Cahaya bulan menyeliputi langit malam yang sepi. Sekumpulan lelaki berjubah melingkari sebuah lingkaran sihir yang besar di sebuah ruangan yang gelap sambil membacakan sebuah mantra secara bersamaan. Lingkaran sihir itu bersinar merah menyala sambil memancurkan aura yang tak terperi kuatnya menerbangkan salah seorang dari mereka. Seorang utusan berjubah hitam menghampiri sekumpulan lelaki itu dan di sambut hormat oleh mereka.
"Dia masih hidup dan bernyawa hari ini. Namun, aura yang sangat kuat tadi menandakan dia telah menunjukkan wujud sebenarnya"
"Hurm"
Utusan itu berbalik badan meninggalkan sekumpulan lelaki yang berjubah itu. Sebelum menghilang di balik pintu, dia berhenti seketika sebelum menyambung,
"Kerahkan para penyihir kita untuk mengesan lokasi dia. Cari dia di segenap pelosok The Kingdom"
"Siap dilaksanakan" balas salah seorang lelaki berjubah.
Utusan itu berpaling semula dan berjalan meninggalkan ruangan tersebut. Dalam kepekatan malam, terukir senyuman sinis di balik wajahnya yang mengenai cahaya sang bulan.
----------------------------------------------------------
Burung di langit berkicauan dan berterbangan keluar untuk mencari makan. Langit yang gelap dihiasi cahaya fajar yang menyinsing menandakan telah bergantinya hari yang baru.
Aku tersedar daripada tidurku. Aku pantas memandang tubuhku untuk memastikan sebarang perubahan tetapi hampa. Tiada perubahan sejak dua hari terakhir ini. Aku tetap seorang succubus bermata merah menyala dan rambut putih yang panjang dan mengurai mengenai pahaku. Di situ, Mitsua seperti kelihatan lena dibuai mimpinya sambil tetap memeluk pahaku layaknya sebuah bantal peluk.
("Ni memang tabiat Mitsua waktu tidur ke?")
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku melihat adikku ini. Lantas aku mengalahkan badannya yang terus memelukku itu dengan lembut agar tidak membangunkannya. Aku mengemas sedikit katilku sebelum keluar dari bilikku untuk berburu seperti biasa. Namun, langkahku terhenti sebaik sahaja aku membuka pintu dan melihat Saoto telah berdiri di hadapan pintu pintuku.
"Selamat pagi, Sei"
"Ehm, se-selamat pagi.
Jantungku mengencang sebaiknya sahaja menatap wajah Saoto. Aku melarikan sedikit wajahku dari menatap tepat wajahnya dan bercadang untuk meneruskan niat asalku semula.
"Anu, Saoto boleh tak beri laluan. Sei na-"
"Saoto dah pergi berburu tadi. Saoto dapat tahu daripada Ibu yang Sei memang suka bangun pagi-pagi untuk berburu. Saoto pun faham tengok gelagat Mitsua tu"
Aku dan Saoto tergelak kecil kerana mengingatkan perangai Mitsua itu yang cerewet sedikit bila menyentuh bab makanan. Sekurangnya-kurangnya, hatiku berasa tenang semula mendengar Saoto yang mahu sedikit bergurau denganku daripada terus berada dalam hawa percintaan yang berpanjangan. Namun, tanpa sedar tanganku telah disentap olehnya. Aku yang sedikit terkejut lantas memandangnya hairan.
"Jom memasak bersama di dapur. Ibu tengah tidur. Sekurang-kurangnya tak adalah Sei kepena-"
Aku menekup mulutnya dengan pantas sambil bergumam kecil. Pipiku memerah dan ekorku bergoyang ligat. Saoto memandangku dengan reaksi yang sedikit terkejut dalam wajahnya yang masih datar.
"Hehe, tak apa Sei boleh memasak sendiri. Terima kasih tolong ringankan pekerjaan Sei" (Cemas)
Aku melepaskan kembali tanganku dari mulutnya dan berlari-lari anak ke dapur. Aku rasa bantuan yang dihulurkan sudah cukup tidak perlu sehingga dia memaksakan diri untuk bersamaku di dapur. Aku risau dia tak akan teragak-agak untuk mendesak aku lagi sambil memasak. Hatiku langsung tak tenang bila memikirkan dia. Alangkah baiknya pekerjaan yang mudah ini aku buat sendiri, fikirku.
----------------------------------------------------------
Aku menghidangkan juadah yang telah siap kubuat di dapur. Jujur aku pun agak hairan untuk memasak apa sebentar tadi.
