webnovel

Mastalker

realistisch
Laufend · 21.4K Ansichten
  • 16 Kaps
    Inhalt
  • Bewertungen
  • NO.200+
    UNTERSTÜTZEN
Zusammenfassung

Lan merupakan seorang remaja yang berfikiran terbuka dan ingin melakukan perkara baharu yang mencabar. Suatu hari, dia mendapat nombor telefon seseorang lelaki untuk berbincang mengenai masalahnya. Semenjak hari tersebut, dia terpaksa untuk mengikuti arahan orang yang dia telefon tersebut. Dia terlibat dengan aktiviti stalker seseorang pelajar di sekolahnya. Apakah dia dapat stalk tanpa kantoi dengan orang yang distalknya?

Chapter 1Bab 1

Apa itu kebahagiaan yang sebenarnya. Adakah semuanya daripada keinginan ataupun semuanya daripada perasaan. Kasih sayang? Mengapa perlukan kasih mengasih, padahal boleh tikam-menikam. Ideologi ini makin berleluasa di masa kini. Mungkin masa lalu juga pernah terjadi. Dalam konteks ini apa sebenarnya kebahagiaan yang aku idamkan. Dari kecil aku diberi kasih sayang, namun apabila meningkat remaja boleh disuruh berdikari dan buat pekerjaan. Mengapa dunia memerlukan manusia bekerja, ada yang menganggur ada yang mengemis. Adakah disebabkan wang dan harta di dunia ini ataupun untuk kelangsungan hidup. Bila ditanya apa yang mereka tahu, dijawab semuanya tahu tetapi bila disoal tidak tahu...

"Lan, bangunlah Lan. Dah berapa lama lagi nak tidur tu. Sekarang dah nak masuk maghrib dah. Bangunlah wahai anakku."

Aku mula sedar kembali ke dunia nyata apabila aku dikejutkan oleh ibu. Mungkin sekarang emosi aku yang kurang stabil disebabkan ditolak cinta dengan crush. Bila diingat balik peristiwa dia.

"Sebenarnya aku suka kat hang."

"Oh, sorrylah. Kitakan sekolah lagi, rasanya mungkin akan jejaskan pembelajaran kita dan satu lagi mungkin hang terlalu baik untuk aku."

Ish bila ingat peristiwa tu macam bangunan 50 tingkat sahaja mula runtuh. "Ish... Ish... Ish... bangunlah oi. Mandi cepat pergi masjid solat maghrib. Takkan itupun nak suruh. Dah besar dah, kata 16 tahun nak cari makwe tapi kalau perangai macam ni lagu mana nak dapatnya."

"Ya...ya... nak bangunlah ni."Selepas itu, aku terus bangun dan mempersiapkan diri untuk pergi ke masjid. Maklumlah sekarang ini Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) tengah berlangsung. Aku cepat-cepat siap dan terus ke masjid untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Seusai solat, aku duduk di atas kerusi batu di hadapan masjid. Biasalah melepak dulu dengan orang-orang kampung, sementara menunggu waktu Isyak pula berkumandang.

"Lan, awat hari ni hang monyot saja. Ada apa ni cercite sikit."Abang Rizky yang berusia lebih kurang 18 tahun bertanyakan kepadaku soalan tersebut.

"Hmm..."Aku tak mampu untuk mengatakan apa-apa.

"Oh dia kena reject tadi masa dekat sekolah. Nak tackle awek cun tapi tak kesampaian."Kali ini kawan baik aku pula yang berkata. Nama dia Amin dan dia suka sebarkan gosip. Sampai gosip kawan baik diapun dia kongsi. Aku tak tahulah aku patut sebut dia kawan baik ataupun wartawan. Rasanya lebih baik aku panggil dia wartawan.

"Alah, takkan kena reject terus murung sampai ke malam. Chill lah. Benda boleh bagi tahu. Kot-kotlah kami boleh bantu ka apa."Abang Rizky macam nak tolong aku saja."Tapi memang salah hanglah kalau nak tackle awek. Orang kalau nak tackle kena ada strategy. Tengok macam aku ni."

"Macam mana ada ramai ka awek nak kat abang."

"Uish. Taklah aku tak minat benda-benda macam tu masa dekat sekolah dulu. Orang kata lagha. Tak ada fungsi daripada dok buat dosa lebih baik kita belajar. Dah kata duduk dekat sekolah pulunlah sungguh-sungguh. Hangpa nak ka sekolah dekat rumah. Awai-awai syoklah mari lama-lama jadi cemuih nanti."Betul gak apa yang Abang Rizky kata tu.

"Hebatlah abang bagi motivasi dekat kami. Tapi kalau orang single bagi motivasi rasa macam taklah best sangat."Amin memerli Abang Rizky.

