webnovel

BAB 11

BAB 11

Amyrah masuk ke dalam rumah selepas menghantar Farhah ke muka pagar. Dia melihat jam di dinding.

'bila abang nak balik ni...'

Tiba-tiba dia sebuah kereta masuk ke perkarangan rumahnya.

"Cik Zah siapa yang datang tu...?" Tanya Amyrah kepada cik Zah. Cik zah yang berada di belakang dapur cepat-cepat ke hadapan untuk melihat siapa yang datang.

"Kalau nak tahu tengok lah.." kata Cik Zah sambil tersenyum. Amyrah memandang kepelikan. Dia pun menuju ke muka pintu untuk melihat siapa yang datang. Rupanya-rupanya abang kesayangannya sudah datang.

" Assalamualaikum..." Kata abangnya serta yang lain. Adik nya juga ada di situ yang baru pulang dari asrama.

" Waalaikumussalam.." sambut Amyrah. Amyrah menyalam abang serta berpelukan kerana kerinduan.

" Rindunya...abang apa khabar..?" Tanya Amyrah.

" Alhamdulillah... khabar baik..." Balas abangnya.

" Ooo, abang bersalam berpeluk bagai... siap tanya khabar lagi...yang kite hulur salam pun tidak..." Kata adik perempuan Amyrah yang sedang memuncungkan bibirnya seperti mulut itu.

" Alolo, jangan lah merajuk tak lawa nanti muka adik akak ni..." Kata Amyrah sambil mencubit pipi tembam adiknya itu.

"Akak lepaskan lah sakit tau tak pipi ni..."

" Hish kamu bertiga ni masuk lah dalam rumah dulu kalau nak bergurau pun.." kata Puan Sri Alia.

Mereka semua masuk ke dalam apabila mendengar arahan tersebut.

" Meh kita makan dulu..

Cik Zah dah masak dah ni... kalau dah sejuk tak sedap pula..." Kata Cik Zah.

Mereka bertiga kecuali Amyrah duduk di meja makan.

"Wow... sungguh menyelerakan..." Kata abang Amyrah.

" Amyrah tak makan sekali.. Cik Zah masak sedap ni..?" Puan Sri Alia.

" Myra dah makan dah tadi... Myra makan dengan Farhah tadi..."

"Ooo kalau macam tu kitorang makan dulu.."

" Hmm makan lah ...."

Mereka bertiga menjamu makanan di hadapan nya dengan selera. Setelah siap, Aiman Fikree ( abang Amyrah) serta Aulia Atikah (adik Amyrah) naik ke atas menuju ke bilik masing-masing untuk membersihkan badan manakala Puan Sri Alia menuju ke Amyrah yang sedang duduk di ruang tamu menonton televisyen.

"Amyrah, mama nak cakap sikit boleh.." kata Puan Sri Alia kerana sudah masa dia perlu menegur Amyrah.

" Ye.. boleh kenapa mama..."

" Amyrah kan dah besar... muka pun lawa... boleh tak kalau Amyrah pakai tudung... tapi tak apa kalau Amyrah tak bersedia lagi...tapi sayang rambut kite ni kita ni aurat...kan lebih manis kalau pakai tudung..." Tegur Puan Sri Alia dengan baik. Dia berharap agar Amyrah tidak tersinggung dengan kata-katanya.

"Hmm..."

Amyrah tidak tahu nak kata apa. Kata Puan Sri Alia tu memanglah betul. Mungkin sudah sampai masa dia kot memakai tudung menutup mahkota di kepalanya.

"Tak pe kalau Amyrah tak sedia lagi...tapi fikir-fikirkan lah ye sayang..."

"InshaAllah..." Balas Amyrah mungkin ini jalan terbaik untuk membalasnya.

" Mama naik atas dulu tau..."

