webnovel

Bab 1

Jam menunjukkan 6.30 pagi, dengan malas Atirah bangun untuk menunaikan tuntutan Allah pada umatNya. Setelah selesai solat subuh, Atirah mula mengemas rumah sambil menyanyi kecil menghiburkan hati. Telatahnya itu diperhatikan oleh sahabat baiknya Atikah. Apakah yang membuatkan kawannya ceria pagi ini menjadi tanda tanya di hati Atikah.

"Hoi, senang hati nampak?"

"Opocot.... ish kau ni tak boleh tengok aku senang sikit, ada je yang tak kena." Atirah tahu sahabatnya kehairanan melihat dia gembira sedangkan sejak berlaku kejadian itu Atirah asyik muncung sahaja.

"Wahai tuan puteri, apakah yang menyebabkan tuan puteri sukacita sekali pagi ini?" soal Atikah apabila Atirah tidak menjawab pertanyaannya tadi.

"Aku ada interview la hari ni. Eh, cepat la bangun, nanti lambat pergi kerja." Atirah masih sedang ligat mengemas rumah.

"Ala awal lagi."Atikah menarik selimut untuk tidur semula. Tiba-tiba "kedebuk", bantal peluknya dilontar oleh Atirah. "Ooo... ini dah main kasar". Atikah melontar semula bantal kepada Atirah. Perang bantal bermula. Mereka berdua yang leka dengan perang bantal tiba-tiba terkejut dengan bunyi jam di dinding yang menunjukkan tepat jam 7.00 pagi. Perang bantal tamat, Atikah cepat turun dari katil, dia sudah lambat.

"Tu la, orang suruh bangun tak nak, kan dah lambat. Ha tu, tak makan sarapan dulu ke? Penat-penat aku siapkan untuk kau". Atirah melihat sahabatnya itu yang sedang sibuk bersiap untuk ke tempat kerja.

"Ala....aku dah lambat ni. Kau bungkuskan untuk aku, aku makan di office nanti, okey?" Atikah tersengeh melihat sahabatnya mencebikkan muka. "Tirah, bukan kau ada interview ke, kenapa tak siap lagi?" Soal Atikah hairan melihat Atirah masih bersenag-senang.

"Aku interview pukul 10.00 pagi, sekarang baru pukul 7.45 pagi, awal lagi. Kau jangan lupa bawa kunci rumah, manalah tahu kalau aku balik lambat nanti." Atirah mengingat Atikah yang sering lupa untuk bawa kunci rumah bersamanya apabila keluar. Atikah tersenyum dan terus mencapai kunci rumah yang tergantung di dinding. Dia senang dengan Atirah yang sering memgingatkannya. Perbuatan Atirah memgingatkan Atikah pada ibunya di kampung. Atikah terus berlalu setelah melihat jam di tangan menunjukkan dia akan lewat sampai ke pejabatnya sekiranya dia masih berlengah di sini.

Ketika ditinggalkan sendirian bergini fikiran Atirahmelayang teringatkan kenangan lalu, hatinya tersentuh. Hidupku tak menentu,bagaikan kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Nenek tak upaya. Diasering sakit-sakit. Kehadiran Pak Kassim yang ku angap seperti ayahku kini,datang menghulurkan bantuan. Aku diambil menjadi anak angkatnya. Abah takpernah buatku rasa seperti orang asiang. Mama pun bergitu. Mereka memberikanaku kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Aku ditatang seperti minyak yangpenuh. Abang Nizan juga amat menyayangiku. Layanannya kepadaku

seperti adik kandungnya sediri. Kata nenek, mama adalah sahabat ibu ku. Mama juga adalah ibu susuanku. Setelah ibu meninggal dunia, kepada abah dan mamalah tempat aku menumpang kasih.

"Abah, Atirah amat berterima kasih kerana berikan sebuah keluarga yang Atirah impikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segalanya. Anak terbuang ini amat berterima kasaih padamu Abah."

Tong! Tong! Tong!...

Jam didinding berbunyi lagi. Atirah terkejut. "Lamanya aku termenung." Matanya melirik ke arah jam. " Ha, dah pukul 9.00, aku dah lambat ni. Nanti tak sempat naik bas. Tu la, abah beri kereta tak nak guna. Nak menyamar la kononnya, kan sendiri yang susah. Atirah mengomel dalam hatinya.

Setibanya Atirah di perhentian bas, dia terlambat. Bas yang diharapkan sudah berlalu meninggalkannya. Tanpa melengahkan masa Atirah segera melambaikan tangan ke arah sebuah teksi.

