webnovel
avataravatar

Bab 23

Tadi semasa aku ingin masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri, aku terserempak dengan Qistina yang baru keluar dari biliknya. Kelihatan Qistina sudah menukar bajunya daripada t-shirt kepada blouse pink. Dia keluar bilik tanpa memakai tudung.

"Qis. Awak mandi ke?" tanya aku.

"Haah." jawab Qistina.

"Haizeq dah sampai. Pakai lah tudung." beritahuku.

"Oh... ok. Thanks sebab bagitahu." ucap Qistina lalu masuk ke dalam biliknya semula.

Setelah selesai membersihkan diri, aku memakai blouse hitam serta shawl pleated berwarna biru gelap. Eh... Takde nak keluar mana-mana pun. Aku pakai biasa-biasa je ni...

Aku turun lalu ke ruang tamu. Kelihatan Sarah, Haizeq, Qistina dan Johan di ruang tamu sedang tengok movie.

"Johan. Bila kau sampai?" tanya aku kepada Johan.

"Baru je tadi." jawab Johan. Mereka focus menonton tv.

Aku mengambil tempat di atas sofa bersebelahan dengan Sarah dan Haizeq. Wah! Cerita Extraction lah. Cerita action. Boleh lah korang tengok cerita tu kalau korang minat cerita action. And... Chris Hemsworth! Aku suka tengok dia berlakon. Aku suka Thor! Eheheheheh... Tapi dalam The Avengers: End Game Thor jadi gemuk. Huhuhuhu... Dah tak handsome dah Thor... Eh. Dah sampai ke laut aku merepek entah apa. Maaf.

"Oh my! Chris Hemsworth!" kataku teruja. Haizeq memandangku. Dia menjegilkan matanya. Aku turut memandangnya sambil mengangkat kening.

"Handsome sangat ke dia tu?" tanya Haizeq.

"Handsome lah." jawabku.

"Eleh... Aku lagi handsome lah..." kata Haizeq. Aku, Sarah, Qistina dan Johan yang mendengar kata-kata Haizeq tadi tergelak.

"Kenapa gelak? Aku tak handsome ke?" tanya Haizeq.

"Handsome lah... Kau dah lupa ke apa yang aku cakap?" tanya aku kepada Haizeq.

"Cakap apa?" tanya Haizeq.

"Kau kan 2 in 1..." kataku.

"Haah..." kata Haizeq sambil tergelak dan terangguk-angguk.

"Apa yang 2 in 1, Nayli?" tanya Qistina.

"Mia kata aku 2 in 1 sebab kadang-kadang aku macam Chris Hemsworth and Tom Holland, kadang-kadang macam oppa." jawab Haizeq. Bukan Qistina tanya aku ke? Heh...

Sarah, Qistina dan Johan tergelak.

"Eewwww...." kata Sarah sambil buat muka meluat. Haizeq buat tak tahu.

"Betul kan aku handsome, Mia?" tanya Haizeq sambil buat muka comel. Argh! Cute!

"Ye, kau handsome. Kawan-kawan aku semua handsome-handsome and cantik-cantik..." jawabku.

"Of course lah cantik. Kawan Nayli, kan?" kata Sarah sambil mengangkat kening dan menunjukkan muka lawa. Haizeq mencebikkan bibir.

"Eewwww..." kata Haizeq yang meniru apa yang Sarah katakan dekat dia. Sarah geram. Aku, Qistina dan Johan tergelak.

Kami sambung menonton movie.

"Korang. Bila boleh makan?" tanya Haizeq.

"Oh. Lupa pasal makan. Kau dah lapar ke, Haizeq?" tanyaku, lembut.

"Ye... Lapar..." kata Haizeq sambil memegang perutnya dan membuat muka cute. Aku tersengih memandangnya.

Hoi! Stop lah buat muka macam tu! Argh! Aku rasa nak pengsan, tahu tak? bentakku dalam hati, geram dengan cuteness Haizeq.

Kenapa aku tak ajak diorang makan lagi? Sebab aku tengah tunggu Eiman... Haih... Kenapa dia tak sampai lagi ni? Aku mengeluarkan phone dari poket seluar dan menghantar mesej kepada Eiman.

Aku:

- Eiman.

- Bila kau nak sampai ni? Lambat lagi ke?

- Kalau lambat lagi, boleh tak kitorang makan dulu? Dah lapar ni...

"Hah! Message siapa tu?" sergah Haizeq yang sudah mendekatkan dirinya kepadaku.

"Boyfriend..." jawabku selamba. Haizeq memandangku dengan wajah tidak percaya. Sarah, Qistina dan Johan turut memandangku.

"Siapa?!" tanya Haizeq dengan suara yang agak kuat. Aku nampak mukanya berubah.

"Eh... Relax lah Haizeq. Aku mana ada boyfriend. Aku message dengan Eiman je." jawabku.

"Umm... Nayli. Dah boleh makan ke?" tanya Qistina. Aku memandang phoneku semula. Haih. Asal Eiman tak jawab lagi ni? Dia lambat lagi ke nak sampai? Hmm... tapi diorang dah lapar.

"Umm... Pergi lah makan." putusku.

