Boom !!!!!!!!!!
Bunyi letupan di hujung wad .
"Lari ! Lari ! Tangki oksigen meletup ! " , ujar staf nurse yang menjerit menyelamatkan diri .
Ika yang yang baru membeli makanan di kantin terkejut dengan suasana riuh .
Ika melihat kelibat Mak Mah yang sedang menyorong Mak Cik Ana keluar dari wad . Air mata Mak Cik Ana bagaikan meminta pertolongan .
Tak mungkin perkara ni berulang dalam hidupnya . Asap tebal menyelubungi wad itu .
Kimy !
Ika lari mendapatkan Kimy . Ika melihat Kimy terbaring di atas katil .Ika melihat Cindy di depan katil Kimy . Matanya samar-samar melihat Cindy .
"Apa yang kau buat dengan budak ni ," Ika menolak tangan Cindy .
"Kau diamlah perempuan ! Gara-gara budak yang tak guna ni aku tak khawin dengan abang dia , budak ni memang patut mati ! " ,menepis tangan Ika lantas menolak Ika ke dinding .
Boom !!!!! Bunyi kuat tangki oksigen kedua meletup . Api kian marak .
Cindy melemparkan cecair kemoterapi kepada Kimy . Seakan-akan kurang waras .
"Sakit ! Akak tolong Kimy ! Mata Kimy! Sakit ! ", Kimy meraung lemah .
"Korang berdua memang patut mati ! " , Cindy berlalu pergi dan mengunci pintu ruangan bilik Kimy .
Huk! Huk!
Ika cuba bangun . Keadaan asap tebal itu menyukarkannya untuk bernafas . Ika mengambil kerusi roda dan cuba menyelamatkan Kimy .
"Kimy , bangun Kimy . Akak selamatkan Kimy " , Ika mengerakkkan badan Kimy namun tiada respon yang diberikan oleh Kimy .
"Adik !!! Bangun adik!!! Adik kimy tak boleh tinggalkan akak , tolong !!! " , Ika meraung kesesakan . Namun jeritannya kurang kedengaran akibat suaranya yang makin lemah .
" Pesakit yang bernama Kimy Danial masih di dalam wad " , ujar salah satu staf nurse yang sedang melihat check list pesakit .
Pasukan Bomba dan Penyelamat sampai di tempat kejadian .
"Bro , aku minta maaf bro ! Adik kau masih ada dekat dalam .Aku tak dapat selamatkan adik kau sebab tangki oksigen mudah meletup " , ujar Ben dengan nada yang bersalah .
Boommmm ! Letupan ketiga tangki oksigen .
Chris melihat ibu dan Mak Mah sudah pun berada di luar . Chris meluru masuk ke wad untuk menyelamatkan adiknya dan Ika.
Chris cuba membuka pintu bilik adiknya .
"Ika ! Ika ! , kalau awak dengar saya , bukakan pintu bilik ni " , jerit Chris dengan kuat .
Namun tiada jawapan dari dalam bilik .
"Bro , api dah makin marak ", jelas rakan setugas Chris .
"Aku kena selamatkan adik aku , isteri aku yang dekat dalam ni , kau tolong aku ...", Chris menggunakan tenaga dengan sekuatnya .
Akhirnya pintu bilik Kimy dapat di buka ."Bro , tolong angkat adik aku , aku selamatkan isteri aku " , merangkul tubuh Ika .
Ika melihat Chris dalam keadaan yang sama-samar . Kali ini dia melihat Chris .Jika dulu Mira yang menceritakan , tetapi kini dia melihat Chris benar-benar menyelamatkannya dan juga Kimy.
"Encik Bomba .... " , mata Ika tertutup . Dadanya sukar untuk bernafas .
Andai kisah ku terhenti di sini , aku redha dengan ketentuan Illahi bahawa hidup ini hanya sementara.