webnovel

Bab 12

Dalam masa 2 hari aku dengan Eiman bersama. Dan dalam masa 2 hari Haizeq tak tegur aku. Mungkin sebab perempuan tu. Ah... Lantak dia lah.

Aku dan Eiman ke cafe tempat our first met. Kami duduk di tempat yang sama. Tapi sebelum tu...

Eiman berdiri sahaja. Aku mengangkat kening. Dia hanya tersenyum.

"Erm... Miss, can I sit here?" tanya Eiman. Aku tergelak. Seperti apa yang terjadi hari itu berulang kembali. Aku angguk dan senyum.

"You orang Malaysia ke?" tanya Eiman.

"Yes, Kuala Lumpur." jawabku.

"Same." beritahu Eiman sambil melemparkan senyuman. Kami tersenyum dan tergelak.

"By the way, macam mana kau cam aku?" tanya Eiman.

"Your smile. When I saw your smile, I think that's you. Lagipun muka dah nak sama..." ujarku

"My smile? Why? Handsome sangat ke kalau aku senyum?" tanya Eiman. Lepas tu dia senyum dan angkat kening. Hahahahhaa...

"Yeah. So handsome and sweet." kataku.

"Sebab tu kau suka aku dulu kan?" tanya Eiman. Alah... kenapa dia ungkit? Memang lah betul. Tapi malu laa...

"Yes, of course." kata aku. Aku tak tahu nak senyum ke, nak nangis ke, nak sorok muka ke...

"Do you still have feelings for me?" tanya Eiman.

Aku terpaku. Aku ada perasaan dekat Eiman ke? Tapi aku suka Haizeq. But, Haizeq... Ah terlalu awal untuk semua ni.

Aku baru buka mulut untuk mengaku, phone aku berdering. Keluar lagu ' You Calling My Name, GOT7 '. Eh, tu pun nak cakap. Nama Haizeq tertera. Aku tak nak jawab lalu mute- kan phone aku.

"Kenapa tak jawab?" tanya Eiman.

"Scammer. Jom lah buat assignment." ajakku.

Eiman hanya mengangguk.

Assignment kami sudah siap. Aku buka phone. 10 missed calls dan satu message daripada Haizeq. Aku buka Whatsapp.

Haizeq:

- Mia? Kau pergi mana? Dah 2 hari aku tak jumpa kau. Kenapa tak jawab aku call kau tadi? Aku dah call Sarah and Qistina. Diorang cakap kau tak balik lagi and tak tahu kau pergi mana. Where are you, babe? What's wrong with you? I'm afraid if there is something happened to you. Please call me back. Please, Mia...

Aku tak tahu nak buat apa. Aku pandang Eiman. Dia hanya tersenyum.

"What are we going to do now?" tanya aku kepada Eiman.

"What about movie?" tanya Eiman.

"Yes! Great idea." aku tersenyum gembira.

"But, wait. Aku nak ambik gambar jap." ujarku

Aku ambik gambar cafe itu. Aku ambik gambar Eiman. Dia terkejut. Tangan dia menutup kamera phone aku.

"Alah... cepatlah peace..." suruhku. Dia turuti kata aku. Giliran aku pula bergambar. Then, kitorang keluarkan phone masing-masing and wefie.

___________________________

"Cantik la gambar ni..." kata aku.

"Kan..." kata Eiman, setuju.

Kami berjalan untuk masuk ke dalam panggung. Tiba-tiba bahu aku dilanggar dengan kuat sampai terjatuh.

"I'm so sorry. It's all my fault." pintaku.

"Argh! Yes. It's all your fault. Lain kali jalan tengok depan. Bukan tengok phone." jerit perempuan itu. Aku langgar aku ke dia yang langgar aku?

Aku melihat wajah perempuan itu. Eh, bukan dia ke perempuan yang bercakap dengan Haizeq haritu?

"Nayli, are you okay?" tanya Eiman.

Dia angkat aku. Eh... Don't judge, sabar lu. Dia pegang lengan aku yang berlapik dengan baju.

