webnovel

bab5

Hamzah memandah Haniff lalu tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi,

"eh,Encik Haniff ,baru sampai? Dengar semalam sembang sangat nak sambut aku," ujar Hamzah sambil menepuk perut Haniff.

"awal sangat kau sampai, kalah budak form 1 kau punya excited ni,ibu call aku,cakap kau lepas subuh terus gerak,sampai tak sempat makan ibu masak.tak berkat tau," sakat Haniff sambil ketawa.

Mesra betul mereka berdua ni? Adik beradik ke? Nama dua start dari H,ibu? Sah! Dia orang memang adik beradik! Tapi siapa abang siapa adik eh? Hamzah kot abang,nampak matang sikit,beradab.

"dah jom ar turun kantin dulu,makan,nanti tak pasal-pasal aku kena tarik telinga dengan ibu sebab tak bagi baby dia ni breakfast." ucap Haniff.

"haish,aku kenyang dah tengok Cikgu Alisya,tak sia-sia aku apply sini,jumpa jodoh," ucap Hamzah sambil menghadiahkan segaris senyuman kepada aku.

"tak payah nak jodoh sangatlah,Cikgu Alisya ni ada orang lain dah,dah jom!" ujar Haniff lalu memeluk bahu Hamzah dan berlalu pergi.

Huh? Aku ada orang lain? Siapa? Cakap macam kenal aku sangat mamat ni,borak dengan aku pun boleh kira dengan jari berapa patah je dia jawab,tapi propa macam dah kenal aku tujuh tahun tujuh hari tujuh malam.memang lah aku ni ada plan nak cairkan si beku tu,tapi,Cikgu Hamzah tu macam lagi menarik,manis je senyum,tak macam air batu tu,kejung!

***

Ok 5 Aura,saya harap kamu boleh beri komitmen penuh ye dalam proses kerja kursus ini,sebab 20% tau markah untuk spm kamu,

"alah,komitmen saya dah penuh,semua tertumpu nak jaga cikgu je," ujar Hafiz dengan nada manja.

"Haa yelah,kamu siap kerja ni,kira kamu jaga saya lah,dari pada kena marah,korang tak siap kerja saya yang kena marah,saya kena marah dengan pentadbir,memang koranglah jadi mangsa saya nanti,"ucap sambil bercekak pinggang

Namun seperti yang aku jangka 5 Aura hanya ketawa dan tersenyum dengan kata-kata aku.

"Dah,cepat isi nama kelab kamu,jangan nak pikir tajuk pelik- pelik sangatlah,tak penting pun,saya dah suruh awak berangan nama tu dua -tiga minggu lepas lagi,hari ni tulis je ha" bebelku sambil meronda kelas melihat sama ada ada pelajar yang mempuanyai masalah atau tidak.

"Fatin,kelab kamu nama H&A? Apa maksudnya?" soalku kepada Fatin

Dia terlihat tersengih dan menunjukkan tanda "peace" kepada ku.

"apa? Cepat bagitahu! Macam ada udang sebalik mi je awak ni," ucapku kepada Fatin.

"hehe,kalau saya cakap cikgu, jangan bebel eh," ujar sambil tersengih.

"apa benda ha?" soalku.

"Hanif&Alisya sweet tak?" soalnya sambil menguntum senyum kepadaku..

"amboi...saya bagitahu Cikgu Hanif nak? Mengada eh?" ucapku sambil merenung Fatin tajam.

"alah,tu Cikgu Haniff  dekat depan pintu tu cikgu," kata Fatin sambil memuncungkan bibirnya ke arah pintu.

"eh,masa Cikgu Haniff ke?" soalku kepada 5 Aura.

"aah,nak dekat satu masa dah Cikgu ambil,dekat setengah jam juga lah Cikgu Haniff berdiri tepi tu," ujar 5 Aura sambil tersenyum.

Aduh! Macam mana lah aku boleh tak perasan,haih,5 Aura pun satu,buat diam je ha,nasib lah tak ada pentadbir lalu kalau tak haih..

"sorry ye Cikgu Haniff saya tak perasan ," ucap ku kepada Haniff semasa berselisih di hadapan pintu.

