webnovel

benci tapi cinta ep 15

Situasi ika tertawa terbahak bahak..

Laura senyum:kau ni ketawa macam tu..bukannya lucu sangat pun..

Ika:hahahah ini lah lucu Laura.. Dulu bukan main dorang pijak kau, sekarang.. Nak minta ampun pula.. Memang patut pun diorang kena macam tu hahaha.. Padan muka.. 

Laura senyum :saya bukan nak balas dendam, tapi saya tak boleh biarkan diorang senang senang ambil harta keluarga aku.. Terutama mak aku punya..

Ika senyum :eh Laura.. Lain kali, kau siram je muka makcik auni tu.. Dulu masa kau kerja sana, hari hari dia siram kau..aku yang nampak tu pun.. Mana tahan tengok kawan aku kena simba air..

Laura:kau jangan risau ika.. Aku sentiasa ada cara.. Untuk buat diorang menyesal sepenuhnya..

Situasi Makcik auni masih memikirkan Laura Hingga merasa sakit di hati.. Kerana dia menyesal telah membuat Laura sakit sejak Laura miskin dahulu..dia tidak tahu jika Laura tahu niatnya ingin membunuh sahabat suaminya sendiri makcik minah..makcik minah adalah wanita yang penyayang Dan sabar, walau ramai yang meminta pertolongan dari nya, dia tetap membantu semampunya walau dalam masalah kewangan. 

Isya senyum:Nah minum air ni..

Makcik auni:kau ni.. Aku tengah fikirkan Laura, kau pula sibuk hantar minuman..

Isya:hmm tak payah bazir fikir pasal dia, dia takkan berani buat apa apa dekat makcik juga.. Lagipun, siapa dia nak Melawan.. 

Makcik auni:tak payah kamu nak tenangkan saya ni.. Saya takkan tenang... Selagi Laura tu hidup..aku ingat dia dah mati.. 

Isya pun pergi melayan pelanggan yang mahu makan..

Situasi Hafiz sedang tersenyum melihat gambar Laura.. Dia pun di telefon oleh Laura..

Hafiz senyum:assalammualaikum sayang eh hmm Laura..hahaha

Laura senyum:waalaikummussalam.. Amboi pandainyaa Bergurau macam tu hahah

Hafiz:takde lah.. Lama tak dengar suara awak.. Awak sihat ke?..

Laura:Alhamdulillah.. Sihat je..

Hafiz:ooh awak nak keluar ke dengan saya?

Laura:hmm boleh je.. Memang itu pun niat saya call awak ni.. Hahahah sebab ada nak bagitahu kat awak.. 

Hafiz:ooh saya ingat awak rindu kan saya hahha

Laura:Hahah rindu lah juga.. Takkan lah tak rindu.. Nanti jumpa malam ni tau.. 

Hafiz senyum:ok awak.. Nanti saya call balik tau.. 

Laura senyum :ok.. Assalammualaikum 

Hafiz:waalaikummussalam.. 

Hafiz senyum:aku tak sangkah.. Dia Terima aku

Laura sebenarnya berwajah sedih..dia merasa susah untuk melepaskan hafiz di dalam hidupnya.. Kerana hafiz sudah berkorban untuk nya dari susah sampai lah senang.. Namun, dia harus memilih Tuan Shahril untuk berkahwin atas Permintaan makcik raisya untuk kali terakhir..

Petang pun tiba,

Situasi Tuan shah sedang pergi ke kampung untuk bertemu Laura.. Namun, dia telah Lupa dimana jalan ke rumah Laura..tuan shah pun bertemu dengan seorang gadis bernama isya. 

Tuan shah:hello cik..

Isya pun memandang wajah Tuan shah begitu lama, dia terpikat dengan kekacakan Tuan shah yang membuat hatinya berdegup dengan cinta pandang pertama.. 

Tuan shah:hello cik..

Isya tersedar:iya hmm Maafkan saya.. Apa tadi?

