webnovel

Chapter 60

2013. Meor bungkam.

Ingatannya masih memutarkan kejadian berulang-ulang. Malah, lirikkan senyuman itu seakan dirakam dengan jelas olehnya.

Waktu pagi mulai, menampakkan cahaya subuh. Meor, masih belum mampu melelapkan matanya. Otaknya masih ligat mengali ingatan dan cuba meraih setiap perbuatannya yang hanya menuju ke jalan buntu. Ini bukan drama triller yang menceritakan kisah mistik atau bergenre fantasi yang boleh mengubah manusia menjadi haiwan atau mengembalikan haiwan menjadi manusia. Itu hanya sebuah rekaan. Sekarang ini, dia hidup di dunia sebenar. Dunia realiti. Berita kehilangan dua beradik kembar itu, pada mulanya dia menyangka ianya satu gimik. Tetapi, maklumat yang diperolehi oleh ibunya sendiri yang merupakan adik tingkatan, kepada Puan Zahrah atau ibu Ainaa dan Sofea adalah perkara benar. Malah, dia akui akan perkara itu.

Sehingga kini, pasangan kembar itu hilang begitu sahaja.

Jika, dari sudut pembacaannya di dalam blog kembar tersebut, jika dicampur dengan kes kehilangan beberapa mangsa dan kebanyakkannya adalah dari kenalan yang mereka kenali. Semuanya adalah enam kes. Kes yang pertama, adalah kes yang melibatkan anaknya sendiri. Di mana, semua tumpuan utama terasa ditumpukkan pada kejadian anaknya hilang, dan hinggalah detik pertemuan kehilangan anaknya.

Kes kedua, adalah kes kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas yang jatuh menjunam ke sebuah juram.

Meor mengeluh berat. Mungkin kerana marah, dia telah menelefon Aisyah sewaktu kejadian teman lelakinya terlibat sama dalam nahas kemalangan bas itu. Kejadian yang belaku padanya, membuatkan dia sentiasa membaca blog si kembar. Sehingga dia melulu menghubungi Aisyah.

Dia tak nafikan, bahwa dia berada dalam dilema dan trauma.

Hati Meor bersungut. Dia gopoh dalam membuat keputusan.

Namun, tatkala dia teringat semula kejadian itu, dia kembali terimbas akan kunjungannya awal pagi tadi. Dia, mengusap dagunya dengan riak wajah yang masih terganggu dan penuh dengan berbagai soalan.

Sewaktu dia datang mengunjungi rumah Puan Laila. Dia melihat Aisyah sedang menarik beberapa helaian rambutnya yang basah, ke belakang cuping telinga. Seluruh tubuhnya, lenjun dibasahi air hujan dan keadaan dirinya yang tersalut lumpur dan kotoran tanah seakan corak kotor yang tidak diambil peduli. Wajah kusam dan sugul itu, seperti manusia yang mati akal. Bejat dan beku, jiwanya itu. Bawah matanya gelap, dan bibirnya mengelupas kulitnya. Gadis cantik itu seakan berubah sembilan puluh darjah sejak pemergian arwah kekasihnya.

"Macam mana keadaan Aisyah sekarang?" aju Meor, dalam ketika memerhati gadis muda yang berada di halaman rumah dalam keadaan berhujan.

Hanya gelengan kepala, sebagai jawapan untuk rakannya itu. Meor terdiam seketika. Kenapa arwah kekasih Aisyah terlibat dalam blog Ainaa Sofea? Persoalan itu, ingin ditanya pada Aisyah. Tetapi, apabila dia sedang mencari jawapan. Rakannya itu seakan, hilang kewarasan.

"Aisyah akan jadi macam ini, apabila ada bunyi guruh dan hujan. Setiap kali jadi macam ini, dia seakan menangis dalam hujan. Saya dah banyak hantar dekat doktor psikologi. Masih sama." keluh Puan Laila. Gadis muda itu, dilayan seperti anak anaknya sendiri.

Ujaran Puan Laila, membuatkan dia melepaskan keluhan berat.

Walaupun, dia juga hampir hilang akal. Tetapi, disebabkan dia mempunyai keluarga. Dia telah dapat sokongan dalaman, yang akhirnya dia cuba reda akan qada dan qadar Allah.

Cuma....setiap kes yang berlaku dan di upload dalam blog si dua kembar itu membuatkan dia ingin mencari jawapan. Apa yang berlaku? dan, mengapa mereka terlibat.

Dan paling tidak...dia perlu tahu, mengapa lembaga dari alam ghaib itu menganggunya dan sering sahaja menyebut nama dua kembar itu. Pada mulanya, dia tidak sedar.

Namun, apabila dia melihat ibunya semalam yang berada di luar rumah. Dia tergamam. Mungkin ibunya tidak sedar, bahawa ibunya berbicara dengan lembaga tersebut. Malah, lembaga itu sempat tersengih, dari halaman apabila mengetahui dia berada di balkoni bilik sedang melihatnya.

Kenapa, sekarang baru dia tahu?

Malah, blog yang masih tergantung itu seakan mempermainkan perasaan pembaca apabila, blog akhir mereka tiada sambungan atau penamat. Menunggu, siapa? diakah??

"Meor." ketukan pintu bilik, mengejutkan lelaki muda itu yang asyik dalam fikiran.

"Ya, ada apa?" ujarnya, seraya membuka pintu bilik. Wajah ibunya, sudah tersenyum lembut di muka pintu.

"Esok, kamu tiada ke mana-mana kan." tanya si ibu. Meor, lekas menidakkan.

"Tak. kenapa ya?" soal Meor. Reaksi ibunya, dan ulah ibunya cuba diteka. Seperti ada sesuatu yang mustahak yang ingin dibincangkan oleh ibunya itu. Tentang isterinyakah? Petang tadi, dia ada bertanya khabar isterinya di kampung. Mustahil... "Ada sesuatu yang penting ke?" tanya Meor semula.

Puan Najiha, senyum nipis. "Ya. Esok ibu, nak cakap sesuatu. Tidur. Malam dah lewat." utara ibunya sebelum beredar. Namun, Meor segera menahan ibunya di muka pintu.

"Kalau nak cakap sekarang pun, angah tak ada masalah. Lagipula, angah memang tengah free." ulah Meor, menahan ibunya dan beriak tenang. Lengan ibunya, dipengang.

"Esok. Esok, ibu cerita." kata Puan Najiha tatkala anaknya itu bersikap sedikit mendesak dan rasa ingin yang tinggi. Sentuhan si anak, di tepuk lembut. Meor angguk.

Melihat ibunya mengatakan bergitu. Meor angguk perlahan. Ada sebab, kenapa dia perlu tahu esok. Tidak mengapalah. Bersabar sedikit sahaja. Getus hatinya.

Puan Najiha berlalu. Meor, masuk semula ke dalam bilik. Suiz lampu, ditekan menutup cahaya lampu. Dia kemudian, bergerak ke katil lalu merebahkan dirinya. Kes ketiga...adalah kes pembulian seorang pelajar hingga menjadi satu kes bunuh. Kes berlaku, selepas sebulan dari kes kemalangan bas.

Mengapa?? Meor menyoal perlahan, sebelum dia lena di atas katil.

Tamat-Siri Pertama 1

Terima kasih, kepada pembaca yang sudi menanti setiap chapter dengan sabar. Saya akan menyambung siri kedua.

Nächstes Kapitel