webnovel

bab32

Termenung aku sendiri memikirkan tingkah laku Zafrel hari ini, diam je, walaupun perkahwinan kamin baru mencecah usia sebulan, namun aky tahu dia bukan Zafrel yang biasa. Tapi kalau dengan ahli keluargaku yang lain,  elok je dia tu, macam tak ada apa-apa, tapi kalau dengan aku, nak mengelak je, merajuk ke?  Tapi kenapa? 

"uii!  Haa, kantoi usha husband sendiri" sapa Salina.

Baru aku perasan yang dari tadi mataku memerhati Zafrel yang sedang duduk di sofa sambil membelek telefon pintarnya.

Zafrel menoleh kearah kami dek kerana teguran Salina sebentar tadi, haih mak buyung ni, tak reti cakap perlahan sikit ke. Sakit hati.

"haa lain kali, boleh dah kau cakap guna speaker masjid biar satu kampung tahu. " perli ku kepada Salina.

"hahaha alololo, maaflah kakak ku yang manis, adikmu ini tidak sengaja, alah usha suami sendiri takpelah, mesti abang long sukanya, kau ni comel lah, masih malu-malu kucing " ujar Salina sambil tersenyum.

"haa nak apa? " soalku, malas benar hendak melayan perangai mak buyung tu, seronok sangat menyakat.

"aku nak tolong mama masak lunch,jom lah, kau tak payah nak mengelak sangat, kau nak ke kau kena perli lagi nanti demgan family Zaf? " tanya Salina, haih boleh pula dia ungkit fasal Moklong,menyesal pula aku cerita dekat dia.

Belajar masak?  Nak ke tak nak?  Family Zaf?  Alah belum tentu aku akan balik kampung mamat tu lagi, yelah, tengok lah harini, aku tanya sepatah dia jawab sepatah, tak nampak jalan lah nak stay lama-lama. Detak hatiku.

Tanpa menjawab ajakan Salina, kaki ku terus melangkah ke dapur mendahului Salina, tidak ada ruginya jika aku pandai masak, boleh isi perut sendiri.

"aik?  Saira pun ada?  Mama mimpi ke ni?  Wah anak mama dah berubah lah lepas kahwin. " ujar mama tak percaya.

"tak ada kena mengena dengan kahwin lah ma, Lyn ajak Saira follow je lah, " dalihku, tapi memang benar, isu kahwin bukan lah sebab utama,mungkin,hehe.

"yelah.. nanti mama cuba percaya eh, haha, tak kisahlah sebab apa pun, tapi baguslah, kalau kita hidangkan suami dengan masakan air tangan kita, dia orang akan sayang lebih tau. " ucap mama sambil mamandangku bersama segaris senyuman yang penuh makna.

Suami?  Sayang?  Ye lah tu, baru sebulan kahwin pun dah tak nak bercakap,.

"Saira, Zaf suka makan apa? " soal mama.

Zafrel?  Suka makan apa?  Hurmm mana lah aku tahu, tak pernah pula aku tanya dia.

"erm, ketupat sotong. " jawabku teringat pula, mek pernah memberitahuku bahawa ketupat sotong merupakan makanan kegemaran Zafrel.

"ouh makanan negeri dia, Saira pandai ke masak? " soal mama.

"gulp!  Erk, tak, tapi Saira tahu nak buat macam mana, mek dengan adik Zaf pernah tunjuk. Jawabku sambil tersengeh.

"lagi? " soal mama lagi.

Haish mama ni, kenapa nak tahu sangat, mana lah aku tahu..

"Ril tahu!! Budu! " jerit Syazril yang baru masuk ke dapur bersama Zafrel.

Aku memandang ke arah Zafrel, jelas sekali, dia mengelak dari ku, sampai bila aku pandang ke arahnya pun dia mengalihkan pandangan.  Kenapa dengan dia?.

"Zaf makan je semua ma, tak memilih pun. " ucap Zafrel bersama senyuman.

