webnovel

Episode 67 : Serupa Tapi Tidak Sama.

Sedang dia sibuk mengemas barang yang perlu dibawa ke rumah Pearl nanti, Darra terpaksa menghadap kepala angin lelaki di belakangnya ini!

        "Kenapa kau kena datang ke situ sebagai Darra pulak?"

        "Alfa...tolong-"

        "Tak ada..aku tak faham.. kenapa dia beria sungguh nak suruh kau datang sebagai Darra, sedangkan boleh aje kau ke situ sebagai Darrius?"Alfareeze mengekori Darra sewaktu gadis itu jalan ke arah pintu almari. Sedang mencari sesuatu di dalamnya.

        "Yang kau nak marah ni kenapa?"

        "Aku tak marah. Aku bertanya"

         "Kau tanya?Tanya dengan nada suara yang tinggi?Itu maksud kau?"

         "Darra...jangan mulakan ya!"

         "Kau pun jangan mulakan. Ricardo hanya buat permintaan ni sempena hari lahir dia..salah ke aku tunaikannya sebagai seorang kawan untuk kawan..."

          "Darra...jadi orang tu jangan naif sangat boleh tak?Kau tak nampak ke yang Ricardo tu ada perasaan dekat kau!?"

           "Oh my gosh!Ini lagi...ini lagi. Alfa tolong kawal sikit sikap cemburu kau ni... macam mana nanti bila kau dah bersama dengan Puteri Eiliana?Dengan aku boleh la kau tunjuk perangai menjengkelkan kau ni ...nanti pada dia..mahunya kau dalam masalah.."Darra tutup laci dengan marah saat pandang ke Alfareeze. Sungguh mengalah dia dengan sikap Alfareeze yang satu ini.

           "Jangan nak ubah topik Darra. Kalau susah sangat aku putuskan pertunangan aku dengan Puteri Eiliana tu! Aku tengah tanya kau ni....kenapa kau turutkan permintaan dia tu!Dah nak pergi baru nak beritahu aku?Tak ada!Aku tak izinkan kau ke majlis dia sebagai Darra. Ubah penampilan kau sebagai Darrius!" Alfareeze tarik baju yang dipegang Darra.

Terkejut kerananya Darra ternganga memandang Alfareeze.

            "Boleh tak berhenti buat perangai childish kau ni?Dari kau marah-marah dekat sini...baik kau keluar dari sini sebelum ayah aku balik..!"Darra merampas semula baju dari tangan itu.

          "Adakah Ricardo cuba memperkenalkan kau pada ibubapanya?Sebab itu dia suruh kau hadir sebagai Darra bukan sebagai Darrius malam nanti?"kening Alfareeze mencerlung marah.

Ugh!

        "Boleh tak dalam sehari tu kita tak bergaduh Alfa?Kalau macam ni la gayanya, Entah-entah tak sampai lima bulan kita dah berpisah tau tu??"

        "Kau pergi jugak sebagai Darra....aku takkan bercakap dengan kau Darra!"

         "Ini la paling aku tak suka dengan perangai kau!Mengugut!Itu aje lah yang kau tahu!"bidas Darra begitu jengkel dan marah melihat sikap Alfareeze. "Kalau kau risau sangat tentang Ricardo, aku memang dah tahu dia sukakan aku..dan aku dah tolak dia dari awal okay!Kalau kau tak nak cakap dengan aku...fine. Tak payah bercakap langsung dengan aku!"

Pintu almari dihempas kuat sebelum dia dekati katil dan menyumbat pakaian ganti ke dalam beg untuk dibawa kerumah Pearl nanti.

          "Darra!"

          "Jangan bercakap dengan aku!"

End of flashbacks

Setelah tiga bersiap bersama Pearl, akhirnya mereka berdua tiba di hadapan rumah agam milik keluarga Duke Brett Woodward. Pedati yang membawa Darra dan Pearl waktu itu berhenti di belakang sebuah pedati putih yang parkir dihadapan kenderaan mereka. Dan para kelindan siap menunggu di hadapan pintu pedati menyambut kehadiran mereka.

