webnovel

bab20

Tok-tok,.. "Kak Saira dengan Kak Lyn dah siap?" soal Syazril.

"Dah Ril,tinggal nak kemaskan je," jawab Kak Fida dan Kak Myra serentak.

Hari ini merupakan majlis resepsi aku dan Salina bagi sebelah kami,manakala sebelah lelaki pula majlis sebelah Zafrel akan dilakukan terlebih dahulu,baru sebelah Syarif.

Turun sahaja di tingkat bawah,Kelihatan Zafrel dan Syarif sedang berbual dan sudah siap berpakaian pengantin.

Zafrel mengena kan suit biru tua yang dipadankan dengan kemeja putih.kemas seperti biasa.Manakala Syarif pula mengenakan suit pink belacan yan sepadan dengan persalinan Salina.

Busana biru muda yang bertatahkan kilauan permata aku kemaskan apabila menyedari sepasang mata sedang merenungku.

"dah jom gerak,main tenung-tenung pula,tahu lah rindu tak jumpa semalaman" kata Syazril sambil mencuit bahuku.

Eyy budak ni,perangai sama je dengan abang ipar dia tu,annoying!! Kata hatiku..

Sebanyak tiga buah kereta mengiringi kami menuju ke dewan.

Aku dan Salina menaiki kereta yang berbeza,kereta yang aku naiki dipandu oleh  Encik Sufian.Encik Suf juga merupakan pengapit Zafrel,manakala pengapit aku adalah Maya.Sepanjang perjalanan hanya Zafrel dan Encik Sufian yang berbual,itupun banyak soal kerja sahaja.Aku dan Maya hanya mendiamkan diri.

Aku perasan yang Encik Sufian langsung tidak menegur aku sejak Zafrel mengumumkan perkahwinan kami,tadi pun hanya segaris senyuman yang dia berikan.dia suka aku ke? Haish Saira,kau jangan nak perasan sangat lah. Detak hatiku.

Tiba-tiba terasa pipi kiriku dicubit.

"ouch!! apa n?!" marahku.

"lah sedar lagi rupanya ingat tidur mata terbuka tadi,Puan Saira memang tak nak keluar ke?" perli Zafrel sambil menjongketkan sebelah keningnya dan mengukir senyuman sinis.

" eyyy yee,saya keluar lah ni," keluh ku.

"kak,pegang lah lengan abang long tu," arah Syazril.

"perlu ke?" tanyaku kepada Zafrel dalam keadaan berbisik.

"erm..perlulah,..mana lah tahu,yang awak nak jatuh lagi,awak ni bukannya stabil mana,"jawab Zafrel dengan muka tanpa riak.

Aku dengan perlahan dan tak rela memeluk lengan Zafrel,

Kami jalan beriringan sambil di belakang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang menabur kelopak mawar putih dan merah.

"awak pakai kasut tumit tinggi tak ni?" soal Zafrel perlahan.

"pakai,kenapa?" soalku kembali.

"pendek sangat" jawabnya sambil tersenyum simpul.

Amboi...suka hati dia je panggil aku pendek,memang lah kalau bandingkan,aku ni paras bahu dia je,tapi,eyyyy!!

Aku mengukir senyuman palsu lalu mengadiahkan satu cubitan di lengan Zafrel.

"adoi!! Saira!!" respon Zafrel lalu memberikan pandangan tajam kepada ku,

Aku tersenyum puas,padan muka!! Ni Saira Irdina lah! Kata hati ku.

***

Ramai kenalan yang hadir pada majlis resepsi aku dan Salina,al maklumlah ini adalah majlis pertama dan terakhir anak perempuan papa,

Kawan-kawan aku semasa ijazah juga ramai  hadir rupanya ramai antara mereka yang mengenali Zafrel.Baru aku tahu gelaran Encik Champion yang sangat popular di kalangan peguam itu adalah milik Zafrel.selalu dengar sahaja mengenai sifatnya,yang sangat dedikasi dan selalu menang dalam menegakkan hak anak guamnya,tak sangka dia adalah suami aku.

