webnovel

Jantungku

Pustaka biru sangat sunyi dan hampir semua pengujung sudah beredar pulang.

lap.. lap.. lap...

Sambil lap rak seperti yang diarahkan oleh Diana, sambil itu aku mengkhayal. Aku teringat cadangan Ariman menyuruh aku cuba menulis cerpen. Aku bayangkan kalau aku jadi penulis, cerita apa yang aku nak tulis? cerita cinta? cerita hantu? atau.. cerita tentang si ulat buku yang jadi penulis novel sebab sukakan seorang ulat buku yang lain? aku jadi tersenyum gelihati. Membayangkan 'rupa' cerita yang aku tulis dalam khayalanku memang melucukan!

"hmmmm...apa yang lucu sampai senyum sendiri tu?" Satu suara menegurku, suara yang amat ku kenali. Aku menoleh ke arah punca suara dengan rasa terkejut! Ariman!! Sebab telampau terkejut dan juga malu kerana di tegur senyum sorang-sorang, aku hampir hilang imbangan badan.

"Eh..."

Muka Ariman terpegun melihat aku terhuyung hayang cuba mengimbang badan dan berusaha untuk tidak terjatuh dari tangga. Tanganku pantas mencapai rak buku sayangnya aku tersalah capai. Buku bertaburan jatuh. Imbangan badan ku akhirnya hilang sepenuhnya tubuhku jatuh benar-benar ke arah di mana Ariman berdiri.

Gedebuk!

"Aduh..."

Aku gosok kepalaku yang sakit. Eh! muka Ariman cuma satu inci saja jauhnya dari muka ku. Aku terpegun. Cantik sungguh mata Ariman. Bulu matanya panjang melentik. Mata cantik itu terkebil-kebil melihatku.

" Boleh tak kamu bangun dari badan saya?" Suara Ariman mengejutkan aku. Oh tuhan. kenapa aku terpegun ni!! Serentak itu aku bingkas bangun dan minta maaf berkali-kali.

" Saya tidak sengaja... maaf.. maaf.." Ariman tidak menyahut tetapi membetul-betulkan bajunya dengan muka poker face. Dengan rasa bersalah, malu dan takut aku cepat-cepat pungut buku-buku yang bertaburan. Jantung ku berdegup dengan kuat. Rasanya macam mahu pecah dadaku disebabkan degupan jantungku yang tiba-tiba macam kena kejutan eletrik. Aku terus tunduk memungut buku-buku. Aku kecut perut sebab aku kira Ariman pastinya marah dengan aku. Tiba-tiba rasa mau menangis pun ada! bodohnya aku ni! Kenapa aku clumsy sangat ni?

" Neera.. tak apa. kamu tak sengaja. Lain kali hati-hati. Salah saya juga tadi buat kamu terkejut" Akhirnya Ariman bersuara. Nadanya lembut. Aku spontan mendongak memandang Ariman. Dia juga sedang memandangku. Jantungku tiba-tiba berdebar kuat semula bila mata kami bertentangan. Aku cepat-cepat tunduk.

" Mujur baldi air tak tumpah.. kalau tidak habis basah carpet ni.." aku ubah topik lantas ambil baldi berisi air yang aku guna untuk membilas kain lap yang aku guna untuk mengelap rak buku tadi.

"hmmm.. ya. Mujur tidak tumpah. sudah lah.. tak perlu lap lagi.. tugas lap-lap dan bersihkan tempat ni, bukan tugas kamu. Dua kali seminggu saya memang panggil cleaner datang bersihkan perpustakaan ni. Kamu pula terlebih rajin mengelap rak buku" Aku hampir terlompong mendengar kata-kata Ariman. Jadi memang ternyata Diana sengaja susahkan aku. Bersihkan rak buku ni bukan tugas aku pun!!

" er.. tapi saya bukan suka-suka mahu lap rak buku ni.. Diana yang suruh" ujarku sambil menjuihkan muncungku ke arah Diana yang berada di kaunter depan. Serta merta dahi Ariman berkerut mendengar penjelasanku. Matanya juga ikut memandang ke arah Diana.

" Oh.. begitu.."