("EEP")
("KENAPA DIA BURU SEEKOR NAGA SEBAGAI BAHAN MAKANAN?!! Aku biasa tangkap ayam sihir je") (Sedih sebab tak boleh menggunakan sihir)
Apapun itu, aku cipta hidangan ini dengan sedikit mengubahsuai resepi asalku. Baunya yang wangi menerawang ke seluruh penjuru rumah. Tak lama kemudian, Mitsua kelihatan di balik pintu bilikku.
"Wah, apa Onee-San masa-..."
Aku sedikit tersenyum memandangnya namun bukan dengan tatapan bahagia. Seketika, Mitsua berlari ke arahku sambil memelukku erat. Aku sedikit terkejut dengan tingkahnya hari ini.
"Maafkan Mitsua. Kalau Onii-Chan dah sedia bagitau Mitsua. Nanti baru Mitsua panggil Onii-Chan Onee-Sa-..."
"Kan baru je minta maaf... Kenapa buat lagi..."
Aku mencubit-cubit kedua belah pipi adikku itu dengan erat. Walaupun ini bukan kali pertama dia cuba memanggilku dengan panggilan itu, namun bagaimanapun aku masih tidak menerima nasib yang menimpaku ketika ini apatah lagi mengakuinya sebagai seorang kakak. Sekilas aku melepaskan sedikit cubitanku sebaik sahaja melihat Saoto keluar dari bilikku sambil mengenakan baju yang biasa dipakainya.
"Onii-Chan, tolong Mitsua. Onii-Chan ni cubit pipi Mitsu-"
"Onii-Chan takkan tolong. Tu salah Mitsua sendiri"
Seketika mata Mitsua bergenang dengan air mata mungkin kerana tidak menyangkakan jawapan dari Saoto. Dalam nada perlahan, dia memandangku sambil berkata,
"Ma-maafkan Mitsua. Onii-Chan.."
Aku melepaskan cubitanku dan perlahan-lahan mengusap pipinya. Aku tak tahu mengapa dia bertingkah begini semenjak wujudku begini dia sangat suka menyakatku seperti itu.
"Mitsua, kenapa tingkah Mitsua aneh sangat kebelakangan ni?"
"Kenapa pun? Kan kita adik beradik. Tambah lagi Onii-Chan dengan Mitsua sekarang sama- sama perempuan"
"Ouh, Onii-Chan faham"
"Tapi sebab lainnya Mitsua cemburu Onii-Chan punya aset lagi besar dari Mtisua"
"HUH?!!"
Dalam sekejap Mitsua menghilang dari pandanganku. Aku tidak menyangka jawaban yang diberikan olehnya. Padahal dia baru sahaja meminta maaf sebentar tadi namun sepertinya dia tidak serik dengan perbuatannya. Aku mengepalkan tanganku sambil sedikit tersenyum dengan niat untuk mengejar Mitsua yang telah menghilang dari pandanganku itu. Namun, niatku terhenti sebaik sahaja tanganku disentuh oleh Saoto yang hanya memerhatikan dari tadi.
"Sei, bawa bertenang. Sei mungkin tak faham lagi hal yang sensitif bagi seorang wanita. Mitsua tak berniat pun nak kecilkan hati Sei namun sebaliknya dia yang agak kecil hati dengan kenyataan di depan matanya"
Aku menatap tepat wajah Saoto yang sedang memandangku sambil sedikit tersenyum. Sekilas aku teringat bahawa tubuh badan seorang wanita merupakan aset terpenting yang perlu dijaga oleh dirinya. Makanya banyak produk kecantikan dicipta khusus untuk dikenakan oleh golongan wanita. Dengan itu, Mitsua langsung tidak bermaksud untuk menyakatku namun lebih tepatnya memuji kecantikanku. Tanpa sedar, pipiku memerah sebaik kembali memandang wajah Saoto.
"Sa-saoto rasa begitu?"
Aku bertanya dengan nada yang perlahan. Aku menunduk untuk mengelakkan dari memandang tepat wajahnya. Hatiku berdegup dengan lebih kencang dan ekorku ligat bergoyang menandakan emosiku yang langsung tidak tenang ketika ini. Saoto menghelakan nafasnya sebelum menepuk lembut kepalaku.
"Kenapa ragukan lagi? Saoto tak pernah salah memilih Sei"
Aku mengangkat wajahku dan melihat Saoto sedikit tersenyum sambil memandangku. Namun entah mengapa hatiku berdegup dengan lebih kencang hanya dengan mendengar pujian itu. Nafasku terasa lebih berat dan seketika badanku terasa aneh. Seakan-akan sesuatu hasrat timbul dibalik diriku. Aku terfikir apakah ada yang tidak kena dengan diriku ketika ini.
"Eep?!!"