"awak memang suka mengelamun eh?" soal Zafrel yang sedang duduk di atas rumput.

Kami sedang mengambil gambar di sebuah taman tasik,

"sibuk lah Encik Zaf ni" jawab ku.

"biar lah,hutang awak tak habis lagi tau dengan saya" ujarnya lalu bangun berdiri.

"hutang?" soalku pelik.

"ni haa lengan ni,suka  hati awak je cubit" ujarnya lalu menunjukkan lengan kanannya sambil membuat muka sepuluh sen.

"malas say nak layan Encik Zaf,gedik!!" kataku sambil menekankan perkataan gedik itu.

"its okey,saya tuntut juga nanti" katanya sambil mengukir senyuman.

Dia ni memang murah sangat dengan senyuman,berbeza dengan waktu mula-mula aku mengenali dirinya,entah-entah dia ni ada split personality,hek-hek, tawaku dalam hati.

Sampai sahaja dirumah, jam sudah menunjukkan pukul 6petang.aku berlari naik ke atas kerana waktu solat asar sudah hampir tamat,

Selesai sahaja membersihkan diri,aku dapati Zafrel sedang duduk di atas katil,blazernya sudah dibuka,dan lengan kemaja juga dilipat hingga di bahagian siku.

Aku mengemaskan kedudukan tuala di atas kepalaku agar tidak ada sehelai rambut pun yang keluar,memang benar dia suamiku,namun,aku masih belum biasa untuk tidak bertudung di hadapannya.

"dah siap? Jom solat sama,dah 6.30 ni ," ujarnya ringkas lalu mengambil tempat di atas sejadah yang sudah dibentang.

Malam itu aku hanya bermalas-malasan di atas sofa sambil menonton televisyen bersama Syazril dan Salina dan Syarif.Manakala Zafrel ada di dapur sedang berbual dengan papa,membodek lah tu,detak hatiku.

"amboi,seronoknya,tengok tv,.."

Aku menoleh apabila terasa tudungku ditarik dari belakang.

Siapa lagi,mrB lah,

"biarlah" jawabku.

"jom lah naik..saya ngantuk lah.." kata Zafrel ditelingaku dari belakang.

"haa? Apa? Erk..." bulat mataku sambil menelan air liur yang terasa pahit.

"abang long bisik apa eh kat akak,sampai bulat mata Kak Saira tu" tanya Syazril.

"Entahlah,abang cakap abang ngantuk je,akak Ril ni yang cuak,sayang pikir apa eh?" katanya sambil menahan tawa.

Semua orang di situ ketawa selepas mendengar kata-kata Zafrel

"nakal lah kau bro!!" ucap Syarif.

"hahaha,what? Aku cakap aku ngantuk je," kata Zafrel sambil menunjukkan riak tidak bersalah.

Eyy!! Mamat ni memang nak kena lah,suka buat hal,eyy!! Sakitnya hati.

"k lah sayang,I naik dulu lah,I tunggu you dekat atas tau.." katanya sambil mengenyitkan sebelah mata,lalu mula mendaki anak tangga.

Herghh,stress aku dengan mamat ni,kenapa lah kau kahwin dengan dia Saira!!!eyyy!!

"wut-wut encik suami dah tunggu tu kak,tak baik lambat-lambat dosa tau.." kata Syazril sambil ketawa.

"entah babe,tak baik tau.." Sambung Salina pula.

"kau diam!" kataku dengan tegas.

"hahah kau ni,sensitif lah," jawab Salina

"eyy malaslah layan kau orang!!" bentakku.

"apa yang meriah sangat ni? Zafrel mana?"

Kami semua menoleh ke arah pemilik suara itu.

"akak ni pa,abang long ajak naik atas,akak tak nak," jawab Syazril selamba.

"lah,kenapanya Saira? Pergilah,kesian Zaf dekat atas sorang-sorang."

