webnovel

Bab 49

Rasa baru sekejap balik Malaysia hari tu. Ni balik lagi. Kami balik ke pangkuan keluarga masing-masing.

Aku berbuka puasa bersama keluarga aku. Sama macam tahun lepas dan sebelumnya. Buka puasa dengan family paling best. Selepas solat terawih, kitorang lepak dekat ruang tamu. Aku mendekati adik aku yang tengah main phone.

"Ha! Buat apa tu? Wassap dengan girlfriend ke? Haaa... Bagitahu mama dengan papa." kata aku.

"Haish. Mana ada girlfriend. Cikgu ni ha. Tengah cakap pasal program dekat sekolah. Haihhh..." balas adikku.

Mesti korang nak tahu aku ni kakak yang macam mana. Macam tadi tu lah, aku kakak yang suka kacau dan cari gaduh dengan adik-adik aku. Hahaha. Nasib lah diorang dapat kakak macam aku ni.

"Kakak. Macam mana exam hari tu? Senang ke susah?" tanya Papa.

"Hmm... Biasa lah. Ada yang senang ada yang susah." jawabku.

"Rasa-rasa pass tak?" tanya Papa.

"Hm... Susahnya soalan Papa. I don't know. Harap-harap pass lah." kata aku.

"Takpe. Asal kan dah usaha. Redha je lah pass ke tak. Kalau tak pass, bukan rezeki lah tu." kata Mama. Aku hanya mengangguk.

"Kakak. Jom main game." ajak adikku.

"Jom!" sahutku. Haih... Nayli, Nayli.

Keesokan harinya, kami pergi ke Sogo. Shopping baju raya lah, apa lagi! Baju raya warna cream tu dah ada, cuma hari ni nak beli baju lain.

Tengah jalan-jalan tu, aku terserempak dengan seseorang.

"Eh, Nayli!" sapanya.

"Afrina!" jeritku seraya memeluknya.

Afrina kawan baik aku, Sarah dan Qistina. BFF lah. Tapi Afrina tak study dekat Perth. Dia study dekat sini je sebab dia anak tunggal. Dia cakap nak jaga mak dengan ayah dia dekat sini. Sedih kitorang kena berpisah. Kitorang still contact. Tapi tak selalu. Kalau balik Malaysia je kitorang jumpa.

"Wah! Dah lama tak jumpa. Hari tu balik sini tak sempat nak jumpa awak." kataku.

"Oh... Balik sebab apa?" tanya Afrina.

"Papa kita sakit hari tu. Kita balik dengan Sarah je." jawabku.

"Sekarang Papa awak macam mana?" tanya Afrina.

"Dia dah sihat..." kataku. Afrina mengangguk.

"Semalam Sarah dah singgah dekat rumah kita, bagi biskut raya." kata Afrina.

"Ohh... Dia ni. Pergi rumah awak tak ajak." omelku.

"Hehe. Nanti datang lah raya dekat rumah kita." ajak Afrina.

"Of course! Memang dah plan dengan diorang pun. Ehehehe..." kataku.

"Okay lah. Kita pergi dulu. Datang lah nanti. Kita tunggu korang. Jangan tak datang." kata Afrina. Aku tergelak kecil.

"Okay! Bye Afrina!" ucapku. Aku menuju ke arah Mama aku.

"Afrina ke tu?" tanya Mama.

"Haah. Terserempak tadi. Lepas tu dia ajak pergi rumah dia nanti raya." kata aku.

"Oh... Bagus lah tu." kata Mama aku.

Hari ni kitorang buka puasa dekat rumah Haizeq. Sarah, Qistina dan Johan dah sampai. Aku je lambat. Ahaha. Hari ni Eiman tak join. Dia buka puasa dengan family and cousin dia.

"Wah. Rumah dah siap decorate. Awalnya." kataku.

"Saja buat awal. Nanti nak balik Melaka." kata Haizeq.

"Mana Sarah dengan Qis?" tanya aku kepada Haizeq.

"Dekat dapur kot. Jom." kata Haizeq. Kami menuju ke dapur.

Di dapur;

"Mana lah anak perempuan ibu seorang lagi tu. Ibu dah lama rindu ni." kata ibu Haizeq. Aku yang mendengar kata-kata itu tergelak kecil tanpa suara. Sarah dan Qistina nampak kelibatku. Aku suruh diorang diam. Diorang hanya akur dan teruja. Aku menuju ke arah ibu dan memeluknya dari belakang.