Saoto menggendong tubuhku dengan kedua belah tangannya. Aku yang sedikit terkejut lantas memukul-mukul dadanya untuk menyuruhnya menurunkanku semula.
Saoto memandangku sambil berkata,
"Sei dah lebih tenang,kan? Kalau tak kita boleh tetap macam ni sedikit lebih lama"
Aku terkejut mendengar jawapan Saoto. Seketika tanganku berhenti memukul tubuhnya dan pipiku mula memerah. Rupanya Saoto sedar yang aku mahu disentuh dan dibelai manja olehnya. Aku memalingkan wajahku daripada pandangannya sambil tersipu-sipu.
"Te-terima kasih. Saoto dah boleh turunkan Sei"
Perlahan Saoto kembali menurunkanku dengan cermat. Aku memalingkan tubuhku darinya dan memegang pipiku yang kemerahan sambil menahan perasaan malu. Seketika suatu suara yang tak asing menegurku dan Saoto yang sedang bermesraan di meja makan sebentar tadi.
"Ada apa-apa yang terjadi ke tadi. Sei nampak macam tak sihat je?"
("EEP?!!) (Terkejut)
Tidak salah lagi. Suara yang kudengar sebentar tadi ialah suara Ibu. Aku memalingkan badanku menghadap Ibu sambil menggoyang-goyangkan tanganku dalam keadaan yang cemas.
"Tak ada apa-apa jadi, Ibu. Sei cuma... terkejut ada tikus yang lalu depan Sei tadi" (Cemas)
"Hurm, alah tikus je. Tu pun nak takut"
"Aha..."
Aku tersengih memandang wajah Ibu. Walaupun berat bagiku untuk menipunya namun ianya aku akan sangat malu apabila aku mengatakan hal yang sebenar kepadanya. Suasana yang tegang itu akhirnya pecah apabila Saoto yang sedari tadi hanya memerhati mula bersuara.
"Cepat pergi mandi dan bersiap. Habis makan nanti kita akan terus gerak"
"Baik, kasi Sei masa"
Aku berlari-lari anak menuju meninggalkan ruangan itu untuk mandi dan mempersiapkan diri. Dalam masa itu, aku tertanya-tanya apakah yang akan menantiku sewaktu perjalanku kelak.
----------------------------------------------------------
"Terima kasih untuk makanannya"
Kami semua menjamah makanan yang telah aku hidangkan dengan lahap tanpa menyisakan sedikit pun.
"Onii-Chan, kalau balik sini nanti tolong ajarkan Mitsua memasak. Makanan Onii-Chan buat sedap"
Aku sedikit tergelak mendengar permintaan Mitsua. Aku lantas bangun mengutip semua wadah yang digunakan untuk menjamah hidangkan sebentar tadi.
"Boleh dengan satu syarat. Jangan tidur sebelah Onii-Chan lagi"
"Onii-Chan..." (Sedih)
Mitsua memandangku sambil mencebik. Aku menutup mulutku sedikit tergelak melihatnya yang berkelakuan begitu apabila disakat. Aku lantas mengalihkan pandangan ke arah Saoto yang aku perasan telah menatapku dalam tempoh yang lama.
"Hrmm, takde apa-apa. Aku akan tunggu di luar"
Saoto bingkas bangun dari kerusinya dan meninggalkan ruangan tersebut. Mungkin ada sesuatu yang membuat kegusaran di hatinya. Aku lantas mempercepat perbuatanku untuk segera menyusulinya. Namun, seketika sebuah tangan menarikku perlahan.
"Sei, Ibu perhatikan sejak kebelakangan ni Sei bukan lagi seperti diri Sei yang dulu. Maafkan Ibu dan Mitsua sebab tak boleh ajarkan Sei seperti apa rasanya mencintai dan dicintai. Ibu boleh ajar bagaimana rasanya mendapatkan kasih sayang je pada Se-"
Aku berhenti sejenak lantas menggenggam erat tangan Ibu dengan kedua-dua belah tanganku. Aku memandang Ibu dengan penuh senyuman sambil air mata bergenangan di mataku.
"Tak mengapa, Ibu. Berkat Ibu dan Mitsua Sei tahu betapa hangatnya dapat berinteraksi dengan orang-orang"
"Sei, kalau Sei rasa Sei percayakan dia, Sei jangan teragak-agak berikan sepenuh hati Sei kepada dia. Meskipun dia tu kuat, dia kekurangan sesuatu di sampingnya"
Aku tersentak mendengar nasihat Ibu itu. Aku pernah dikhianati di kehidupanku sebelum ini. Rasanya sungguh menyakitkan. Walaupun bagaimanapun, saat aku bersama Saoto, suasana hatiku berubah dan tenang setiap kali berada di sampingnya. Meskipun dia boleh membuangku dari hidupnya suatu hari nanti, aku tetap ingin percaya padanya buat masa ini. Naluriku berkata begitu dan aku tak akan menyesal kerana telah memilih jalan ini.