Seorang demi seorang tetamu mula keluar dari pedati, ada juga sedang berjalan mendaki tangga untuk ke pintu Utama, ramai juga yang masih berlegar di sekitar pintu hadapan dan kawasan lobi luar bangunan itu berborak sesama mereka.

         "Ramainya orang?"ucap Pearl di sebelah semasa berdiri di sebelah Darra.

Dengan renungan kosong, Darra dongak melihat kemegahan rumah agam di depannya.

          "Jom.."Pearl mengajak sambil rangkul lengan Darra.

Dua orang yang indah dengan busana merah dan putih mereka itu berjalan dengan seragam mendaki anak tangga.

         "Aku dengar ini adalah kali pertama kita akan melihat keluarga Duke Brett. Memandangkan selama ini beliau sangat tertutup dan juga berahsia.."cerita Pearl apabila mereka disambut pengawal yang meminta kad jemputan.

Darra menyerahkan kad jemputan kepada pengawal di depannya untuk diperiksa. Sebelum mereka dibenarkan masuk.

         "Kenapa Putera Eilian tak ikut kau sekali tadi?"

          "Tak tahu la..entah kenapa tiba-tiba Putera Eilian beritahu dia tak dapat nak datang kerana ada urusan peribadi yang tak dapat dielakkan."jelas Pearl disaat para tetamu mula kelihatan jelas taktala mereka melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Udara dingin luar tadi berubah menjadi hangat serta merta.

          Darra pandang ke tepi muka Pearl dengan   hairan. "Tak jadi?"pelik betul. Bukan ke lelaki tu kalau boleh mahu berkepit sepanjang bersama Pearl tidak kira apa sekalipun keadaannya?

Masuk sahaja mereka ke dalam ruang lapang rumah agam tersebut, barulah penuh dan sesak dirasakan waktu itu. Darra dan Pearl terkebil-kebil sendiri sebaik melihat betapa Ramainya tetamu di situ.

          "Ramai betul?"Pearl cuba menjengah leher ingin mencari kelibat birthday boy mereka. Entah ke mana lelaki tu?

Sementara Darra yang tiada mood sepanjang hari itu selepas pertengkarannya dengan Alfareeze langsung tidak menunjukkan ekspresi berminat. Dia hanya pandang bosan sekitarnya dan berharap dapat keluar dari situ dengan segera.

          "Cik Muda Pearl..."panggil suara tidak asing dari arah belakang.

Maka tersentaklah dua gadis tersebut. Dan Darra orang terakhir yang menoleh selepas Pearl memanggil nama pemilik suara.

          "Hai Tuan Muda Ricardo..."ceria bersahaja Pearl menyapa.

Dengan megah dan majestic, berjalan Ricardo di celah para tetamu menuju ke arah Darra dan Pearl. Sementara tetamu-tetamu yang dilewatinya memerhati dengan renungan kagum masing-masing.

Darra di situ terus dapat melihat betapa lebarnya senyuman di bibir Ricardo sewaktu lelaki itu memandangnya sepanjang masa berjalan mendekati mereka.

Wajah Alfareeze terus bermain di dalam kepalanya.

Susah hati dia memikirkan lelaki kuat merajuknya itu.

Pandang muka Ricardo terus ternampak muka Alfareeze padanya.

         "Saya ingatkan cik muda berdua tidak dapat hadirkan diri.."kata Ricardo selepas berdiri di hadapan mereka berdua.

Darra diam di situ, memandang wajah kacak Ricardo yang dihias dengan senyuman manis dibibir.

         Pearl tertawa kecil kerana teruja melihat penampilan segak dan kacak Ricardo. "Segak sungguh malam ni ya...malah sepadan warna dengan dress Darra lagi tu...sama-sama putih..."selorohnya sambil tu.

