Night guys..malam ni hujan rerenyai, sejuknya hingga mampu melenakan aku dengan sepantas kartun 'SONIC'😊😊😊
Kau orang tak tahu cerita kartun itu...pergilah google dekat cik google. Search the tittle "Sonic the Hedgehog"
So, memalam cenginj, aku tak banyak nak komen pasal cerita kartun, tapi scene dalam drama Melayu di Malaysia yang bertajukkkkkk...
Dung!! dung!! dung!!! (Berdevar-devar tak)😆😆😆
"SABARLAH DUHAI HATI"-Arahan Dato' Rosham Noor.
Heh..heh...!! So, aku yang penggemar drama kpop, TERtengoklah drama ni. Aku layanlah jugak...tapi, jarang sangat. And, then..Aku terbincang something dengan adik lelaki aku yang spesis makhluk jiwang, bila kita orang tengok satu scene dalam drama ini.😁😁
Jadi...topik yang aku nak bincangkan ni, maybe ramai yang mungkin bersependapat dengan aku, atau bersependapat dengan adik aku. Actually, gender aku perempuan dan adik aku lelaki. So, kalau tengok balik. Macam, Perempuan vs Lelakilah pulak.😄😄😃😃
TITTLE0; Sabarlah Duhai Hati/Lakonan Saharul Ridzuan dan Amira Rosli.
Dalam Cerita ini, Affan(Saharul Ridzuan) yang telah dicharge keluar dari Hospital, mencari Isterinya Fira(Amira Rosli) yang hilang bersama adik kandungnya akibat dari perbuatan opah Affan.
Kerana Affan risaukan keselamatan isterinya yang dikhabarkan mengandung, dan kerana rindu. Terpaksa mencari helah dan cara mencari keberadaan isterinya. Salah satu cara, dia menggunakan nama samaran 'Nick' yang sebelum ini dia pernah gunakan, untuk mencari Fira.
Fira yang mengenali Nick sebelum berkahwin, mula membalas chat Nick yang dihantar. Dengan Nick, Fira banyak meluahkan segala masalahnya kerana Nick merupakan rakannya.
SOALANNYA; Kenapa Fira berbalas chat dengan lelaki, yang bukan suaminya. Tidakkah tindakkan Fira itu, adalah melanggar hukum agama Islam. Dan, jika ianya berterusan. Boleh jatuh hukum berdosa. Dan kenapa, Affan tidak terasa hairan apabila isterinya berbalas mesej dengan lelaki lain? Tidakkah itu juga salah satu sikap suami yang dayus??
Jawapan aku, wakil bagi kaum Hawa, atau lebih tepat. Bagi pendapat akulah. Sebabkan, aku ada kawan baik lelaki. Memang rapat, dan banyak share masalah dengan dia ni. Bagi aku, perbuatan Fira memang salah. TAPI, selagi Fira menjaga batas pergaulannya dan adab. Aku rasa, boleh berbalas chat dengan kawan baik lelaki. Sebab, lelaki itu sekadar kawan sahaja. Tak lebih dan tak kurang.
Macam dengan kawan baik aku ni, kita orang memang lama jugak berkawan rapat. Jika ikutkan, asalnya bertiga. Cuma, lepas kawan aku yang perempuan ni dah kawin. Tinggal kami berdua, sebelum kawan lelaki aku ni berkahwin juga tahun lepas. So...tertinggallah aku keseorangan...kesepian...hihihi. So, tak kisahlah!! Walaupun, funtion dia asyik marahkan aku tanpa dengar luahan masalah aku. Asalkan, dia bahagia. Lagipula, aku dengan dia dah stop contact sebab aku tak nak pulak dilabel meruntuhkan rumah tangga orang. Kalau perempuan ada kawan lelaki, mungkin bolehlah rasanya. Tetapi, kalau lelaki ada kawan baik perempuan. Mahu melayang senduk kuali.
Women's always win...kan....perempuan takpa kalau ada bff, tapi lelaki tak boleh. Heheh...siapa macam atas ni???
Eceh...samalah cerita aky macam scene atas. Affan tak cemburu ke??? Hahahah
Jawapan adik aku merangkap golongan minima, kaum Adam. 😸😸😸Uhuks... Dia beranggapan, perbuatan Fira adalah satu kesalahan yang terang lagi bersuluh. Tak boleh dinafikan secara hukum mahupun feqah. Memang jatuh hukum berdosa.
Dan, bagi pandangan dia. Sebagai suami seperti Affan, dia patut menyoal tindakkan isterinya. Kenapa perlu berbalas chat dengan lelaki lain, even lelaki itu bff until alam barzah. Perkara ini, bukan boleh dipandang enteng. Berat hukum dosanya. Tak silap, boleh jatuh dayus pada suami kerana membiarkan iateri berbalas chat dengan lelaki lain.
Bagi dia juga, dia akan tegur isterinya jika mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kes seperti ini, bukan memenangkan mana-mana pihak. Sebab, hukum tetap hukum. Jika melanggar hukum, jawapannya dosa.
Ahah....
So...apa jawapan kau orang??😼😼😼 Bila berkaitan dengan hukum agama, tiada istilah win-win situation. So...apa yang kau orang fikir?? Jika dalam scene cerita, bolehlah ada adengan macam ini. Tapi, kalau dalam reality life?? How...