"Senyuman Onii-Chan pun dah tak seseram dulu"
"HUH?!!"
Mitsua memandang tepat wajahku sambil tersenyum. Aku menghelakan nafasku mendengarnya. Walaupun perasaan geram itu ada, aku lega ada perubahan terhadap diriku. Perubahan menjadi seorang yang lebih baik.
"Onii-Chan tak marah?"
"Tak..."
"Kalau panggil Onee-S-"
Tidak semena-mena sebilah pisau tertancap di meja betul-betul di hadapan Mitsua. Tanganku spontan melempar kepadanya mungkin kerana senyumanku kini sudah tidak memberikan sebarang damage terhadap dirinya.
"Eek, ma-maaf Onii-Chan..."
----------------------------------------------------------
" Sudah siap?"
Saoto bertanya kepadaku sebaik sahaja aku memunculkan diriku di muka pintu.
"Sudah"
Aku memandang sekeliling perkarangan rumah. Tiada sebarang tunggangan kelihatan. Kami hanya dikelilingi semak samun yang tiada penghujungnya. Aku memandang Saoto dengan penuh pertanyaan.
"Anu, mana tunggangan ya?"
Saoto kelihatan termenung seketika untuk berfikir sejenak. Lantas dia kembali memandangku sambil memasang sedikit senyuman di wajahnya.
"Tak buruk juga untuk jalan kaki. Ianya lebih menyihatkan" balasnya tanpa sebarang perasaan bersalah.
"HUH?!!"
("Kenapa lah aku kene ikut Raja Iblis yang sengkek ni") (Sedih)
Aku menjadi murung sebaik sahaja memikirkan kakiku berkemungkinan patah di tengah perjalanan. Aku tidak nafikan aku sanggup menghadapinya sekiranya aku masih seorang lelaki. Namun aku sendiri tidak mengetahui batasku sebagai seorang wanita. Boleh sahaja jadi aku tersungkur penat di tengah perjalanan.
"Jom"
"A-APA MA-MAKSUDNYA JOM? KI-KITA NAK BERJALAN KAKI DI BAWAH TERIK MATAHARI SEPANJANG PERJALANAN KITA K-"
Aku terkejut sebaik sahaja kembali melihat Saoto. Sebuah lingkaran sihir yang bersinar kehitaman terukir di tanah di hadapan tempat kakinya berpijak. Aku lantas menekup pipiku yang kemerahan sambil memalingkan tubuhku darinya dalam keadaan malu.
("Mestilah dia menggunakan sihir untuk datang ke sini. Kenapalah aku tak terfikir langsung") (Malu)
"Sei memang nak pakai baju tu je ke?"
Aku yang terkejut dengan pertanyaan Saoto lantas memandangnya penuh kehairanan. Aku hanya mengenakan baju yang biasa kukenakan sewaktu aku masih seorang lelaki iaitu sebuah baju lusuh yang berbutang dan seluar coklat yang panjang. Walaupun segan kerana saiznya yang agak besar, aku tidak mempunyai pilihan lain selain mengenakannya agar tubuhku tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Aku tidak mungkin muat untuk mengenakan pakaian Mitsua kerana saiz dadaku yang lebih menggoda darinya dan aku tak menafikannya. Ibu pula tidak mempunyai sebarang pakaian tambahan lantaran status kami yang hidup dalam serba kekurangan.
"Kenapa tanya sekarang? Sei dah pakai baju ni sejak kali pertama kita bertemu"
Aku bertanya sambil memandangnya hairan.
"Nah, pakai ni"
Saoto memetikkan jarinya sebelum beberapa cahaya aneh muncul dan mengelilingi tubuhku. Seketika baju yang kukenakan menghilang menjadi pakaian yang lain. Namun aku bukannya suka dengannya malah terkejut melihat pakaian yang kukenakan.
"KE-KENAPA BAGI S-SEI PAKAI NI?!!" (Terkejut)
Aku terkejut melihat badanku yang bukannya ditutupi pakaian yang indah dan tertutup malah terbuka dan menampakkan lekukan tubuh badanku padanya. Baju yang kukenakan tadi kini berubah kepada pakaian aktiviti malam orang dewasa. Aku menutup dadaku yang terdedah dan membongkok memandang tanah sambil menahan perasaan yang amat malu.
"MA-MAAF..."