"Oi, sedap mulut hang ja cakap kat aku lagutu noh."Abang Rizky kelihatan seperti marah main-main."Adeh letih aku layan hangpa. Tapi kalau hang nak sangat belajar cara nak tackle orang aku recommend dekat hang kawan aku, Hazim. Dia padulah kalau bab-bab cinta ni. Nah aku bagi no telefon dia."

"Oh terima kasih. Tapi bila dia free..."Disaat aku bertanya, azan Isyak baru sahaja berkumandang. Amin dan Abang Rizky terus bangun daripada kerusi batu dan terus ke paip air berdekatan untuk mengambil air wudhu.

Seusai sahaja mengerjakan solat Isyak, aku terus pulang ke rumah dan melantarkan badanku ke atas katil. "Hah, lenguhnya badan."Macam mana aku nak settlekan masalah yang aku hadapi ni. Apabila melihat mesej di whatsapp aku mula teringat akan nombor telefon kawan abang Rizky yang dia beri. Mungkin tak apa kot kalau aku bertanyakan kepadanya malam ni. Takkanlah dia nak tidur kot tengah malam ni. Mesti dia golongan burung hantu ni.

'Assalamualaikum. Nama saya Lan kawan kepada Rizky. Dia suruh saya tanya abang pasal masalah cinta'Aku menghantar mesej ini, takkanlah dia nak baca kot mesti dia abaikan pesanan aku. Tatkala, mesej telah dihantar. Aku dapat melihat yang penerima tersebut terus membalas mesej ku. Dan apa yang dia berikan adalah suatu link. 'link apa ni.' Namun dia tidak menjawab apa-apa. Entah kenapa aku tertanya-tanya yang link ini akan membawa aku ke dunia yang aku tak sangka. Tapi inikan dunia realiti mana logik benda tak logik berlaku. Link ditekan dan aku dibawa ke suatu laman sesawang yang disuruh ku untuk menjawab beberapa soalan. Katanya di paparan quiz mengenali diri anda.

Aku mulakan dengan menjawab soalan pertama sehingga ke lima puluh. Entahlah, akupun tak pasti sebab apa aku kena buat benda ni. 'keputusan akan diceritakan sebentar sahaja lagi sila tunggu beberapa saat untuk sistem memproses data anda.'Macam jawab peperiksaan mula aku rasa ni. 'Tahniah anda berjaya mendapat skor 50/50. Ini link untuk anda.' Tanpa menunggu lagi, akupun terus menekan pada link tersebut. Dia menunjukkan suatu paparan kepada ku yang menunjukkan suatu ikon kamera. Dan pada masa yang sama juga aku mendapati suatu panggilan yang tidak kukenali memanggil. Apabila diangkat panggilan.

"Hello."

"Ha ini encik ada buat pembelian dekat oversee ka. Kalau tak salah saya hutang sofa yang bernilai RM 3000."Ini mesti scammer ni. Tak apalah lebih baik aku layan saja.

"Maaf, encik tapi saya memang ada buat pembelian dekat oversee tapi bukan sofa. Saya beli PS5. Alang-alang baru keluar. Saya nak trylah."

"Ha. PS5 pun ada dalam list pembelian encik. Apa nama."

"Ali bin Abu."

"Ha, encik Ali bin Abu."Aku tak fahamlah apa fungsi dia bohong aku.

"Jadi mengapa encik call saya ni."

"Itulah pasal. Sebab encik ada pembelian sofa tu yang harga RM3000. Saya nak pastikan yang encik memang buat pembelian itu ataupun tidak."

"Oh, kalau saya kata saya tak nak bayar jadi apa."

"Duit encik akan terapung dan tidak akan masuk ke dalam akaun. Akibatnya akaun encik akan mengalami masalah kewangan.

"Oh begitu ka. Tapi sebab apa dalam banyak-banayk orang saya yang kena ni. Tak payahlah nak bohong. Ini mesti kawan Abang Rizky, Hazim."

"Oh macam mana kau tau."

"Entahlah siapa yang nak bagi link dekat orang yang dia tak kenal lepas tu dia scam orang tu. Kita bukan berada di dunia fiksyen."

"Oh ya ka. Tapi kau pasti yang dunia ini bukan seperti permainan dan ujian untuk kita. Agak sama macam dunia fiksyen. Kehidupan yang kita lalui boleh juga dikatakan sebagai fiksyen. Cinta, kejayaan, dan kemewahan. Itu semua cerita."

"Oh dah habis scam ka."

"Ha. Sajalah nak tengok alert ka tidak. Nampaknya kau boleh jadi anak murid aku. aku ajarkan kau rahsia yang boleh kau gunakan dalam hidup kau."

