webnovel

This Girl Is So Cute

Coach Dhin menyerahkan segugus kunci kepada Ashley. Ashley mengambil kunci itu.

"Ini adalah kunci bilik kelab. Saya akan serahkan kunci ni untuk kau supaya kau boleh buat kerja di sana tanpa datang ke sini. Mulai dari sekarang, kau hanya perlu buat kerja di bilik kelab... Lepas itu, saya nak semua fail yang ada sana, disusun kemas di rak.. "

"Saya juga nak kamu periksa semua fail yang berkaitan dengan tournament nanti. Saya nak kami bantu team basketball dengan maklumat pasal lawan mereka nanti..."

"Kamu faham?" tanya Coach Dhin.

Ashley mengangguk dengan laju. Dalam hatinya, dia mengeluh kecewa. Alaaa... Ingatkan saya boleh stay di sini dan tengok Senior latihan.. Rupanya saya kena buat kerja di kelab pula...

"Kamu boleh buat kerja mula esok," kata Coach Dhin.

Latihan sudah berakhir.

Setelah Coach Dhin memberikan kunci kelab, dia pun berlalu.

Ashley mengeluh sambil memandang Coach Dhin yang sudah semakin jauh itu.

"Ashley... Apa kau buat berdiri sana lagi tu? Marilah kita pulang!" teriak Bryend.

Ashley menoleh ke arah Bryend. Dia tersenyum kecil. Sempat lagi dia menyimpan kunci yang diberikan oleh Coach Dhin ke poket beg dia. "Okey!"

Kawan-kawan Bryend yang lain sudah menunggu Ashley di luar dewan.

"Hari ni kau nak balik dengan bas lagi kah, Ashley?" tanya Jared.

Ashley tersenyum. "Saya rasa lagi bagus saya ikut bas lah... Korang boleh balik dah... Tak perlu tunggu saya lagi," kata Ashley.

"Saya nak temankan kau macam kemarin," kata Bryend lagi.

Ashley menggeleng dengan cepat. "Tak apa, korang balik saja. Saya okey!"

"Kalau macam tu... Saya balik lah dulu," kata Eden.

Ashley mengangguk lalu dia melambai ke arah Eden.

"Kau yakin kau mau ikut bas?? Kau tidak mahu saya hantar?" tanya Bryend lagi.

Ashley tersenyum lagi. "Ya... Saya boleh ikut bas. Kenapa kau mahu risau juga? Bukan ada apa-apa juga pun kalau saya naik bas," kata Ashley lagi.

Bryend diam saja. Dia teragak-agak untuk meninggalkan Ashley atau menemani dia.

"Saya pulang dulu," kata Kenzie. Dia terus berjalan meninggalkan kawasan dewan itu.

"Saya pun!" kata Steven. Dengan cepat dia mengejar Kenzie. "Kenzie, tunggu saya!!"

Ashley hanya memandang Kenzie dan Steven berlalu. Dia mengeluh dalam diam.

"Saya pun nak pulang awal hari ni. Sorry, Ash.... Lain kali saya akan temankan kau pula," kata Jared.

"Tak apa... Saya masih boleh jaga diri saya sendiri," kata Ashley lagi.

Jared pun berlalu dari sana.

Tinggal Jeremy, Charles, Herry dan Bryend lagi yang masih ada di sana.

"Yang korang masih ada di sini tak nak pulang kenapa??? Atau korang masih ada urusan lain?? Kalau korang masih ada urusan lain, saya pergi dulu ya.... Nanti saya kena kasih tinggal pula dengan bas kalau saya lambat," kata Ashley.

Ashley berjalan meninggalkan empat orang lelaki itu.

Bryend terus saja mengejar Ashley sambil menyebut nama Ashley dari jauh.

Jeremy dan dua orang lelaki yang lain pula saling berpandangan. "Herm, Ashley tak pujuk kita pun supaya kita temankan dia," kata Herry.

"Kau nak Ashley pujuk kita, macam tu?" kata Charles pula.

"Eh, mana ada.... Saya cuma hairan dengan Ashley... Dia ni kejap baik dengan kita. Kejap tak kisah, kejap macam dia tak kenal... Lepas tu, dia pandai pula tolak tawaran kita nak tolong dia.. Kalau perempuan lain, semua berebut mau kita layan dorang. Ashley boleh pula buat tidak tahu, "kata Herry sambil menggaru kepala dia.

"Mungkin nanti kalau dia sudah biasa, dia akan berubah menjadi macam perempuan lain juga," kata Jeremy pula. Jeremy terus berjalan meninggalkan dewan itu tapi dia tidak bergerak mengeja Ashley. Malah dia bergerak ke tempat letak basikal pula.

Charles dan Herry saling berpandangan lalu mereka terus mengejar Jeremy.

===================

ASHLEY menoleh ke arah Bryend yang duduk di sebelah dia. Bryend juga ikut memandang ke arah Ashley.

"Kau ni, kan saya sudah cakap tak payah temankan saya di sini. Cuma tunggu bas saja, terus saya pulang.... Kau pulanglah sana.." kata Ashley pula.