"untung lah kamu Saira, Zaf tak memilih makan, kalau papa kamu haih, macam-macam. " ucap mama sambil ketawa, jelas aku dapat melihat wajah gembira mama bila bercerita soal papa, adakah aku akan merasai begitu juga?  Entahlah.

***

Setelah siap membantu mama memasak, aku naik ke bilik untuk mandi, boleh tahan panas duduk di dapur ni, macam mana lah suri rumah yang berjam-jam dan hari-hari berperang di dapur boleh tahan, kalau aku ada pembantu sampai tiga orang macam mama pun masih rasa tak cukup rasanya.

Aku masuk ke bilik, dan dapati Zafrel juga ada di dalam bilik.

"awak dah lama ke kat sini? Makanan dah siap, kalau awak nak turun boleh dah. " ucapku kepada Zafrel,bukan apa, aku tak selesa untuk mandi jika dia ada dalam bilik ini.

"okey. "jawab Zafrel ringkas.

Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, cepat aku memanggilnya kembali.

"awak, saya nak tanya, kita gaduh ke? " soalku ingin tahu.

"tak, hmm. " ucap Zafrel bersama keluhan.

"Saira, saya nak tanya awak, " ucap Zafrel perlahan.

Lalu dia mengerluarkan sesuatu dari poket kanannya.

Aku tersenyum melihat objek yang keluar dari poket Zafrel, sudah aku duga ini puncanya.

"awak punya?"  Soal Zafrel sambil menghulurkan alat ujian kehamilan yang bertanda positif.

Aku merenung alat ujian kehamilan tersebut sambil otak ligat mencari idea untuk menyakat Zafrel.Selama ini dia je yang selalu kenakan aku, harini hari aku. Hahaha.

"erm, aah, mana awak jumpa? " ucapku perlahan.

"seriously Saira?  Anak siapa? " soalnya dengan tegas tapi masih dikawal.

"erm, anak awak lah, awak suami saya. " ujarku sambil merenung wajah Zafrel yang jelas menggambarkan dia kecewa.

"Saira Irdina, jangan berdalih, jawab je jujur, saya dengar. " ucap Zafrel bersama keluhan.

"kenapa?  Awak kecewa saya bukan anak dara? Awak menyesal? " soalku sinis, walhal dalam hati, tercalit rasa simpati kepada Zafrel, lelaki mana yang boleh terima jika isterinya bukan seperti yang dia sangka. Tapi isterikah aku dimata dia?

"hrm, ye, saya kecewa, tapi saya tak menyesal, sebab saya yakin jodoh itu aturan Ilahi, jadi awaklah yang terbaik buat saya, tak apa lah, saya terima awak, saya juga terima anak dalam kandungan awak, awak tak mahu bagitahu siapa ayahnya pun tak apa, " ucap Zafrel bersama senyuman hambar.

Zafrel mengeluh perlahan, lalu mula melangkah ke arah pintu bilik.

Aku mendekati Zafrel lalu menarik hujung t-shirt  yang di pakai Zafrel.

"awak.. I'm sorry, " ucapku lembut, mungkin ini adalah kali pertama aku berbicara lembut dengan dia, atau lebih tepat suami.

Zafrel terpaku, perlahan dia memusingkan badannya menghadap diriku.

"tak apa, saya tahu awak ada sebab kenapa rahsiakan semuan ni, saya faham. " ucapnya lembut, sambil mata bundarnya merenung dalam mataku.

"sorry, sebab sakat awak, upt tu, bukan saya punya tapi Salina punya, hehe" ucap sambil tersenyum lalu menunjukkan simbol "peace".

"herm?  Maksud awak?  Awak tipu saya?  Saira Irdina bergurau dengan saya? " kata Zafrel lalu kening kanannya dijongket ke atas.

"hehe, saja bosan, awak tu moody je hari ni. "ucapku sambil senyum.

"bosan?  Ke  awak rindu saya?  Herm?" ucap Zafrel lalu memelukku dan merapatkan badanku ke badanya.