"Apa dia?"

"Disebabkan kau berjaya menjawab test semua betul dan kau mempunyai otak yang cerdas. Aku rasa kau sangat cenderung ke arah stalker."

"Stalker? Tak nak lah saya."

"Apasal pula. Dalam stalker ini dia ada banyak kelebihan; satu, kau stalker untuk dapatkan maklumat peribadi. Kedua, stalker orang untuk membalas dendam. Ketiga, kau juga boleh jana pendapatan dengan menjual data yang kau stalk."

"Bukan kebanyakan stalker tu psycho ka."

"Itulah pasal. Kau kena guna kecerdasan otak kau dalam mengawal diri daripada menjadi psycho. Macam mana setuju tak nak jadi stalker. Aku akan ajarkan kau tetapi sebagai imbalan aku akan bagi tahu nanti."Rasanya seperti berisiko. Aku tak tahu yang aku buat ini pilihan yang tepat ataupun tidak tetapi untuk menjadi lebih hebat lebih baik aku jadi stalker.

"OK baiklah tetapi imbalan mesti tidak melibatkan dengan peribadi dan keluarga aku."

"Bab tu jangan risau sangat sebab aku tak berminat dengan keluarga orang yang aku ajar. Aku lebih suka lihat manusia. Maknanya aku akan lihat perkembangan kau sebagai stalker."

"Jadi itulah imbalan dia."

"Yup."

"Kalau macam tu terima kasih."

"Setiap 12 tengah malam aku akan hantarkan maklumat kepada kau. Dan kau kena uruskan maklumatnya."Kemudian dia terus meletakkan panggilan. Aik macam tu saja. Sebelum itu, maklumat apa yang dia nak sangat bagi dekat aku ni. Entahlah, lebih baik aku tunggu dan lihat saja.

Jam menunjukkan jam 9 malam dan agak kebosanan. Hari ni kalau main Genshin impact mesti dapat teroka banyak lagi tempat tapi melalaikan. Aku nak main game apa yah? Kalau Mobile Legend takut kalah sebab aku tak boleh cover team yang tak reti main. PUBG rasa macam malas pula. Habis tu aku nak main apa? Takkanlah nak main Chess, tak rajin aku nak fikir. Agak lama jugalah aku memikirkan untuk melakukan apa. Dan aku tidak melakukan apa-apa sehinggalah kawan aku, Iman menelefon. "Lan buka discord lekas." Lepas tu dia terus meletakkan panggilannya.

Apabila sahaja aku memasuki server discord yang kawanku buat baru-baru ini. Di situ, banyak yang berbincang nak buat apa malam ni. Sehinggalah ada salah seorang kawan aku yang menyatakan pendapatnya untuk main game yang trend pada masa kini, Among us. Pada masa itu juga, server tersebut menjadi sebagai server Among us di kalangan kawan-kawan aku. Aku tak sangka aku main game ni agak lama. Apabila sedar sahaja sekarang dah pukul 12 malam. Dan mereka masih lagi bermain. Aku meminta izin untuk mengundurkan diri dahulu kerana esok sekolah. Kalua boleh aku tak nak tidur dalam kelas.

Aku tak sangka juga yang maklumat yang abang Hazim nak hantar, sudah sampai. Tetapi maklumat tersebut dihantarkan terus ke dalam email aku. Periksa sahaja email itu, aku mendapati yang ada gambar seorang perempuan yang aku rasa dia sekolah di sekolah aku dan beberapa tempat kosong di situ. Takkanlah aku kena cari maklumat pasal perempuan ni.

Dalam masa yang sama juga, abang Hazim menghantar mesej di whatsapp. Di situ ada tertera, 'kau kena dapatkan semua maklumat di situ. Aku bagi dekat kau masa seminggu untuk selesaikannya. Jika kau tak dapat nak selesaikannya anggap sahaja kau sudah menyerah dengan masa depan kau dengan perempuan yang kau nak tu.'Alamak dia ugut akulah. Cari maklumat sajapun apa yang susah sangat. Aku tak sangka yang cari maklumat ini memang agak susah.

Untuk pertama kali, aku ken cari perempuan tu dulu. Dia pelajar tingkatan berapa dan kelas mana. Susah untuk aku kalua tak tahu dia ada di mana. Aku tak rasa yang tanya kawan aku dengan menunjukkan gambar perempuan ini adalah idea yang terbaik. Entah kenapa, aku print maklumat yang disuruh abang Hazim tu. Sekarang waktu rehat, aku mesti cari petunjuk. Sekolah aku hanya ada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Nak bagi tahu nama sekolah rasanya tak perlulah.