"Habis barang aku jatuh. Semua ni sebab kau la! Kau ambik balik." marah perempuan itu.

"Sorry. My bad." kata aku lalu tunduk ambil 'barang' (beg) dia.

"Sorry, sorry." perempuan itu menjulingkan mata lalu merampas begnya dari tanganku. Aku hilang sabar.

"Oi! Aku cakap sorry pun salah ke? Lagipun aku dah tolong ambikkan barang kau kan? Beg je pun. Bukannya gigi kau yang terabur pun. Tu pun nak suruh orang. Takde tangan ke? Tak reti berterima kasih betul. Lepas tu nak buat muka macam kerang busuk pulak. Ingat cantik sangat ke? Jom lah masuk, Eiman." luah aku habis-habisan. Eh, tak habis lagi, banyak lagi sebenarnya. Aku melangkah masuk ke dalam panggung.

Eiman terkedu. Mungkin sebab aku mengata perempuan tadi.

Perempuan tu geram. Tapi geramnya terhenti semasa dia tengok Eiman.

"Can I have your number?" tanya perempuan itu kepada Eiman. Eww... Gatal punya perempuan!

Aku yang mendengar perbualan itu berpatah balik. Belum sempat Eiman jawab, aku terlebih dahulu berkata.

"Never. He's my boyfriend." balasku. Sekali lagi perempuan tu geram dengan aku.

Aku memandang Eiman. Eiman hanya tersenyum. Aku pegang tangan Eiman yang berlapik dengan baju. Kami masuk ke dalam panggung. Sekali lagi perempuan itu geram.

Kami mengambil tempat duduk. Aku masih tidak lepaskan tangan Eiman.

"Wow..." kata Eiman.

"Kenapa?" tanya aku.

"Aku tak sangka kau boleh mengata perempuan tu macam tu. And, hebat lakonan kau. Tangan aku pun kau tak lepas lagi." kata Eiman.

Aku baru tersedar. Aku terus lepaskan tangan Eiman.

"Ala... Kenapa lepas? Pegang lah lagi. Best lah. Takpe kalau kau tak nak pegang, biar aku yang pegang." kata Eiman, gatal.

Mata aku tak berkelip memandangnya. ' What the fish!!! Pahal do... Please la jangan macam ni... Malu! Mana aku nak sorok muka? '

"Gurau-gurau. Hahahahaha. Terkejut ke? Sorry. Tapi kan best kalau dapat pegang..." kata Eiman. Dia tersengih.

"Boleh. Tapi kena kahwin dulu lah. Baru boleh pegang." kata aku. Ops! Terlepas cakap. Aku ingatkan aku cakap dalam hati...

Kami saling berpandangan. Ah... apa aku nak buat ni? Tu lah. Suka hati je bercakap.

"Kahwin? I boleh je. Tapi you nak ke kahwin dengan I?" tanya Eiman dengan suara yang membuatkan bulu roma aku meremang. Dia mendekatkan mukanya. Dup Dap Dup Dap...

Aku pandang dia. Eiman mengangkat kening.

"Apa? Nak apa ni dekat-dekat?" tanya aku.

"Nak you. Boleh?" tanya Eiman.

Aku menjelirkan lidah. Eiman ketawa.

____________________________

Kitorang share popcorn. Share popcorn sebab aku dah kenyang. Eiman je yang lapar.

Aku nak ambik popcorn sikit. Tersentuh tangan Eiman. Oh, oh! Tapi, mana popcorn? Kami berpandangan sambil tersenyum. Kami tergelak (perlahan). Popcorn dah habis! Aku tak makan lagi.

"Lapar sangat ke?" tanya aku sambil ketawa.

Eiman tersedak semasa ketawa. Dia terbatuk-batuk. Aku suapkan air. Eiman tersenyum.

"Thanks, cutie." ucap Eiman.

"No problem. Kau kan boyfriend aku." kata aku. Kami ketawa lagi.

Nächstes Kapitel