webnovel

Bab 16

"So, you guys datang sini semata-mata untuk kenduri tu?"

"Yeah…lebih kurang macam tulah…"

"Lepas ni, you all ada nak pergi mana-manakah?"

"Kami ingat nak ronda-ronda kawasan sini, kan; Zahra?"

"Hahh? Er….ya."

"…." Qhalif yang duduk disisinya sejak tadi hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan reaksi pelik Zahra itu; gadis itu kelihatan agak pucat dari biasa.

"Apa kata kalau macam tu, I sarankan kita pergi ke satu tempat ni? Tempat tu tak jauh sangat dari sini; tapi agak terpencil…tak ramai orang yang tahu pasal tempat tu."

"Terpencil? Tempat apa?"

"Kawasan air terjun…it's like a secret spot; not many knew about that place."

"Sounds exciting! Kita pergi, nak?"

"Zahra, kau okay?"

"Hmm? …ya…aku…"

"Zahra? Kenapa kau nampak pucat sangat ni?"

"Hah? Entah…aku rasa…pening…dan sejuk…."

"Sejuk?"

"Ergh…"

"Zahra? Janganlah pengsan dekat sini! Zahra!" lantas Qhalif bangun dari situ sambil membuka jaket denimnya dan menyelimutkan rakannya itu sebelum mula mengangkat Zahra menuju ke kereta.

"?!?!?" tindakan Qhalif menarik perhatian kesemua rakannya tadi ke arahnya kini; Phoebe kelihatan cemas selari berlari ke arah

"Zahra, kenapa tu?"

"Fatin! Cepat tolong aku, bawa dia ni pergi klinik!"

"Hah? Er…ya! Tapi…bil…"

"You guys pergilah, nanti I settlekan hal ni…"

"Eh? Tak apa kah?"

"Fatin!"

"Y..YA! okay, thanks Encik Mikael…nanti saya janji saya bayar balik, okay?" nada Qhalif kedengaran cemas dan tegas pada masa yang sama membuatkan Fatin hanya akur dan terus melangkah laju meninggalkan ruangan itu mengekori Qhalif dari belakang.

"Thanks, cik Mikael."

"No problem…just call me if anything…"

"Sure.."

'Aku akan pastikan kita berjumpa lagi lepas ni, Puteri Zahra.' sebaris senyuman sinis dilayangkan Mikael apabila sekumpulan remaja itu meninggalkan ruangan restoran itu dengan langkah cemas.

Sesampainya di klinik, tak ada apa yang pelik mengenai tahap kesihatan Zahra dan hanya dikatakan kekurangan rehat dan nutrient. Zahra ditempatkan di satu bilik rehat yang disediakan dalam bilik rawatan itu sementara menunggu untuk dia sedarkan diri.

"Tak apakah kita biarkan Zahra tu disini, Qhalif?" Fatin mengomel dengan nada perlahan selari matanya masih melekap pada Zahra terbaring kaku di atas katil bilik rawatan itu.

"Habis tu, kau nak aku angkut dia masa dia tak sedarkan diri ni naik bilik? Nanti lagi bengang dia dengan aku pula!"

"..tapi, awak sendiri dengar tadi, mungkin Zahra akan lama tak sedarkan diri tu…sanggupkah awak nak tunggu sampai dia sedar disini? Kalau di bilik tu, tak apalah lagi…ini..di klinik ni?"

"Kalau kau tak nak tunggu, kau pergi dulu dengan si Phoebe tu…aku boleh saja tunggu Zahra tu disini."

"Eh? Bukan itu maksud saya, Qhalif…saya…"

"Okay juga tu! Apa kata kalau kita biarkan Qhalif ni tunggu Zahra disini? Kita pergilah mana-mana dulu, Fatin! Lagipun, tadi Encik Mikael ada cakap pasal air terjun tu…apa kata kalau kita pergi check out dulu? Nanti bila dah tahu tempat, masa Zahra dah sihat, boleh kita ajak dia kesana pula!"

"Phobe! Takkan kau nak kita tinggalkan Qhalif saja untuk jaga Zahra tu? Zahra tu kawan kita, Phoebe!"

"Aku tahu, dia kawan kita, Fatin…tapi, aku pun kenal dengan sikap Zahra tu..kau pasti dia akan suka kalau dapat tahu yang kita tangguhkan aktiviti kita hari ni semata-mata sebab dia jatuh sakit? Kau rasa dia akan suka? Aku tak fikir yang dia akan terima nanti…dan aku pasti dia akan rasa bersalah sebab buatkan kita terbantut dengan niat bercuti kita ni. I don't want she to feel 'extra' bad when she wakes up later."

"…tapi…" penerangan panjang amoi tadi ternyata membuatkan Fatin terfikir akan keemua kemungkinan itu selari makin berat untuk menjawab.

"Fatin, kau pergi sajalah dengan diorang tu…aku kan ada? Kau tak percayakan aku untuk jaga kawan kau ni?"

"Qhalif..."

"Fatin? Should we?" Phoebe mengangkat keningnya selari memegang bahu rakannya itu.