Saoto kembali menjentikkan jarinya menyebabkan cahaya aneh itu muncul semula sambil mengelilingi tubuhku sebelum menukar 'pakaian' yang kukenakan saat ini menjadi sebuah blouse putih pendek dan seluar hitam pendek yang ketat yang menutupi tubuhku.
("Lelaki memang bahaya kalau dah sampai ke situ")
Aku meletakkan tanganku di dadaku yang masih terkejut dengan apa yang telah terjadi padaku. Aku kembali memandang Saoto yang tampak cemas meskipun wajahnya tetap datar.
"Ma-maafkan Saoto. Saoto tak berniat nak bagi Sei pakai pakaian tu. Saoto cuma tak pernah berkesempatan memberi seseorang hadiah seba-"
Dalam sekilas aku langsung memahami setiap butir percakapan Saoto. Sebagai seorang yang telah menghadapi banyak penghinaan dan penindasan, kuasa yang dimilikinya tidak pernah terfikir untuk digunakan untuk memberi manfaat kepada orang malah ianya digunakan untuk membunuh dan mempertahankan diri dari serangan orang lain. Aku langsung mendakap erat tubuh di hadapanku itu sambil terharu dan tanpa sedari mengalirkan air mata bahagia.
"Ti-tidak mengapa. Saoto dah cuba. Te-terima kasih"
Aku memeluk erat tubuh di hadapanku ini sambil mengusap-usap perlahan belakang tubuhnya. Saoto yang seketika terdiam membalas pelukanku dan mengusap perlahan kepalaku dengan tangannya. Ekorku bergoyang-goyang manja menandakan aku suka dengan suasana yang menyelubungiku ketika ini.
Saoto melepaskan pelukanku dan memandang tepat wajahku.
"Jom gerak. Kalau Sei keberatan kita boleh jalan ka-"
Aku menutup mulutnya dengan pantas menggunakan kedua-dua belah tanganku.
"Ki-Kita guna sihir je" (Cemas)
Aku melepaskan tanganku lalu memainkan jari telunjukku sementara menunggu jawapan daripada Saoto. Aku tahu aku silap kerana berfikir kami akan berjalan kaki menuju istananya sedangkan dia telah menyediakan sihir teleportasi yang lebih praktis untuk digunakan. Aku terus menantikan jawapan Saoto yang terdiam dari tadi.
"Baiklah. Jom gerak, Sei"
Saoto menghulurkan tangannya kepadaku sambil sedikit tersenyum memandangku. Aku menyambut tangannya dengan pantas sambil membalas kembali senyumannya itu.
Kami berdiri di atas lingkaran sihir yang telah terukir di tanah. Seketika ianya bersinar kehitaman sebelum kami lesap di balik semak samun yang mengelilingi perkarangan rumah Ibu.
----------------------------------------------------------
"Kenapa kita akhirnya tetap berjalan menuju ke sana" (Kesal)
Seketika rumah Ibu menghilang di sebalik pandanganku dan digantikan dengan pemandangan hutan yang tebal.
"Aik, kita dah sampai ke? Sei tak nampak apa-apa pun kecuali hutan yang lebat"
Aku memandang sekililing. Sekelilingku hanyalah hutan yang tidak berpenghujung. Aku memandang Saoto yang terdiam sejenak sebaik sahaja kami tiba di sini.
"Apa yang terjadi?"
"Perjalanan kita disabotaj oleh sebuah pihak yang menghalang teleportasi terus keluar daripada The Kingdom. Sepatutnya kita sudah tiba di hadapan istana Saoto tapi sepertinya kita masih di Hutan Berdarah, perbatasan The Kingdom sebelum memasuki Terror Canyon"
"Eep?!! Bagaimana mereka boleh mensabotaj sihir Saoto-"
"Ini bukan kerja yang dilakukan oleh individu melainkan oleh sekumpulan orang"
Aku sedikit resah mendengar perkataan Saoto. Sepertinya hariku yang dipenuhi suasana percintaan akan terhenti kerana kami tidak lagi dalam keadaan yang selamat. Kami diwaspadai oleh sekumpulan pihak yang seakan-akan mengetahui rencana Saoto untuk membawaku pergi meninggalkan The Kingdom ketika ini. Aku memandang Saoto dengan rasa gelisah, seperti sesuatu yang buruk akan kelak menimpa diriku.
"Sei, jangan terpisah dari Saoto. Kita akan teruskan perjalanan kita keluar dari The Kingdom"
Saoto menghulurkan tangannya sambil memandangku dengan riak yang sedikit risau. Aku menyambut tangannya dan menuruti katanya agar sebarang kejadian yang tidak diingini ketika ini dapat dielakkan.
