Karl Aidyn masih tidak mengendahkannya.. Wajahnya cukup tenang.. puas melihat kekecewaan di wajah Aara.. mungkin itu hobinya sekarang , menyakiti Aaara , berulang kali.. Bila Karl Aidyn melakukan itu , dia terasa puas , dulu sampai kini tiada sedikit pun kasih untuk Aara Adriana..
"I keluar sekarang pun , wajah ni juga you akan tengok hari hari.. tak ada lelaki lain.."
Karl Aidyn mendongak tinggi.. Akhirnya Aara yang berdiri , melangkah perlahan ke bilik air tanpa memandang lagi wajah Karl Aidyn.. Karl Aidyn membalik pandang , langkah lesu Aara hanya di pandang kosong.. Aara menutup pintu bilik air , pili itu di buka untuk membasahi diri.. Banyak persoalan yang terbit di benaknya kini , sampai bila mereka terus begini , sampai bila hatinya terus menahan sabar dengan sikap Karl Aidyn , sampai bila dia harus mepertahankan hubungan yang menghancurkan dirinya sendiri.. Aara tidak menemui jawapan untuk itu.. Akhirnya airmata Aara turun bersama air itu membasahi diri..
*************
Karl Aidyn menghampiri meja makan itu , hidangan di atas meja di tatapnya.. Dia duduk di kerusi itu.. Bibik Leha menghidangkan..
"Tuan Karl , Cik Puan dari tengahari tadi tak turun makan.. Saya tanya , dia cakap kenyang.. tapi saya tengok muka dia pucat.."
Bibik Leha bersuara , Karl Aidyn menoleh jam di dinding , pukul 8.30 malam..
"Kalau dia cakap kenyang , kenyang la tu.."
Hanya itu yang keluar dari mulut Karl Aidyn , tidak menunjukkan kerisauaanya langsung.. Bibik Leha hanya mengangguk..
Selepas menikmati makan malam , Karl Aidyn menyusun langkah ke arah tangga , langkahnya mati bila terdengar pintu di buka dari luar , dia menoleh pandang , wajah Raffa muncul di depannya..
"Ada apa ?"
Soal Karl Aidyn dingin , dia tak menyukai kedatangan Raffa.. Pandangan Karl Aidyn jatuh pada bungkusan di tangan Raffa..
"Aku nak jumpa Aara.. ada hal.."
Raffa berbasa basi , malas mahu melayan Karl Aidyn.
"Tak boleh nak tunggu esok , sampai malam malam nak datang rumah aku.."
"Tak boleh.. macam ni Karl.. Aku bawa makanan untuk Aara , dia tak makan lagi.. lepas aku hantar ni kat dia , aku balik. Aku rasa ni tak ada masalah dengan kau kan ?"
Raffa menerangkan sambil menunjukkan makanan di tangannya , mesejnya langsung Aara tidak membalas , nasib baik Diego ada yang memberi tahu hal Aara , lega hati Raffa.
"Ooo , mengadu rupanya.. Nak bermanja dengan jantan .. kat sini ramai tukang masak tak cukup lagi sampai nak kena suruh kau beli kan ?"
Tanya Karl Aidyn tak puas hati.. panas hatinya memikirkan Aara yang suka mengadu , hakikatnya Aara tidak memberi tahu apa apa.. Salah faham itu terus membakar Karl Aidyn..
"Macam ni Karl , aku pun tahu kau tak ambil tahu pasal Aara kan , rasanya kau tak perlu nak marah sebab benda ni.. Setidaknya dia tak kacau or masuk campur hal kau.."
Karl Aidyn mendiamkan diri. Melihat kesunyian Karl Aidyn , Raffa melangkah ingin mendekati tangga mahu menuju ke bilik Aara..
"Tak payah.. Aku panggil kan dia turun.."