Sepanjang perjalanan, fikiran Atirah melayang lagi. Atirah sedang duduk menunggu makanan tengah hari. Tiba-tiba dia didatangi seorang wanita pertengahan umur yang boleh dia panggil emak.

"Awak Intan Nur Atirah?" soal wanita itu sambil membuka cermin mata hitamnya. Atirah terkejut "saya Makcik. Atirah mengaku.

"Hei perempuan jalang, aku beri amaran pada kau. Jangan cuba nak menggatal goda anak aku Rizman. Rizman Bin Khalid." Luah wanita itu.

Atirah terdiam seketika. Belum sempat Atirah membalas kata-kata tadi, seorang wanita muda datang mendekati mereka. "Ha, ini tunang Rizman. Ingat, jangan cuba ganggu anak aku. Kau tak layak jadi menantu aku." Luah wanita itu. Degupan jantung Atirah bagaikan terhenti. Rizman sudah bertunang?

Atirah kaku. Kedua-dua wanita itu berlalu pergi meninggalkan Atirah yang masih tidak berkutik. Setelah dia kembali tenang, Atirah segera bergegas kembali ke tempat kerjanya. Dia tidak ingin menjadi perampas. Atirah bertekat dalam hati sekiranya dia orang ketiga dia akan tinggalkan Rizman.

Setibanya Atirah di pejabat, dia terus mendapatkan Rizman. Tidak semena-mena dirinya sekali lagi terima cemuhan. Terkejut Atirah apabila dirinya dituduh perempuan jalang oleh Rizman. Rizman menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan memanggilnya perempuan murahan yang tidak punya harga diri dan maruah. Hati Atirah terhiris. Tanpa meminta penjelasan Rizman, Atirah berlalu pergi. Tiada gunanya lagi kalau dirinya sudah dihina bergitu.

Atirah kecewa. Dia terus berhenti kerja. Tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan Rizman yang telah menghinanya. Hatinya terluka dengan kata-kata Rizman yang tidak memberi ruang untuk Atirah menjelaskan segalanya.

Dato' Kassim tahu yang anaknya telah berhenti kerja. Namun, dia tidak menunjukkan reaksi terkejut kerana sudah acapkali Atirah menukar tempat kerja. Ada yang baru tiga hari, ada yang belum sempat mula kerja. Alasan yang sering Atirah berikan pekerjaan tersebut tidak sesuaidengaqnnya. Namun pekerjaan yang terakhir ini bertahan selama enam bulan. Sudah berulang kali Atirah disuruh bekerja dengannya, tetapi Atirah tolak dengan pelbagai alasan. Dato' Kassim tidak mahu mendesak lagi. Biarlah Atirah yang menetukan sediri sama ada ingin bekerja dengannya atau tidak. Dato' Kassim tidak ambil kisah. Asalkan anaknya gembira.

Suara pemandu teksi mengejutkan Atirah dari lamunannya. Selepas membayar tambang teksi, Atirah terus mengatur langkah ke bagunan yang berdiri teguh di hadapannya. Atirah melirik jam di pergelangan tangnnya. Dia tidak lewat. "Tower Holding here I come."

Atirah melemparkan senyuman kepada penyambut tetamu. "Assalamualaikum, saya Intan Nur Atirah. Saya ada temujanji untuk interview hari ini, dengan siapa saya boleh berurusan?" Tanya Atirah kepada gadis yang berada dihadapannya. "Sebentar ye."Gadis itu segera menekan telefon dihadapannya. Atirah tercium bau wangian yang dipakai gadis itu. Atirah tidak mengenali bau minyak wangi tersebut tapi yang pasti bau itu amat tidak menyenangkan Atirah. Sebentar kemudian Atirah dibawa masuk ke sebuah bilik. Mohd Khairail Bin Mustafar, sempat Atirah membaca nama yang tertera di pintu bilik sebelum dia melangkah masuk.

Wah hansome juga orangnya. Hai datang ni nak cari kerja ke nak jual minyak. Ala sesekali apa salahnya. Atirah berbicara dalam hatinya. Dia memberikan senyuman manis kepada jejaka dihadapannya.

Khairail memandang Atirah dan mempelawa Atirah duduk setelah melihat Atirah masih berdiri tegak dihadapannya. Senyuman Atirah tidak dibalas. "Boleh saya panggil awak Cik Atirah?" soal Khairail tenang. "Boleh." Atirah menghadiakan sebuah senyuman kepada jejaka dihadapannya. Senyum tu kan sedekah. Atirah cuba berlagak biasa walaupun debaran di dada hanya Tuhan yang tahu.

