webnovel

Halusinasi

ENAM TAHUN KEMUDIAN...

~Sabah~

Ting!

Loceng yang diletakkan di atas pintu berbunyi saat dibuka oleh pelanggan. Seorang perempuan yang tinggi dan bertubuh langsing keluar dari kedai itu dengan sekotak minuman perisa laici di tangannya.

Rambutnya yang panjang melepasi paras dada bergerak ke kiri dan kanan, mengikuti langkah kaki setiap kali perempuan itu berjalan.

Perempuan itu berhenti di tepi jalan raya dan mula meminum minuman yang dia beli dari kedai tadi.

"Ashley!!!!!!"

Perempuan itu menoleh ke sebelah kiri. Dia melihat ada seorang perempuan lain yang berambut panjang juga sedang berlari ke arah Ashley dengan senyuman di bibir.

"Raquel, nasib kau on time datang. Kalau tidak, saya sudah tinggalkan kau tadi," kata Ashley.

Raquel hanya tersengih, menunjukkan barisan giginya yang putih berseri itu. Raquel berpindah ke sini sebaik saja dia menghabiskan masa sekolah menengah dia di Singapura. Sekarang, Raquel juga tinggal bersama-sama dengan Ashley.

Entah apa yang Raquel fikir sampai mahu ikut Ashley ke Sabah, Ashley sendiri pun tidak tahu. Puas dia suruh Raquel pulang ke Singapura tapi Raquel tidak mahu mendengar.

Nasib baik Mr. Adham tidak banyak cakap ketika Raquel mahu tinggal bersama dengan mereka. Memandangkan Raquel ialah kawan Ashley dan dia tiada saudara-mara di Sabah, Mr. Adham membiarkan saja Raquel tinggal bersama dengan mereka.

Lagipun, Mr. Adham berfikir jika kehadiran Raquel dapat menolong mengubati kesepian Ashley yang tidak mempunyai kawan di rumah selain Momy.

"Alah, janganlah marah. Saya call Ted tadi.... Dia kata nak datang sini nanti," Raquel tersengih saja sambil memeluk tangan Ashley, seolah-olah ingin memujuk Ashley supaya tidak marah.

"Ted??? Kenapa dia mahu datang sini?" tanya Ashley, menaikkan kening kanannya tanda kehairanan.

Sudah lima tahun berlalu dan Ashley belum lagi pernah berjumpa dengan lelaki itu. Mereka hanya berhubungan melalui telefon saja. Agaknya, mesti Ted tumbuh jadi lelaki yang semakin tinggi dan kacak.

"Oh, lupa pula... Ted belum bagi tahu kau lah ni. Dia cakap dia dapat tawaran untuk belajar di sini. Saya rasa dia akan datang ke sini dalam minggu ni.. Sebab pendaftaran masuk universiti kan sudah dekat."

"Dalam banyak-banyak tempat, di Sabah juga dia mahu pergi. Takkanlah dia ikut kau sampai sini??" kata Ashley, sengaja menekankan nada usikan di setiap bait ayatnya.

Raquel terus menjeling Ashley. "Heleh, dia ikut kau lah, bukan saya. Dia balik-balik cakap nak lawat kau, nak lawat kita di sini. Lima tahun kemudian, dia masih belum datang pun."

"Saya yang tidak kisah pasal dia mungkir janji, diam-diam saja pun. Kenapa pula kau mahu membebel lebih-lebih?" usik Ashley lagi.

Raquel terus mencebik kerana meluat. Tangannya disilang di dada. Raquel sangat benci bila Ashley mengusik dia pasal Ted. Entah apa yang buat Ashley mahu mengusik Raquel pasal Ted, Raquel sendiri pun bingung.

"Saya bukan membebel, Ashley. Saya pun tidak kisah kalau dia nak sambung belajar di sini atau di luar negara. Saya bukannya mahu ikut di juga," balas Raquel.

