webnovel

17.

Petangnya, Xiana tak gerak terus untuk balik. Dia rancang nak jumpa Isaac. Selepas harungi hari yang panjang, dia perlukan bahu untuk menyandar. Dan dia harapkannya dari Isaac. Jadi dia drive terus ke kawasan apartment Isaac.

Setengah jam lepas tu, Xiana pun sampai dekat seberang jalan menghadap bangunan apartment mewah di mana Isaac tinggal.

Parkir saja dia di tepi jalan itu, Xiana capai telefonnya lalu menghubungi nombor telefon Isaac. Sambil tersenyum senang, dia pandang ke arah apartment itu dengan perasaan berkobar tak sabar. Tak sabar nak jumpa kesayangannya itu.

Tut!Tut!Tut!

Beberapa kali bunyi nada dering, panggilan itu akhirnya terjawab.

"Hai sayang..."sapa suara itu.

Terus berbunga hati Xiana lepas dengar suara yang dia rindukan. "Hai..."balasnya semasa melihat sebuah kereta mewah berkilat berhenti tepi di depan pintu masuk bangunan itu. "Awak dekat mana?"tanya Xiana sambil pandang bersahaja ke sekitar luar kereta melalui tingkap.

"Ada dekat pejabat lagi?Kenapa ya?"

Terus pudar semangat Xiana lepas dengar. "Pejabat?Awak busy ke?"tanya dia.

"Ha'ah...last minute meeting...ada apa sayang?"

Xiana pandang ke bangunan apartment itu dengan perasaan rindu. Baru nak jumpa Isaac. "Oh tak ada...saja call. Saya harap-"sekali tu Xiana berhenti bercakap bila dia ternampak seorang wanita keluar dari kereta mewah hitam berkilat tu. Perempuan berambut bob cut dan mempunyai senyuman manis di bibir. "tak ganggu awak.."sambung Xiana selepas itu.

"Nak jumpa ke?"tanya Isaac dalam panggilan tu.

Xiana terdiam sekali lagi lepas dia tengok seterusnya apa yang keluar dari bangunan tu. Isaac yang segak mengenakan kot di badan berjalan keluar dari situ sambil tersenyum riang memegang telefon.

"Tak...saja call nak tanya hari awak.."sebut Xiana dengan perlahan.

"Oh...honey...I need to go now...talk to you later okay?"pamit Isaac.

Xiana pandang dengan wajah tergamam taktala Isaac turunkan telefon dari telinga lalu depakan tangan memeluk wanita berambut bob cut itu sebelum kiss wanita itu dengan wajah senang hati. Terkebil sekejap Xiana lepas tengok.

Apa yang baru saja dia lihat ni?

Isaac dan wanita berambut bob cut itu kemudiannya gerak masuk ke dalam kereta sebelum dipandu pergi dari situ.

Dalam keadaan terketar-ketar Xiana tunduk memandang skrin telefonnya semula. Dia sentuh skrin tu lalu cari nombor Elissa. Dia sentuh nama tu lalu telefon itu dibawa ke telinga dia. Bersama renungan bungkam ke depan kereta, Xiana tunggu panggilan itu dijawab.

"Hello?"sapa suara Elissa tak lama lepas tu.

"Hai Eli...kau busy ke?"soal Xiana sambil pegang dada dia yang semakin lama semakin sempit minta di isi dengan oksigen. Tapi dia kekal bertenang. Dia perlu pastikan apa yang dia lihat tadi tak salah.

"Kenapa ya?"soal Elissa lagi.

"Tak ada...aku ingat nak ajak makan malam sama.."tipu Xiana dengan suara perlahan.

"La ya ke...sorry. Aku ada janji temu dengan orang lain. Maybe lain kali.."balas Elissa dengan nada seakan serba salah. Tapi Xiana tahu semua itu hanya la lakonan semata.

"Dengan siapa?"tanya Xiana lagi dengan perasaan lirih seperti ditikam berkali-kali. Sakit dan sebu.

"Kawan..."ELissa kedengaran teragak-agak dalam panggilan tu.

Kawan konon! Cakap je la keluar dengan tunang dia! Susah sangat ke nak bagi tahu! "Oh..ya ke.Kalau macam tu okay la..."jawab Xiana dengan air mata bergenangan di kelopak mata. "Sorry ganggu.."

"It okay...bye Ana."

Tanpa berkata apa-apa lagi, Xiana turunkan telefonnya ke bawah saat dia bersandar letih ke kerusi. Mata dia terarah ke depan lantas termenung memikirkan situasi yang dia baru lihat sebentar tadi.

Siapa sangka, sahabat baiknya yang selama ni dia yang telah dia anggap sebagai rakan dan keluarga dia sendiri telah tikam dia dari belakang dengan bersama tunangnya. Lelaki yang dia telah percaya dan cintai selama lima tahun ini.

Tanpa bersuara, air mata turun dengan lebat ke pipi Xiana sebelum dia pegang stereng kereta dan tunduk merehatkan dahi padanya dan mula tersedu sedan menangisi nasibnya.

Kenapa!?

Kenapa semua orang di sekeliling dia tak habis-habis hendak sakiti dia?

Tahu tak dia penat dengan semua ni!

Penat.

Nächstes Kapitel