         Tersipu malu dengan ucapan itu. Ricardo    pandang semula ke wajah cantik Darra sambil tersenyum. "Terima kasih kerana hadir.."dia hulur tangan kepada Darra.

         Tanpa berfikir panjang Darra terus meletakkan tangannya ke tangan Ricardo. "Terima kasih kerana mempelawa aku ke sini.."balasnya.

Dengan tertib, Ricardo tunduk memberi kucupan pada tangan Darra bersama senyuman di bibir.

Pearl di sebelah sudah teruja sendiri, gadis itu menepuk-nepuk tepi lengan Darra selepas Ricardo melepaskan tangan Darra ke bawah.

          "Mari...saya kenalkan awak kepada ibu dan ayah saya..cik muda Pearl sekali.."aju Ricardo mengajukan tangan ke satu arah.

          "Eh...saya tak apa. Awak kenalkan saja Darra...saya tunggu di sini.."lekas-leka Pearl menggeleng kepala tersenyum lebar.

           "Baiklah...kalau begitu jumpa kami di depan tempat potong kek ya.."pesan Ricardo.

            "Okay!"dengan bersemangat Pearl beri thumbs up.

Lantas Darra menyertai Ricardo. Berjalan di samping lelaki itu.

           "Kan aku dah beritahu..tak perlu kenalkan aku pada ibu bapa kau..tak faham bahasa ke?"Darra pandang menahan sabar ke Ricardo.

            "Hahah...maaf. Tapi saya tak boleh nak elak sebab saya nak awak jumpa sendiri..baru awak tahu kenapa saya nak awak temui ibubapa saya..terutama sekali ibu saya.."jelas Ricardo. "Serius saya beritahu awak...sebelum saya jumpa awak, saya tak perasan. Tapi tak lama selepas tu bila saya perhatikan betul-betul baru saya yakin."

Darra buat muka kerana tidak faham.

Apa yang Ricardo cakapkan dari tadi ni?

Apa yang perasan yang tak?

          Ricardo pandang ke Darra lantas tersenyum. "Awak mesti akan terkejut...."beritahunya semasa pegang belakang badan Darra dan tarik sedikit tubuh itu supaya merapat kepadanya. "Kenalkan...mereka la ibubapa saya"tangannya di aju ke hadapan.

Saat itulah Darra pandang ke arah yang diajukan. Dan matanya terus terarah pada pasangan suami isteri di tepi para tetamu yang berkumpul di sekitar. Orang pertama yang dipandang Darra waktu itu adalah Wanita yang mengenakan dress biru gelap dan bersanggul kemas.

            "Ibu..ayah"panggil Ricardo menyentak fokus dua orang tersebut.

Serta merta Puan Agnes dan Duke Brett pandang dimana Ricardo sedang berdiri. Sekali apabila mereka bertemu muka dengan Darra, Puan Agnes dan Duke Brett terdiam melihat gadis muda yang mukanya saling tidak tumpah seperti Puan Agnes sewaktu muda dulu.

            "Kenalkan...ini kawan yang Ricardo beritahu tempoh hari.."tunjuk Ricardo pada mereka berdua ke Darra di sampingnya. Senyuman lebar terukir di bibir.

Sementara Puan Agnes sudah berkerut kening seakan hendak menangis.

          "Siapakah cik muda di sebelah kamu ini Ricardo?"Duke Brett mula dapat mengagak. Namun dia inginkan kepastian. Inikah anak perempuan Duke Elijah?

          "Darra Emerson.."beritahu Ricardo semasa memandang ayahnya. memberi isyarat kepada orang tua dia bahawa ini la anak kepada Duke Elijah yang dikatakan menyamar sebagai lelaki selama ini.

Waktu itu Darra pandang Puan Agnes dengan renungan tidak faham. Bukan ke ini adalah Wanita yang diberitahu Marvin?Wanita yang dikatakan mempunyai rupa paras yang sama dengannya?