Ashley sekadar tersengih. Dia sudah siap meminum air liaci yang dia beli dan dia membuang kotak itu ke dalam tong sampah.

"Oh, kejap Ashley. Saya nak beli air juga ni. Tunggu saya di sini, okey?" kata Raquel. Dia segera masuk ke dalam kedai yang dimasuki oleh Ashley tadi.

Ashley hanya mengangguk dan berdiri di tepi kedai untuk menunggu Raquel siap membeli. Ashley mengeluarkan telefon dia dari dalam beg yang dia pegang. Dia mahu menghilang kebosanan dia sementara menunggu Raquel.

Sedang dia bermain telefonnya, Ashley tiba-tiba merasa sesuatu yang pelik: seakan-akan ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Jantung Ashley mula berdetak walaupun tidak laju. Tapi cukup untuk Ashley sedar perubahannya.

Jari Ashley di skrin telefon terhenti dan Ashley memandang ke depannya. Saya berhalusinasi kah?? Kenapa saya rasa pelik ni??? Ah, lupa... Sudah lama saya tidak rasa macam ni. Terakhir kali saya rasa begini adalah lima tahun yang lalu, semasa saya masih ada di Singapura.

Tapi... Takkanlah...

Orang yang boleh buat saya rasa macam ni cuma Kenzie. Tapi tidak mungkin dia ada di sini. Kenzie kan masih ada di Singapura. Kenapa dia boleh ada di sini pula?

Ashley merasa pelik dan tertanya-tanya. Ashley pun memandang sekeliling untuk mencari seseorang yang mungkin dia kenal ada di sekitarnya. Kalau memang dia ada di sini... hermm, tidak mungkin. Buat apa saya mengharap dia ada di sini?

"Ash, saya sudah siap. Marilah kita pulang. Petang ni kau nak main tenis dengan Victor lagi kah?" Suara Raquel menyedarkan Ashley dari lamunannya.

Ashley menyimpan telefonnya ke dalam begnya lagi dan menumpukan perhatiannya kepada Raquel. Dia tidak lagi ingat dengan perasaan yang dia rasa tadi. "Okey, jom!"

Dua orang wanita itu pun berjalan bersama-sama menuju ke jalan pulang. Apa yang mereka tidak sedar, di bahagian bangunan sebelah kedai yang dimasuki oleh Ashley dan Raquel tadi, ada sebuah restoran kecil.

Di dalam restoran itu, tidak ramai pelanggan yang berkunjung. Di tepi tingkap kaca, hanya ada satu kawasan meja saja yang mempunyai pelanggan.

Seorang lelaki dengan wajah kacak tapi dingin sedang menopangkan kepalanya dengan tangan, menutup matanya dan sedang berehat sekejap. Sinaran matahari dari luar yang menembusi dinding kaca restoran, memancar ke wajah lelaki itu, memberikan satu pemandangan yang indah: seolah-olah lelaki itu ialah seorang malaikat yang sangat tampan dan bersinar.

Beberapa orang wanita yang ada di dalam di dalam restoran itu terpegun saja melihat lelaki itu yang sangat tampan. Tidak pernah dalam seumur hidup mereka melihat lelaki yang setampan ini. Dari mana lelaki ini datang? Kenapa dia begitu tampan?

Lelaki itu tidak memperdulikan keadaan sekelilingnya dan hanya menutup mata dengan tenang.

Seorang lelaki yang juga tampan duduk di depan lelaki itu dengan dua-dua tangan memegang minuman yang dipesan. Lelaki itu sedar ada beberapa orang wanita sedang memandang ke arah kawannya manakala kawannya itu hanya buat tidak tahu saja.

"Unbelievable, you know... Sampai sekarang, kau masih dapat tarik banyak peminat. Walaupun umur mereka tua dari kau," kata lelaki itu.

Kawannya yang duduk di depannya membuka matanya perlahan-lahan, mempersembahkan sepasang anak mata yang cantik dan berwarna coklat cair. Dia memandang kawannya itu sebelum dia meminum kopi yang diberikan kepadanya.

