webnovel

06.

Syarikat Vidzimir

Syarikat induk yang terkenal dengan projek hartanah seperti pembinaan taman perumahan, bangunan, mercu tanda dan pembangunan stadium. Syarikat ini terdapat lebih dari enam buah cawangan di tiga buah negara yang berbeza. Selain terkenal dengan projek binaan, bawah naungan syarikat ini juga terdapat anak syarikat kecil yang terlibat dalam pengiklanan dan pencetakan papan iklan.

Di sini la tempat Xiana Rose telah bekerja selama empat tahun. Ramai yang rasa kerja dekat sini satu keberuntungan. Tapi percaya la...semegah nama syarikat ni dan kejayaan yang di miliki oleh syarikat ni...tersembunyinya seribu kesengsaraan dari pandangan umum.

Mereka yang kerja di sini saja tahu betapa sakitnya menjadi pekerja dalam syarikat ni.

Kenapa tak berhenti?

Percaya la...mereka dah banyak kali cuba berhenti. Tapi gagal.

Syarikat Vidzimir ni ada cipta satu polisi yang buatkan tak ada siapa berani ambil tindakan.

Polisinya ialah siapa masuk kerja tak boleh berhenti. Siapa berani berhenti. Tanggung la royalty yang beribu-ribu harga dendanya.

Bukan kejam atau apa. Mereka buat semua ni sebab nak pastikan rahsia kejayaan, cara macam mana syarikat ni di jalankan, konsep pentadbiran dan strategi mereka gunakan untuk berjaya dari tersebar keluar dari syarikat ni.

Jadi pekerja yang dah bekerja dekat sini terperangkap dekat dalam syarikat ni buat selamanya sampai la mereka mati. Sebab mereka dah tandatangan surat perjanjian masa hari pertama kerja dekat sini. Nak tak nak kena la hadap!

Walaupun dapat bos yang kejam nak mampus still tak ada apa-apa yang dapat mereka lakukan.

"Apa ke lembabnya kau ni! Hah! Ini sampah ke apa yang kau bagi dekat aku nI!"marah Bianca Lee, Marketing Executive. Ketua dia. Cerewetnya macam apa. Demand lebih. Itu salah ini salah. Itu tak kena ini tak kena. Ada je yang nak di complaint kan...tapi tahu tak..ketua dia ni tahunya cakap tapi buatnya tidak.

Banyak-banyak kerja yang Xiana dapat sepatutnya di buat oleh Bianca. Tapi Bianca suruh dia yang buat. Lepas siap semua tu, Bianca dengan bangga war-warkan pada semua orang, apa yang Xiana buat tu adalah idea Bianca sendiri. Terutama sekali bila kertas kerja yang Xiana buat tu dapat pujian dari director dan presiden sendiri. Memang besar kepala la Bianca.

Sementara Xiana?Selepas usaha penat Lelah dan bersekang mata berjam lama untuk selesaikan kerja BIanca,dia hanya dapat makian dan bentakan dari Bianca sendiri. Tiada kenaikan gaji mahupun pujian yang diterima dari Bianca. Balik-balik Bianca yang kaut semua.

This evil type of woman is her leader!

"Maafkan saya ketua...saya akan perbetulkan lagi."ucap Xiana dengan kedua-dua tangan di depan perut.

"Please la...kalau kau nak buat kerja macam budak amatur kerja, better aku ambik Budak amatur buat kerja, kau tak payah kerja..." komen Bianca sambil pandang skrin telefon. Membalas mesej dari teman lelakinya.

"Saya janji saya takkan ulang lagi kesalahan yang sama..."

Bianca buat muka menyampah sebelum julingkan mata kejengkelan. "Kau tau...kau salah aku yang kena maki...so better sebelum aku maki kau...buat kerja tu betul-betul..jangan ada salahnya. Faham tak!"

Kecik besar je Xiana pandang ketuanya ni. Jangan sampai satu masa nanti, dia humban papan nama milik Bianca yang dibanggakan sangat selama ni dalam mulut perempuan ni jugak kang! "Faham ketua.."jawab dia dengan nada patuh.

"Dah la...keluar sana...buat semak mata aku...pastikan draft tu ada dekat meja aku sebelum makan tengah hari nanti eh.."arah Bianca lagi sewaktu bawa telefon ke telinga dia semasa pandang penuh amaran pada Xiana.

"Baik."balas Xiana semasa beri tunduk kepada Bianca sebelum berpaling keluar dari situ dengan hati menggerutu. Buka saja pintu itu, Xiana dengar suara ceria mengada-ngada Bianca dekat belakang.

"Hai baby....sorry la baru call..tadi I ada meeting dengan staff I.."bicara Bianca sebelum Xiana tutup pintu pejabat tu dan pergi masuk ke ruangan pejabatnya iaitu bersebelahan dengan bilik Bianca saja.

Just imagine...dia duduk sebelah tu berdindingkan kaca. Apa perasaan dia masa tu?Sudahla dia sibuk buat kerja, si Bianca tu boleh relaks duduk warnakan kuku dan tonton Netflix seakan duduk di rumah sendiri.

Tak percaya betul! Dari mana la mereka dapat Bianca ni!

Nächstes Kapitel