webnovel

35.

Ketika semua orang sibuk buat hal masing-masing dekat kawasan bekerja itu, muncul Xiana yang membuat muka bersahaja jalan masuk ke salah satu booth komputer yang ada di situ lalu duduk di kerusi tersebut.

Seakan seperti tiada apa-apa yang berlaku, dia tekan butang ON pada PC utama sebelum menyalakan skrin monitor komputer tersebut. Dia tekan itu dan ini pada papan kekunci sebelum cucuk USB pendrive ke dalam soket PC.

Dari situ la dia mulakan misinya.

Disebabkan Xiana tak boleh gunakan komputer dia sendiri takut di jejak, dia gunakan komputer pejabat dan mula masuk ke dalam base dokumentasi penting syarikat.

Mulanya Xiana ambil maklumat mengenai senarai nama shareholder syarikat. Dia copy ke dalamUSb drive tu.

Dekat 10 minit selepas itu, selepas copy maklumat itu. Xiana pecah masuk lagi ke base mengenai senarai nama orang penting yang kekalkan syarikat ni dibangunkan. Dia copy semua maklumat sulit itu ke dalam USB drive sekali lagi.

Sambil Xiana tunggu, dia kerling ke kanan dan kiri dia untuk kesan tuan punya tempat ni dengan awas. Lalu Xiana pandang ke skrin komputer, masih berbaki 5 minit. Berasa cemas kerana risau, Xiana pandang semula ke sekeliling hendak pastikan tiada siapa nampak dia di situ.

Dan masa itu la muncul tuan punya meja dari hujung barisan ruangan kerja itu. Terus tersentak naik kening Xiana masa pandang wanita bersanggul sedang mendekat ke tempat itu.

"Sh*t!"sebut Xiana dengan perlahan semasa pandang ke skrin komputer depannya semula. Asal lambat pulak ni! Cepat la!

Dua meter dari situ dan mendekat. Staf wanita itu angkat kepala dari memandang kertas di tangannya. Dan sesaat sebelum mata dia hendak terarah ke meja kerja, muncul seseorang dari tepi lalu melanggar dia hingga buatkan dia terlepas pegang kertas hingga buatkan kertas itu berterabur di lantai tersebut.

"Oh my.."sebut staf wanita itu dengan terkejut.

"Gosh...I'm so sorry.."ucap suara tu.

Mulanya staf wanita tu nak marah, sekali tu dia pandang ke depan dia dengan mulut ternganga kagum. "Oh..Ketua Mateo....maafkan saya.."ucap staf wanita itu sambil tersenyum.

Mateo tunduk ke bawah untuk kutip kertas-kertas yang bersepah dekat lantai tu. "Tak, salah saya sebab tak tengok-tengok...awak tak apa-apa?"

Staf wanita itu turut ikut bercakung dekat situ dan mengutip kertas kerjanya dengan segan silu. Handsome betul ketua mereka ni. "Ya...saya tak apa-apa.."

Xiana dekat meja tadi pandang skrin komputer dengan tidak sabar apabila melihat peratus proses loading itu yang semakin hampir kepada 100 peratus. Dalam kiraan 20 detik, Xiana tenung garisan hijau penuh debaran.

Sesaat garisan hijau itu hilang, Xiana terus tarik pendrive dari soket PC itu dan tekan tanda pangkah setiap laman yang dia buka lalu refresh semula komputer itu sebelum di shut down. Setelah yakin dia kembalikan keadaan meja itu seperti sedia kala, Xiana bangun dari situ dan guna jalan bertentangan.

Dengan muka poker face seperti tiada apa-apa berlaku, Xiana jalan melewati Mateo dan staf wanita tadi yang masih berbual sesama mereka. Langsung tak sedar akan kehadiran dia di situ, wanita itu sibuk memandang Mateo.

Setelah Xiana berada di selekoh lorong deretan meja berkomputer di situ, dia pandang ke balik bahu dia untuk memandang Mateo.

Seakan perasan di perhatikan, Mateo kerling ke arah Xiana dengan senyuman di bibir terarah pada staf wanita depannya.

Xiana beri anggukan kecil secara curi-curi kepada Mateo bila lelaki tu pandang dia. Dan tanpa berlengah Xiana terus pergi dari situ.

"Baik la...maaf sekali lagi. I need to go."pamit Mateo dengan senyuman mesra yang dibuat-buat pada staf wanita di depannya.

Nasib baik dia sempat halang tadi. Kalau tak mahunya Xiana tertangkap.

"Iya...selamat siang ketua."tunduk staf wanita itu dengan hormat.

Sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar Mateo belok ke arah yang sama Xiana guna tadi dengan langkah bersahaja. Dia jalan dan jalan sehingga la tiba di depan sebuah lif.

Dengan menggunakan sebelah tangan tekan butang naik, sebelah lagi tangan ada di dalam poket, Mateo pandang ke pintu lif itu. Tak lama dia berdiri, Xiana sertai dia di sisi.

Tanpa memandang ke sisi, Mateo pun bersuara. "Kau dapat semuanya?"tanya Mateo dengan nada perlahan.

Xiana dekat sebelah angguk kepala sekali.

"Detailkan untuk aku secepat mungkin. Listkan dari yang paling berpengaruh kepada yang tak beri sebarang effort."arah Mateo.

"Baik."sambut Xiana.

Ding!

Pintu lif terbuka. Dengan serentak mereka berdua berjalan masuk ke dalamnya.

Nächstes Kapitel