webnovel

Bab 2

Afif Nasrullah 💩

Weh iliya dengarla aku nak explain ni ✔✔

Me

Explain apa lagi? ✔✔

Kau suruh aku break dengan Aqim✔✔

Kenapa✔✔

Kau tahu kan aku sayangkan dia ✔✔

Afif

Bukan niat aku nak sakitkan kau weh✔✔

Ada sebab kenapa aku suruh kau break✔✔

Kau kawan aku, aku nak kau happy ✔✔

Me

Dah✔✔

Kalau kau suruh aku break lagi , kita bukan kawan✔✔

Afif

Iliya ! ✔✔

Sampai hati kau sebab lelaki kau sanggup nak putus kawan dengan aku ✔✔

Terus aku off phone dan lempar ke atas katil sebelum aku pun dilempar ke sana juga.

Belum sampai sesaat,aku capai balik phone aku. Chat afif aku seen je. Terus aku call Aqim.

Tapi berpuluh kali aku call. Berpuluh kali tu jugak dia tak angkat. Aku rasa tak sedap hati tapi entahla.

Aqim sayang aku kan?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

. .

.

"Iliya dengarla dulu aku nak cakap ni !" panggil Afif tapi dari pagi sampai ke rehat aku abaikan panggilan dia.

Sebab aku acah mogok dengan dia, terus dia tarik hujung tudung aku sampai aku terpaksa berhenti bergerak.

"siallah, main tudung" maki aku lalu aku tampar bahu dia.

"dengarla cakap aku. Kau tak akan menyesal weh confirm !" kata Afif bersungguh. Muka memang serious habis !

"taknak aku! Kau ni asal over sangat. Kau suka aku ke ha!?" terus aku serkap jarang.

"MANA ADA, AKU DAH ADA NAJIHAH KOT!?" bangkang dia habis habisan

Aku mengeluh.

"kau jangan suruh aku buat kerja bodoh Afif " aku bagi amaran. Ya, bodoh amat ! Aku sayang Aqim ,memang tak arh aku nak lepaskan dia !

"oh sedap kata aku suruh buat kerja bodoh, ni untuk kebaikan weh percayalah !"

"kau tau tak benda ni memang bodoh !"

"bodoh lagi time kau prank adik aku dulu ! " kata Afif yang turut terjerit jerit macam aku. Pelajar lain yang lalu lalang mula berbisik bisik . Apa ? Diorang ingat aku dengan Afif ni pasangan kekasih sedang bertengkar agaknya. Puih !

"bila masa aku prank adik kau !?" marah aku balik

"kau tak ingat ke dulu kau chat adik aku pastu menyamar jadi lelaki hensem and couple dengan adik aku. Tak sampai sebulan kau tinggalkan dia sampai dia demam seminggu eyyy nasib kau kawan aku kalau tak dah lama aku tumbuk muka kau !" ha habis mamat ni bentang hikayat zaman jahil aku tahun lepas. Tapi tahun ni sama ja, aku tetap jahil AHAHAHAH

"weh adik kau tak tau lagi kan aku ni ex dia?" soal aku bersama senyuman yang tidak dapat dibendung lagi.

"tak weh, dia masih percaya ex dia tu wujud AHAHAHAHAH" OKAY AKU DENGAN AFIF SAMA JA JAHIL.

Disebabkan kisah adik Afif dulu ,aku dengan Afif mula lupa tentang topik perbalahan kami tadi.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tersenyum-senyum aku bila waktu pulang tiba, aku apa lagi. Terus aku minta diri dengan semua geng aku lepastu aku pecut ke kantin.

Kalau orang perati aku dari kelas sampai kantin memang sah orang fikir aku gila. Tapi ya,aku gilakan boyfriend aku

Mata aku melilau mencari kelibat buah hati aku ,Aqim. Dia janji dengan aku nak jumpa kat sini. Aih rindu nak dating macam mula mula couple dulu.

Nampak je dia,aku terus hampiri dia. Sempat aku betulkan tudung aku melalui pantulan kaca yang ada dekat papan kenyataan.

Terasa konfiden tiada tandingan aku sempat flip tudung sebelum menuju kearah Aqim yang tengah melantak nasi goreng.

"hai " tegur aku .

"duduklah"pelawa dia dan sambung makan. Aku tanpa segan terus meletakkan beg aku di atas meja kantin dan duduk sebelahnya.

"beli kat mana tu?" soal aku. Aku mendekatkan kepala aku.

"beli kat kedaila takkan jumpa dalam tandas " jawapannya membuatkan aku agak deep.

"k fine"

Aku acah merajuk. Aku duduk jauh sikit dari dia. Tapi dalam beberapa minit dia tak pujuk aku lansung malah tak hiraukan aku. Aku memeluk tubuh.

"taknak pujuk ke?"

"kenapa pula?"

"takde apa la" kata aku fedup. Aku pandang dia yang sudah menutup bekas nasi miliknya . Sekali sudu garfu dia letak dalam bekas tu sebelum dia simpan dalam beg dia.

"Aqim, awak sayang saya tak" soal aku . Mata aku yang penuh harapan memandang dia.

"berapa kali nak cakap?" soalnya dan memandang aku tanpa senyuman. Asal aku rasa aku yang terhegeh hegeh ni?

"tanya je..awak macam abaikan saya je sejak menjak ni" kata aku sayu tambah pula muka aku yang memang sendu ni.

"sayanglah" jawab dia sepatah

"hehe yeke?"

Soalan aku diabaikan dan Aqim mengeluarkan telefon miliknya dan dia boleh main game PUBG dan again hiraukan aku

Harap je ketua pengawas tapi bawak phone, dasar tak guna punya orang.

Aku cuba merampas phone dia tapi dia pantas menepis tangan aku.