Suasana hutan yang sepi mengiringi setiap langkahan kakiku. Aku dan Saoto bertindak waspada terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku. Sambil berjalan, aku bertanya kepada lelaki yang memimpinku ini,
"Sa-Saoto, Saoto merupakan seorang penyihir yang hebatkan?"
Saoto memandangku sambil memaparkan riak terkejut. Aku mendiamkan diriku kerana berkemungkinan aku telah bertanya sesuatu yang tak sepatutnya kepadanya. Apapun itu, aku sungguh risau apabila memikirkan penyihir sehebat Sei tetap boleh disabotaj oleh penyihir lain. Bukan itu sahaja, segala yang terjadi ketika ini yang seakan-akan bukan hanya sebuah kebetulan membuatkan hatiku jauh lebih risau sebaik sahaja memikirkannya.
" Ya, kenapa ragukan lagi?"
Jauh dilubuk hatiku, perasaan gelisah yang teramat dan tidak terbendung menyebabkan ekorku bergoyang ligat. Mendengar jawapannya, sedikit sahaja lagi kerisauanku menjadi kenyataan.
Aku yang pernah percaya sepenuhnya pada mereka yang katanya 'cinta' ditipu hidup-hidup dan ianya meninggalkan rasa sakit yang tak akan pernah mereda jauh di lubuk hatiku.
Aku musykil dengan Saoto ketika ini yang walaupun merupakan penyihir yang hebat namun tetap dapat disabotaj oleh penyihir lain. Namun begitu, aku tidak merasakan perasaan yang selama ini terbentuk antaraku dengannya hanyalah sebuah kobohongan semata-mata. Aku masih ingin mempercayai lelaki di hadapanku ini dengan sepenuh hatiku.
"Sei, jangan risau. Percayakan Saoto"
Aku tersentak mendengar nasihat Saoto. Entah sejak bila aku memasang riak wajah yang risau sebentar tadi sehingga boleh dibaca dengan jelas olehnya. Saoto menggenggam erat tanganku dengan kedua-dua belah tangannya lantas meletakkannya di dadanya.
"Sei rasa ini" balas Saoto singkat.
Sekilas aku merasakan denyutan jantungnya yang begitu kencang meskipun hanya dengan menggenggam tanganku. Saoto sedikit tersenyum lega memandangku yang telah beransur-ansur tenang.
Entah bagaimana aku sangat bahagia mengetahui jantungnya yang berdegup kencang itu. Entah mengapa kerisauanku hilang sebaik sahaja memandangnya yang tersenyum sebagai upaya menghiburkanku.
Aku memeluk erat tubuh lelaki di hadapanku ini sambil menitiskan air mata bahagia. Aku menggenggam erat bajunya tanpa sebarang niat untuk melepaskannya. Saoto yang sedikit tersentak lantas menyambut pelukan itu sambil mengusap-usap kepalaku dengan lembut.
"Tak perlu risau, Sei. Saoto janji"
Aku kembali memandang wajahnya dalam keadaan mataku yang masih bergenang dengan air mata. Perlahan aku melepaskan pelukanku sebelum mengesat kedua belah mataku menggunakan kedua belah tanganku. Saoto kembali menggenggam tanganku sambil berkata,
"Jom kita teruskan perjalan kita, boleh kan?"
Aku mengangguk perlahan padanya tanda setuju. Kami mula melangkah maju meneruskan perjalanan keluar dari Hutan Berdarah yang merupakan kawasan perang kerana menjadi sempadan yang memisahkan Terror Canyon dan The Kingdom disebabkan hutannya yang lebat.
Suasana hutan kembali hening diisi oleh langkahan kakiku dan Saoto yang terus berjalan tanpa henti. Jarak yang perlu tempuhi tidaklah terlalu jauh sehingga perlu berehat untuk memulihkan tenaga. Aku dan Saoto tetap gagah meredah hutan yang lebat itu. Tanpa kusedari, mulut Saoto sedang terkumat-kamit membacakan sesuatu sebaik sahaja aku memandang tepat wajahnya. Aku perlahan-lahan menarik bahagian belakang bajunya untuk memanggilnya. Saoto yang sedikit tersentak terdiam sebelum kembali memandangku yang berada di sebelahnya.
