webnovel

DARAH TITIK DI SEMANTAN

Autor: shid0
Geschichte
Laufend · 56.2K Ansichten
  • 4 Kaps
    Inhalt
  • Bewertungen
  • N/A
    UNTERSTÜTZEN
Zusammenfassung

Tags
1 tags
Chapter 1CEMAS

Matahari sedang tegak di atas kepala. Walaupun angin dari Sungai Semantan tidak berhembus ,tetapi aku,samad,rahman dan Awang Muhammad tidak berasa panas matahari ketika berjalan ke Masjid Lubuk Terua .Jalan ke rumah suci itu melalui kebun kelapa dan dusun buah-buahan yang menghijau subur.

Mulanya kami berempat sekawan itu tidak berkata apa-apa.Aku terkenang akan Datuk Bahaman.Pada penglihatanku sejak pulang dari Pulau Tawar,Orang Kaya Semantan itu banyak berubah.Dahulu, setiap malam selepas menyelia ,Mat Lela bersama-sama dengan Datuk Panglima Raja Awang Ishak mengajar silat di gelanggang,Datuk Bahaman bercerita kepada kami tentang pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang. Akan tetapi , sekarang tidak begitu lagi.Dia selalu memencilkan diri . Kalau berbincang pun ,hanya berdua dengan Datuk Panglima Raja Awang Ishak sahaja.

"Mengapa ayahmu tidak macam dulu lagi, Awang?" tanya Samad sambil memandang Awang Muhammad ,anak bongsu Datuk Bahaman , yang sebaya dengan kami .

Awang Muhammad mengelengkan kepala . Kami diam semula ."Aku pelik, Dia tidak macam dulu lagi," Samad seolah-olah berkata pada dirinya sendiri. "Dulu dia rinang dan permah,tetapi sekarang dia selalu bermenung."

"Dia bukan merenung!" bantah Rahman

"Tetapi dia sedang berfikir!"

" Ya,jangan samakan orang yang berfikir dengan orang yang merenung,Samad,"aku menyokong rahman. Samad terdiam

Sebernanya, antara antara kami berempat sekawan ni , kecuali Awang Muhammad,Rahman lah yang lebih mengerti tentang hati dan budi pahlawan kami itu.Dia bekerja dengan Datuk Bahaman.Dia menjadi jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman untuk membantu Hassan Tahmid,jurutulis yang berasal dari Pekan.Menurut cerita yang kudengar,kebolehan Rahman dari hari ke hari semakin bertambah .Tidak hairanlah Datuk Bahaman sayang keadanya.

" Datuk Bahaman orang besar negeri,Samad," jelas Rahman lagi "Tanggungjawab orang besar bukan seperti tanggungjawab orang biasa macqm kita.Kita hanya memikirkan Semantan atau LubukTerua,tapi dia memikirkan kerajaan dan soal hidup matinya bangsa kita."

"Aku tidak faham!"Samad menggeleng

"Dua tahun lalu,negeri kita telah dijajah oleh Inggeris," Rahman menerangkan kepada kami."Inggeris telah mengikat perjanjian dengan raja kita.Inilah yqng difikirkan oleh Datuk kita itu."

"Apa lagi yang hendak difikirkan?"

"Raja kita macam dipaksa menandatangani perjanjian itu," terang Rahman lagi."Banyak perkara yang dirunding dan diputuskan oleh kedua-dua pihak tidak dimasukkan dalam perjanjian.Tentulah orang tua kita tu marah kepada Inggeris."

Kudengar samad menarik nafas panjang.

Kira-kira 40 meter di hadapan ,Mat Lela berdiri menungu kami di simpang jalan ke tebing sungai.Mat Lela yang baru hendak meningkat usia ke-20 tahun itu amat segak ,bersamping ,bertanjak dan sebilah keris panjang terselit di pinggangnya

"Mengapa kalian berempat ini diam saja?"

usik Mat Lela apabila hampir sampai kepadanya."Baru bangun kah?"

kami kertawa

"Kami berfikir tetntang Inggeris,Abang Mat," jelas Rahman apabila gelak kami reda.

Mat lela tergelak apabila mendengar penjelasan Rahman. "Aku bangga kerana kalian berempat ini telah mula berfikir seperti orang dewasa."

Kami pula bangga mendengar pujian itu.

"Serbenarnya , Inggeris musuh kita yang mesti ditentang," jelas Mat Lela penuh semangat . "Mereka datang ke negeri kita ,konon hendak membangunkan negeri kita ,tapi apa yang telah mereka telah lakukan?"

"Apakah yang telah mereka lakukan ,Abang Mat ?" soal Samad mendadak

"Mereka hendak memungah emas dan bijih timah negeri ini ke negeri mereka," jelas Mat Lela lagi . "Mereka hendak tebang dan angkat kayu-kayu yang baik di negeri kita.Mereka hendak memungut cukai dan hendak memeras kita."

"Kalau begitu, benarlah mereka musuh kita!" balas Samad yang mula faham.

perbualan kami yang mulai panas hanya setakat itu sahaja.Kami telah sampai di halaman masjid.Bangunan kayu cengal bergergaji itu sudah tua umurnya,tetapi keadaan nya tetap terpelihara dan bersih .Rumah ibadat kami itu mepambangkan kesucian yang kudus.

