webnovel

Episode 81 : Terbakar!

"Hahaha...buat susah-susah saja la tuanku ni.."ketawa Duke Marcel dengan gembira semasa melihat sebuah peti berisi dengan perak dan emas tersusun di dalamnya diserahkan kepada pembantunya.

           "Apa yang susahnya...kan kita akan berbesan tidak lama lagi. Kena la beta berikan yang terbaik untuk keluarga Duke Marcel...barulah nampak sikit Duke Marcel ini tinggi darjatnya.."borak Raja Alan dengan senyuman lebar di bibir.

Betapa senangnya perasaan Duke Marcel. Sejak awal lagi kehidupannya semakin lama semakin membaik dan menyenangkan. Kalau bukan kerana kebodohan Duke Elijah dia tidak akan dapat berada di sini. Sekarang!Dia bakal menjadi Panglima Perang, anak lelakinya bakal menjadi menantu diraja dan dikurniakan pangkat sebagai Grand Duke. Selepas ini ayahnya tidak akan pandang rendah padanya dan tidak akan diremehkan lagi dengan ahli keluarga dia yang lain.

Yalah...sejak dulu lagi, Duke Marcel sering dicemuh dan direndah-rendahkan dengan ahli keluarganya kerana kegagalan dia dalam hidup. Semuanya kerana latar belakang ayah Duke Marcel adalah Grand Duke dari Negeri Coravia. Ayah Duke Marcel terlalu pandang rendah kepada Duke Marcel sehingga membuatkan Duke Marcel ambil keputusan untuk mengkhianati sahabat baiknya sendiri. Dan dia sama sekali tidak menyesal!

Sebab Duke Marcel tahu, rakan baiknya Duke Elijah bukanlah seorang yang pandai membalas dendam. Rakan baiknya itu terlalu lembut hati dan baik...lihat sendiri la keputusan lelaki itu yang sanggup tarik diri awal-awal dengan berpindah ke luar negeri semata enggan berebut kedudukan dengan dia sebagai Panglima Perang.

            "Terima kasih tuanku!Akan saya berikan sepenuhnya kesetiaan saya terhadap tuanku dan negeri ini!"lafaz Duke Marcel dengan mendabik dada.

            "Bagus..itu yang beta mahu dengarkan.."Raja Alan mengangguk kepala senang hati.

Sedang dua orang itu berbual, dengan mengejut pintu bilik sidang terbuka. Seorang lelaki berlari masuk ke dalam tanpa peduli hendak memberi sapaan hormat atau apa!Wajahnya pucat dan berpeluh cemas.

            "Duke Marcel kita ada masalah!"laung seorang daripada pengiring Duke Marcel tercungap-cungap mengah.

Melompat terkejut dua orang itu sehingga memalingkan kepala dengan serentak. Muka masing-masing terbungkam.

           "Ada apa ni Remus?"tanya Duke Marcel marah-marah. "Tak nampak ke saya bersama dengan siapa sekarang!?Memangnya ada apa kamu seperti dikejar hantu begini?"

           Lelaki itu menggeleng kepala. "Ru-rumah tuan...Rumah agam tuan...ianya terbakar. Seluruh kawasannya di mamah api!"tergagap-gagap dibuat rasa terkejutnya Remus beritahu Duke Marcel.

          "APA!"Duke Marcel bangun dari situ. "Apa maksud kamu dengan terbakar!?"

          "Benar tuan..seluruh kawasan rumah agam tuan telah terbakar...tiada satu pun yang tinggal!"

           "Bagaimana ianya boleh terjadi!?"Duke Marcel berdiri di situ dengan riak wajah tergamam.

Sementara Raja Alan yang begitu bingung selepas mendengar apa yang disampaikan silih ganti memandang Duke Marcel dan pengiring lelaki itu.

Terbakar?

Rumah siapa tadi?

Apa yang telah terjadi sekarang ni?

             "Kamu dah tahu apa punca kejadian?"soal Raja Alan.

Waktu itu muka Remus sangat pucat, lelaki itu jelas kelihatan begitu ketakutan dan tidak tentu arah. Jelas-jelas buktinya dari nafasnya yang naik turun dan tangan dia menggigil. Renungannya yang terarah pada Duke Marcel bergerak ke Raja Alan sesaat selepas raja itu menegurnya.

             "Ten-tentang tu..."tergagap-gagap Remus dibuatnya. Dia terlalu terkejut hingga otaknya gagal berfungsi dengan baik.