"Apa yang Saoto baca dari tadi"
Aku bertanya dengan penuh hairan. Saoto menghelakan nafas yang berat sebelum kembali berkata,
"Ada beberapa penyihir yang bertebaran di hutan ketika ini. Walaupun jauh, mereka masing-masing mengerahkan sihir pencarian seakan-akan mencari seseorang di sebalik hutan yang lebat ini. Saoto hanya melafazkan sihir tepat di tempat mereka berada untuk mengelirukan mereka. Namun, kita akhirnya akan ditemui juga oleh mereka. Sei tolong berjaga-jaga"
("Curang. Saoto boleh serang dari jauh") (Terkejut)
Aku memandang wajah Saoto sambil sedikit terkejut mendengar situasi kami saat ini yang sedang tidak dalam keadaan baik. Aku mengangguk perlahan padanya sebelum kami meneruskan perjalanan keluar dari hutan ini.
Kami berjalan dan terus berjalan sehingga akhirnya langkahan Saoto yang sedari tadi memimpin tanganku terhenti. Suasana yang mencengkam ketika ini akhirnya tiba.
Kami telah dikepung.
Entah mengapa aku seakan-akan mendengar suara Saoto memanggil-manggilku di benakku.
("Sei")
("SEI")
Aku sedar yang aku tidak berhalusinasi melainkan Saoto menggunakan semacam sihir untuk berbicara denganku melalui fikiran. Aku menggenggam erat tangan Saoto sebagai tanda aku mendengarnya.
("Sei tetap berada di sebelah Saoto. Mereka berkemungkinan berniat-")
("Sei tolak permintaan Saoto. Sei akan bantu Saoto")
Saoto tersentak mendengar permintaanku. Aku memandang tepat wajahnya sambil tersenyum sebelum berkata,
("Sebagaimana Sei percayakan Saoto, Saoto kena percayakan Sei juga")
Saoto sedikit tersenyum memandangku. Hatiku terasa tenang memandang Saoto yang memercayaiku. Ekorku bergoyang lembut tanda bahagia. Seketika suasana hutan yang hening itu diganti dengan suara teriakan yang kuat.
"SERANG!!!"
"TANGKAP WANITA ITU!!!"
Seketika suasana langit yang mendung ketika itu dipenuhi cahaya jingga yang bersinar disebabkan oleh ratusan sihir api yang diluncurkan dari segenap arah. Aku dan Saoto berpecah setelah aku mengeluarkan kedua bilah pisau yang aku sentiasa bawa sebagai pertahanan darurat dan Saoto yang terus memecut laju sambil melafazkan mantra yang banyak.
Sekilas aku melihat sebanyak dua puluh orang penyihir berganding tenaga menyerangku dengan pelbagai jenis sihir. Walaupun kemampuan jauh menurun disebabkan perbezaan stamina dan dadaku yang agak berat sedikit menghambat pergerakanku, aku tetap berjaya mengelak semua sihir yang dilancarkan kepadaku sambil menjatuhkan lawanku satu demi satu.
Banyak pokok bertumbangan bahkan ada yang turut terbakar. Kawah terbentuk di banyak tempat namun aku tetap berjaya mengelak setiap serangan dengan mengandalkan kelincahanku yang terus melompat dari pokok ke pokok sambil membawa dua bilah pisau kecil yang ringan.
Walaupun ramai yang telah tumbang, mereka yang tersisa masih terus menyerangku tanpa henti. Aku terus mengelak dan mengelak sehinggalah sebuah sihir batu yang besar ditembakkan ke arahku dari arah belakang yang merupakan titik butaku.
"Sei, bukan ke Saoto dah kata suruh hati-hati ke?"
Saoto melompat keluar dari belakangku dan menangkis serangan yang ditujukan ke arahku itu. Akan tetapi, aku memandangnya dengan senyuman sinis.
("Aku dah agak yang ini akan terjadi") (Tersengih)
Aku menghunuskan kedua belah pisauku ke arah Saoto dalam keadaan siaga. Tiba-tiba, sosok di hadapanku itu menepuk-nepuk tangannya sambil ketawa melihatku.
"Ahahaha. Naluri yang tajam. Aku tak sangka aku akan terkantoi seawal ini"
Aku sedar bahawa penyihir-penyihir tersebut terus menyerangku bukan hanya untuk menjatuhkanku akan tetapi turut digunakan sebagai umpan untuk aku berada di suatu tempat tertentu supaya boleh menyerang hendapku. Sosok di hadapanku ini aku yakin bukanlah Saoto kerana Saoto telah memberikan aku sepenuh kepercayaannya padaku.
Seketika sihir penyamaran yang digunakan olehnya ditanggalkan menampakkan dirinya yang asli. Seorang kesatria berambut putih dan mengenakan zirah putih membawa pedang besarnya yang bersinar putih sambil memancarkan sebahagian cahaya matahari yang mengenainya.