"gulp!  Haa?  Taklah,  tak rindu pun, ehem, boleh tak jangan sentuh saya. " ucapku kalut.

"why? Awakkan pregnant anak saya, right? " bisik Zafrel sambil matanya menikam halus mataku.

"eyy saya gurau je kan, " kata tidak berpuas hati.

"saya nyatakan"ucap Zafrel lalu mengenyitkan mata kanannya.

"Saira!!  Turun makan, " terdengar suara Salina disebalik pintu.

"haa-haa, Lyn ajak makan, "ucap ku laju.

"bye! " pantas aku melepaskan pelukan Zafrel.

Fuh,..lega, mamat ni!! tapi puas hati, dapat juga aku kenakan mamat ni, tapi the end kau yang kena juga Saira oi.

"aip!  Tunggu lah saya! " ucap Zafrel mencapi tangan ku kedalam genggaman tangannya.

Entah, tiada pula aku menolak, tapi tidak juga aku terima, duhai hati apa yang ada didalam ini.

***

"awak, "panggil Zafrel sambil matanya melihat aku yang sedang menepek pelembab di wajah.

"apa? " jawabku mendatar.

"macam mana awak boleh plan nak kenakan saya? " soal Zafrel.

"ouh, erm sebab sebelum saya naik tu, Lyn tanya ada nampak tak upt dia, so, saya tahu lah yang maybe awak yang jumpa. Bila awak tanya tu, terus lah dapat akal. " ucapku sambil tersengeh.

"amboi, pandai eh sekarang,tapi saya suka!" ucapnya.

"suka?  "soalku hairan.

"saya suka awak tak panggil saya Encik Zaf dah, and awak nakal macam ni" ujarnya sambil kenyit mata.

Haishh, tak sudah mamat ni dengan kenyit mata, tapi mampu ke akuncair dengan kenyitan dia tu?

****

Aku masuk ke bilik papa, hari ini aku dan Zafrel akan pulang ke rumah kami, ikutkan aku nak saja aku terus duduk rumah papa, tapi ada kes yang akan dibicarakan.terpaksalah.

"pa... Saira nak balik dah ni, "ucapku lembut.

"sayang papa nak balik dah?  Zaf mana? " soal papa.

"Zaf dekat sini pa. " ujar Zafrel yang baru masuk ke dalam bilik,

"seronok papa tengok kau orang, jaga hubungan ye, jangan risau fasal papa, kau orang happy, papa pun happy" ucap papa sayu.

"insyaallah pa, Zaf cuba jadi yang tebaik untuk Saira" ujar Zafrel sambil matanya mengerling wajahku sekilas.

Benarkah apa yang diucap Zafrel, ikhlaskah dia?  Siapa kau Saira mempersoalkan keikhlasan?..

***

Aku dan Zafrel pulang barasingan, kerana aku membawa kereta aku yang dah sebulan tersadai di sini.

Sempat juga aku singgah pasar malam, teringin pula nak minun cendol.

Sampai sahaja aku di kereta,aku lihat, Zafrel sedang bersandar di kereta sambil berpeluk tubuh.

"erk, awak buat apa dekat sini? " soalku hairan.

"tunggu isteri sayalah yang hilang dari radar, rupanya singgah pasar malam, awak beli apa? Jangan cakap beli cinta, sebab dah ada depan mata, heheh"ujar Zafrel sambil ketawa.

"macam-macam, dah jom lah dah nak magrib ni" jawabku, sengaja aku abaikan kata-kata Zafrel sebentar tadi.

***

Sampai sahaja di rumah, aku dapati sebuah kereta diparkir di hadapan rumah, cukup aku kenal, dan ia membuat aku mengeluh resah.

BERSAMBUNG...

P/s:hai semua!  Macm mana?  okeyh enjoy reading semua, jgn lupa vote,komen and share!  Positif ye semua!  Syg korang.

Nächstes Kapitel