             "Beritahu Remus!Apa yang kamu gagapkan!?"bentak Duke Marcel tidak semena kerana sudah hilang kesabaran.

             "Lord Alfareeze..."lafaz Remus melompat terkejut. Matanya menggigil ke tatapan Duke Marcel. "Lord Alfareeze mengarahkan para tentera yang dimilikinya untuk membakar seluruh kediaman Duke Marcel...namun tiada kemalangan jiwa kerana semua orang dibawa keluar dengan selamat sebelum kebakaran bermula..."

Mulut Raja Alan ternganga serta merta.

Sementara Duke Marcel bereaksi seperti baru di tampar pada muka. Matanya terbutang kaku. Nafasnya tertahan.

            "Kenapa?Kenapa Alfareeze melakukan hal itu?"sudah hilang akal agaknya anak lelakinya itu!?

Soalan Duke Marcel telah membuatkan Remus terbayangkan wajah menakutkan Lord Alfareeze. Aura membunuh dari lelaki itu masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Membuatkan dia merinding seram.

            "Sa-saya tak tahu tuan...Lord Alfareeze hanya muncul dengan berpuluh tentera dan menghalau semua penghuni rumah sebelum membakar seluruh kawasan kediaman tidak lama kemudian...saya terus ke sini sewaktu pembakaran bermula.."

           Rahang Duke Marcel berketik. Lelaki itu menggengam kepalan penumbuk menahan sabar. "Apa yang Alfareeze fikir dia cuba lakukan!?"

            "Sebaiknya Duke Marcel gerak lekas balik sekarang...lihat kea-"

             "Tak perlu susah-susah..."satu suara dingin menyampuk tidak semena.

Dengan serentak semua kepala tersentak ke arah pintu masuk. Pandang saja ke situ, berjalannya Alfareeze dengan aura gelap menyelubungi sekelilingnya. Pakaian serba hitam yang dikenakan olehnya membuatkan lagi Alfareeze kelihatan berbahaya.

Di belakang Alfareeze beraraknya sekumpulan tentera berkelubung dan bertopeng pada muka. Mengiringi ketua komando mereka waktu itu.

             "Alfareeze...apa semua ni?"soal Duke Marcel dapat menghidu suasana ktidak kena dari anak lelakinya sebaik saja kelibat lampai tersebut berjalan masuk.

Raja Alan di kerusinya tidak berganjak. Dia malah diam di situ memerhatikan lelaki kepada Ketua Keselamatan Diraja berarak mendekat mereka di meja sidang situ. Memangnya ada apa sebenarnya ni?

Setibanya Alfareeze di depan meja itu, lelaki itu berdiri dengan tegak. Renungan membunuh terus terarah pada Duke Marcel dan Raja Alan.

              "Benar apa yang ayah dengar sebentar tadi?Kamu membakar rumah kita?Kenapa kamu lakukan hal begitu?Kamu dah hilang akal ke apa!?"tanya Duke Marcel.

              "Benar ke disebabkan ayah Duke Elijah meletakkan jawatan dan berangkat pindah ke luar negeri?"soal Alfareeze senada.

Raja Alan begitu terkedu di situ. Dia tenung wajah serius Alfareeze sebelum memandang tepi muka Duke Marcel dengan nafas tertahan.

             "Kenapa ayah lakukan hal tu?"kepala Alfareeze terlentok sedikit semasa memandang Duke Marcel. "Bukan ke saya dah nasihat kepada ayah awal hari itu?berhenti lakukan hal yang boleh menambahkan rasa benci saya terhadap ayah?"

             "Alfareeze...dengar. Beta boleh jelas-"Raja Alan turut berdiri hendak bersuara Namun terhenti dalam sekelip mata apabila Alfareeze jeling ke arahnya.

             "Duduk."arah Alfareeze begitu saja kepada Raja Alan. Jelas diwajah Alfareeze waktu itu dia tidak main-main dan kelihatan benar-benar akan membunuh seseorang waktu itu juga. Dia hendak berurusan dengan ayahnya terlebih dahulu. Jadi Raja Alan boleh tonton sehingga semua ini selesai. Setelah itu baru dia buat perhitungan dengan Raja Alan.

Raja Alan menyedarinya, jadi lelaki itu secara automatik terduduk semula di kerusi dan mengetap bibir mendiamkan diri. Dia sendiri dihambat rasa seram sejuk yang menakutkan. Tidak jadi hendak bersuara kerana perasaan itu.

                "Ayah tidak mengerti kenapa kamu berkata begitu.."dalih Duke Marcel.

