Selesai siapkan draft, Xiana gegas ke tingkat bawah pejabatnya untuk faks dan fotokopi salinan dokumen yang Bianca akan guna untuk meeting petang nanti. Waktu makan tengah hari lama dah berlalu. Dia tak sempat nak keluar makan tadi. Kalau lapar sangat dia makan maggi yang ada dalam pantri je nanti.
Dah biasa pun dengan semua ni. Selama empat tahun dia kerja dia dengan Bianca, kerja dia tak pernah mudah. Bianca pulak kalau boleh tak nak tengok dia hidup senang. Ada je kerja yang di beri. Asal siap satu, satu yang datang. Non-stop. Tapi tak apa. Mujur la dia suka bekerja dan lakukan semua ni. Dan dia tak mintak gaji lebih pun. Apa yang ada dah cukup nak sara mak ayah dia dan juga dirinya.
KEDEBUK!
SPLARS....
Bersepah kertas yang dia selesai fotostat tadi dekat lantai lepas terlanggar orang dekat depannya yang datang dari selekoh depan. Tanpa fikir apa-apa, melutut kedua kaki Xiana dekat lantai untuk kutip sepah tu. Nanti rosak pulak. Sia-sia dia habiskan masa makan tengah hari untuk siapkan semua kerja ni.
"Maaf...awak tak apa-apa ke?"tegur suara dalam tu.
Tersentak Xiana lepas dengar, dia dengan terkejut dongak ke tepi sebelum bertentang mata dengan CEO syarikat dia.
Alahai...Kenapa la lelaki ni jugak yang dia langgar...dah tak cukup malang ke hari dia ni sampaikan terlanggar CEO.
"Tuan...Maafkan saya.."ucap Xiana dengan lekas.Ah! Tak pasal-pasal."Saya tak nampak..salah saya jalan tak tengok-tengok.."kalut dia susun kertas dekat situ.
Tanpa di suruh CEO Xiana ikut melutut dekat situ dan bantu mengutip kertas yang ada di situ."Salah saya sebab tak berhenti masa nak belok tadi...awak sakit dekat mana-mana ke Ana?"
Elok tangan Xiana sibuk bergerak mengutip kertas di situ terus berhenti. Aik?Bos dia tahu nama dia?
Bersama muka kebingungan Xiana palingkan kepala memandang CEOnya. "Tuan tahu nama saya?"soal dia dengan hairan. Bukan apa...cuma yalah...CEO kan, mana la ada masa nak tahu semua tentang pekerja dia. Lagi-lagi staf biasa macam dia yang sama sekali tak pernah jumpa mahupun bertembung secara face to face macam ni.
Tak semana, CEO Xiana ketawa lepas dengar. "Mesti la saya tahu. Kamu kan bekerja untuk Bianca kan?"
Ehh?
Kening Xiana terangkat sebelah lepas dengar. Tak pernah ada orang tegur dia apa lagi sebut nama dia betul-betul sepanjang dia kerja di sini. Ada yang panggil dia Liana la, Hana la. Tiana la...semuanya salah sebut. Ada paling best, mereka ingat dia adalah orang luar sebab tak pernah nampak dia dalam syarikat ni.
Sebab itu dia rasa hairan sikit macam mana bosnya ni boleh tahu."Ah..ya.."angguk Xiana dengan kekok sebelum kembali mengutip sisa kertas yang ada.
Kenalkan, CEO syarikat Vidzimir a.k.a future owner. Desmond Harisson. Berusia 32 tahun, berketinggian 178 cm, berbahu bidang dan bertubuh kurus namun sasa. Sering menjadi muka utama majalah entreprenaur setiap bulan. Anak sulung di antara dua beradik.
Selain itu, Desmond adalah CEO kegilaan staf wanita dekat sini dan wanita di luar sana. Bukan sekali tapi banyak kali dah CEO ni dijodohkan dengan anak-anak perempuan orang ternama, tapi satu pun tak berjalan dengan baik. Ramainya di reject oleh Desmond. Sebab?Tak ada siapa yang tahu. Ada yang kata Desmond suka kan golongan sejenis kerana sehingga kini lelaki ini tidak bersama dengan sesiapa.
"Awak sure...awak tak apa-apa?"soal Desmond lagi semasa Xiana berdiri tegak dengan kertas-kertas di tangan tidak memandangnya.
"Iya..saya tak apa-apa."angguk Xiana sambil susun kertas-kertas di tangan dia betul-betul. Tak berani nak pandang CEO dia, takut kena maki ke apa. "Terim kasih."ucap dia dengan perlahan.
"Lain kali hati-hati...mujur awak langgar saya. Tak tahu kalau orang lain macam mana." pesan Desmond dengan nada prihatin.
Xiana beri tunduk hormat pada Desmond. "Maafkan saya....lain kali saya akan lebih berhati-hati."ucap dia.
"Awak dari mana nak ke mana ni?"soal Desmond yang cuba hendak pandang mata Xiana, tapi Xiana macam tak nak pandang dia. Jadi pelik dia dekat situ.
Xiana buat muka sambil telan air liur masa soalan tu di ajukan.
Alamak...dia tanya banyak soalan la pulak...pergi je la. "Saya dari bilik print tadi..sediakan bahan untuk mesyuarat Ketua
Bianca.."jawab dia yang masih menundukkan mata ke kertas yang dia pegang. Malu la nak pandang.
"Bianca?"soal Desmon sambil seluk tangan dalam poket seluar. Kening dia berkerut tak faham sewaktu melihat kertas di tangan Xiana. "Saya ingatkan dia yang sediakan semua ni?"
Xiana dah cuak dekat situ. Terus di gigit bibirnya kerana sudah terlepas cakap. "Ketua Bianca sibuk buat persiapan. Jadi saya tolong dia sediakan bahannya..."tipu dia seyakin yang boleh.
"Oh ya ke. Baik la kalau macam. Jumpa lagi." pamit Desmond semasa pandang kepala Xiana yang sedang tunduk padanya dengan renungan kesal sebelum bergerak pergi dari situ.
Xiana tunggu sehingga Desmond menjauh baru la dia berdiri tegak. Masih tertanya-tanya, Xiana pandang belakang badan Desmond semasa lelaki tu perlahan-lahan menjauh dari dia.
Pelik? Semua orang kata Desmond ni dingin dan menakutkan orangnya, tapi dia tengok biasa je. Tak ada la dingin mana. Cakap pun elok je.