"Okay... Nak panaskan dulu. Korang duduk lah." arah Sarah lalu menuju ke dapur. Qistina turut ke dapur untuk memberi pertolongan kepada Sarah. Johan yang ingin membasuh tangannya itu pun ke dapur jugak lah. Takkan nak pergi taman pulak... Ehehehehehe...

Aku bangun dari sofa dan ingin melangkahkan kaki ke dapur. Tapi tanganku ditarik oleh Haizeq dan membuatkan aku terduduk di atas sofa semula. Aku memandang Haizeq dengan muka terkejut campur berkerut.

"Apa?" tanya aku.

"Kalau kau ada boyfriend, siap kau." kata Haizeq.

"Eh? Kenapa pulak? Takkan aku tak boleh ada boyfriend?" tanya aku kepada Haizeq.

"Tak boleh. Never." kata Haizeq.

Eh... semalam dekat supermarket tanya aku bila aku nak ada boyfriend lah. Tanya taste aku macam mana lah. Hari ni tak bagi aku ada boyfriend pulak?

"Ok. Tell me why." kataku. Menantikan jawapan.

"Lupa lah tu. Kan aku pernah cakap, takde siapa pun boleh ambik kau daripada aku..." kata Haizeq dengan mendekatkan mukanya ke mukaku dan menatap mataku. Dup Dap Dup Dap. Aku rasa dah lama Haizeq tak macam ni.

"Habis tu kalau ada orang nak ambik kau?" tanya aku pula.

"Umm..." tiada jawapan daripada Haizeq.

"Eleh... Tak nak jawab pulak. Ok. Kenapa takde siapa boleh couple dengan aku?" tanya aku lagi.

"Haih... Takkan lupa jugak. Or kau saja buat-buat lupa? Nak aku ulang lagi apa yang pernah jadi between us?" tanya Haizeq dengan suara yang membuatkan bulu roma aku naik.

"Apa yang pernah jadi?" tanya aku. Serious aku lupa. Haizeq sudah tersengih nakal.

"Yang... atas katil aku tu..." kata Haizeq.

Aku baru teringat. Yang aku tergelincir pastu kitorang jatuh atas katil Haizeq hari tu... Sebenarnya aku tak nak ingatkan tapi takut korang lupa...

Oh shit! Astaghfirullah... tercarut pulak. Aku menjauhkan diri daripada Haizeq. Dia mendekatkan tubuhnya kepadaku. Ah! Dia nak apa ni? Mama! Papa! Tolong! Huhuhuhu...

Aku duduk di hujung sofa. Dia turut ke sana dan merapatkan tubuhnya dengan tubuhku.

"Er... Haizeq. Kau nak apa?" tanya aku, takut.

"Nak ulang apa yang jadi haritu..." jawab Haizeq, tersengih.

"Aaaaaa!" jeritku. Tapi tak berapa kuat. Suara aku tersekat dekat kerongkong. Huhuhu... Masa ni lah nak buat hal. Haizeq tergelak.

"Haizeq! Jangan lah!" marahku.

"Okay, okay! Gurau je!" kata Haizeq.

"Hish kau ni...." rajukku lalu memuncungkan bibir.

"Okay. I'm sorry. Jangan la merajuk. Kalau tak aku buat betul-betul..." ugut Haizeq. Aku terdiam.

"Hehehehe... Tahu pun takut..." kata Haizeq. Aku mengembus nafas lega.

"Tapikan... Apa kaitan kejadian tu dengan takde siapa boleh couple dengan aku?" tanyaku dengan beraninya...

"Apa yang dah jadi tu, tanda yang kau aku punya." jawab Haizeq.

Aku menelan air liur. 'Kau aku punya'? Maksudnya aku dia punya??? What do you mean?

Haizeq dari tadi memandangku. Asal pelik sangat pandangan dia tu? Dia nampak tenang.

"Umm... Kau pergi lah dapur, basuh tangan. Nak makan pulak ni. Tadi kata lapar..." kataku, menukar topik. Haizeq tersenyum senget.

"Eleh... Tukar topik pulak. Malu lah tu..." kata Haizeq. Aku hanya diam dan tersengih. Haizeq tergelak kecil melihat reaksi aku.

"Ok lah. Nak makan. Kau tak nak makan ke?" tanya Haizeq.

"Nak. Aku nak pergi lah ni." kata aku lalu berdiri.

Haizeq mengangguk dan melangkah kaki ke dapur. Semasa aku ingin melangkah ke dapur, loceng rumah berbunyi. Aku segera membuka pintu. Haa... sampai pun Eiman...

"Hai. Aku lambat ke?" tanya Eiman.

"Lambat sikit. Tapi masuk lah. Kitorang baru nak makan. Nasib baik kau dah sampai. Kalau tak, kau makan sorang lah..." kataku setelah Eiman melangkah masuk.

"Kau lah yang kena teman aku." jawab Eiman. Aku tersengih.

"Ha! Dah sampai? Jom makan, korang." ajak Sarah. Kami ke meja makan.

"Eiman. Duduk lah." aku mempelawa Eiman duduk di meja makan lalu ke dapur.

Aku terserempak dengan Haizeq. Dia tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya.

"Haih! Comel!" Haizeq memuji aku.

"Haih! Handsome!" giliranku pula memuji Haizeq. Kami tergelak.

Nächstes Kapitel