webnovel

Bab 44

BAB 44

Amyrah melihat pantulan dirinya di hadapan cermin. Baju kebaya silver labuh tersarung cantik di badannya.

Hari ini merupakan majlis resepsi perkahwinan sebelahnya. Minggu depan baru majlis resepsi sebelah Ammar pula.

Majlisnya ini diadakan di kampung nenek sebelah papanya. Dia memang sengaja buat disity kerana dekat dengan rumah saudara-maranya. Senang nanti mereka datang. Tak perlu pergi jauh-jauh.

~ TOK TOK~

Bunyi ketukan pintu daripada luar bilik persalinannya.

" Siapa tu...?" Tanya Amyrah.

" Mama ni..boleh mama masuk" pinta Puan Sri Alia.

" Boleh masuklah mama..." Balas Amyrah. Puan Sri Alia masuk ke dalam bilik Amyrah.

" Amyrah dah siap ke..."

" Belum lagi ma...tengah tunggu juru _makeup_ Amyrah datang.. dia sesat pula ma..." Jelas Amyrah. Maklumlah jurusoleknya yang ditempah itu jarang mendapat tempahan di kampung. Biasanya di bandar saja. Ini Amyrah menyuruh datang ke kampungnya sebab majlis resepsi dibuat di sini. Dah sesat bagan jurusoleknya itu.

" Haa...cepat sikit lagi satu jam setengah majlis dah nak start dah ni.." ujar Puan Sri Alia. Dia tidak mahu sebarang kelewatan ataupun masalah semasa majlis ini berlangsung.

" Ok..mama.." balas Amyrah dengan senyuman manis. Nama pun pengantin yang nak duduk di pelamin mestilah senyuman kena manis. Muka pun perlu berseri-seri.

Kini sudah genap 2 hari dia menjadi isteri orang. Tapi rasanya seperti tadi baru menikah. Teringat pula sewaktu Ammar ingin melafaz nikah.

Tiga kali akad wehh. Pertama kali akad suara tidak jelas. Kali kedua tersasul pula. Kali ketiga barulah betul. Malu betul dia dengan keluarganya itu menahan malu. Tapi nak tergelak pun ada juga. Sebab sewaktu itu nampak sangat muka debaran Ammar. Peluh jangan cakaplah dah macam air keluar. Abangnya juga tolong lapkan suami peluhnya.

*Flashback*

Debaran jantung Ammar semakin laju. Kini merupakan kali tiga dia akan mengulangi akadnya. Didalam berulang kali dia beristighfar. Peluh di dahi telah di sapu oleh bakal abang iparnya. Bakal abang ipar ya...belum abang ipar lagi sikit lagi nak jadi abang ipar.

Ammar menarik nafas sedalam dalamnya. Setelah dirinya bersedia Tok kadi pun mengulang semula akadnya.

~ aku terima nikahnya Amyrah Husna binti Tan Sri Khairuddin dengan....~

Semua ahli keluarganya mengucapkan Alhamdulillah termasuk juga beberapa para tetamu yang hadir. Kini dia sudah sah menjadi suami kepada Amyrah. Segala tanggungjawab sudah dipikul di bahunya. Di dalam hati mengucapkan sangat-sangat syukur kepada Tuhan.

Setelah selesai menanda tangan surat sijil nikah. Ammar pun menuju ke Amyrah.

Amyrah yang melihat Ammar menuju ke arahnya terasa hangat satu badan. Air mataku juga berjuraian. Bukan kerana sedih tapi tanda gembira. Gembira?

Sebenarnya dia mulai jatuh cinta kepada Ammar tapi belum beritahu kepadanya. Ammar bukanlah buruk sangat seperti sangkaannya dahulu tetapi lebih kepada seorang yang mengambil berat dan pandai mengambil hatinya.

Ammar duduk di hadapan Amyrah. Ammar menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Amyrah. Amyrah hanya mampu tersenyum duduk. Puan Sri Laila menghulur kotak gelang kepada Ammar. Ammar pun mengambilnya.

Dia membuka kotak baldu tersebut . Di keluarkan seutas gelang tangan emas lalu pakaikan ditangan Amyrah.

Amyrah hanya kaku disitu. Dia hanya memerhati perbuatan Ammar. Gelang emas cantik terletak di tangannya.

Setelah itu Amyrah pun menyalami Ammar. Buat kali pertama dia menyentuh tangan seorang lelaki. Lelaki itu juga dibencinya suatu ketika dahulu. Renjatan elektrik terasa. Maka terbatallah air wuduk mereka berdua. Betullah kata orang jangan terlalu membenci orang sangat, takut nanti jadi jodoh pula.

Ammar mencium dahi Amyrah pula. Sesi ini dikenali dengan sesi juraian air mata kerana dia termasuk ahli keluarga yang lain menangis tanda kesyukuran.

~

Akhirnya tamat juga majlis akad nikahnya. Amyrah yang masih berpakaian pengantin baring di birai katilnya. Dia memejamkan mata buat seketika. Hari yang memenatkan. Tapi perasaan gembira masih terasa.

Tiba-tiba dia merasa suatu sedang merangkul pinggang. Amyrah secara automatiknya terus melompat berdiri ke bawah.

" Aaah..." Amyrah terjerit kecil.

Ammar tergelak apabila melihat perlakuan Amyrah itu.

" Ammar awak pergilah mandi dulu..." Kata Amyrah. Dia berkata begitu supaya dapat mengawal malunya.

" Kita mandi sama-sama nak tak..." Cadang Ammar sambil menghadiahkan senyuman nakal kepada Amyrah.

" Saya...saya..." Amyrah tergagap-gagap untuk membalas cadangan Ammar. ' mulut kenapa ni tiba-tiba tergagap-gagap pula...' gumam Amyrah.