Tuan shah:Hmm boleh saya tahu dimana jalan rumah Laura? 

Isya kepelikan:jalan rumah Laura?? 

Malam pun tiba,

Situasi Laura pergi ke restoran berdekatan pantai.

Pembantu laura:puan nak apa apa?.. Saya tolong ambil kan?.. 

Laura senyum :takpe.. Kamu boleh rehat.. 

Pembantu Puan laura:baik Puan..

Hafiz pun datang dengan berpakaian kot yang membuat Laura terdiam.. 

Laura:wahhh hebat.. Not bad.. 

Hafiz senyum :saya tahu awak sukakannya.. Jadi, saya bertujuan untuk pakai.. Supaya awak bertambah suka kan saya.. 

Laura berwajah serius:saya sebenarnya ada nak bagitahu awak.. Saya tak boleh lama dengan awak disini.. Sebab saya ada kerja yang perlu saya buat.. 

Hafiz senyum:tak payahlah serius sangat.. Kita kan dah nak kahwin.. Kita kenalah.. 

Laura memotong kata hafiz:hafiz.. Saya sebenarnya tak jadi nak kahwin dengan awak..maafkan saya.. 

Hafiz senyum :awak Bergurau kan.. Hishhh dah dah lah tu nak prank saya..awak ni.. 

Laura serius:ini betul betul hafiz.. Ini bukan main main

Hafiz berwajah sedih:tapi kenapa.. Awak kan nak jadi istri saya.. Lagi 2 minggu kita dah nak kahwin.. 

Laura sedih :saya minta maaf.. Saya pergi dulu.. 

Hafiz memegang tangan laura:Laura!!.. Kenapa ni?!!.. Apa salah saya.. 

Laura:awak takde salah.. Saya yang pilih jalan ni.. Saya kena Terima Tuan shah tu.. Sebab.. 

Hafiz:sebab apa!!.. Dia yang paksa kau kan.. Takkan kau nak jadi hamba dia balik!!..

Laura:saya yang nak.. Dia tak paksa saya pun..tolong Terima keputusan saya.. 

Hafiz:Laura... Tolong fikir kan lagi..

Laura melepaskan genggaman hafiz:awak ingat apa yang saya cakap hari tu? 

DULU, 

Laura:saya minta maaf hafiz.. Saya dah tak boleh kahwin dengan awak.. Sebab saya..dah tak ada perasaan dekat awak..

Hafiz:tapi hari tu.. Kita kan..

Laura sedih:memang.. Cumanya awak sepatutnya tak perlu ada dalam hidup saya lagi. 

Kini, 

Laura:kalau awak dah Lupa,saya tak kisah.. Tapi.. Dari pengakuan saya hari tu... Saya.. Dari dulu...sukakan..tuan shah.. 

Tiba tiba ika pun datang.. 

Ika senyum:eh Laura.. Awak dah nak pulang ke?.. 

Laura:ika.. Saya nak minta maaf sangat sangat.. atas kesilapan Dan kesalahan saya terhadap korang.. Saya pun tersepit.. Saya tak jadi kahwin dengan abang awak..saya harap, awak tak benci kan lagi..Saya pergi dulu..

 

Ika sedih:Laura.. Laura!!

Hafiz berasa sedih Dan kecewa mendengar kata kata Laura..

Situasi Isya masih memikirkan Tuan shah.. 

Isya:jalan rumah Laura??.. Awak nak buat apa kat sana? 

Tuan shah:takde..saya nak jumpa dia sekejap je..

Isya:ooh hmm jalan je lurus.. Lepas tu belok kiri..jalan lurus lagi..Dan awak akan jumpa jalan rumah Laura bumbung dia warna merah.. Dia je tu ada rumah kayu kat sana.. 

Tuan shah senyum:ooh macam tu.. Hmm saya Shahril.. 

Isya senyum:saya Isya.. 

Tuan shah:ooh Isya..oklah Saya jalan dulu.. 

