webnovel

Bab 24

"Dah?" nada Qhalif kedengaran biasa ditelingaku selari aku berjalan menghampirinya dengan langkah segera.

"Dah, kita tangkap gambar diluar sekejap; ya? Sementara tunggu asar.."

"Anything you say, Mis…"

"Qhalif." Nadaku yang sengaja ku tegaskan tadi membuatkan dia terdiam sambil tersengih.

"Pfft…ya, ya…aku gurau sajalah…jom, nanti hujan; basah pula gambar kau nak ambil nanti."

"Apa yang kau merepek ni? Punyalah cerah hari ni….?!?! Qhalif, tunggulah!" sekali lagi aku melontarkan suara dengan perasaan tak puas hati selari mula ditinggalkan Qhalif ditengah kawasan lapang itu.

"Kau ni bisinglah…ni masjid kot; tak bolehkah kau turunkan volume kau tu sikit?" tegurnya sambil menjeling dengan sebaris senyuman sinis dibibirnya.

"Yang kau tinggalkan aku tengah-tengah panas tu apahal?"

"Alah, matahari dunia saja;kot…bukannya kau boleh cair pun…"

"Amboi sindir, nampak?"

"Pfft…dahlah…kau nak ambil gambar dimana ni?"

Selesai solat asar, Qhalif keluar dulu dari ruangan solat lelaki menuju ke ruangan parkir tempat dia meletakkan kereta Iffah tadi; dia mula menunggu didalam kereta selari kelibat Zahra masih belum kelihatan.

"Pelik… kenapa aku tak nampak langsung kelibat dua orang tu?"

'Mungkinkah sebab ini kawasan masjid? Jadi…diorang tu…'

"Qhalif!"

"!??!" berderau darah lelaki itu apabila tiba-tiba kelibat seorang wanita bermata merah tiba-tiba muncul dihadapan matanya sambil menunjukkan sepasang taring panjang dimulut; kukunya panjang dan tajam menambahkan lagi gerun reaksi garangnya.

"Pfft…hahah..kau patut tengok muka kau tadi… dah rupa macam orang nampak hantu pula aku tengok, tahu?"

"…" Qhalif terdiam apabil menyedari wanita itu adalah Zahra dan kini dia kelihatan seperti biasa tanpa sebarang tanda wajah yang dilihatnya tadi.

"Eh? Weyh, Qhal…kau okay? Kenapa senyap saja ni? Kau sentapkah? Aku bergurau sajalah… janganlah macam ni." Zahra menegur rakannya apabila reaksi Qhalif kini nampak masih pucat selepas usikkannya tadi.

"Tak, aku okay…jom."

"Betul ni?" sekali lagi dia bersuara dengan nada sedikit resah; ternyata dia khuatir akan reaksi yang diberikan Qhalif tadi.

"Ya…dah masuk cepat; kita kena balik bilik ni…nanti diorang cari pula…"

"O..kay..kalau kau dah cakap macam tu…"

'Apa yang aku nampak tadi tu? Kenapa…aku nampak perempuan tu dalam bentuk Zahra? Apa yang terjadi sebenarnya ni?' Qhalif mengumam dengan perasaannya sendiri apabila peristiwa tadi masih bermain dalam kotak fikirannya sejak tadi.

"…"

'Kenapa dengan kawan aku yang seorang ni? Takkanlah sebab aku usik dia tadi…dia sentap? Qhalif, sentap? Tak mungkin! Dia bukannya sejenis yang cepat terasa, setahu aku… lagipun, dia sendiri dah biasa dengan gurauan kasar ni… apa yang tak kena dengan kau, Qhalif?' aku mendiamkan diri sambil memerhatikan Qhalif yang sedang leka menumpukan perhatiannya ke pemanduannya itu tanpa kata; perasaanku masih tak selesa dengan reaksi yang ditunjukkannya sejak tadi.

"…."

'Makin berkerut dahinya tu…apa yang difikirkan anak Khairul Azmi ni, ya?' aku mengomel dalam hati selari mataku sesekali menjeling ke arahnya.

"Kau nak makan dulu, sebelum balik bilik?"

"Hah?" aku yang baru tersedar mendengar nada spontan Qhalif tadi terkedu seketika sebelum memberikan respon.

"Kau nak pergi makan dulu tak? Nanti takut tak ada pula kedai yang buka di kawasan chalet tu…" sekali lagi dia bersuara; kali ini menjeling tajam ke arahku.

"Oh…hah…boleh juga…tapi, aku rasa baik kita bungkus sajalah…boleh makan di bilik dengan yang lain…" sengaja aku mengalihkan pandangan kea rah luar tingkap disisiku sambil cuba menyembunyikan perasaan kekok yang masih terasa.