Sepanjang sesi temuduga ini Atirah sedaya mungkin menjawab soalan yang diajukan kepadanya dengan baik dan lancar supaya dirinya kelihatan berkeyakinan. Namun sebenarnya, Atirah ingin mengelak daripada ditanya tentang mengapa dia berhenti kerja sebelum ini. Pada mulanya Atirah diminta untuk memperkenalkan dirinya seba sedikit. Kemudiannya, beberapa soalan tentang pengalaman bekerja diajukan. Soalan yang paling Atirah tidak gemar akhinya ditanya.

"Apakah tujuan Cik Atirah datang interview ke syarikat ini?"

Eh mamat ni, mesti la aku datang interview ni nak kerja. Tak kan aku datang nak jual minyak dekat dia. Lagi mau tanya ke?

"Saya ingin bekerja dalam syarikat ini untuk menambahkan pengalaman saya dan berusaha untuk membantu syarikat ini mencapai matlamatnya." Jawapan Atirah membuatkan jejaka dihadapannya mengukir senyuman nipis dibibir.

"Kenapa Cik Atirah tidak sambung belajar sedangkan keputusan STPM Cik Atirah memberangsangkan?" soal Khairil.

Atirah mula berdarma "Keluarga saya tak mampu Encik. Niat dihati, saya nak sambung belajar, tapi keadaan tidak mengizinkan." Dengan nada sedih Atirah meluahkannya. Tanpa rasa bersalah dihati, Atirah terus dengan dramanya. "Melihat resume Cik Atirah, Cik Atirah banyak pengalaman bekerja. Mengapa berhenti di tempat kerja lama?"

Ish, banyak tanya la mamat ni. Tanya bab kerja dah la... ni hal ni pula yang dia tanya. Nasib baik hensome, kalau tak aku pulas-pulas telinga tu. Atirah mengomel dalam hatinya. "Saya berhenti atas alasan peribadi. Keadaan kesihatan ayah saya tidak mengizinkan saya bekerja. Sekarang saya dah boleh kerja semula sebab ayah saya sudah semakin sihat."

Khairail menganggukkan kepalanya. Wajahnya masih tenang. Tidak disangka dirinya sedang ditipu. Setelah membuat pertimbangan Khairail merasakan Atirah layak dengan jawatan yang dipohon. " Kalau Cik Atirah diterima bekerja di sini, bila cik Atirah boleh mula kerja?" Khairail memandang Atirah meminta jawapan. Atirah gembira. Kerja yang dipohon dirasakan sudah ada dalam tangannya. " Esok pun saya dah boleh mula kerja." Jawab Atirah dengan senyuman. Sesungguhya dia bosan hanya duduk sahaja di rumah tanpa buat apa-apa. Setiap sudut rumahnya telah dibersihkan. "Kalau bergitu, Cik Atirah boleh mula kerja besok."

Nasib kau la mamat hensome, kena tipu dengan aku hidup-hidup. Tu la, banyak tanya lagi, kan dah banyak aku tipu kau. Ingat nak tipu sikit je. Atirah hanya mencuba nasib menghantar resumenya untuk memohon jawatan kerani di sini. Atirah hanya meletakkan STPM sebagai taraf pendidikannya yang tertinggi. Sengaja dia berbuat bergitu kerana tahu sekiranya dia memasukkan kelulusan ijazahnya pasti dia tidak di terima bekerja di sini sebagai kerani. Atirah mengucapkan terima kasih sebelum berlalu meninggalkan bilik pejabat Khairail.

Atirah menyusun langkah keluar. Tanpa Atirah sangka dia terlanggar sesuatu yang keras di hadapannya. Atirah hilang imbangan. Nasib baik pemuda yang dilanggarnya sempat menarik tangan Atirah. Jika tidak Atirah mungkin terus mencium lantai.

"Eh awak ni. Dah macam tak ada tempat lain awak nak duduk, kat depan pintu ni gak awak pilih?" Marah Atirah. "Saya minta maaf, tak sengaja. Saya cuma nak ikat tali kasut." Dengan nada serba salah pemuda itu meminta maaf. Atirah masih tidak berpuas hati. "Orang lain pakai kasut gak, tapi tak la macam awak, ikat tali kasut pun kena dekat depan pintu ni."

Pemuda itu hanya mampu tersengeh memandang Atirah. Sebelum dia berlalu, pemuda tersebut sempat meminta maaf sekali lagi kepada Atirah.

Nächstes Kapitel