webnovel

Chapter 13 : Running From Crush

Flasback...

"Kanada?Buat apa awak hendak ke sana?"

"Jumpa makcik saya.."

"Lima jam penerbangan tu?Awak sure awak hendak ke sana?Secara tiba-tiba macam ni?"

Sambil mendengar,sambil tu dia sumbat pakaian ke dalam bagasi. Huh!Ingat dia peduli ke!Lima jam ke 24 jam ke!Lantak situ. Apa dia tahu dia pergi jauh dari Seth!Kalau dia tak pergi jugak dari sini, takut nanti dia tak dapat nak larikan diri lagi!

"Tapi kenapa tiba-tiba?"soal Kade lagi.

"Dia call saya. Katanya urgent...so awak dah uruskan pertukaran ibu saya di hospital lain?"soalnya apabila teringat akan ugutan Seth terhadapnya.

"Dah...ibu awak sudahpun di tempatkan ke hospital lain seperti yang awak mahukan"

"Okay...thanks sebab tolong. Next time...kalau awak perlukan apa-apa bantuan dari saya, Beritahu. Saya akan bantu sebagai balasan pertolongan awak kali ni"

Dring!

Bunyi notifikasi dari telefon kedengaran tidak lama kemudian. Menyentak mereka berdua di situ. Maka telefon yang berada di sebelah bagasi atas katil itu dicapai olehnya lalu di sentuh skrin. Satu bubble mesej muncul di skrin itu,

Ianya datang dari si devil sendiri!

"Siapa tu?"tanya Kade kepadanya.

Siapa lagi kalau bukan Seth. "Tak ada apa-apa.."jawab dia bila Nampak mesej itu beritahu yang dia kena berada di pejabat tepat jam 5.30 pagi, Buang tebiat apa Seth ni?Burung hantu pun belum bangun. Inikan dia?makin di hadap makin menjadi-jadi la crush dia ni!

End of flashback...

Ding!

Dong!

Sebaik butang loceng di tekan, tangannya di jatuhkan ke sisi untuk mengetatkan lagi pakaian tebalnya ke tubuh ekoran suhu dingin di kawasan perumahan itu. Selepas menunggu seketika, akhirnya pintu di depannya pun terbuka. Seorang wanita berambut beralun dan mengenakan sweater turtle neck berdiri di muka pintu itu.

"Naera?"panggil maksunya di situ dengan tercengang. "Apa kamu buat di sini?"

Tidak mahu membuatkan maksunya curiga, dia dengan muka ceria dan senyuman terpaksa di bibir gerak merangkul lengan maksunya. "Hai maksu"sapa Naera.

"Apa yang dah berlaku?Kenapa kamu boleh berada di sini?"soal maksu Naera bingung-bingung. Tidak faham bagaimana anak saudaranya boleh berada di depan rumahnya secara mengejut. Tiada khabar tiada maklum, tup-tup sudah di sini.

"Saja.Naera nak ambil angin. Sebab itu la ke sini.."tipu Naera.

Maksu Naera pimpin Naera masuk ke dalam sambil mengangkat bagasi sekali sebelum menutup pintu itu.

"kenapa tak beritahu kamu hendak ke sini?"tanya maksu Naera lagi.

Naera menanggalkan kot tebal dan mafela dari badannya lalu digantung pada penyangkut di depan pintu itu dan mula bergerak masuk ke ruang tamu. "Kebetulan je...Naera ada urusan bisnes dekat sini.Alang-alang dah lalu ke sini, naera cadang nak singgah sekejap sebelum balik ke tanah air nanti.."dalihnya lagi.

Maksu Naera perhatikan langkah anak kepada kakaknya itu dengan kening berkerut tidak faham.

"Urusan bisnes?"

"Ha'ah...maksu seorang je?Paksu tak ada ke?"Naera mengalihkan perbualannya. Dia enggan panjangkan alasan kenapa dia ada di sini. Yalah, kalau dia beritahu alasan sebenar, pasti maksu dia suruh balik semula. Yalah dia tak pernah pergi jauh-jauh dari ibunya yang sakit selama ini. Kalau maksu dia tahu hal sebenar, pasti dia yang akan di leteri.

Maksu Naera ambil tempat di sofa setelah Naera duduk di kerusi berdekatan dengan perapian. "Paksu kamu outstation selama beberapa hari ni. Maksu duduk sendiri.."

Terus bersinar bersemangat mata Naera sebaik mendengar makluman itu. Oh really?Elok sangat la kalau macam tu. Dapat la dia bermalam di sini buat sementara waktu untuk elakkan diri dari dijejak dengan Seth. Pasti lelaki itu tidak tahu dimana keberadaan dia sekarang!Ahah!Padan muka situ!

"Kalau macam tu Naera bermalam dekat sini sehingga paksu balik ya. Boleh la temankan maksu dekat sini.."cadang dia dengan mesra.

Maksu Naera hanya buat muka tidak pasti dengan tingkah anak buahnya. Dia hanya menggeleng kepala mengiyakan saja permintaan Naera.

Nächstes Kapitel