"awk ni fokusla kat saya janganla main phone je"cebik aku kegeraman

"awak janganlah desak saya untuk layan awak selalu"kata dia .

Yang paling menyakitkan dia tak pandang aku pun weih masa cakap macam tu :")

"awak ada marah saya ke?" soal aku. Sejak menjak ni dia macam mengelak je bila aku ajak jumpa, ajak chat, ajak call. Semua yang aku ajak dia taknak.

Aku terdetik juga dalam hati, aku ada buat salah ke sampai Aqim punya layanan berubah .

"takla, saya tak marah awak pun."

"kenapa awak berubah?" soal aku lagi. Sedih sial hidup aku. Aku letakkan sebelah tangan aku atas meja kantin.

"berubah apanya Iliya?" soal dia dan mengerling sekilas kearah aku sebelum sambung main game.

"awak tak layan saya macam dulu.."bisik aku perlahan. Air mata aku mula bertakung, rasa sedih tidak dapat disorok lagi. Mungkin sebab ni Afif bersungguh suruh aku break dengan Aqim?

Terus aku lap air mata aku,aku terfikir kalau aku menangis pun Aqim tak akan pujuk aku sebab dia tak pernah pujuk aku kalau aku nangis. Jadi aku taknak malukan diri sendiri

Tiba-tiba ada  lelaki singgah di meja kantin tempat aku dan Aqim tengah dating. Eh layak ke aku gelar dating? Like hello?

Oh senior tingkatan enam rupanya. Ni atlet sekolah and nama dia Faris . Aku pandang kiri dan kanan. Asal dia duduk depan aku ni ?

Aku tak rapat sangat dengan senior form 6 ni. Entahla wei , kalau perempuan kekwat semacam. Kalau lelaki miang lain macam.

"Iliya kenapa tak balik lagi?" soal dia. Sebab senior so aku hormat dia. Kalau lelaki lain miang dengan aku memang aku balas dengan jelingan je. Tapi aku tak berani nak buat macamtu dengan senior.

"Walid datang lambat sikit" jawab aku. Dia kenal walid aku sebab Walid ni macam Ajk PIBG jugakla. Pastu aku famous AHAHA so ramai tahu pasal aku.

"walid busy ke?" soal dia lagi dan mengambil tempat berhadapan dengan aku. Aku mula tak selesa. Asal mamat ni tegur aku ja. Aqim sebelah aku ni taknak tegur ke?

"ye ha" jawab aku dengan senyuman amat kekok. Aku mula memandang kearah Aqim. Woi Aqim kau sedar tak ada orang nak mengorat aku and kau boleh buat rilek camtu. Boyfriend apa kau ni !

"kenapa Iliya duduk dengan Aqim ? Kawan Iliya semua dah balik ke?" soal dia lagi. Aku rasa nak tendang dia jauh dari sini. Banyak soal betul. Tak nampak aku tengah date !?

And hakikatnya bukan semua orang tahu Aqim dan aku couple. Aku tak tahula..Aqim suruh aku rahsiakan kecuali orang terapat sahaja.

"err..saja" jawab aku. Aku kerling Aqim yang kusyuk main game.

"oh,"jawab Faris dan mengangguk. Aku mengeluh,senyap akhirnya

"Iliya ada boyfriend?" soal dia kearah aku. Membulat mata aku. Dia ni tak give up ke apa !?

"errr..."aku toleh kearah Aqim. Dia ni memang suka eh aku kena kebas. Dayus betul jantan ni. Dia memang tak kesah apa jadi kat aku ke apa.

"Aqim, sejak bila kau kawan dengan Iliya ni?" soalnya kearah Aqim. Aku pula dah berharap jawapan Aqim akan membuatkan aku lega.

"kawan dah lama" jawab dia dan sambung main game

Whatde....

"weh kau tau tak siapa boyfriend Iliya? " soalnya lagi. Aku sekarang rasa nak hantuk kepala dekat meja kantin.

"tahu"jawab Aqim sepatah. Dia ni memang suka cakap sepatab sepatah dingin camni ke apa. Camna aku boleh sangkut dengan dia ha.

"hensem tak ? Mesti aku lagi hensem kan ? Weh cakap kat boyfriend Iliya tu yang aku berkenan dekat Iliya ni" cakap Faris tanpa segan silu. Aduu memalukan la mamat ni.

"boyfriend dia kat depan kau sekarang ni" tiba tiba Izham muncul. Aku mengeluh, asal semua pakat kacau aku dating.  And jawapan Izham membuatkan aku kecewa. Aku harapkan Aqim yang jawabkan jawapan tu untuk aku..tapi hampa

Tiba tiba Faris pengsan. Okay dude.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sampai saja rumah , siap mandi solat makan pesemua aku terus landing atas katil setelah menyapu krim malam.

Buat apa lagi, ahjum kita stalk ig.

Mata aku tertumpu kepada explore ig aku. Urm jom kita stalk someone kat explore. Disebabkan Aqim palau chat aku, aku give up .

Aku ni memang macam takde boyfriend. Hanat. Sian aku.

Orang single pun tak sedih cam aku yang gantung tak bertali ni.

Sibuk aku scroll ig, aku terjumpa satu account ni

Okay hensem sial.

Tg.HrrzShad

(pic)

❤liked by N.frrah,podolski, Sajadiah,Bobodimana and 12,000 others

Tg.HrrzShad  Photoshoot 📷

Views 2,000 comments

Jenny_ubi_jane photoshoot kahwin kita bila lagi 😍

Soya_basi awww hensemnya😢💖

Harraznizer MOHON NOTICE CINTAKU PADAMU!

Capiq_kail hai saya pengumpul wang lama !

Damn, hensemnya.

Tbc🌸

Nächstes Kapitel