"Okay… aku akan pergi. Tapi! Qhalif, kalau ada apa-apa nanti, tolong beritahu aku, faham? Update dengan aku bila Zahra sedar nanti, ya? Dan…Phoebe! Kalau ada emergency pasal Zahra nanti, kita akan terus balik, tak kira masa tu kita ada dimana dan tengah buat apa, faham?" sempat lagi dia memberikan beberapa syarat dengan nada tegas; ternyata dia masih tak keruan melihatkan keadaan Zahra yang masih tak sedarkan diri itu.

"Ya…"

"Yes, maam!"

"Dah…pergilah…lama kawan kau tunggu diluar tu." Desak Qhalif lagi.

"Pfft…okay…"

"Kitorang pergi dulu, ya; Qhalif?"

"Hmm…take care." Perlahan jawapan yang diberikan lelaki itu selari memberikan mereka sebaris senyuman kelat kepada kedua rakannya itu.

Setengah jam kemudian;

Dengan kini tinggalnya Qhalif bersendirian dengan Zahra didalam bilik rawatan itu; lelaki itu merehatkan kepalanya sambil bersandar di atas kerusi yang tak jauh dari katilnya tadi. Perlahan-lahan dia menutup matanya selari tanpa sedar dia mula lalai dibuai ke alam lena.

"Qhalif?"

"??!?!"

"Qhalif..aku perlukan bantuan kau."

"Kau! Apa yang kau buat disini?"

"Tidak bolehkah kau menjadi lebih bersopan apabila berhadapan dengan tuanku?"

"Tiung! Kita tak banyak masa; jangan bazirkan masa beta!"

"Maaf, Tuanku…"

"…apa yang korang nak dari aku lagi? Aku tak rasa yang aku berhutang apa-apa dengan kau..kalau pasal hal ni hutan tu, aku mengaku aku berhutang budi dengan kau ebab selamatkan aku."

"Jadi, tak terdetikkah dihati kau untuk membalas budi aku itu?"

"Apa maksud kau? Apa yang kau nak dari aku, sebenarnya?"

"Tak susah…benda yang kau sendiri akan lakukan tanpa aku suruh sekalipun."

"?!?!"

"Lindungi Zahra… jangan biarkan apa-apa terjadi pada Zahra…dan…jangan benarkan dia…dekat dengan lelaki tu."

"Lelaki…tu? Siapa?"

"Mikael."

Pada masa yang sama;

"Zahra?" walaupun agak kabur, suara itu kudengar dihujung cuping telingaku mendayu-dayu beberapa kali; lantas aku membuka mata yang masi terasa berat.

"Hmm?"

"Zahra? Puteri Zahra…"

"Si...siapa?"

"Zahra sayang… aku, nenda kamu…baguslah kalau kamu sudah sedarkan diri."

"Nen…da? Siapa?Ah! Siapa kau? Aku di mana ni? Mana kawan-kawan aku?" aku menjadi panic apabila perasan kini aku telah pun berada di tengah-tengah sebuah hutan tebal yang kelihatan asing bagiku; lantas aku duduk memeluk lututku dan menjauhi nenek yang kelihatan mendekatiku tadi dengan panic.

"Zahra…bertenang sayang…kawan kamu ada…kamu pengsan dan tak sedarkan diri. Kamu tak ingat? Kamu pengsan tadi." Perlahan nada yang dikeluarkan wanita yang kelihatannya seperti berumur 60-70 tahun ini kepadaku.

"Iya…betul…tapi, macam mana saya boleh ada disini pula? Tadi…saya pengsan di restoran tu; dan siapa nenek, ni? Macam mana pula nenek boleh tahu nama saya?" sekali lagi aku bersuara sambil mataku masih meliar ke sekeliling kawasan yang kelihatan gerun padaku ini.

"Zahra, nenda faham; pasti kamu sedang keliru sekarang….dengan keadaan ini, nenda pasti kamu terkejut dan susah nak terima. Tak mengapa sayang; nenda faham…tapi, nenda merayu pada kamu supaya kamu lebih berhati-hati lagi lepas ni, ya?"

"Berhati-hati? Kenapa? Apa maksud nenek maksudkan? Eh? Apa…apa yang jadi ni? Nek? Nek!" ayatnya tadi membuatkan aku makin bertanya-tanya sebelum dengan tiba-tiba wanita tua itu tiba-tiba kelihatan mula menjauh dariku tanpa sedar.

"Nenda perlu pergi sekarang…setakat ni, ini sahaja yang mampu nenda tolong kamu; Zahra. Yang lainnya, kamu perlu usahakan sendiri, ya; cu?" tanganku diusap buat kali terakhir sebelum dia mula berlalu pergi dari situ.

"….!!!!"

'Nek! Jangan pergi! Apa maksud semua ni? Nenek!' aku cuba mengeluarkan suaraku pada masa itu; tapi segala usahaku sia-sia apabila satu suara pun gagal ku lontarkan selari seluruh tubuhku jadi bagai kaku dan tak boleh bergerak dari situ walau ku cuba dengan sepenuh dan sedaya yang aku boleh.

'Nenda' yang menemuiku tadi kini makin lama makin menjauh dariku dengan sambil memberikanku sebaris senyuman kelat; ternyata dia risau akan keberadaanku tapi tak berdaya untuk berbuat apa-apa.

'Tapi…kenapa? Dan siapa orang tua tu? Kenapa dia macam sedih bila nampak aku?'

Nächstes Kapitel