Sementara waktu rehat masih lagi berlangsung, aku melihat pada gambar tersebut yang tampalkan ke dalam buku nota kecilku. Aku cuba mengingati sama ada aku ada jumpa orang ini ataupun tidak. Namun tiada, tatkala aku melilau-lilau daripada koperasi sekolah ke kelas tingkatan, aku ada ternampak kelibat wajah perempuan ini yang mula keluar daripada perpustakaan sekolah. Tanpa membuang masa lagi aku terus mengekorinya sambil meminum air kotak.

Aku tak menduga juga apabila dia mengalih pandangannya ke arah belakang di mana aku berada. Pandangan mata empatnya yang menghairankan ke arah ku. Dengan tergesa-gesa dia terus bergegas untuk memasuki ke dalam kelasnya. Tanpa disedarinya dia telah terjatuhkan beberapa buku yang dibawanya. Aku yang dibelakangnya terus menghulurkan bantuan dengan menolongnya mengambil kembali buku-buku dan beberapa helaian kertas yang bertebaran di atas tanah.

"Mari kami tolong hampa."Dia hanya senyap dan tidak menjawab. Aku menganggap itu adalah ya baginya. Dengan keadaan kalut dia mengambil buku-buku dan meragut kertasnya yang aku pegang. Kemudian dia terus beredar. Betul ka dia adalah orangnya. Bila aku buka buku nota kecil yang aku ambil daripada poket seluar. Ternyata yang wajahnya adalah serupa dengan wajah dalam gambar ini. Alamak aku lupa nak tanya nama dia tadi. Kejap ini kertas apa, mungkin dia tertinggal yang ni. Hmm… ini mesti peluang aku untuk bersinar. Kejap apa yang dia lukis ni. Wah, nampaknya dia melukis manga(komik dalam Bahasa Jepun).

Alahai, dia memang tak serupa dengan karakter dia ka. Sebelum itu, aku ada teringat yang Syafik ada bagi tahu pasal cerita anime yang perempuan yang senyap ini ada karakter tersembunyi yang menghiburkan. Mungkin aku kena tanya dia. Dalam masa yang sama juga, waktu rehat telahpun tamat dan aku rasa aku kena ajukan soalan ini masa waktu rehat tengah hari inilah.

"Syafik, hang boleh tak bagi tau kat aku yang awek anime hang yang penyenyap tu. Apa karakter dia dan macam mana nak tackle dia."

"Uish? Awat hang tanya soalan yang aku tak rasa yang ni hang ni. Hang betul ka dak hari ni."

"Aku betullah. Cepatlah nak dengar ni."

"Aku boleh bagi tahu tapi lepas ambil wudhu, aku bagi tahu."

"OK."

Sementara menunggu azan zuhur berkumandang, aku melihat ke arah sekeliling mencari keberadaan Syafik. Jumpa sahaja, aku terus duduk bersebelahannya. Jadi kalua hang nak tau sangat dia ada kelemahan. Kelemahan dia bila ada orang tahu rahsia dia. So, macam tulah kalua apa yang boleh aku ringkas. Awat, hang dah nak move on ka?"

"Entahlah. Pasal tu aku masih lagi buntu lagi."

"Tak apa. Lama-lama nanti jumpalah tu. Hang just kena tunggu masa saja."

"OK aku faham."Aku menghulurkan tanganku kepadanya. Namun dia tidak membalasnya.

"Jangan bro, sekarang kena jaga penjarakan fizikal. Tak boleh bersalaman."

"Oh, lupa pula aku."

Sekarang aku ada di dalam kelas dan masih lagi menunggu guru untuk masuk mengajar. Namun, setelah menunggu beberapa minit. Guru tidak lagi masuk mengajar. Mujurlah ketua kelas ada pergi berjumpa dengan guru. Katanya untuk kelas hari ni pergi ke perpustakaan dan buat NILAM. Katanya lagi semua guru ada mesyuarat. Waktu inilah yang kami akan raikan. Dengan rileks berada di dalam perpustakaan yang mempunyai penghawa dingin yang kuat dan sejuk.

"Jom Lan." Ajak Amin

"Ha OK. Pergilah dulu, sementara aku cari buku NILAM."

"OK."

"Aduh, dekat manalah aku letak buku NILAM ni."Aku mencari lagi namun tiada. Nampaknya aku kena pergi dengan tangan kosong sahajalah. Tatkala aku mula untuk melangkah keluar kelas, muncul seseorang perempuan yang aku agak trauma dengannya.

"Hang cari ini ka?" Sambil menunjukkan kepadaku buku NILAM yang tertulis nama aku pada buku tersebut. Aku terkedu dan gementar ketika melihat perempuan tersebut sedang memegang bukuku. Adakah ini mimpi ngeri ataupun apa…

Das könnte Ihnen auch gefallen