Waktu kami sampai,bilal belum melaungkan azan.Kami naik dan menjenguk ke dalam .Ramai orang telah masuk dan duduk beriktiraf di dalam masjid.Ramai pula yang sedang membaca surah Yassin.Kami ikut masuk dan duduk masuk di bahagian tengah masjid.

Mat Lela juga masuk tetapi terus ke bahagian hadapan.Dia memilih untuk duduk di sebelah Datuk Panglima Raja Awang Ishak,manakala Imam Perang Weh duduk di sebelah Datuk Bahaman.

Kemudian,beduk pun dibunyikan .Tidak berberapa ketika selepas itu,bilal pun mula melaungkan azan.

Sebaik baik sembahyang dan doa selesai ,Datuk Bahaman yang berpakaian baju teluk belanga putih,bersamping dan bertanjak biru muda ,melangkah ke tepi mimbar dan merenung ke muka parah jemaah yang belum beredar dari masjid itu.

"Saudara-saudara semua!" Datuk Bahaman memulakan bicara.

Suara nya bulat dan padat.

"Kita sekarang sedang berada di birai gaung yang sangat dalam," kata Datuk Bahaman ,berikias.

"Di dalam gaung itu ada api yang tidak kelihatan."

Orang-orang di dalam masjid itu mula tertanya-tanya.

"Walaupun kita belum jatuh kedalam gaung ,tapi bahang panas daripada api yang tersembunyi itu telah menusuk ke dalam tulang kita.Dapatkah kita selamatkan diri kita,anak isteri kita dan keturunan kita daripada terjerumus ,terbakar dan hancur luluh dalam api itu?" soal Datuk Bahaman.

Kebanyakan orang dimasjid itu kulihat megerut kan dahi.

"Saudara-saudara sedia maklum,pihak Inggeris telah mencengkam kuku dan taringnya,menjajah negeri kita yang makmur dan kaya ini," jelas Datuk Bahaman lagi."Kita menolak mereka .Kita tidak mahu menjadi orang-orang yang tidak bebas .Tapi dengan tipu helahnya,mereka masuk dan menjajah juga di sini,seperti mereka menjajah di negeri Perak,Selangor dan Negeri sembilan ."

Suasana di masjid tegang sedikit.

"Kita dipaksa pula menandatangani perjanjian dengan tergesa-gesa," kata Datuk Bahaman lagi."Tapi apabila Salinan perjanjian telah balik dari Singapura, segala yang kami bincang dan persetujui tidak dimasukkan dalam naskhah yang sah.Apabila kita ungkitkan, Inggeris melenting dan mengatakan hal itu tidak perlu dimaktubkan." Datuk Bahaman menarik nafas sebentar.

"Selepas itu, Inggeris bawa tukang tukang sihir.Mereka bawa juga pahlawan pahlawan yang mennyeleweng dari Perak dan Selangor.Mereka upah mata-mata dari India dan Benggala.Mereka hendak manakut nakutkan kita supaya jangan menentang Inggeris,"kata Datuk Bahaman lagi ."Tapi kita ini bukan satu bangsa yang bodoh.Inggeris jangan cube mengertak atau menakutkan kita . Bahaman ini sejak kecil telah berjuang dan membunuh manusia.Olehil itu,takutkah kita melihat gertak-gertak Inggeris itu?

"Tidak !" balas orang-orang di masjid.

"Kita mempertahan tanah air kita, bangsa kita dan agama.Patutkah kita dibunuh pula?"

"Tidak! Tidak!"

"Baginda raja pula ragu-ragu pada rakyatnya," kata Datuk Bahaman lagi."Baginda bimbang kalau rakyat-rakyatnya tidak tahan menderita untuk mempertahankan negara.Tapi setelah diyakinkan,baginda tidak ragu-ragu lagi, terutama kepada rakyat nya yang tinggal di bahagian Hulu Pahang.

Sebab baginda berangkat ke Pulau Tawar dan bersemayam di sana.Tuk Gajah,Tuk Raja dan Bahaman akan bersatu tenaga mempertahankan kedaulatan.Kami sedang memerhati segala gerak-geri Inggeris."

"Kami akan bersama datuk!"

"Inggeris nyata tidak berminat hendak menyelesaikan masalah," jelas Datuk Bahaman lagi."Sebaliknya mereka tergesa-gesa menghantar Rodger menjadi residen Pahang di pekan, merasmikan Clifford menjadi Penguasa Hulu Pahang di Kuala Lipis dan menhantar Syres menjadi Ketua Polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang mereka tidak suka."

Laungan orang ramai bergema lagi.

"Syres akan menjelajah dari daerah ke daerah dan dari kampung ke kampung,"kata Datuk Bahaman lagi."Di mana ada orang besar raja tinggal,dia akan mendirikan rumah pasung.Di Lubuk Terua ini ada Bahaman,mereka pasti akan mendirikan rumah pasung.Untuk pasung siapa?Tentu untuk pasung Bahaman."

"Jangan biarkan mereka buat rumah pasung disini!" jerit seorang anak muda

"Kita bungkus dan benamkan mereka di Lubuk Sengarat!"

Das könnte Ihnen auch gefallen