Pernah tak korang terfikir untuk undur balik masa korang?
Kembali ke masa silam
Kembali di saat jiwa korang masih hidup
Kalau aku dapat undurkan masa….
Aku nak kembali pada saat…
Aku belum kenal dia.
"jadi lepas ni kau nak buat apa?"
Den duduk mencangkung sebelah aku. Sebelah tangan sibuk bermain dengan topi kesayangan dia. Mestilah sayang…satu topi harga beribu.
"aku tak tahu"
"I don't think so."
Den berpusing menghadap aku.
"kau ada peluang satu kali ni saja, sya…don't waste your time."
Apa aku nak buat?
"kau rasa…aku patut buat apa?"
Den jungkitkan senyum dia dan dalam satu saat, kelibat dia menghilang.
Dan seterusnya diganti dengan wajah hanna.
Maksud aku….hanna masa umur 17 tahun.
"sya…kau okey tak? Aku panggil kau dari tadi..kau tak jawab pun."
Aku senyum segaris.
"aku okey."
"seriously kau tak okey. Jom ikut aku."
"nak pergi mana?"
"ikut je lah."
Sampai dalam bilik salin baju, hanna beri aku satu jaket hitam. Topi hitam. Kasut sneaker hitam. Semua hitam.
"boyish style?"
"aku nak keluar. Ex aku nak jumpa. Tak guna betul dia tu…tolong aku sya…please…"
Hanna tarik tarik lengan aku.
"malas lah."
"lepas tu aku belanja mcd."
"on"
Maka…jadilah aku boyfriend palsu si hanna.
Ingatkan nak jumpa dekat mall kea pa…habis habis si hanna tarik aku dekat taman bunga.
"hanna…kau nak picnic ke?"
"nak jugak…tapi bukan dengan mamat tu…dengan prof Hadid aku nak. Hensem pun hensem."
"habis kenapa nak jumpa dia dekat taman bunga?"
"bukan aku yang pilih tempat…mamat tu. Entah kenapa…nak action ala ii dilwale kot dengan aku. Lebih ii…aku pacak je Bungan tahi ayam atas kepala dia."
Marah marah hanna…sempat lagi dia touch up muka sendiri.
Dalam lima minit, ada dua orang lelaki sampai. Sorang aku kenal…ex si hanna. Sorang lagi…pakai jaket kelabu tu aku tak kenal. Pakai mask hitam. Tak Nampak batang hidung. Kawan sekepala buaya agaknya.
"so hanna…dah makan ke belum?"
"nak cakap apa? Saya sibuk."
Hanna silang tangan ke dada. Gaya tak suka.
"jom pergi sana."
Ex si hanna tarik lengan baju hanna ke satu bangku. Nak berkdrama agaknya. Hanna dah masam. Mamat tu…aku dah Nampak gaya macam orang nak kena pacak bunga. Lantaklah.
"jom beli air. Dahaga kan?"
Aku buat gaya tangan ke udara. Nak cakap…tak apa
Lepas tu aku masukkan earfon dan pergi dari situ.
Sedar tak sedar…aku terlalu dekat Kawasan budak budak bertauliah tengah berkumpul a. k.a mamat mamat akan 'berfewwiiit' tengah jalan.
"heyh….aku panggil tak dengar ke?"
Sorang mamat ni letak tangan dia atas bahu aku.
Dengan malas, aku elak dan berjalan.
Selangkah dua langkah, dia tarik tangan aku pula.
Ini dah lebih.
Baru aku nak angkat skill tali pinggang hitam aku, ada tubuh tinggi yang menghalang.
"orang tak suka…tak payah laa bro."
Bila angkat muka, lelaki tadi rupanya.
Lepas dia bercakap sepatah dua lagi dengan mamat tu, dia tarik lengan aku dari Kawasan sana.
"kau okey?"
Tu soalan pertama yang keluar.
"okey. Thanks."
Jawapan yang keluar dari mulut aku buat dia terdiam. Lepas tu pandang aku laju.
"kau…perempuan?"
"sya…jom balik."