"Okay… " jawapan perlahan Qhalif membuatkan aku terdiam kembali.

'Risau juga kau dengan aku ya?' sebaris senyuman sinis terbentuk dibibir nipis lelaki itu selari mengalihkan kembali perhatiannya ke arah hadapan.

'Mungkin aku patut tanyakan hal tadi pada dua orang tu…mungkin mereka tahu apa yang aku nampak tadi…' satu keluhan yang terasa berat dilepaskan tanpa suara selari Qhalif menghentikan kenderaan yang dipandunya itu berhampiran satu gerai kampung yang terletak tak jauh dari masjid tadi.

"Sini?"

"Hm…kenapa? Kau tak suka? Kalau kau tak nak, aku boleh saja bawa kau pergi restoran dipekan tu…"

"Eh, tak payah…aku suka gerai kampung macam ni dari restoran-restoran tu… sebab selalunya di gerai-gerai nilah masakkan diorang rare sikit." Dengan spontan, Zahra mengangkat kedua tangannya; menolak serta-merta cadangan rakannnya itu.

"Hah, tahu pun…dah, jom…nanti lauk habis, jenuh kita nak mencari kedai lain…" bebelnya lagi selari mematikan enjin kereta.

"Okay, boss!" sengaja Zahra mengangkat tabik sambil tersengih sebelum mula bersiap untuk turun dari perut kereta itu selari Qhalif sendiri turun dari situ.

"?!?!?" setelah Qhalif keluar dari tempat pemandu dan meninggalkan aku bersendirian disitu, secara tiba-tiba pandanganku mulai jadi gelap dan kepalaku terasa berpusing-pusing.

'Apa pula ni?' aku duduk dengan reaksi statik sejak tadi; walaupun pada realitynya aku

"Dah kenapa pula tu? Lama betul dia nak turun?" sempat lagi Qhalif membebel selari mengambil tempat di salah satu kerusi digerai itu. Pandangannya dilayangkan kembali kepada Zahra yang tampak duduk tegak sejak tadi tanpa sebarang reaksi.

'Eh? Dah kenapa dia buat muka macam tu? Ada apa-apa yang tak kenakah?' dengan serta-merta Qhalif bangun dari situ dengan perasaan khuatir yang makin meluap-luap selari mula menghampiri pintu Zahra yang masih kelihatan duduk tegak sejak tadi.

"Zahra? Kau okay? Zahra?!?!?" saat dia membuka pintu sebelah penumpang itu; dia jadi makin panic apabila tubuh Zahra tiba-tiba tumbang ke arahnya; sempat dia menahan dengan kedua tangannya sebelum gadis itu terjatuh.

"…."

"Zahra? Bangun Zahra! Kenapa ni!"

"Kenapa tu?"

"Kenapa tu, nak?"

"Saya tak tahu, pak cik…kawan saya tiba-tiba tumbang…"

"Angkat dia, bawakan dia keluar dari situ…mungkin panas…"

"Ba..baik…" dengan langkah segera, Qhalif mengangkat tubuh lemah Zahra menuju ke dalam ruangan gerai ebelum diletakkan diatas kerusi yang disusun betul-betul dibawah kipas siling tadi.

"Qha…lif?" baru saja dibaringkan Zahra di atas kerusi tadi, gadis itu mula membuka matanya perlahan; menarik perhatian Qhalif kembali padanya.

"Zahra? Kau dah sedar? Bangunlah…kenapa kau pengsan ni?" Zahra mula bangun dari situ dan duduk sambil memegang kepalanya yang masih terasa berat.

"Aku…tak tahu, tadi aku rasa pening sangat…kepala aku… rasa berat…"

"Nah..minum air ni dulu… cuba bawa bertenang dulu…"

"Terima kasih…" gelas air yang dihulurkannya dicapai gadis itu dengan berhati-hati sebelum diteguknya perlahan-lahan sambil diperhatikan Qhalif dan beberapa orang digerai itu.

"Kita balik chalet, okay? Kau rehat disitu dulu…" Qhalif bersuara lagi sambil mengambil kembali gelas tadi dari tangan Zahra dan diletakkan di atas meja berhadapannya.

"Kau tak belikan makanan dulu? Nanti diorang nak makan…"

"Zahra…kesihatan kau lagi penting sekarang…soal makan tu, nanti aku boleh minta Fatin atau yang lain belikan…kita balik dulu, okay?"

"Okay….sorry…sebab susahkan kau."

"Jangan merepeklah… kau tak pernah menyusahkan aku pun." Sebaris senyuman dilayangkan pada gadis itu bagai ingin menekankan maksud ayatnya tadi; membuatkan Zahra hanya tertunduk dengan sebaris senyuman kelat diwajahnya.

Nächstes Kapitel