"erm,tak paa..macam ni.." baru sahaja hendak mereka alasan papa awal-awal lagi menggelengkan kepala. Haih,mujur lah papa,kalau si Syazril ni,dah lama aku sembelih suruh bibik masak.

"ok.." jawabku lalu bangun dari sofa,

Sebelum aku naik ke atas sempat aku mencuit bahu Syazril lalu menghadiahkan jelingan maut yang mautnya aku tunda.

***

Masuk sahaja dalam bilik,aku lihat Zafrel sedang menekan papan kekunci komputer ribanya.

Eleh,konon mengantuk tadi tapi elok je hadap laptop,detak hatiku.

"ehh,isteri saya dah masuk lah,sini lah," katanya sambil menepuk tilam menandakan dia mahu aku duduk di situ.

"Encik Zaf nak apa? Pelik je perangai." jawab ku

"sinilah...." katanya dengan manja dan mengada,.

Dengan perlahan aku menghampirinya dan duduk di sebelah Zafrel.

"awak ingat tak hutang yang saya cakap siang tadi?" soalnya manja.

"kenapanya? Encik Zaf jangan nak suruh saya buat benda pelik-pelik eh." tekanku tegas.

"Saya nak minta tolong awak,....." katanya lalu mendekatkan lagi jarak antara kami.

Jarak antara kami hanya beberapa cm sahaja sehinggakan aku mampu mendengar ritma nafasnya.

"apa ni Encik Zaf.." soalku dalam nada menahan rasa.

"tolong kemaskan baju saya?" katanya lalu

Fuh..dia ni!! Kalau hari-hari macan ni,boleh gila aku melayan perangai peliknya.

"kemas baju?"soalku pelik sambil membetulkan kedudukan.

"aah kenapa? Do you expect something else?" katanya lalu mengecilkan pandangannya kepada ku

"hish mana ada!!" tegahku

"esok kita akan balik kampung saya," jawabnya.

"balik kampung Encik Zaf? Awalnya" tanyaku pelik

"saya ada kerja sikit nak uruskan lagipun kesian pula dekat umi abi,nak uruskan,saya kan anak lelaki,tak nak lah lepas tangan macam tu je,erm,saya dah tanya papa,dia ok.." terang Zafrel ringkas lalu bangun mengambil beg pakaiannya.

"baju ni,memang saya dah bawa dari rumah,cuma tak sempat nak susun elok-elok,ni dah bercampur seluar dan baju,awak tolong eh,saya nak hantar emel dekat Sufian,cuti lama-lama ni kesian pula dekat dia." Kata Zafrel.

Dari segi apa yang dia suruh,nampaknya,dia memang seorang yang kemas dan teratur,sampai baju dan seluar tidak boleh dilipat bersama.Kalau aku,asalkan lengkap,kira ok lah.mungkin disebabkan itu jugalah dia digelar Encik Champion.

"Puan Saira,..do your work,asyik termenung je,betul ke awak ni peguam? Ke awak beli lesen?curious saya." ujar Zafrel tiba-tiba sambil tersengih.

"Encik Zaf kalau tak ada benda yang elok nak cakap,diam je lah,...." ujarku perlahan.

"saya dengarlah," jawabnya.

"Encik Zaf..nak tahu boleh,kampung Encik Zaf tu,memang kampung ke?" soalku teragak-agak.

"aah kampung lah,tapi special sikit tau kampung saya tu." jawabnya

"kenapa? Ada tempat best ke" soalku teruja.

"sebab kampung tu melahirkan lelaki kacak macam saya!" jawabnya lalu tersengih sambil memegang wajahnya.

"Cehhh..".

BERSAMBUNG....

P/s:hai!!,hehe,erm,..next bab kita akn crita kisah dyeorg dkt kmpung Zafrel pula? Boleh ke saira masuk kmpung? Nnt kita tengok.ehh..hahah,enjoy reading semua,kalau nak cadang apa2 bleh lah komen,jgn lupa.vote,komen and share!!

Nächstes Kapitel