"Ibu!" panggilku. Ibu sedikit terkejut dan ketawa.

"Terkejut ibu." kata ibu.

"Ehehehe... Sorry lah lambat sikit ibu. Tadi shopping baju raya kejap." kata aku.

"Shopping dekat mana?" tanya ibu.

"Dekat Sogo je." jawabku.

"Sedapnya bau! Ibu masak apa?" tanya aku, teruja.

"Rendang je." jawab ibu. Aku memang manja sikit dengan ibu. Haizeq pun jealous. Hahaha.

Sembang-sembang...

"Nayli. Kenapa Eiman tak jadi datang?" tanya Sarah.

"Dia cakap cousin dia datang rumah." jawabku.

"Ohh..."

"Eh korang. Tadi dekat Sogo kita jumpa Afrina." kataku.

"Oh kita dah pergi rumah dia semalam." kata Sarah.

"Eh Sarah. Kenapa tak ajak?" tanya Qistina, tidak berpuas hati.

"Tah lah Sarah." kataku.

"Ehehehe..." Sarah hanya gelak menampakkan giginya.

"Afrina yang bff korang tu kan?" tanya Haizeq.

"Haah." jawabku. Sarah dan Qistina mengangguk. Abang Haizeq join kitorang. Abang Haiqal baru balik kerja. Dia balik lambat tadi. Buka puasa pun dengan air dekat atas kereta.

"Hai korang. Lama tak jumpa. Sihat?" tanya Abang Haiqal.

"Sihat." jawab kami.

"Abang Haiqal dah makan?" tanya aku.

"Dah." jawabnya sambil tersenyum. Haizeq perhati je abang dia tu.

"Nayli ni cantik lah. Tak nak ke dekat Haizeq?" tanya Abang Haiqal. What?! Aku terbatuk-batuk. Haizeq tolak abang dia.

"Eh Angah ni dah kenapa? Merapu je. Ni mesti gaduh dengan kak Mai ni..." kata Haizeq.

"Alaa... Kak Mai marah Angah tadi sebab bagi dia beg LV tu. Dia cakap membazir..." rungut Abang Haiqal. Haizeq dengan abang dia sama je...

"Kesian." balas Haizeq. Abang Haiqal hanya memukul Haizeq perlahan dan berlalu pergi.

"Nak mengadu dekat ibu lah tu." kata Haizeq. Kami tergelak.

"Korang balik kampung ke raya nanti?" tanya Johan.

"Raya KL..." kata Qistina.

"Aku balik kampung minggu depan. Sebelum hari raya." kata Sarah.

"Aku balik esok." jawabku.

"Alaa... Awalnya Mia balik..." kata Haizeq.

"Hehehe... Dah lama tak balik. Tak sabar nak tinggal Haizeq..." kata aku. Sebenarnya ayat tu 'Tak sabar nak jumpa cousin'. Saja nak buat Haizeq merajuk... Hahaha. Aku, Sarah, Qistina dan Johan hanya ketawa.

"Mia! Sampai hati..." kata Haizeq.

"Ambui. Dengan orang lain act cool. Dengan Mia dia tu manja bukan main." tegur Ibu. Sekali lagi, kami tergelak. Hahaha... Padan muka Haizeq!

"Sampai hati ibu. Haizeq ni anak ibu tau. Hmph. Tak nak kawan ibu." kata Haizeq. Eh. Kenapa Haizeq manja semacam ni?

"Tak nak kawan ibu sudah. Ibu kawan dengan diorang je lah." jawab Ibu. Haizeq memuncungkan bibirnya. Alah alah! Cute!

"Ala alaa... Kesian lah dia. Dah, dah. Jangan lah nangis. Nah gula-gula." pujuk aku. Aku menghulurkan gula-gula kepada Haizeq. Haizeq tergelak.

"Nak ke tak gula-gula ni?" tanya aku.

"Suap." jawab Haizeq.

"Woi woi. Ibu kau dekat depan kau tu. Tak malu eh?" tegur Sarah. Haizeq hanya buat selamba. Dah biasa lah tu. Ibu hanya menggeleng kepala melihat karenah anaknya yang manja semacam. Haizeq kembali memandangku.

"Nak?" tanya aku sekali lagi.

"Takpe lah kau makan lah, Mia." kata Haizeq. Memang tak nak bagi pun. Dah lah ni gula-gula ni yang last. Hohoho. Nayli memang jahat.

