webnovel

1.8

Litany sendiri tidak sedar entah sejak bila dia terlelap. Gegaran di dalam kapal terbang akibat perlanggaran awan membuatkan Litany langsung membuka matanya. Menyedari di mana dia berada, tiba-tiba dia teringat kan sesuatu. Dia segera berpaling ke sisinya.

Melihat sepasang mata yang bersinar-sinar menjunam tajam ke arahnya, Litany serta-merta tergamam.

"Do you mind?" Litany menanya lelaki itu.

"What?" Lelaki itu membalas.

"Please do not stare at me like that, I don't like you at all," tukas Litany sambil memasamkan wajahnya.

Lelaki itu ketawa kecil. Dia mengalihkan matanya lalu memandang lurus ke hadapan. Namun sisa-sisa tawa lelaki itu masih jelas kedengaran. Litany menarik nafas panjang.

"You are something, Litany. Tipical girl but quit rough." Komen lelaki itu.

Litany terkedu. Bukan kerana lelaki itu mentafsirkan dirinya sebagai hadis tipikal, tetapi kerana ayat pertama yang disebut lelaki itu. Dia pantas memandang lelaki itu dengan wajah berkerut.

"How do you know my name?" Litany bertanya.

Perasaan ragu-ragu dan bimbang mula tumbuh. Siapa lelaki itu sebenarnya.

Lelaki itu berpaling sebaik sahaja mendengar pertanyaan nya itu. Mata lelaki itu menjamah setiap inci wajahnya yang mulai gusar.

"I know everything about you. Every single things actually," beritahu lelaki itu. Wajah yang ketawa tadi hilang, berganti dengan wajah serius.

"Who are you?"

"Like i said before, my name is Alwiz."

"Stop kidding me. Who you really are?" Nada suara Litany bertukar keras.

"Jangan buat bising Litany. Kita tentu tak mahu ganggu penumpang-penumpang lain kan," tukas lelaki itu dengan suara sedikit tegas.

Kali ini lidah Litany terus kelu. Rupa-rupanya lelaki yang menaiki flight yang sama dengannya itu pandai berbahasa Melayu. Tetapi kenapa sepanjang masa lelaki itu asyik menggunakan bahasa Tagalog dan Inggeris ketika menyapanya? Apakah lelaki itu juga berasal dari Malaysia? Tapi mustahil lah. Lelaki itu kan dari Thailand. Mungkin cuma kebetulan kut. Ataupun dia ni masa belajar dulu ambil kelas bahasa ya tak. Tu lah dia ni pandai banyak sangat bahasa.

"Macamana kau tahu nama aku?" Litany terus bertanya.

Selagi persoalan yang berlingkar di kepalanya tidak terjawab, selagi itulah dia memerlukan jawapan nya.

"Sudah aku katakan, aku tahu segalanya tentang kau. Termasuklah adik kau Al Khairy Ikhal," ujar lelaki itu tenang.

Litany tersentak. Al? Apakah lelaki itu tahu sesuatu tentang Al atau sememangnya lelaki itu yang menyebabkan adiknya hilang? Tapi bagaimana? Itu tidak mungkin kan.

Alwiz tiba-tiba meletakkan sesuatu di ribanya. Litany tunduk. Melihat seutas jam tangan yang dihiasi manik mutiara berwarna hitam berada di ribanya, cukup untuk membuatkan jantung nya berdegup lebih kencang dari biasa. Dia masih mengecam jam tangan itu. Bukankah itu jam tangan yang dipilih oleh Al sewaktu mereka memasuki kedai perhiasan di Zaubexua dua hari yang lalu?

Litany memandang lelaki itu dengan mata berkaca. Mata lelaki itu juga menjunam ke wajahnya. Renungan sepasang mata itu seolah-olah kosong dan menyembunyikan sesuatu perkara besar yang sulit untuk diungkap kan.

"Apa yang kau dah buat pada Al?" Nada suara Litany gementar.

"Don't worry, dia selamat. Sekurang-kurangnya buat masa ini."

"Apa yang kau nak sebenarnya?"

"Memang ada sesuatu yang aku mahukan. Dan kesudian kau menunaikan nya akan menjamin keselamatan Al," ujar lelaki itu sambil tersenyum.

______________________________________

Ketika melalui pemeriksaan kastam buat kali terakhir, Litany perasan mata lelaki itu tidak berkali lansung mengawasi nya.

Eh mata tuu dah nak tercabut dah dari fius dia tu. Asal je nengo orang macam tu. Macam aku ni mak tua jual racun je nak kenakan dia. Eeits rimas aku. Sempat hati kecil nya menggumam.