" Ok" kata Amyrah sambil menunjukkan simbol ok (👌🏻). Amyrah menyambung semula menonton. Namun pemikirannya melayang ke tempat lain. Dia masih memikirkan mengenai kata mamanya tadi.

.

.

.

.

.

Ammar menunggu Farisya yang berada di tandas.

" Sorry..you lambat sikit..." Kata Farisya.

" Tak pe lah... lepas ni kita nak pergi mana pula...?"tanya Ammar. Dia mengharapkan agar Farisya mengatakan balik kerana kakinya sudah lenguh berjalan ke sana ke mari.

"Kita balik lah..sebab malam ni I dah janji dengan Farah nak pergi jalan-jalan..."kata Farisya.

" Oook.." kata Ammar. Hatinya sungguh keriangan apabila Farisya mengatakan balik.

Setelah menghantar Farisya, Ammar pun pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah...

" Ingat kan ...tak nak balik rumah dah..." Perli Puan Sri Laila. Reaksi Ammar hanyalah mengarukan kepalanya yang tidak gatal.

" Kamu keluar dengan Farisya ke tadi?" Tanya Puan Sri Laila.

" Haah..kenapa mummy..."

"Yelah..kamu everyday keluar dengan dia. Tak reti duduk kat rumah. Pergi la cari keje atau tolong mummy kat kat office yang tu ke...ni 24 jam asyik berkepit je..dah macam laki bini...kamu tahu tak yang kamu berdua ni belum kahwin lagi tau..."bebel Puan Sri Laila.

"Tapi bukan Ammar yang ajak dia yang ajak.." balas Ammar.

"Memanglah bukan Ammar yang ajak...tapi Ammar kene faham...kalau terjadi apa-apa kat si Farisya tu siapa nak tanggung... Ammar sanggup ke jadi pak sanggup..."

"Tak...."kata Ammar dengan nada yang agak sayu.

" Ammar betul ke suka kat Farisya tu..?" Tanya Puan Sri Laila yang inginkan kepastian daripada Ammar.

"Ammar..."

"Ammar... kalau Ammar suka nanti kita jumpa mak bapak si Farisya tu..."

"Nak buat apa?" Tanya Ammar dengan muka yang berkerut. Nak buat apa jumpa mak bapak si Farisya tu.

" Kita berbincang dulu ke...lepas tu boleh lah tunang dulu kalau Ammar masuk universiti kalau tak dah tunang terus kahwin..."

' biar betul mak aku ni tak nak lah aku kahwin dengan Farisya tu...dah lah umur aku baru 18...aku bukan suka pun dengan si Farisya tu...hati aku dah lah kat orang lain...' bisik Ammar didalam hati.

" Takpe lah mummy Ammar kan muda lagi baru nak kenal dunia ....dah kena tunang kahwin bagai.."

" Kamu ni suka tak dekat Farisya tu ...kalau tak suka jangan bagi harapan kat Farisya nanti kamu yang susah nanti..."nasihat Puan Sri Laila.

"Yelah mummy...." Balas Ammar. Ammar berjalan menuju ke bilik nya kalau duduk situ lama-lama kang sampai esok tak habis.

" Cakap sikit merajuk..cakap sikit melenting..cakap sikit pergi masuk bilik.." bebel Puan Sri Laila. Dia semakin risau melihat anaknya itu asyik keluar 24 jam tak reti duduk rumah. Pergi mana pun bukan pernah bagitau. Cakaplah pergi mana buat apa. Entah apa yang anaknya buat di belakangnya dia sendiri pun tak tahu. Pening kepalanya apabila memikirkan semula. Dia bukan berkenan pun dengan si Farisya tu. Perangai langsung tak reti hormat orang.

Pernah satu peristiwa, dia terlanggar Farisya mak aai dia punya melenting tu macam salah sangat kesalahan kita tu. Dia mengenangkan tu teman wanita Ammar je kalau tak dah lama dia tampar muka si Farisya tu.

Nächstes Kapitel