Isya:ooh OK..hmm awak?..

Tuan shah:ye saya?

Isya senyum :boleh saya dapatkan nombor fon awak tak? 

Tuan shah:ni nombor kad saya.. Oklah saya kena cepat.. 

Isya:ok bye.. 

Kini, 

Isya:Laura ada abang ke?.. Atau Shahril tu sepupu Laura?..hmm susah lah macam ni, malu pula kalau aku WhatsApp Shahril tu..

Isya pun memikirkan Shahril sambil tersenyum.. 

Isya:handsome betul dia.. Sampai aku terdiam tadi.. 

Makcik zaitun:heii!!.. 

Isya terkejut:eh mak ni..apa!..

Makcik zaitun:tadi mak jumpa seorang lelaki

dekat rumah Laura tau..mak rasa lelaki tu..nak lamar laura lahh..

 

Isya dalam hati:jangan jangan... Betul apa yang mak aku kata!! 

Isya :mak..lelaki tu bukan saudara Laura kan? 

Makcik zaitun:kenapa kamu Tanya? 

Isya:takde lah..kalau betul Laura tu kekasih Shahril tu.. 

Makcik zaitun senyum:kalau betul.. Bagus lah..cerahlah masa depan Laura tu.. Selama ni, dia disiksa oleh makcik auni tu..ini baru permulaan Isya..dia memang layak dapat kebahagiaan ni.. Bukan kita.. 

Isya dalam hati:apa yang mak cakap ni.. Takkan.. Takkan dia nak kahwin dengan Laura?.. 

Situasi Hafiz menangis Dan teriak di kereta:Laura!!tolong dengar aku ni!! ..tolong bagitahu aku..kalau kau tak kahwin dengan Shahril..aku dengar, kau dengan dia Akan kahwin esok..laura!!!..kau dengar tak nii..aku taknak kau tersiksa lagi..aku cintakan kau Laura.. Aku cintakan kau..

Laura menangis begitu kuat, hujan pun menyertai di malam hari..

Laura:maafkan aku hafiz..ini takdir kita..aku harap kau Terima.. Satu hari nanti..

Petang itu juga, 

Tuan Shah senyum:assalammualaikum.. Laura.. 

Laura:Shahril.. Masuk lah.. Aku ada nak bincang dengan kau.. 

Tuan shah pun masuk :cantik rumah ni.. Pandai kau hias.. 

Laura:kau tak payah nak puji aku.. Aku panggil kau ni, sebab nak bagitahu kalau aku.. Terima lamaran kau.. 

Tuan shah terdiam seketika.. 

Tuan shah senyum:betul ke ni?.. Saya tak mimpi kan?.. 

Laura:tapi ada syarat.. 

Tuan shah:syarat apapun saya Terima.. Yang penting.. Awak jadi milik saya.. Apa syaratnya? 

Laura:kita tak tidur sama sama selama 3 tahun

Tuan shah:HA!!?.. Kenapa pula? 

Laura:tak perlu tahu kenapa.. Aku ada sebab yang kau tak patut tahu.. 

Tuan shah:baik.. Hmm lepas tu apa? 

Laura:semua syarikat akan letak nama aku..

Tuan shah:ooh OK.. Lagi?? 

Laura senyum:yang paling last..kau kena ikut apa yang aku suruh..itu je.. 

Tuan shah:tapi.. Saya kan suami awak nanti.. Awak yang kena ikut cakap saya.. 

Laura senyum:Shahril.. Kau ni nak kahwin dengan aku ke taknak?.. 

Tuan shah:ye.. Saya nak.. 

Laura senyum:pastikan semua ni kau buat.. Ini surat perjanjian kita.. Kalau langgar, kau akan Terima akibatnya.. 

Tuan shah terdiam..

Kini,

Laura serius:aku akan buat kau menyesal... Menyesal kahwin dengan aku.. 

Bersambung.. 

Nächstes Kapitel