Lepas buat panggilan ke Ryan untuk jemput dia, keluar saja dari bangunan tu. Ryan sudahpun menunggu di pintu masuk utama. Sambil pandang kanan dan kiri dengan awas, Xiana masuk ke dalam kereta itu.
"Nak ke mana ni cik?"tanya Ryan dekat depan.
Sambil buat muka macam tak selesa, Xiana picit tepi pelipis kepala dia. "Boleh tak singgah dekat farmasi sekejap?Kepala saya pening la." lakon dia.
"Cik tak sihat ke?"tanya Ryan semasa mula memandu.
Xiana angguk kepala.
"Baik.."angguk Ryan yang tidak mencurigai apa-apa.
Xiana dekat belakang dah panas punggung. Harap-harap menjadi la trick dia ni. Kalau tak habis la.
10 minit kemudian, Ryan berhenti di tepi jalan berhadapan dengan sebuah farmasi. Selepas dia tarik hand break, dia paling ke belakang. "Cik kita dah sampai..."
Xiana buka mata dia lalu angkat kepala memandang Ryan dengan kening berkerut. "Kita dah sampai ke?" kepalanya di palingkan keluar tingkap. Okay..next step. "Saya tak rasa saya larat nak keluar...boleh tak awak keluar dan tolong belikan ubat pening kepala dengan sakit badan untuk saya?"
Tanpa berkata apa-apa Ryan terus angguk kepala dan keluar dari kereta itu.
Xiana perhatikan lelaki berkot labuh hitam itu jalan keliling kereta sebelum masuk ke dalam farmasi dan berdiri depan kaunter kemudiannya.
Melihatkan pelan dia berjalan lancar, Xiana tanpa berlengah terus buka pintu kereta tu lalu keluar dari situ.
Ya...rancangan dia ialah untuk hijack kereta Mateo untuk menebus Aliah nanti memandangkan dia tinggalkan kereta dekat apartment.
Kebetulan pada masa itu jugak, Ryan yang ada dekat dalam farmasi berpaling memandang keluar pintu kaca farmasi. Pandang je, dia nampak Xiana lari keliling kereta untuk ke tempat pemandu. Hairan dengan hal itu Ryan terus bergegas keluar dari situ hendak tahu apa yang berlaku.
Xiana yang sudah berada di tepi pintu tempat pemandu buka pintu kereta tu lepas nampak Ryan keluar, dia cepat-cepat buka pintu lalu masuk ke dalam. Tutup saja pintu tu, Xiana tekan childlock secepat mungkin.
Tak sempat nak halang, Ryan terkunci dekat luar. Lelaki tu dengan cemas pukul permukaan cermin tingkap tu. "Cik Xiana ada apa ni?"panggil dia.
Xiana pandang cermin itu dengan wajah cuak dan ketakutannya. Maaf...kali ni biar dia yang uruskan masalahnya. Dia tak nak mereka yang uruskan untuk dia. Takut hal jadi semakin serius.
"Xiana!"panggil Ryan dengan lebih kuat bila dia nampak wajah susah hati Xiana dari dalam kereta itu.
Pada masa itu la kereta itu di pandu pergi oleh Xiana. Buatkan Ryan hampir hendak terjatuh sebab bersandar pada kereta tersebut.
"F*ck!"sebut Ryan sambil menguak rambut dia ke belakang dengan kasar. Terus dia seluk tangan ke dalam poket kot mendapatkan telefon sambil pandang kereta hitam berkilat itu menjauh dari pandangan mata dia.
Dalam keadaan cemas itu, Ryan pandang ke skrin telefon lalu sentuh nama Mateo di skrin itu sebelum di bawa ke telinganya.
"Hello?"suara Mateo menyapa di telinga tidak lama kemudian.
"Tuan...maafkan saya."ucap Ryan terlebih dahulu dengan kening mencerun.
"Ada apa ni Ryan?"
"Saya tak tahu apa yang sedang berlaku...Cik Xiana tadi call mintak saya hantarkan dia ke farmasi. Saya tak syak apa-apa jadi saya drive kan untuk dia. Sekali masa saya nak tolong belikan dia ubat, dia larikan diri dengan bawa kereta sendiri..."cerita Ryan.
"What?!"
"Wajah dia beritahu saya ada sesuatu yang tak kena telah berlaku...saya cuba hentikan dia tapi terlambat.."sambung Ryan lagi dengan risau.
"Panggil orang untuk jemput kau dan jumpa aku dekat depan pejabat."arah Mateo.
"Baik tuan."angguk Ryan.