webnovel

BAB 10

Aara membuka matanya.. Jam menunjukkan 2 pagi.. Tekaknya melahirkan dahaga yang kuat , mug di atas meja di pandang sekilas , air putih itu tidak menarik minatnya , mungkin sedikit jus mampu melegakan dahaga itu.. Dia bangun dari katil menuju ke dapur bawah , langkahnya mencari peti sejuk , kelibat yang muncul tiba tiba itu sedikit mengejutkannya..

"Cik Puan nak apa apa ?"

"Lemon Jus.."

Jawabnya sepatah.. Dia duduk di kerusi itu sementara menunggu pembantunya mengambil jus itu di dalam peti ais.. Gelas yang berisi jus lemon itu diberi kepada Aara , Aara terus menikmatinya.. Bunyi suara dari pintu utama itu menarik minatnya , gelas itu di letakkan di atas meja , kakinya melangkah perlahan ke arah ruang utama..

"Hishh ! Aku boleh jalan sendiri , tak payah pegang pegang.."

Tangan Karl Aidyn menolak nolak tangan Gabril yang cuba untuk memimpinnya.. Aara menggelengkan kepala , mabuk lagi.. Aara mendekat memeluk tubuh memandang situasi itu.. Perasan dengan kehadiran Aara , Gabril menunduk hormat sambil tangannya berusaha untuk menstabilkan badan Karl Aidyn yang terhoyong hayang itu.. Butang baju Karl Aidyn di buang satu persatu oleh tangannya sendiri..

"Panass lah !! Kau tak bukak aircond ke ?! Bukak lah ! Aku boleh bayar lah !!"

Karl Aidyn sudah melalut sendiri.. sedangkan rumah itu sudah di hidupkan penghawa dingin.. Badan Gabril di tolaknya..

"Aku cakap aku boleh jalan sendiri.. Kau tengok aku ni , satu... duaa..."

Langkahnya tak teratur , kepalanya di angkat kembali , wajah Aara sudah di depannya , memandang serius.. Karl Aidyn ketawa tiba tiba..

"Aara..."

Karl Aidyn membuka tanganya luas , seperti menanti pelukan dari Aara..

"Come !! You miss me right ? How your holiday ? It's fun ?"

Karl Aidyn ketawa lagi.. mata kuyunya di tenung Aara.. langkah Karl Aidyn di atur makin mendekat dengan badan Aara.. Gabril hanya memerhati..

"I masuk hospital sebab sakit.... fun ? You have fun right now , right ? Keluar pagi , balik lewat malam ?"

Aara bertanya serius.. Badannya di peluk Karl Aidyn dengan tiba tiba , kemas..

"We have fun together... you dengan.... lelaki you... I dengan orang I.. adil kan ?"

Karl Aidyn ketawa lagi.. badan itu di tolak Aara cepat.. jijik dengan kata kata Karl Aidyn.. Lelaki dia ? Karl Aidyn memang mahir menyakitkan hati orang.. bentak hati Aara..

"Bawak dia ke bilik , now !"

Arah Aara tegas , cepat cepat Gabril memimpin tangan Karl Aidyn untuk di bawa ke atas , tapi cepat saja di tepis Karl Aidyn..

"No , I don't need you.. I have my Aara.. Aara... come.."

Aara menoleh pandang wajah Karl Aidyn mendengar kata kata itu.. Karl Aidyn menghulurkan tangannya ke arah Aara , seperti minta di pegang.. Aneh saja sikap mabuknya , Aara ragu ragu.. Karl Aidyn mendekat kembali ke arahnya.. Memeluk dari tepi badan itu , menghayunkan langkah ke arah tangga , mahu tidak mahu Aara terpaksa menurut.. memimpin kemas badan Karl Aidyn , tak mahu badan itu jatuh ke lantai , Gabril hanya menghantar pandang..

Sampai di depan bilik itu , Karl Aidyn menatap Aara , sangat dekat dengan wajahnya.. kemudiannya , menyentuh lembut pipi Aara , Aara cepat cepat menguisnya..

"Aaraa... come with me.."