"pencuri," ucapnya ringkas sambil merenung aku tajam.

Eh mamat ni,lebih pula,macam lah dia tak ada pengalaman tercuri masa cikgu lain, sensitif,muka beku,tapi sejenis kuat sentap,perangai macam adek-adek je,ke..dia ni,speasis tu? Mana lah tahu,zaman sekarang ni,tengok elok je,tup-tup songsang!

Baru sahaja aku hendak melankah,ada pula suara yang menyapa.

"hai Cikgu Alisya,baru habis kelas ke?" soal Cikgu Hamzah bersama segaris senyuman.

"baru habis terambik kelas orang Cikgu Hamzah," ucapku seraya tersenyum

"tu tanda dia,tekun sangat mengajar sampai tak sempat tengok jam,meh saya belanja Cikgu Alisya minum," pelawa Cikgu Hamzah.

"ehem! Kelas hantar latihan semalam!" kedengaran suara Cikgu Haniff dari dalam kelas. Uish,boleh tahan kuat suara dia dalam kelas,tak sakit tekak ke? Soalku doli dalam hati.

••••

Fuh! Habis juga hari ni,kalut aku masuk ke dalam kereta kerena ada majlis yang harus aku hadiri pada petang ini,mujurlah hari ini,tiada sebarang mesyuarat,boleh lah aku sampai awal.

Baru sahaja hendak menghidupkan enjen kereta,terdengar pintu kereta di bahagian pemumpang sebelahku dibuka seseorang.

Bulat mataku apabila melihat Haniff duduk di sebelahku.

"Cikgu Haniff ni dah kenapa? Salah masuk kereta? " soalku sedikit tegas.

"nope,belanja saya lunch." ucapnya ringkas lalu memakai kaca mata hitam dan bersandar pada kerusi.

Eh dia ni,ingat kereta aku ni,kerusi tepi pantai yang dia nak duduk macam ni?

"hah? Lunch? Dah pukul 3,lunch apanya,lagipun,saya ada hal lain lah," ujarku tidak selesa dengan keberadaannya.

"okey,belanja saya minum petang,awak janjinkan hari tu nak belanja saya minum?" soalnya sambil menjongket sebelah keningnya.

"ya Allah,ok,memang lah saya janji,tapi bukan awak reject ke? Awak yang cakap no need.tiba-tiba nak pula,kenapa?" soalku hairan,

"itu saya punya reward,suka hati sayalah." ucapnya tanpa memandang ke arah ku.

"apa-apa je lah,lain kali lah saya belanja,saya ada hal harini,silakan.keluar.." ucapku yang masih cuba bertenang dan bersabar dengan sesejuk beku ni.

"just drive." ujarnya ringkas dan tegas.

"Encik Haniff, saya nak jumpa adik saya tau,awak tak rasa pelik ke kalau saya bawa awak?" ucapku sambil meandangnya yang sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kataku.

"adik? Erm tak kesah,saya nak makan je." ujarnya.

Dia ni kenapa? Kenapalah wujudnya manusia ni,aneh!

Aku tanpa malas berfikir panjang terus memandu ke tempat yang aku ingin tuju.

Haniff hanya diam membisu sepanjang perjalanan,aku pun tidaklah teringin ingin berbual dengan dia,masuk tak diundang,sibuk je,nasib lah kau ni permah jadi hero aku beberapa kali,kalau tak,memang aku terajang kau keluar.

Aku menari hand break,lalu mengerling ke arah Haniff, tidur ke dia? Manalah aku nak tahu,matanya ditutup.dek kaca mata hitam

"Cikgu Haniff,kita sampai dah,kalau nak makan turun,taknak makan tak payah turun," ucapku senada.

"hurm? Kata nak jumpa adik awak?" soalnya hairan.

"ni lah rumah adik saya,tu saya punya niat,niat awak kan nak makan.." perliku.

BERSAMBUNG...

P/s:hai semua! Jgn lupa,vote,komen dan share! Yang positif2 je ye! Enjoy reading semua!

Nächstes Kapitel