Karl Aidyn berkata sambil melangkah laju ke arah tangga.. Setiba di bilik Aara , pintu itu di buka Karl Aidyn.. Badan Aara masih berbaring pada katil itu.. Melihat badan itu kaku , Karl Aidyn membuang selimut dari badan Aara , akibat terkejut , Aara yang mengiring ke arah kiri membuka mata dan membetulkan baringnya menatap Karl Aidyn.. Pucat wajah itu di tatap kosong oleh Karl Aidyn..
"Mengada lebih la you ni... Boyfriend you ada kat bawah.. Bawakan makanan macam you pesan.."
Ucap Karl Aidyn tanpa perasaan..
"Boyfriend ?"
Soal Aara binggung.. Sungguh saat ini dia tak larat untuk bertengkar dengan Karl Aidyn , terasa tubuhnya sungguh lemah..
"Raffa lah ! Siapa lagi... banyak banyak Bibik Leha masak , you tak makan.. boleh you suruh Raffa belikan makanan lagi ? You ni memang suka menyusahkan orang kan ?"
Pelik sendiri Aara dengan kata kata Karl Aidyn , dia langsung tidak berhubung dengan Raffa untuk hari ini.. ada ada saja mahu mencari gaduh , telah hati Aara.. malas lagi mahu melayan Karl Aidyn saat ini , sudah kepalanya berdenyut denyut..
"I nak tidur.."
Hanya itu yang keluar dari mulut Aara , selimutnya di tarik kembali membaluti badan..
"I cakap Raffa kat bawah , tunggu you ! You tak faham bahasa ke ?"
Suara Karl Aidyn sudah meninggi..
"I tak larat nak turun , suruh dia naik kalau betul nak jumpa I.."
Ucap Aara tanpa memandang wajah Karl Aidyn.. tak larat mahu melayan perangai gila suaminya..
"Naik ? Jumpa you kat bilik ? Makan bersuap kat sini ? Lepastu buat benda lain pulak ?"
Soal Karl Aidyn kepanasan.. Ketukan pintu kedengaran dari luar , hatinya sudah mengelegak panas melihat sikap Aara yang mendiamkan diri..
"Masuk !!"
Laung Karl Aidyn.. Pintu di buka dari luar..
"Aara..."
Langkah Raffa laju memasuki ruangan itu , Aara yang mendengar suara Raffa berbalik pandang.. Kini Raffa sudah di depannya bersebelah Karl Aidyn.. Karl Aidyn menatap seperti hendak menelan Raffa saat ini , berani betul lelaki itu memasuki bilik Aara.. Melihat wajah pucat Aara , Raffa menyentuh lembut dahi Aara..
"Sejuk ni.. You demam ke ?"
Soal Raffa panik.. Aara cuba senyum..
"Kita pergi hospital.. or I panggilkan doktor ?"
Sambung Raffa , Aara menggelengkan kepala..
"I dah makan ubat.. kejap lagi lega la.."
Perlahan suara Aara..
"Aara , you makan ubat , tapi tak makan nasi or bubur.. kita makan dulu , biar badan you ada tenaga , pucat sangat ni.. jom.. kalau you tak larat nak turun I boleh bawakan ke atas.."
"No , menyusahkan you.. I turun.."
Aara mengagahkan diri untuk bangun dari baringnya , lengannya di paut Raffa.. Karl Aidyn hanya memandang benci , dia pasti ini hanya drama dari Aara.. lantai itu di pijak Aara , tapi terasa tenaganya tak mampu untuk menampungi badannya sendiri , matanya jadi kabur serta merta , terasa dirinya dibawa hanyut , akhirnya dia jatuh longlai sebelum di sambut Raffa..
"Aara !"
Raffa nanar.. Karl Aidyn menelan liur , lakonan atau benar benar ? Pipi Aara di sentuh Raffa.. wajah Karl Aidyn di pandang Raffa.. panik.
"Kita pergi hospital."
Kata Raffa , badan itu cuba di angkatnya , Karl Aidyn menunduk sebelum mendapatkan badan Aara dari Raffa.. badan Aara di angkat Karl Aidyn keluar dari bilik itu laju..