Lengannya di bahu Aara di jatuhkan , mengenggam erat tangan Aara.. Aara mengerutkan dahinya , tangannya cuba di tarik lembut untuk masuk ke dalam bilik itu.. Aara menarik kembali..

"Lepas lah ! You dah jumpa bilik you... just go.."

Aara bersuara dingin.. cuba menarik tangannya dari pegangan Karl Aidyn.. Karl Aidyn ketawa kecil..

"Okay okay.. tak nak kat bilik I.. then.... bilik you.. come.."

Tangan Aara di heret menuju bilik Aara oleh Karl Aidyn , Aara mengeraskan tangannya..

"Karl !! You mabuk lah.. lepas !"

Tangan itu cuba Aara leraikan..

"I tak mabuk.. I nak dengan you.. I nak teman you.."

Karl Aidyn cuba memegang wajah Aara , Aara menepisnya laju..

"Enough !"

Bentak Aara , dada Karl Aidyn di tolak kuat , terlepas pegangan tangan Karl Aidyn pada tangan kiri Aara , tak semena mena badan Karl jatuh terduduk pada lantai itu kuat kerana lemahnya badannya ketika ini..

"Karl..."

Aara mendekat kembali pada Karl Aidyn , tak sangka tolakannya itu mampu menjatuhkan badan Karl Aidyn sekuat itu.. Karl Aidyn ketawa lagi tanpa sedar..

"Okay.. I faham... You tak nak I.. you suka orang lain.. Aaa I see.. You dah ada jantan tu.. Okay , faham.."

Karl Aidyn berkata lemah dengan ketawanya yang tersisa , tangan Aara yang cuba di hulurkan untuk menolongnya berdiri , di tepis Karl Aidyn.. Karl Aidyn berusaha bangun dari duduknya , Aara mendekat memegang badan itu..

"Jangan sentuh I.. I boleh bangun sendiri.. I kuat.."

Walau di halang Karl Aidyn , Aara tetap memegang kuat badan itu.. Kerana sikap degil Karl Aidyn, dia terhantuk kuat pada pintu itu.. Karl Aidyn mengaduh kecil , Aara sudah terkedu , menggelengkan kepala perlahan , timbol pintu itu di buka Aara..

"Pintu ni kena bukak dulu , kalau tak bukak macam mana nak masuk , you ingat badan you dah jadi roh sampai boleh tembus macam tu je pintu bilik ?"

Aara sudah membebel sendiri.. Karl Aidyn mengosok gosok dahinya yang agak sakit kerana terkena pintu.. Badannya ikut saja papahan badan Aara , sehingga tiba di katil.. Badan Karl Aidyn di letak Aara pada katil itu.. Karl Aidyn membuka tangannya lebar.. Aara menaikkan kening , binggung dengan kelakuan Karl Aidyn..

"Come.. tanggalkan baju I... you boleh buat kan.."

Mata kuyu itu masih menatap Aara , Aara mengeluh perlahan sebelum merapat ke arah Karl Aidyn.. butang baju yang tersisa di tanggal Aara..

Karl Aidyn merapatkan wajahnya ke arah leher Aara , Aara mengelak cepat bersama baju Karl Aidyn yang sudah berjaya di tanggalkan.. Berundur setapak ,  Karl Aidyn senyum lebar..

"Come.. sleep with me.."

Karl Aidyn menepuk nepuk ruangan kosong pada katil itu..

"Mabuk you teruk sangat la kali ni.."

Kata Aara sebelum berpaling , mahu keluar cepat cepat dari bilik itu..

"Aara...."

Karl Aidyn memanggil lemah.. Aara berpaling seketika..

"Tak ada sikit rasa pun ke kat hati you untuk teman I untuk semalam ? Teman I tidur ? Tidur sebelah I ? Being a normal husband and wife ?"

Perlahan suara itu kedengaran , Aara mengerutkan dahi mendengarkan Karl Aidyn.. Nada itu tak pernah dia dengarkan sebelum ini , selembut suara Karl Aidyn.. Mata itu di tatap Aara agak jauh darinya , Karl Aidyn senyum sebelum jatuh laju pada bantal itu , kakinya hanya menyentuh lantai.. Mungkin dia berjumpa lena yang sedikit panjang untuk malam ini... Aara mengeluh perlahan..