webnovel

Chapter 10 : Blackmail

Seth menarik sengih sinis meleret.

"Awak keluar saja dari pejabat ni," Seth mendekatkan lagi wajah ke Naera dengan jarak yang bahaya. Salah gerak ni, lain jadinya. "I'll make your life a living hell...Jangan sesekali berani awak fikir yang awak takkan temui saya selepas awak pergi dari sini-"

Naera menahan nafas bila dia tatap renungan penuh amaran Seth. Tidak menjangka hal akan jadi rumit seperti ini. Isunya sekarang, apa sebenarnya yang Seth hendak lakukan?Apa lelaki ini mahukan dari dia?

"...sebab tak ada tempat di bumi ini awak boleh lari dari saya dan saya takkan dapat temui awak" bisik Seth lagi hampir dengan depan bibir Naera. Dan matanya terarah pada bibir itu pada masa yang sama.

Tanpa berkedip Naera balas tatapan yang diberikan oleh Seth kepadanya. Rasa amarahnya mula membuak!

Seth buat semua ni sengaja nak sakitkan hati dia ke atau lelaki ini mahu dia katakan jugak alasan kenapa dia tinggalkan Seth macam tu je masa 8 tahun lepas?Rasanya lelaki ini tak ada terdesak sangat sampai berharap pada dia sehingga sekarang kan?Yalah...dia ni siapa kalau nak dibandingkan Seth anak kepada billionaire berpengaruh dalam negara ni?Tapi kalau betul la ini tujuan Seth, dia takkan sesekali mengalah. Takkan dia beritahu Seth alasan sebenar. Biar padan muka lelaki ni!

"Awak tak boleh halang saya Seth. Ianya hak saya untuk buat apa saya mahu. Dan bila saya kata saya akan tinggalkan syarikat ini...saya benar-benar maksudkannya dan awak tak boleh hentikan saya."jawab Naera dengan tekad.

Tepi matanya mengerenyet. Jadi sebab itu la Naera dengan nekad tinggalkan dia lepas luahkan perasaan padanya begitu saja tanpa khabar berita?Merinding jengkel Seth dibuatnya.

"No darling, that where you are wrong. Awak patut tahu saya ada kuasa untuk hentikan awak. Sebaik awak buat keputusan untuk keluar dari sini, saya akan arahkan pengawal keselamatan di hospital sakit jiwa tempat ibu awak berada halau dia keluar dari situ..itupun kalau awak mahukannya sangat."tambah Seth dengan berlagak. Ingat dia tak tahu ke?Sejak kali pertama dia dapat tahu Naera bekerja di sini, serta merta dia buat background check terhadap Naera pada hari yang sama.

Naera pandang ke Seth, matanya terbutang luas penuh ketakutan.Sh*t! Seth dah tahu?Tak mungkin!

"Jangan libatkan ibu saya dalam hal ni!Dia tiada kaitan dalam masalah saya!"tengking Naera penuh terror.

Renungan dingin penuh kemenangan terpancar dari balik mata itu sebelum senyuman jahat terukir meleret di bibir membuatkan Seth penuh dengan aura gelap.

"Of course I can, flower. Saya adalah boss. So...ambil surat peletakan jawatan ni semula dan bakar ia. Kemudian sambung bekerja sebagai pembantu saya dengan baik dan patuh seperti yang awak lakukan buat Franklin. Dengan itu ibu awak akan kekal di dalam hospital itu menerima rawatan yang sewajarnya. "ujarnya.

Naera berdengus kasar.

Ugh!Dasar lelaki pelesit tak guna penghisap darah!Dia tahu Seth buat semua ini sebab nak balas dendam terhadap dia sebab tindakannya yang lepas! Yalah kalau tidak buat apa Seth lakukan semua ni! Lelaki in membencikan dirinya.

"Awak ugut saya!Ini salah!"tegas Naera dengan kening mencerlung hendak menangis.

Tidak semena Seth ketawa besar. Ketawa orang megah seperti baru menang sesuatu. Salah?

Buatkan Naera merasai bulu roma dia meremang tegak sebaik mendengarnya. Dah apahal lelaki ni?

Kemudian, secara tiba-tiba ketawa Seth surut dan tangan lelaki itu naik melingkar ke sekeliling pinggang Naera. Dia tarik tubuh Naera rapat ke depan dadanya kasar-kasar.

Tindakan itu buatkan Naera menjerit kecil kerana tersentak. Mata dia terbutang luas memandang lelaki itu. Tangannya hinggap kedua-dua bilah bahu sasa itu.

"Of course my dear. I'm blackmailing you. "katanya sambil menyelak anak rambut Naera ke belakang telinga. "Untuk itu saya cadangkan awak lakukan keputusan yang bijak dan lupakan apa saja rancangan awak untuk berhenti kerja dari sini."beritahu Seth semasa dekatkan kepalanya ke tepi leher Naera. "You have to pay what you owe..."bisiknya di tepi leher itu.

Naera kaku di situ menjadi batu bila nafas hangat Seth menyapa kulit lehernya. Dia pandang kejung ke depan. What the hell!Apa yang baru saja berlaku tadi?

Lantas Seth melepaskan pinggang Naera dan menjauh. Seakan tiada apa-apa yang berlaku, Dia bersahaja ambil tempat di kerusi belakang meja dan duduk di situ.

"Sekarang buatkan saya secawan kopi Cik Naera.."arahnya setelah itu. Sama sekali tidak tunjuk apa-apa reaksi di wajah.

Sementara Naera ditinggalkan dalam keadaan tidak tentu arah dan merah padam di situ.

Bersama jelingan tajam, Naera kerling ke Seth. Berasa tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Seth sebentar tadi.

Apa dia?Hutang?

Siapa hutang dengan siapa sekarang ni!

Cabar dia ya?

Fine! Dia terima.

Sebab apa?

Sebab bila dia dah buat keputusan. Dia akan tetap pada pendiriannya. Jadi bila dia kata dia akan resign! Itu bermakna dia akan resign!Sama ada setuju atau tidak!

Muktamad!

Naera keluar dari pejabat itu meninggalkan Seth bersama hempasan pintu.

*********************************

Hi Buddies,

Nah, 7 chapter for you lovely people.

Tinta harap Buddies sukakannya.

Please let me know apa pendapat Buddies dengan commenting dan voting on the story.

Keep reading.

Keep voting.

Tinta gonna keep writing.

Thank you for reading.

See you tomorrow.

Take care.

Adios!

Nächstes Kapitel