webnovel

Chapter 2

USAI fardu ain itu ditunai bersama suaminya. Farahin beredar ke bilik tamu yang tidak berada jauh dengan biliknya. Dengan telekung serba lengkap berwarna merah jambu yang masih tersarung di badannya, Farahin menghampiri bilik tetamu yang menempatkan sahabat baik anaknya lalu dia mengetuk pintu bilik tamu. Waktu subuh, sudah hampir habis tetapi kelibat wanita muda itu masih tidak kelihatan. "Ika.., subuh." ujarnya di muka pintu, mengejutkan anak muda itu bangun untuk segera menunaikan solat fardu.

Anak lelakinya, sudah dikejutkan awal sebelum dia datang mengejutkan Zulaikha. Jika dia mendengar suara anaknya, dia sudah tahu anaknya sudah bangun.

"Ika.., bangun. Subuh!" geraknya, dengan ketukan di daun pintu. Melihat tiada respon, Farahin memulas tombol pintu, lalu menolak ke dalam. Pintu bilik tak berkunci dan bilik tamu, kosong. Katil di dalam bilik, kemas tersusun. Kelibat Zulaikha tidak kelihatan.

Adakah, sebab apa yang dia lakukan semalam, sehingga budak itu balik?

"Umi? Kenapa, ada di dalam bilik Ika?" tanya Yusof, dengan muka yang masih mamai. Matanya yang kabur, ditenyeh-tenyeh. Dia yang ingin bergerak ke bilik air, melintas di hadapan bilik Zulaikha dan tidak sengaja melihat ibunya yang berada di dalam bilik Zulaikha. Lantas, dia mendekati ibunya.

"Ika dah balik ke?" Tanya Yusof, dengan kepala terjengul di balik pintu. Risau, kalau dia melangkah masuk ke dalam bilik tamu yang menempatkan perempuan, dia akan melihat sesuatu yang tidak patut. Farahin mengeleng, tidak tahu dengan melemparkan pandangan ke arah anaknya. Anaknya, mengeleng kembali.

"Dia balik pon, naik apa?" tanya Farahin, risau. Kedatangan Zulaikha, dijemput di stesen bas oleh Yusof di Sungai Siput. Macam mana dia balik? Kalau, dia balik semalam. Waktu malam, siapa sahaja yang ada? Kereta, tak ada. Bas, pun tak ada. Rasa risaunya mula menebal. Risaunya juga bertempat, kerana sekasar-kasar Zulaikha. Dia tetap wanita yang macam-macam perkara boleh berlaku. Dia memang akui, Zulaikha seorang wanita yang agak berani jika nak dibandingkan dengan anaknya yang pengecut.

"Dia balik?" Yusof juga terkejut dengan kenyataan ibunya. "Bila?" Ajunya, tanpa sedar dia sudahpun berada di dalam bilik tamu. Katil sudah kosong dan tiada bagasi milik sahabatnya di dalam bilik seperti yang di jemputnya di stesen bas. Dia yang mamai, cergas dengan persoalan yang muncul di benak akal. Pelbagai tanggapan, mulai menyusul sehingga ingatannya terpaut pada malam semalam. Tingkah laku Zulaikha, lain dari kebiasaan. "Umi..."

Yusof memandang ibunya yang mengurut dadanya berulang kali, menandakan ibunya sedang risau. "Umi ada cakap sesuatu pada Ika?" Keletah ibunya, menangkap pandangannya semalam. Dia sedar reaksi ibunya yang kelihatan lebih waspada pada sahabatnya atau mungkin mainan perasaannya sahaja, dan dia juga sempat melihat Zulaikha dan ibunya sepeti berbual sesuatu.

Farahin memandang anaknya. Dahinya yang luas itu, berkerut apabila anaknya menyoal seperti dia adalah punca gadis muda itu pulang. "Kamu kata umi, penyebab?" soal Farahin, dengan lontaran nada yang agak tinggi. Sikap anaknya itu, menguriskan hatinya.

"Tak, angah tak cakap macam itu pun." Yusof merendahkan suaranya. "Tapi, semalam angah nampak umi dengan Ika macam ada bisik sesuatu." Ujarnya lagi.

Farahin mengeleng dengan tangannya mengurut dahinya. Pening dengan keletah anak-anak zaman sekarang. Sudahlah, Zulaikha pergi macam itu sahaja tanpa pesan apa-apa. Anaknya pula, menyoal dia seperti dia punca Zulaikha pergi.

"Apa yang bising-bising ini?" Soal Syafiq yang keluar dari biliknya apabila dia secara tidak sengaja terjaga oleh suara bising di luar bilik. Mulutnya menguap besar, menandakan dia yang masih mengantuk. "Apa yang berlaku?" soalnya pula. Farahin megeluh.

"Ika hilang." jawab Farahin. Dia menangalkan telekung yang tersarung dikepalanya, dan menghampiri suaminya. Telekung, digantung pada lengannya sahaja. Wajahnya diselubungi rasa risau. "Mungkin dia balik semalam." tambahnya, masih risau. Syafiq, menenyeh matanya, dengan senyum nipis di bibirnya.

Sangkanya apa, apabila dia dengar suara bising di luar bilik. Ingat ada masalah tiba-tiba. Rupanya pasal Zulaikha. "Semalam, abang minta along hantar Ika balik. Ingat apalah tadi." Syafiq mengosok lehernya, dan bergerak ke ruang dapur. Terasa urat lehernya tegang.

Mendengar bual suaminya, Farahin tersenyum lega. Anak oranglah katakan, dengan anak sendiri pun risau. Farahin yang melihat suaminya, beredar ke dapur. Matanya terus melihat waktu di jam dinding. Terus dia memandang Yusof. "Subuh?!" Marahnya.

Yusof tersengih, lantas bergegas mengambil wuduk sebelum menghilang ke dalam biliknya semula. "Lupa!!" Balas Yusof, bergerak laju.

Farahin merengus geram. "Bertuahnya budak!"

"Biarlah dia jaga solatnya." Ulah Syafiq, menuang air ke dalam gelas yang di ambil dari atas rak dapur. Gelas yang penuh, dihirup sambil melangkah ke meja makan. Dia mengambil duduk, lalu menghabiskan sisa air yang masih berbaki.

"Mudahlah abang cakap. Saya tak boleh nak abaikan macam itu sahaja." utaranya, menyambut kata suaminya. Farahin yang masuk ke dalam bilik, menyimpan telekung, dan keluar semula lalu melangkah ke dapur. Gelas suaminya diambil, lalu dituang lagi air dan diberikan semula kepada suaminya.

Farahin tidak setuju cara suaminya. Syafiq hanya mengiyakan, tanpa peduli. Dia tidak mahu membebankan fikiran tentang tangungjawab masing-masing terutamanya bab solat. Bukan anak kecil yang perlu dibentuk lagi. Sudah besar panjang, dan tak lama, anaknya itu sudah menjadi suami orang.

Farahin sudah menyinsing lengan baju. Peti ais sudah dibuka, dan dia keluarkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak sarapan pagi. "Along, ada balik semalam?" tanya Farahin.

Syafiq angguk. "Balik sekejap. Dia banyak kerja, katanya." Jawab Syafiq, sebelum bangun menghampiri rak dapur mengambil cerek air untuk menjerang air. Kemudian, dia membuka rak untuk mengambil gelas kaca bersaiz kecil.

Farahin hanya bergumam perlahan.

Bersambung...

Nächstes Kapitel