Ketika dia menanti bagasinya di kawasan tuntutan bagasi, entah sejak bila lelaki itu berdiri di sisinya. Malah membantunya mengangkat bagasinya lalu diangkut ke atas troli. Bagasi l laki itu turut diletakkan di atas troli yang sama.

Litany menjeling lelaki itu dengan pandangan geram. Lelaki itu membalas renungannya dengan wajah selamba. Sebelum sempat dia mahu menolak troli bagasi, Alwiz terlebih dulu memegang hujung troli.

"Please...allow me to do this," ujar Alwiz.

Litany mendengus. Dia mahu melangkah, namun secepat kilat lelaki itu menarik tangannya kembali. Dia tergamam.

"Apa kau buat ni?!" Herdik Litany, tidak senang dengan tindakan lelaki itu.

Tanpa mempedulikan Litany, Alwiz mengeluarkan sesuatu dari dalam poket jaketnya. Litany terpegun apabila lelaki itu tiba-tiba menyarungkan sebentuk cincin di jari manisnya. Usai melakukannya, lelaki itu kembali mencari wajahnya. Bibir itu mengukir senyuman.

"Cantik kan? Itu cincin pertunangan kita. Kita bertunang di Haire Hedshey-Ra di Bhseyba beberapa hari sebelum kehilangan adik kau. Nama aku Alwiz Zarex, seorang stocbroker yang mewakili Caomo Casie cawangan Thailand. Kita berkenalan lima bulan yang lalu sewaktu kunjungan terakhir kau ke Bhseyba," terang Alwiz satu per satu.

Litany mengerutkan dahi. Lima bulan yang lalu dia memang pernah berkunjung ke Bhseyba melawat pusara ibunya di Hearty Valley. Lelaki itu seolah-olah tahu setiap pergerakannya dengan terperinci.

"Sejak bila kau ekori dan intip gerak-geri aku?" Soal Litany ingin tahu. Bibir bawah diketap menahan geram.

Alwiz tidak menjawab. Matanya menerawang ke setiap ceruk kawasan tuntutan bagasi itu dengan mata meliar.

"We must to go right now,"

Dia memegang lengan gadis itu namun Litany merentap dan melarikan lengannya. Pegangan Alwiz terlerai. Dia memandang wajah di hadapannya dengan tatapan berang sekaligus gelisah. Kedegilan gadis itu melemaskannya.

"I'm not a stalker. Tugas mengintip bukan sebahagian tugas aku," bisik Alwiz dengan nada tegas.

"Habis tu tugas kau apa? Menculik dan mengugut? Begitu?!" Balas Litany sinis.

Alwiz tidak terus menjawab. Matanya tepat memanah seraut wajah gadis itu. Renungan nya singgah lama di wajah manis itu.

"No, tugas aku hanya pastikan kau ikut apa yang telah dirancangkan, tu je,"

"Dengan menyamar menjadi tunangan aku? Ini benar-benar gila,"

"Itu lebih mudah untuk aku dekati kau di hadapan ahli keluarga kau yang lain,"

"Itu cara yang paling gila untuk dapatkan apa yang kau nakkan. Untuk pengetahuan kau, aku dah ada teman lelaki kat sini" tukas Litany geram.

Lelaki itu memandangnya tidak berkelip.

"Jadi tu tugas kau untuk pastikan ayah kau percaya dengan kita. Mungkin dengan sedikit lakonan dan kemesraan, dia akan percaya bahawa aku adalah tunang anak kesayangan nya," ujar Alwiz sambil tersengih.

Litany mengetap bibirnya.

"Apa sebenarnya yang kau nak hah!?"

"Sudah aku katakan yang ada sesuatu yang aku mahukan, spesifik nya dari ayah kau," ujar lelaki itu yang mulai memancing amarah besar dalam diri gadis itu.

Litany semakin hilang sabar dengan semua perkara yang berlaku terlalu drastik.

"Then sebutkan aje duit berapa kau nak. Kami akan sediakan"

"Ia tak semudah itu Litany. Kami bukan nak duit"

"Kalau macam tu hah mudahkan untuk aku. Untuk kau dan untuk benda yang kau nakkan sangat tu" pintas Litany dengan suara semakin meninggi.

Alwiz terdiam. Ianya memang tak semudah yang difikirkan. Kalau ianya mudah, nescaya dia tidak akan melibatkan gadis itu dan adiknya dalam urusan ini. Wajah Litany ditatap sebentar sebelum dia tiba-tiba mengerling ke arah jam di pergelangan tangan. Dia segera menarik troli bagasi ke suatu arah. Litany tampak terpinga-pinga. Kebisuan lelaki itu mencalar kesabaran nya.

"Mr. Alwiz!!!" Herdik Litany agak kuat.

.

.

.

.

Bersambung... Jumpa di page seterusnya 😁😁

Nächstes Kapitel