webnovel

Chapter 37 : Halimunan

"Ha'ah.."angguk Sylas.

"Woof!"anjing Siberian itu tidak semena menggonggong lagi.

Melompat terkejut Naera akan bunyi kuat anjing itu. Dia mengedipkan mata. Isy!Apahal anjing ni!Ingat dia suka ke!Kalau anjing ni tak suka pada dia, apatah lagi dirinya!

"Shh...shh..it's okay..."pujuk Sylas sambil menggosok bawah dagu anjing itu.

Semahu dia hendak melihat Seth, dia kena cekalkan jugak hatinya untuk tidak menemui lelaki itu. "Oh...kalau begitu baik kamu pergi dapatkan pakcik kamu cepat-cepat. Aunt gerak dulu."pamitnya hendak lekas. Dia kena pergi sebelum Seth ada. Kalau dia tak pergi sekarang, dia takut hati dia tak kuat nak tanggung kesan kehadiran Seth nanti! Dia gerak hendak berpatah balik.

Lalu...

"Sini pun kamu...puas ayah cari kamu.."Seth berdiri di depan Naera sewaktu pandang Sylas terlebih dahulu.

Naera yang lihat sudah kaku berdiri di situ dengan air liur di telan kesat dalam kerongkongnya. Damn! Dia terkedu apabila melihat lelaki berhoodie dan sweatpant hitam yang berdiri di depannya. Mata dia terus tertancap pada wajah bersih dan handsome milik crushnya. Nak gugur jantung dia. Terpana habis dia dibuatnya. Kenapa la lama tak nampak makin menggamit perasaan dia melihat wajah Seth?

Naera cuba buka mulut hendak bersuara-

Seakan tidak nampak Naera di situ, Seth terus jalan mendekati Sylas dan hampir berselisih bahu dengan gadis itu. "Kan ayah suruh kamu tunggu tadi...kenapa lari.."katanya sambil tu.

What the heck!?Naera di situ sudah tercengang sendiri. Terkejut dengan layanan Seth terhadapnya. Kenapa Seth tak pandang dia?Tak nampak ke dia berdiri di sini?Dia berdiri kejung seperti patung di situ dengan mata terarah ke depan.

Seth kemudiannya bercangkung di depan Sylas lalu membelek anak itu dari atas ke bawah sambil memegang beg kertas berisi makanan. "Kamu tak apa-apa?"tanya dia.

Mata Sylas gerak memandang Naera yang sedang berdiri membelakangkan dia. Lalu dia pandang akan pakciknya pula. Dia sendiri pun hairan. Kenapa bapa saudaranya ini enggan menegur makcik cantik di depan mereka ini. Tak nampak ke?

"Mari...kita balik. Kamu dah puas berjalan kan...nenek kamu mahukan Micah semula.."beritahu Seth dengan bersahaja berkelakuan seakan hanya ada mereka berdua sahaja di situ.

Sementara Naera dekat situ sudah hampir mahu menangis, Terasa dia bila Seth buat tidak hiraukan dia. Lelaki tu menghalimunankan dia. Marah sangat ke Seth pada dia?Patutnya dia yang marah. Dan patutnya dia yang halimunankan Seth. Ini tidak ianya berbalik kepada dia pula.

Sedih betul!

Tidak menoleh mahupun bersuara, Naera pun berjalan pergi dari situ. Dia tidak faham kenapa Seth buat-buat tak nampak dia!Apa dia tahu, dia betul-betul terkilan.

Perlahan-lahan Naera pun menjauh dari situ.

"Aunt dah pergi ke?"tanya Seth dengan perlahan kepada Sylas sambil memandang muka anak saudaranya itu.

Mendengar soalan itu, Sylas pandang pakciknya dengan kening berkerut lalu mengangguk kepala. Baru tanya?Pakcik dia ni dah kenapa?Tadi orang ada dekat depan mata tak dipandang. Bila orangnya dah pergi baru nak tanya.

Seth lepaskan keluhan panjang. Dia bangun dari bercangkung lantas pusing menghadap ke arah dimana Naera pergi tadi. Dia pandang arah itu dengan kening mencerlung. Jari jemari mengepal erat dalam telapak tangan.

Haish!

Tak guna betullah!

Ikutkan hati mahu sahaja dia kejar Naera. Tapi tak boleh. Sebab ibunya sudahpun mengarahkan orang untuk perhatikan Naera. Sebagai langkah berjaga-jaga supaya dia tidak cuba mendekati Naera. Selama dua minggu dia cari Naera di sekitar tasik ni lepas dapat tahu Naera suka luangkan masa di sini. Dan bila sudah bertembung, dia sendiri tak dapat nak buat apa-apa.

"Jom kita balik.."ajak Seth semasa berpaling menghadap Sylas.

Sambil pegang tali anjing, Sylas buat muka judging. Serius!Dia tak faham betul la dengan orang dewasa ni!Ada-ada saja halnya. Mujur la dia Budak-Budak. Selain makan dan tidur. Dia hanya perlu fikirkan apa jawapan 3+2 sahaja. Tak macam orang dewasa.

Seth hulur tangan ke Sylas untuk di sambut.

Tanpa berkata apa-apa Sylas capai tangan Seth lalu digenggam erat.

"Nak makan dekat mana?"tanya Seth sambil mereka jalan berdua ditemani anjing belaan ibunya sepanjang laluan pejalan kaki itu.

Sylas dongak memandang ke atas. Melihat wajah pakciknya dengan kening berkerut. Dia tertanya-tanya, Ini ke sebabnya kenapa pakcik dia suka ajak dia datang ke taman ni untuk jalan-jalan? Sebab ada makcik cantik tu dekat sini?

Seth termenung memandang ke depan. Dia cuba berfikir. Bagaimana dia mahu dekati Naera tanpa dikesan oleh pengintip ibunya?

Nächstes Kapitel