahkan Marlowe tanpa berlawan dan menaung dibawa satu raja iaitu Coravia."

          Darra ikut sama membalas renungan Putera Malik tanpa ada apa-apa perasaan. Dia tidak rasa berdebar tidak berasa kekok seberapa lama dia bertentang mata dengan lelaki ini. Entah kenapa dia rasa natural kalau dengan mana-mana lelaki. "Pilihan kedua..."

          "Jalinkan hubungan diplomatik dua hala antara dua negeri...melalui perkahwinan."

          Hah?Macam pelik aje?Darra buat muka 'what the heck' lepas dengar. "Tapi-"

          "Perkahwinan itu bukan di antara saya...tapi awak."Putera Malik pintas katas Darra serta merta.

           Hah?Darra berhenti dari berjalan. Dia turunkan tangan dari rangkulannya di lengan Putera Malik. "Saya?"apa maksudnya?Dia kena kahwin dengan Raja Coravia?Takkanlah.

          Putera Malik mengangguk. "Saya cuba berikan calon lain, namun begitu idea saya ditolak. Mereka bertegas menginginkan awak sebagai calonnya."dia pandang wajah susah hati Darra dengan perasaan serba salah.

           "Adakah ayah saya tahu mengenai hal ni?"

           Putera Malik mengangguk lagi. "Mungkin disebabkan hal itu ayah awak jatuh sakit.."tambahnya. "Saya perlu lindungi rakyat dan kerajaan ini Darra...peperangan bukan jalan penyelesaiannya.. Dan saya tidak mahu menyerahkan tanah sendiri kepada orang lain untuk dijaga....jadi kami dah ambil keputusan"

            Darra menggeleng kepala sambil undur ke belakang. "Tak...tuanku tak boleh buat saya macam ni...."dia tidak mahu berkahwin dengan sesiapa!Sebab dia tidak boleh terima mana-mana lelaki selain kekasih lamanya!

            "Maafkan saya..."ucap Putera Malik. "Mereka bertegas untuk memusnahkan kerajaan ni...saya tak boleh ambil risiko..."

Bibir Darra terketap erat. Dia pandang Putera Malik dengan kecewa.

Sampainya hati...sanggup tukar dirinya ini demi negeri. Kalau Alfareeze di tempat Putera Malik, bukan setakat negeri aje yang dimusnahkan tapi satu negara Alfareeze akan musnahkan demi mempertahankan dirinya!

            "Macam itu aje?"tanya Darra dengan mata berkaca.

           "Ayah awak belum bersetuju. Tapi disebabkan permintaan telah dinyatakan dengan keras oleh Coravia, Ayahanda dan juga saya terpaksa buat keputusan ni"tambah Malik lagi.

Senangnya cakap!

Patut la Alfareeze buat-buat tak tahu lepas Nampak dia tadi. Lelaki tu tahu dia akan dijodohkan dengan Raja Coravia. Sebab itulah Alfareeze langsung tidak menegur dirinya. Nampaknya Alfareeze benar-benar telah berputus asa terhadapnya. Lelaki itu pasti telah membencikan dirinya kerana telah memungkiri janji bersamanya.

Dah nak dibuat bagaimana lagi.

Dia cuma ada seorang ayah. Ayah dia ini yang jaga, besarkan dia dan beri segalanya untuk dirinya sewaktu ibu kandung dia membuang dirinya kerana harta. Ayah yang sanggup bersusah payah dan tanggung sakit sendirian semata mahu membesarkan diri. ya Mestilah dia akan pilih ayahnya.

Takkan la Alfareeze tak boleh nak faham!

            "Darra..."Putera Malik cuba sentuh lengan Darra. '

            "Jangan sentuh saya...."renggus Darra menyilang tangan ke dada protes. Ayahnya pun satu, kenapa la tidak memberitahu kepadanya sejak awal lagi yang Alfareeze berada di sini!?Boleh pulaknya ayah dia diam mengenai syarat rundingan mereka ini.

           "Saya terpaksa Darra. Demi keselamatan penduduk negeri ini. Saya kena ambil tindakan yang rasional bukan berdasarkan emosi dan perasaan. Saya harap awak faham tentang tu.."beritahu Putera Malik cubaan hendak memujuk rajuk Darra.

            Tidak membalas, Darra memusingkan badan memandang ke tumbuhan renek yang berada di hadapannya. Hatinya sakit untuk pandang muka Putera Malik saat itu. "Tuanku aku ada pertimbangkan tak..perasaan saya semasa buat keputusan tu?"

             Cepat-cepat Putera Malik maju ke depan Darra. "Saya tahu...saya pertimbangkan perasaan awak.."kedua belah bahu Darra di pegang. "Tapi saya tiada pilihan.."

             "Tak!"Darra menolak tangan Putera Malik jatuh dari bahunya. "Tuanku tak fikir..sama ada saya sukakan seseorang ataupun tidak..tuanku hanya fikir tentang kerajaan tuanku.."senang aje bercakap.

            "Apa maksud awak?Awak sukakan seseorang?"Putera Malik tersentak. Keningnya terangkat tinggi kerana terkejut.

Darra mebuat muka menyampah.

Dah terlambat untuk semua itu. Alfareeze sudahpun melepaskan dia. Beria saja dia fikir yang Alfareeze ke sini deminya. Rupa-rupanya bukan...lelaki itu hanya datang untuk menjadi perutusan Raja Coravia semata...

Makin difikirkan makin sakit pula hati dia.

Tiga tahun dia pertahankan rasa Sukanya pada Alfareeze kerana berfikir dia dapat menemui Alfareeze satu hari nanti kerana lelaki itu dah janji akan mencarinya!

Namun semua itu hanyalah angan di siang harinya.

           "Kalau dah tak ada apa-apa lagi...saya nak balik!"pamit Darra marah-marah semasa berpatah balik ke arah dimana mereka lalui.

           "Darra!"panggil Putera Malik kerana berasa tidak senang hati kerana Darra tidak menjawab soalannya tadi. Benar ke Darra menyukai seseorang?Tapi siapa?Takkan la dirinya pulak kan?

Nächstes Kapitel