Bryend tersengih lebar, menampakkan sifat kebudak-budakan dia. "Saya tak kisah. Suka hati saya lah nak buat apa."

"Kau kan penat main basketball tadi? Pulanglah sana.. Pergi berehat," kata Ashley lagi.

"Kalau kau nak saya cepat pulang.. Kau ikut lah saya pulang.. Biar saya yang hantar kau pulang ke rumah," kata Bryend pula.

Ashley terus menggeleng. "Eergh, tidak mahu lah.... Biar saya naik bas saja."

"Jadi, kalau tidak mahu tu.. Biarlah saya temankan kau di sini saja. Selagi kau belum naik ke atas bas tu.. Saya tidak mahu pulang."

"Kau ni degil lah... Saya suruh pulang, tidak mahu," kata Ashley pula.

"Suka hati," balas Bryend selamba.

Ashley mengeluh. Dia tidak boleh bercakap apa-apa lagi supaya lelaki di sebelah dia ni pulang terlebih dahulu.

Lama mereka mendiamkan diri di sana.

Ashley merasa kekok sebab sudahlah tempat tu sunyi, yang ada di perhentian bas tu cuma lah Ashley dan Bryend saja.

"Bryend.. Saya nak tanya ni. Kau dan kawan-kawan kau yang lain kenapa tiada girlfriend..?? I mean, you guys are popular.. Senang korang nak dapat girlfriend sebab semua orang suka korang.. Tapi saya tengok korang tiada girlfriend pun..." tanya Ashley, memecahkan kesunyian diantara dia dan Bryend.

Bryend kelihatan berfikir sejenak dengan pertanyaan Ashley. "Sebab kami popular lah kami tidak mahu ada girlfriend."

Berkerut dahi Ashley mendengar jawapan itu. "Sebab?"

"Kalau kami ada girlfriend, nanti peminat kami yang lain cemburu. Tak pasal-pasal nanti girlfriend kami tu kena buli... Tengok kau, kau baru saja bergelar assistant kami, tapi sudah kena buli."

Ashley tersengih pula.

"Bahaya lah ada girlfriend ni. Saya tak nak ada orang bergaduh sebab alasan dia, gara-gara kami..."

"Pernah ada perempuan bergaduh sebab kau?" tanya Ashley.

Bryend mengangguk saja. "Pernah... Lepas tu, saya surrender. Saya tak nak ada perempuan bergaduh pasal saya saja. Tak pasal-pasal saya kena marah dengan parents budak-budak perempuan yang bergaduh tu, tapi yang buat hal tu, anak perempuan dorang," kata Bryend mula bercerita.

Ashley terus ketawa mendengarnya. "Bahaya juga influence kau ni, kan? Sampai parents dorang pergi marah kau lagi," kata Ashley pula.

Bryend ketawa kecil. "Tapi semua tu sudah lama. Masa tu saya masih pemain bola sepak."

"Kau pemain bola sepak sebelum ni?" tanya Ashley dengan wajah terkejut dia.

Bryend mengangguk. "Ya, lepas tu saya pindah ke sekolah ni sebab ramai perempuan yang bergaduh sebab saya. Saya tak mau ada perkara yang sama jadi saya tukar sukan, saya ikut basketball."

"Untungnya kau boleh main semua sukan... Saya mana pandai sukan lain.. Saya cuma tahu main tenis saja. Itupun bukannya saya pandai sangat," kata Ashley pula.

"Kau main tenis?? Waah, saya nak tengok kau main tenis lah lain kali. Kau tak ikut kelab tenis di sekolah kita kah?" tanya Bryend.

Ashley menggeleng pula. "Tak mahulah... Saya malu mahu main tenis depan semua orang."

"Eih, kenapa pula?? Kalau kau pandai main tenis, kenapa kau sorokkan dari orang lain?" tanya Bryend pula.

Ashley tersengih sambil dia menunduk. Dia bermain-main dengan jarinya sendiri. "Saya bukan macam korang yang sangat handal dalam sukan. Saya hanya pandai main tapi tidak lah hebat sangat sampai nak pergi bertanding dengan orang lain..."

Bryend melihat kelakuan Ashley yang bermain dengan jari-jemari dia sendiri. Bryend menggigit bibirnya untuk mengelakkan dirinya daripada berteriak teruja dan memeluk Ashley di sana.

Seriously, this girl is so cute!! Did she know that she is cute??? Or did no one tell her that she is cute?

"Oh, bas sudah sampai!" kata Ashley bila dia melihat ada bas yang datang ke arah perhentian bas itu.

Bryend juga mengalihkan perhatian dia ke arah bas itu. Cehh, cepatnya bas datang... Saya baru saja nak dating dengan Ashley.... Kacau lah bas ni...

Ashley masuk ke dalam bas dan mencari tempat duduk yang berdekatan dengan tingkap. Ashley memandang ke luar tingkap dan dia melambai ke arah Bryend.

Bryend hanya tersenyum dan dia membalas lambaian itu...

Sampai bas itu hilang dari pandangan, barulah Bryend meninggalkan perhentian bas dan pulang.

Nächstes Kapitel