Hanna tiba-tiba muncul dan tarik tangan aku laju. Lepas tu, dia bawak aku pergi mcd.
Sampai mcd, macam nak terbalik je meja dia marahkan ex dia. Si Farhan jambu tu.
"kau tak tahu…betapa geramnya hati aku ni…kau tahu tak….dia boleh cakap aku macam mak cik mak cik."
Beg Gucci jadi mangsa hentakan atas meja.
"dia ingat dia bagus sangat ke? Dengan muka putih berdebu macam tu! Eh eleh…acah korea laa tu. Setakat makan ubat putih…nak acah bagai."
Air mc flurry dihirup kasar.
Nak menambah…risau jugak. Kang mac flurry tu singgah atas muka. Naya.
"makin berlagak tahu tak…dia tu yang terhegeh hegeh nak jumpa aku. And guess what….dia nak tuduh aku jadi orang tengah relay dia. Minah mana laa yang bangang tahap abadi sangat boleh suka dekat dia!"
Meja dihentak lagi. Kali ni lagi kuat….berpusing jugaklah customer lain. Kakak dekat kaunter pun dah pandang kami semacam.
"aku yang tak tahu kisah ni yang jadi mangsa. Aku buat apa?"
Si hanna kibas kibas tudung sendiri.
"kau kenal ke awek dia?"
"kenal la. Tiba-tiba ada orang whatsapp aku. Nak kenal ii. Ingatkan sape…awek dia rupanya. So aku layan jelah."
"kau tak suspect awek dia ke yang buruk burukkan kau?"
"eh tak lah….awek dia tu baik. Aku kenal…"
Baru nak sambung, hanna pandang kea rah luar kedai. Nampak minah tudung singkat dengan baju lengan pendek. Dekat sebelah ada mamat sado. Mesra semacam. Dah kahwin kot. Jiran sebelah rumah hanna kot.
"cantik ke?"
"kalau macam tu…aku cantik lagi kot. Dah lah…malas cakap pasal mamat tu. Sesuai sangatlah dengan awek ratu kerengga dia tu. Kerja nak menyengat aje."
Aku mengangguk. Baru nak sumbat ayam dalam mulut, hanna bersuara lagi.
"sya….kau tahu kan…hujung minggu ni ada budak sekolah lain nak datang sekolah kita."
Aku diam dan mengangguk. Ayam aku sumbat laju. Lapar pulak bila ingat pasal tu.
"kau okey?"
"okey je"
"dia mesti ada. Dia kan atlet."
"biar lah dia nak datang. Aku bukan jumpa dia pun."
"Kalau terserempak?"
"aku buatlah tak perasan."
Itu jawapan yang aku bagi pada hanna. Sampai pada hari tu….aku yang gelabah.
Den yang duduk atas tangga aku pandang.
"hayden…kau rasa…aku patut lari ke?"
"you guess?"
Den gosok dagu sendiri. Bibir terjungkit smirk.
"sya…kau ada masa dua hari lagi. Just enjoy yourself. Mana tahu..ni last time kau jumpa dia."
Aku menggeleng.
"aku tahu tapi entahlah….half aku kata tak nak."
Den bangun dan berdiri depan aku.
"you deserve the world. You know it better."
Bahu aku ditepuk dengan topi hitamnya sebelum kelibat dia menghilang.
Baru aku nak jalan dua langkah, ada sorang budak form 1 pergi tegur aku. Bagi aku serpihan kertas. Lepas tu lari. Malas nak baca sekarang. Aku jalanlah dulu.
Sampai tengah jalan, baru aku bukak dan baca.
'sya, jumpa sy sekejap please'
Di saat itu, ada bau mint di udara dan di depan aku…ada tiga batang tubuh dalam pakaian sukan. Dia….dia ada di tengah tengah.
"sya.."
Nama aku terkeluar dari bibir dia.
Kaki aku…tak boleh gerak.
Lepas dia bisik sesuatu dekat kawan ii dia….tinggallah kami berdua. Dia mara kea rah aku.
"hai, sya."
"hai."