Ammar tergelak sakan apabila melihat Amyrah. Tiba-tiba dia mendapat satu idea nakal. Tak apalah kan dah jadi bini dah pun.

Ammar berjalan mendekati Amyrah secara perlahan-lahan. Amyrah yang perasan akan perbuatan Ammar terus terundur ke belakang sehingga ke dinding.

Ammar meletakkan sebelah tangan kirinya ke dinding. Manakala tangan satu lagi sudah memeluk pinggang Amyrah.

" Ammar awak nak buat apa ni..." Amyrah menjadi ketakutan.

" Tak adalah saja..." Ammar menghadiahkan senyuman nakal sekali lagi. Dia merenung mata coklat gelap milik Amyrah.

Amyrah secara automatik mengalihkan matanya ke tempat lain. Malu nak pandang mata Ammar.

~ LALALLALALALLALALA~

Bunyi suara telefon Ammar memanggil. ' kacau daun betullah telefon ni..." Gumam Ammar. Dia baru nak bermesra bersama Amyrah.

Ammar mengangkat telefonnya. Rupanya _mummy_ nya sedang menelifonnya. Setelah selesai berkata dengan mamanya. Ammar memandang ke arah belakang untuk mendapatkan Amyrah semula.

Namun sama sekali Amyrah sudah masuk ke dalam bilik air. Takutlah tu.

.

.

.

.

.

Lamunan Amyrah terhenti. Dia baru sedar yang dia perlu cepat sekarang. Sempat pula dia beranggan.

~ TOK TOK~

Seseorang telah mengetuk pintu biliknya. Rupanya jurusoleknya sudah sampai.

" Come here..." Kata Amyrah lalu duduk di hadapan meja solek untuk menyolek mukanya. Jurusolek itu pun memulakan kerjanya.

.

.

.

.

.

Para tetamu hadir membanjiri khemah perkahwinannya. Tepat pukul 1 paluan kompang pun bermula. Pasangan pengantin akan masuk untuk duduk di atas pelamin yang disediakan. Tapi sebelum itu pasangan pengantin tersebut perlu merentasi tol-tol yang ada. Tol? Apa itu tol.

Mengikut adat perkahwinan Johor tol akan dibuat bagi menyekat pengantin untuk kepelamin. Bagu merentasi tol-tol tersebut pasangan pengantin tersebut perlu memberi duit kepada orang yang duduk di tol itu. Kalau satu tol dah 30 orang. 30 oranglah dia perlu bagi setiap satu sampul duit. Tol akan dibuat sebanyak 2 sehingga 3 tol rasanya. Penulis pun tak pasti.

Setelah itu, baru barulah pasangan pengantin dapat ke pelamin.

( Maaf kalau ada kekurangan info atau tersalah info. Author hanya menceritakan mengikut pengalaman sendiri.)

Di sudut meja Farisya hanya duduk melayan laman sosial. Tak sangka pula sekarang kampung ini dah ada internet laju. Kalau dulu internet slow giler.

Farisya melihat pasangan pengantin tersebut apabila mereka sudah mahu kepelamin. Dia terkejut apabila baju yang diperagakan oleh pasangan pengantin tersebut sangatlah cantik walaupun bertemakan tradisional.

Farisya memandang ke arah pengantin lelaki. Dia macam kenal orang itu. Tapi siapa ek. Dia merenung semula pengantin lelaki itu. Tiba-tiba dia baru perasan yang rupanya lelaki itu ialah Ammar. Jadi kalau itu Ammar maka sebelahnya pula ialah...

' AMYRAH..'

Tapi setahunya yang akan kahwin sepupunya tapi tak tahulah sepupu yang mana satu sebab dia bukan kenal sangat pun semua sepupunya. Yang langsung tak kenal pun ada. Maklumlah kalau pulang ke kampung saja pasti dia akan berkurung di dalam bilik.

Jadi mana satu sepupunya Ammar ke Amyrah?

Tapi takkanlah Ammar sebab setahunya. Ammar mana ada kampung. Jadi kalau tak Ammar, Amyrahlah sepupunya.

' OH MY GOD....'

Seriously.. it's true...

Why l never know...

Why...

Farisya mengetuk kepalanya. Padan muka kau siapa suruh terperap saja dalam bilik kan sepupu sendiri pun tak kenal.

Farisya meletakkan kepalanya di atas meja. Dia tidak tahan memandang ke arah pengantin tersebut. Sakit hati dibuatnya.

.

.

.

.

Kini sesi makan beradab pula. Ammar dengan sengaja menyuap makanan ke dalam mulut Amyrah. Walaupun Amyrah tidak mahu. Malu betul dia apabila melihat suadaranya tersengih-sengih memandangnya.

" Ammar... please..saya boleh makan sendiri.." kata Amyrah.

" Sukati sayalah..." Balas Ammar.

" Awak cakap saja nak apa dari saya nanti majlis ni dah selesai saya tunaikan....tapi janganlah suapkan saya...malu tau tak..." Kata Amyrah.

" Alang-alang orang tu dah offer macam tu...saya nak awak boleh tak..." Kata Ammar. Dia tersenyum nakal kearah Amyrah.

Amyrah kelihatan cuak apabila apabila Ammar tersenyum sedemikian.

" Boleh ke tak sayang..."

" Minta benda lain boleh tak..." Kata Amyrah.

" Tak nak...." Ammar menjuihkan bibirnya. Dia membuat muka comel ke arah Amyrah. Ingat comel ke?

" Hish..yelah.." Amyrah mengalah. Kenapalah dia selalu kalah dengan Ammar.

Nächstes Kapitel