             "Darra...kenalkan ini ibu saya. Puan Agnes...dan disebelahnya ialah ayah saya Duke Brett..."Ricardo Perkenalkan dengan ceria.

Dalam keadaan teragak-agaknya Darra pun menyambut sapaan itu.

            "Apa khabar...senang dapat berjumpa dengan tuan dan puan.."tunduk Darra dengan kecil. Hatinya merasa ada yang tidak kena tapi tidak tahu kenapa.

Puan Agnes cengkam kuat kain napkin dalam genggaman tangan waktu itu. Begitu terkejut dia kerana melihat wajah dihadapannya saat itu. Darra Emerson!?Nama itu kan-

           "Sama kan mukanya dengan ibu...ini yang Ricardo nak beritahu...tapi sebenarnya rupa Darra lebih ikut ayahnya.."

Menggigil kuat lutut kaki Puan Agnes bila dengar. Dia pandang Ricardo penuh debar. Tak mungkin!Semua ini tidak mungkin!Berkerut merah kening Puan Agnes tanpa dia sedar.

            "Kalau begitu apa kata kamu pelawa Cik Muda Darra untuk minum dan menjamu selera dahulu sebelum kita memotong kek.."ajak Duke Brett saat memandang mesra ke Darra. Tidak sangka ya, Duke Elijah bukan saja memiliki anak perempuan yang kacak tapi pada masa yang sama cantik!?Seperti Duke Elijah sendiri!Memang tidak jauh panggang dari apinya!

Sekali lagi Darra mengerling ke Puan Agnes. Mereka berdua kebetulan saling bertentang mata tanpa diduga. Membuatkan Darra termangu seketika. Memang sama!Serius!Mata Puan Agnes buatkan jantungnya berdegup aneh!tapi kenapa??

Perasaan apakah yang dia rasai saat ini?

Kenapa tatapan mata Puan Agnes ini begitu lain buat dia yang memandang?

 

            "Mari Darra..saya bawa awak ke sana.."ajak Ricardo.

Sambil berpusing ketika itu Darra beri tundukkan kecil meminta diri pada Puan Agnes dan Duke Brett sebelum pandang ke depan meninggalkan mereka di belakang.

 

            "Adakah Puan Agnes ibu kandung kau Ricardo?"pandang Darra ke Ricardo apabila lelaki itu sedang bantu mengambil minuman untuknya.

               "Bukan. Puan Agnes adalah isteri perkahwinan kedua ayah saya. Ibu saya meninggal dunia kerana sakit. Tidak lama selepas itu ayah saya berkahwin dengan Puan Agnes.."jelas Ricardo sambil tu. "Dia ibu tiri saya.."

                 "Sejak bila?"entah kenapa Darra merasakan ada sesuatu yang aneh dengan Puan Agnes tadi. Renungan Wanita itu ibarat seakan mahu menangis selepas memandangnya!?Tapi mungkin ianya hanya perasaannya saja.

                "17 tahun yang lalu.."Ricardo meletakkan satu cawan minuman ke dalam tangan Darra.

Tidak berkedip mendengar jawapan itu, Darra menoleh semula ke arah dimana Puan Agnes dan Duke Brett tadi. Dan mengejutkannya, Puan Agnes turut sedang memandang ke arah Darra.

              "Awak nak makan apa-apa ke?Saya ambil kan?"aju Ricardo yang sama sekali tidak sedar mengenai situasi tersebut.

               "Boleh je yang mana-mana.."beritahu Darra tanpa mengalihkan matanya. Betapa banyaknya kemungkinan bermain dalam kepala dia saat itu. Tapi dia menafikan kesemuanya kerana berasa tidak masuk akal!

Ya!

Tak mungkin Puan Agnes adalah ibu kandungnya yang menghilang tu!

Tak mungkin!

Nächstes Kapitel