"Steven, itukan cerita lama... Kenapa kau masih mahu ungkit?"

Steven tersengih saja. "Jangan nak tukar topiklah, Kenzie. Sebagai sahabat sejati kau, saya lebih tahu dan faham pasal kau dari orang lain."

Kenzie tersenyum kecil. Walaupun senyuman itu cuma sekejap dan hampir tidak terlihat, semua wanita yang ada di restoran itu berteriak gembira, menunjukkan yang mereka jatuh cinta serta-merta terhadap lelaki yang berwajah dingin tapi mempunyai senyuman semanis gula itu.

"Kalau kau faham saya, janganlah tanya," balas Kenzie. Dia kembali memandang ke luar. Steven juga ikut memandang ke arah yang sama Kenzie tengok.

"Sudah satu tahun kita di sini. Kau tidak rindu dengan Singapura?" tanya Steven.

Terdengar bunyi hela nafas dari Kenzie. "Rindu atau tidak, saya sudah pindah ke sini dengan keluarga saya, Steven. Tidak mungkin saya akan kembali ke sana. Kalau kau nak, kau boleh kembali ke Singapura sendiri. Lagipun, keluarga kau semuanya di sana, kan?"

Steven tersenyum sebelum dia mula bersuara. "Saya belum nak balik ke sana lagi, Kenzie. Lagipun, saya sudah selesa di sini. Saya tak sangka pula yang nenek moyang sebelah papa kau berasal dari sini. Saya ingat keturunan kau berasal dari Singapura."

"Saya pun baru tahu dua tahun yang lalu, Steven. Tapi papa saya cakap seluruh bisnes dia sudah dipindahkan ke sini, of course kami sekeluarga akan pindah ke sini. Kau yang sesat, tiba-tiba nak ikut saya ke sini," kata Kenzie. Dia menghirup kopinya lagi dan memandang ke luar.

"Tak salah pun saya ikut kau ke sini. Papa kau pun tidak banyak cakap saya ikut ke sini. Lagipun, kawan-kawan kita yang lain pun tidak tinggal di Singapura sudah. Hanya Jeremy saja yang masih stay di Singapura dan melanjutkan pelajaran di universiti di sana," Steven berkata.

"Bryend masuk ke universiti di London untuk jadi peguam. Jared pula ambil audition untuk jadi singer di Korea. Charles pula sedang melanjutkan pelajaran dia untuk jadi pilot. Herry masuk universiti di Switzerland untuk jadi seorang profesor. Jeremy pula nak jadi model. Eden pula ada di Turki dan ambil jurusan kedoktoran. Hanya kau dan saya saja yang ambil bidang bisnes," Steven memeriksa telefonnya sepanjang masa dia bercakap.

"Buat apa kau nak bagi tahu saya pasal semua ni? Saya tidak tanya pun," kata Kenzie dengan suara dingin.

"Kau tak tanya pun saya akan cakap juga. Dorang tu kan kawan kita juga. At least kau tahu apa yang jadi dengan dorang sekarang ni," kata Steven. "Haih, rindunya nak main basketball dengan dorang."

"Kau boleh pilih untuk tinggal di Singapura, kenapa kau nak ikut saya juga?" soal Kenzie. "Saya tak mahu kau korbankan impian kau sebab mahu ikut saya saja."

"Saya tidak korbankan impian saya sebab nak ikut kau saja, Kenzie. Saya cuma rasa nak ikut kau jadi saya ikut lah kau sampai sini. Lagipun, kita sudah bincang pasal ni setahun yang lalu," balas Steven.

"Yalah, yalah. Suka hati kau lah," kata Kenzie pula.

Bab baru, kehidupan baru...

Enam tahun sudah...

Ashley sudah berumur 21, guys...

Enjoy...

bbeatyybrrcreators' thoughts
Nächstes Kapitel