Aku jawab kekok.
"awak sihat?"
"sihat."
"lama tak jumpa."
"haah."
Dia gosok batang tengkuk sendiri. Aku sumbat kertas tadi dalam poket baju.
Awkward.
"ni…"
Dia hulur satu kotak makanan pada aku.
"tadi…ada orang bagi. Ambiklah."
"tak apa lah."
Aku tolak sambal pandang ke depan. Sampai dekat bangku, aku duduk. Dia duduk atas bangku depan aku.
"awak Nampak lain."
"saya pun rasa macam tu."
"awak marah saya ke?"
"untuk apa?"
"semuanya."
"kisah lama. Tak payah nak ungkit kot."
Dia mengangguk dan lepas tu dia berwajah lagi tenang. Aku pun sebenarnya rasa lega. Sebab akhirnya aku berani bercakap dengan dia. At least, dia tahu…aku bukannya sya yang dulu.
Sya yang comel.
Sya yang akan menangis disebabkan seorang lelaki.
Sya yang manja.
Sya yang dulu dah taka da.
Sebab sya yang sekarang…jiwa dia kosong.
Sya yang sekarang….tak akan sesekali tunduk pada seorang lelaki.
"dulu saya try call awak…tapi tak boleh."
"telefon rosak."
"ouh…patut pun. Nak nombor baru boleh tak?"
"dah tak ada fon."
"kenapa?"
Muka dia agak terkejut.
"malas. Tak ada benda penting pun nak buat."
"ouh…faham."
"sorry kalau awak rasa saya layan awak macam kasar. In fact…saya memang macam ni."
Topi benang kait, aku keluarkan dari poket baju aku. Lepas tu aku hulur pada dia.
"nah…hadiah terakhir dari saya. Hope awak bahagia. Saya pergi dulu."
Lepas tu aku pergi dari situ. Tak berpaling ke belakang.
Den tiba tiba muncul.
"first love?"
"first hate love."
Den ketawa. Lepas tu dia tarik lengan aku ke arah satu pokok teduh. Badan aku dia tolak perlahan dan dia kepung aku dengan lengan dia.
"damn first love before you meet me."
"den.."
Aku tumbuk dada hayden.
Lepas hayden petik jari dia, automatic mata aku terbuka. Terhenti hypnosis. Dan aku kembali pada waktu sekarang.
"now, are you okay?"
"yeah maybe."
Den duduk mencangkung depan aku. Pipi aku dia usap.
"Allah take him away from your life, because He want you to meet me. He takes someone you love, so that He can give someone who love you more than everything."
Pipi aku diusap lagi.
"like qays towards Laila?"
"more than that, darling."
Aku ketawa.
"I love you more. Before and after. Until Jannah."
"I love you too."
Aku usap pipi hayden.
Allah hadirkan hayden dalam hidup aku, selepas Allah uji aku dengan ketiadaan Mika. Allah ambil mika, sebab Allah nak beri aku Hayden.
Allah ambil mika kerana aku terlalu berharap pada cinta manusia. Sedangkan Allah ada. Jadi Allah uji aku dengan suatu kehilangan. Perit. Tapi setiap dugaan ada hikmahnya. Sama seperti kisah aku. Allah mungkin dah tetapkan yang terbaik untuk kami.
"umi…"
Layla jalan terkedek kedek dengan patung beruang dia. Cari mommy…tapi bila Nampak abi…terus peluk abi.
"Layla….nak tido."
Aku senyum pada hayden.
"ye lah…jom tido."
Aku berjalan tepi hayden. Hayden dukung Layla.
"umi cakap nak beri abi hadiah…sebab tunaikan hajat umi…umi jangan buat ii lupa tau.."
Hayden jengketkan jari kecik dia pada aku.
Aku jelirkan lidah pada hayden. Lepas tu aku lari ke dalam bilik. Sudahnya, hayden ajar Layla supaya geletek aku. Last ii, semua tertidur. Layla dan aku dalam dakapan hayden.
Terima kasih ya Allah.
Semua yang indah ini terjadi kerana aturanMu.