Aku angguk sambil tunggu kata-kata seterusnya dari Ariman. Dia diam sekejap seperti memikirkan sesuatu.

" Tak apa.. Neera kemaskan dulu di sini" kata Ariman dan dia beredar. Aku lihat dia menuju ke arah Diana. Kemudian Diana berkata sesuatu pada Ariman. Aku berharap sangat aku boleh dengar perbualan mereka. Tidak lama kemudian Ariman masuk ke bilik pejabatnya. Diana pula merenung tajam ke arah ku seolah-olah ada asap naga keluar dari hidungnya. Ok! itu hanya imaginasiku saja, tak mungkin ada asap naga keluar dari hidung Diana. Apa yang pasti, kalau pandangan tajam itu boleh membunuh, aku sudah lama bergelar arwah kerana pandangan tajam Diana seakan-akan mahu aku mati!

*****

"Alamak" aku garu kepala. Tayar motor ku kempis. Aku periksa ternyata ada paku terpacak di tayar motor aku. Aku jengguk bilik Ayah. Ayah pulang lambat sekitar jam 3 pagi. Dia baru balik dari outstation. Aku tak sampai hati kejutkan Ayah. Perlahan aku tarik selimut ayah yang terturun paras pinggang ke paras bahu. Aku lihat ayah kesejukan. Tanpa berlengah aku pergi ke rumah sebelah. Rumah Adam. Adam sajalah harapan aku pagi ni. Aku tak pasti Kelas Adam jam berapa, yang pastinya kalau aku naik bas memang tak sempat. Kolej tu kalau pakai motor perjalanan ambil masa 15minit saja. Tapi kalau naik bas mau juga 40 minit baru sampai sebab masa menunggu bas dan juga jalan raya yang sesak.

" Morning.. mana Adam, ibu.. ?" Tanya ku pada Ibu Adam yang sedang sibuk menyediakan sarapan.

"Morning.. ngam timing kau datang Neera. Pergi kejut si Adam tu. Masih tidur agaknya.." ujar Ibu Adam. Aku naik atas. Ke bilik Adam. Pintu biliknya ku ketuk kuat.

" Adam.."

Tok tok tok

Tiada jawapan. Hampir satu minit aku ketuk tapi Adam masih tidak buka pintu. Aku pulas tombol pintu. Tidak berkunci. Selamba aku masuk. Aku sudah biasa pun jadi alarm kejutkan Adam. Aku lihat Adam melirik aku sekilas sedar aku masuk tapi tidak dapat menahan kantuk dan menutup matanya semula.

" Adam.. bangun!"

" Dah pukul berapa?" tanya Adam dengan suara malas. Matanya masih pejam rapat.

" 7.20 cepat lah bangun.. kelas aku start jam 8 pagi" Dahinya berkerut. Dia buka mata sambil tengok aku dengan muka tanda tanya.

" Apa kaitannya dengan aku? kelas aku start jam 10 pagi" kata Adam dan tutup matanya semula.

" Motor aku pancit" Balasku dengan perlahan. Aku terpaksa susahkan dia kali ini.

"hmmmmm"

" Cepatlah bangun.. Lunch nanti aku belanja" pujuk ku lagi.

"hmmmmm.." Dengan paksa diri Adam buka mata, bangun dan capai towel lalu keluar menuju ke bilik air. Aku senyum simpul.

" Thank you.." Seru ku dari belakang lalu turun ke bawah. Sambil tunggu Adam, Ibu Adam suruh aku sarapan. Macam biasa aku buat macam rumah sendiri dan makan nasi lemak yang disediakan oleh Ibu Adam. 10 minit kemudian Adam turun dan ikut duduk di meja makan.

" Jomlah.." ujarnya bila lihat aku sudah siap sarapan.

" Kau tak breakfast?" tanya ku

" Aku hantar kau dulu la.. nanti balik dari hantar kau aku breakfast la" Dia tengok jam. Tanpa banyak soal aku rempat helmet dan ikut Adam dari belakang. Sampai di kolej Aku bergegas ke bilik kuliah. Hairannya hanya seketul dua pelajar kelas aku yang datang. Takan ramai yang ponteng. Aku lihat jam. 5 minit lagi jam 8 pagi. Biasanya jam begitu 98% pelajar sudah berada di bilik kuliah.