Alfareeze berdengus kecil. Dia terlalu marah sehinggakan tidak dapat mengawal bibirnya dari tersenyum. Serius beritahu, sekarang ini darahnya terus berderau naik ke otak hingga berdenyut-denyut sakit urat saraf dibuatnya.

              "Ahh!Mengjengkelkan betul la!" pejamnya seketika hendak hilangkan rasa sakit tadi. "Begini ya ayah akan berkelakuan?Berlagak seperti tidak tahu apa-apa dan berlagak seperti tidak bersalah?"  pandangnya semula ke arah Duke Marcel.

              "Kenapa dengan kamu ni Alfareeze!?" Duke Marcel semakin kebingungan. "Dah hilang akal ke apa!?"

             "Betul ayah...saya dah hilang akal. Terima kasih kerana ayah juga la!"Alfareeze menarik sengih jahat meleretnya. "Ayah patut tengok apa yang telah saya lakukan di rumah kita....ayah pasti akan terkejut setelah melihatnya nanti..."

             "Jadi benarlah kamu telah membakar rumah kita!?"

            "Hahahaha.....baru rumah je...belum istana ni.."tambah Alfareeze melirik ke Raja Alan.

             "Kenapa kamu lakukan semua ni Alfareeze?"soal Raja Alan begitu risau melihatkan tingkah Alfareeze yang semacam itu. "Kamu sedar tidak tindakan kamu ini boleh dijatuhkan kepada pemberontakkan!Dan boleh dihukum mati!"

Alfareeze berdengus mengejek. Dia pandang Raja Alan dengan senyuman sinisnya.

             "Kenapa?Tuanku tanya kenapa?"Alfareeze tunduk memandang tangan berglove dia seketika. Bermain dengan permukaan kulit glove itu sebelum berkata. "Sebab saya marah.... sebab itu."

            "Kenapa kamu hendak marah hingga berkelakuan seperti orang hilang akal begini?"kening Duke Marcel mencerun tajam.

            "Sebab ayah sentuh perkara yang ayah tak sepatutnya masuk campur." Alfareeze menurunkan tangannya ke bawah semula sebelum diseluk ke dalam poket seluar dan mula berjalan sedikit demi sedikit. "Kan saya dah pesan...hidup tu jangan tamak sangat. Apa yang ayah hamakkan dengan harta serta pangkat ni?Saya tak faham tahu tak?"

Dada Duke Marcel waktu itu sudah naik turun tidak menentu saat perhatikan langkah Alfareeze mula hendak menghampiri tempat dimana dia sedang duduk.

             "Sekarang beritahu saya, kenapa Duke Elijah meninggalkan Negeri Cameron tanpa jejak dan menghilang begitu saja?Perkara apa lagi yang ayah telah lakukan kali ni?"soal Alfareeze sewaktu tiba di belakang kerusi Raja Alan. Tapi dia tidak berhenti, langkahnya malah diteruskan sehingga melepasi Duke Marcel.

Yang mana membuatkan Duke Marcel menahan nafas kerana berasa tergugat dengan jarak mereka berdua saat itu.

             "Duke Elijah telah melakukan pelbagai perkara demi mempertahankan kedaulatan kerajaan ini...malah dia sanggup korbankan kebahagiaan diri sendiri dan anaknya. Tapi apa?Apa yang beliau dapat selepas melakukan semua itu?"ujar Alfareeze lagi sambil berjalan. "Ditendang keluar dari tanah tumpah darahnya sendiri?Masuk akal ke semua ni?"

              "Ianya keputusan Duke Elijah sendiri.."beritahu Raja Alan.

              "Saya tahu. Ianya keputusan beliau. Tapi apa yang membuatkan beliau buat keputusan tu?"pusing Alfareeze ke Raja Alan semula. "Kalau tidak kisah, boleh kongsikannya kepada saya, tuanku??" Alfareeze sebut perkataan 'tuanku' dengan nada penuh amaran.

Duke Marcel terus menelan air liur gemuruhnya tidak semena. Dia terus memalingkan kepala ke Raja Alan. hatinya mula tidak tenang. Perutnya memulas hingga hendak terkucil di situ. Mati dia kalau Alfareeze tahu apa yang membuatkan Duke Elijah letak jawatan dan berpindah ke luar negeri. Raja Alan yang perasan Duke Marcel memandangnya, dia turut palingkan kepala. Saling bertentang mata dengan Duke Marcel sesaat kemudian.

Nächstes Kapitel