"Aku kagum seorang wanita seperti kau tahu tentang titik buta seorang yang menggunakan pedang. Kau bahkan sudah siap menahannya walaupun tidak tahu aku akan datang menolong. Namun, semuanya sia-sia bila kau berhadapan denganku"
"Ada aku kesah? Biarkan pedang berbicara"
Aku terus menatapnya dengan wajahnya dengan pandangan yang kosong. Persetan dengan apa yang dikatakan olehnya.
"Aku suka dengan reaksi kau. MARI KITA LIHAT APABILA WAJAH YANG CANTIK KAU ITU AKU GORES"
Lelaki itu terus memecut ke arahku dengan kecepatan tinggi. Aku lantas mengelak libasan pedangnya yang pantas menyasarkan wajahku di mana tempat aku berdiri sambil mengambil jarak. Dia ketawa besar melihatku sambil berkata,
"Mungkin aku sedikit merendahkan kau. MARI KITA LIHAT SELAMA MANA KAU MAMPU BERTAHAN!!!"
Pertarungan berkecepatan tinggi terjadi antara aku dan lelaki berzirah itu. Meskipun mengenakan zirah yang berat itu kecepatannya kuakui membuatkan aku tidak boleh leka walaupun seketika. Satu kesalahan, nyawaku akan melayang. Aku terus mengelak sambil mengadukan pisauku dan pedang besarnya.
Kami terus saling bertukar serangan antara satu sama lain. Banyak pokok berjatuhan dan kawah besar terbentuk hasil dari pertembungan kami. Seketika pertarungan kami terhenti apabila lelaki yang berzirah itu menjarakkan dirinya sambil mematah-matahkan lehernya.
"Aku akui kau imbang lawan denganku dalam adu pedang. NAMUN TIDAK KALAU AKU MENGGUNAKAN SIHIR"
Aku terdiam sambil menanti serangan balas darinya. Aku sedar yang dia hanya berniat menguji kemampuanku sebelum mengerahkan segala kemampuannya.
"MARI BERSERONOK ARIES"
Seketika pedang besar mengeluarkan cahaya keputihan. Aku tetap dalam posisi siaga menanti sebarang serangan balasan darinya.
"Apa yang membezakan bangsa Iblis dan Pahlawan macam aku. Bangsa Iblis mempunyai kelebihannya tersendiri sedangkan Pahlawan mempunyai pedang dengan kemampuannya yang tersendiri"
Aku tersentak mendengar penjelasan darinya. Dia sedar bahawa aku merupakan seorang Iblis meskipun sudah kusorokkan ekorku sebaik mungkin.
Seketika aku tersentak melihatnya sudah berada di hadapanku sambil mengayunkan pedang besarnya ke arahku.
"JANGAN MENGELAMUN!!!"
Walaupun sempat mengelak dan menjarakkan diri, satu pisauku patah dan tanganku terluka sebaik sahaja mengenai pedangnya itu. Namun pedang itu tidak berhenti membelah segala yang berada di hadapannya. Pokok di belakangku tumbang secara bersamaan sebaik sahaja dilibas dengan pedang itu. Pedang besar itu berupaya untuk membelah segala apa yang disentuhnya.
Aku yang tersungkur lantas mengoyakkan blouse yang dikenakan olehku dan membaluti luka di tanganku.
"Jangan harap yang lelaki kau akan datang menolong kau dalam waktu dekat ini. Banyak penyihir dikerahkan kepadanya yang merupakan seorang dari Lima Raja Iblis Agung agar walaupun tidak mati dia akan terbaring lemah dan tak mampu datang menolong kau"
Aku tersengih memandang wajahnya sambil memegang erat sebelah pisauku yang masih utuh. Dia bukanlah lelaki yang begitu mudah untuk dikalahkan, aku percaya akan hal itu. Aku juga tidak akan berakhir mengenaskan di sini kerana dia telah memberikan kepercayaannya kepadaku. Aku lantas bangun semula dan terus berada dalam posisi siaga bersedia untuk meneruskan pertarunganku dengan lelaki di hadapanku ini.
"Sungguh menarik"
Lelaki itu pantas meluru laju ke arahku.
----------------------------------------------------------
Aku tercampak beberapa meter ke belakang setelah pertempuran yang sengit dengan lelaki berzirah di hadapanku ini. Nafasku berat dan badanku terbaring lemah di tanah sambil memancurkan banyak darah tanpa henti. Walaupun berjaya mengelak sebahagian besar serangan fatal olehnya, luka yang banyak di tubuhku membuatkanku bertambah lemah seiring waktu.
Meski payah untuk tetap sedar, aku tetap memaksakan diri untuk tetap membuka mataku. Samar-samar, aku melihat sesosok lelaki yang aku kenali melayang di udara sambil sebuah pedang besar yang bersinar kehitaman melayang-layang di atasnya.
"Pergi mampus"