" Ha.. kita senasib lah Neera" Tegur Joanna bila lihat aku kebingungan.

" Maksud kau?"

" Kau hairan bilik kuliah masih kosong? ha ha ha.. mesti kau pun macam aku tak tengok pemberitahuan yang kelas kita ditunda hari ni. Sir Raqif tunda kelas, kelas kita start jam 9.30 pagi lah.." Beritahu Joanna. Aku tepuk dahi ku. sia-sia bangun kan Adam awal pagi. Sedangkan kelas rupanya ditunda. Rasa bersalah pula dengan Adam.

" Oh ya.. tadi ada Senior handsome cari kau?" beritahu Joanna lagi. Aku mengerutkan kening rasa pelik. Siapakah?

" Senior handsome cari saya?"

Angguk.

" Alah.. Abang senior Ariman" Mataku bulat besar bila dengar nama tu.

" Betul? dia ada cakap kenapa dia cari saya?" Tanya ku dengan nada terkejut.

"Er.. dia tak cakap apa.. dia cari kau saja"

"hmmm kenapa dia tidak call saja.." bisik ku rasa pelik. Aku saluk poket dan keluarkan telephone bimbit ku. Alamak! mati bateri rupanya.

" Patutlah.. handphone aku mati rupanya.. eh kau ada charger tak? pinjam" tanya ku pada Joanna.

" Ada.. tapi mana lah saya bawa, apa hubungan kau dengan Abang senior tu?" Tanya Joanna menyibuk.

"hmmmm.. Aku kerja di Pustaka Biru. Perpustakaan milik dia" Mata Joanna bulat besar bila dapat tahu.

" Untung lah kau.. saya pun ada nampak vacancy tu dulu.. tapi baru nak apply. Kawan cakap vacancy tu dah ada yang dapat. kau rupanya.." Ujar Joanna. Aku hanya tersengih.

"eh.. Aku pergi pinjam charger phone dengan kawan yang lain.. Aku cau dulu" Kataku lantas beredar. Lepas tu aku cari Ferra. Sepupu Adam. Aku tahu biasanya dia ada bawa charger phone. Ternyata dugaanku tepat. Lepas charge phone, Aku on phone dan nampak 3 missed called dari Ariman. Aku segera dail nombor Ariman. Ini pertama kali aku dail nombor Ariman. Biasanya hanya Ariman yang call aku dan tentunya pasal hal Pustaka Biru.

" Hello.. hai. Neera. Tadi saya call phone kamu tidak dapat dihubungi"

" Ya.. saya tak sedar rupanya phone saya mati bateri. Ada apa hal ya?" Tanya ku.

" Er... sebelah petang Neera ada kuliah?" pertanyaanku dijawab dengan soalan oleh Ariman.

" Petang ni free tak ada kuliah, kenapa?" Tanya ku lagi.

" Diana tiba-tiba MC pagi ni.. staff saya dari kedai buku pun tidak dapat ganti sebab di kedai buku pun sedang kurang pekerja. Saya kira minta tolong kamu ganti Diana petang ni kalau Neera tiada kuliah dan tiada hal lain" Beritahu Ariman dengan panjang lebar.

" Boleh.. tapi motor saya pancit, Adam yang hantar saya pagi ni. Mungkin Adam tak free untuk hantar saya ke pustaka Biru"

" Oh.. itu jangan risau. Nanti saya yang hantar kamu ke Pustaka Biru" ujar Ariman dengan nada lega. Entah kenapa aku rasa sangat happy dapat tolong selesaikan masalah dia.

" Boleh lah kalau begitu"

" Ok! set. Tengah hari nanti saya call"

" Baik" Dan talian pun diputuskan. serta merta aku teringat janji ku belanja Adam makan lunch nanti. Jadi sebenarnya boleh saja Adam hantarkan aku ke Pustaka Biru. Tapi bila teringat yang aku akan pertama kalinya naik kereta Ariman, aku tidak dapat menahan senyum. Hatiku rasa berbunga-bungga.

*****

Nächstes Kapitel