_____________________________

Sarah dan Qistina baru sahaja balik. Johan balik lambat lagi.

"Nayli, tidur sini je lah." pelawa ibu.

"Eh takpe ibu. Esok dah nak balik kampung." kata aku.

"Oh. Bila nak bertolak balik?" tanya ibu.

"Pagi esok. Lepas Subuh." jawabku.

"Oh... Nak balik ni dengan apa?" tanya ibu.

"Kereta. Tadi bawak." kata aku.

"Suruh Haizeq hantar lah. Dah malam ni." kata ibu.

"Nak aku hantar? Boleh je." kata Haizeq.

"Takpe, takpe. Okay lah ibu. Nayli balik dulu." aku meminta diri.

"Ye lah. Hati-hati bawak kereta tu." kata ibu.

"Okay ibu." balasku, tersenyum. Aku masuk dalam kereta dan menghidupkan enjin. Haizeq suruh membuka cermin kereta. Aku hanya menurut.

"Betul ni tak nak aku hantar?" tanya Haizeq.

"Ye, Haizeq sayang..." jawabku. Haizeq tersenyum.

"Okay lah. Nanti sampai rumah wassap aku." kata Haizeq.

"Okay. Bye. Assalamualaikum." ucapku.

"Waalaikumussalam. Bye. Careful tau." kata Haizeq. Aku hanya mengangguk dan pulang ke rumah.

Aku tiba di rumah. Aku sambung mengemas pakaian dan barangan yang hendak dibawa pulang ke kampung. Setelah penat mengemas, aku baring di atas katil dan main phone. Aku menerima message daripada kakak saudara aku, Alya.

Alya:

- Li balik esok kan?

Aku:

- Haah! You wait for me eh!

Alya:

- Hahaha... Of course!

Aku:

- Jumpa dekat rumah Mek tau.

Alya:

- Okay! Cepat-cepat balik sini. I rindu ni!

Aku:

- Aww... Sekarang jugak I terbang balik sana.

Alya:

- Ahahaha! Okay lah. Jumpa esok. Good night!

Aku:

- Okay. Good night!

Alya cousin paling rapat dengan aku. Dia lah cousin yang aku paling sayang. Kalau aku balik kampung, mesti berkepit dengan dia. Heheheh.

Pernah dulu masa kecik-kecik, gaduh. Bukan main lagi cakap benci. Acah je tak nak bercakap lah, tak nak pandang lah. Bila dah berbaik, pergi mana-mana mesti sama-sama. Mandi pun sama-sama. Bak kata peribahasa, bagai isi dengan kuku. Eh betul ke? Main hentam je ni... Ehehehe...

Baru nak tidur, telefon aku berbunyi. Haih. Selalu macam ni. Nak tidur je mesti ada orang call.

"Hello?" sapaku.

"Mia. Aku dah suruh kau wassap aku tadi. Kenapa tak wassap or call? Aku tunggu je dari tadi." kata Haizeq. Huks huks. Aku lupa! Hm. Biasa lah, Nayli kan nyanyok. Dah tua...

"Sorry, Haizeq. Aku lupa lah." kata aku.

"Hm. Takpe lah. I just want to make sure kau selamat sampai rumah je." kata Haizeq. Owh... Haizeq I ni caring la... sempat lagi Nayli menggedik.

"Oh. Don't worry. Aku dah baring atas katil nak tidur dah." kata aku.

"Okay lah. Kau tidur lah. Good night, my angel Mia..." ucap Haizeq.

"Siapa angel? Aku ni manusia biasa je tau." balasku. Haizeq tergelak.

"Ye lah, ye lah. Good night, Mia sayang." ucap Haizeq.

"Good night..." balasku. Okay. Tidur!

Hello korang! I'm back with the new chapter! Korang suka tak cerita ni? Kalau korang ada idea yang best best, korang comment lah! I akan pertimbangkan kalau sesuai dengan cerita ni. Anyway guys, korang nak ending dengan siapa ni? Hahaha I pun curious nak pilih siapa.

#Team Haizeq

or

#Team Eiman.

Okay lah. I harap korang suka cerita ni. I'm doing my best for this story. Thank you sebab sudi baca cerita ni. Next chapter coming soon! Stay tuned, stay safe! Bye bye korang. See you!

missmiaacreators' thoughts
Nächstes Kapitel