webnovel

Bab 14

"Zahra? Kenapa suara kau macam cuak semacam ni? Ada apa-apa yang tak kena ke; Zahra?" suaranya kedengaran mula panik walaupun agak lemah; mungkin nada yang aku lontarkan tadi kedengaran lain dari biasa.

"Se..sebenarnya Qhal…aku…eh?...?!?!?" baru sahaja aku ingin memberitahunya perihal 'kelibat' yang ku nampak tadi, niatku terbantut apabila aku menoleh ke arah katil itu; 'dia' tak kelihatan lagi disitu membuatkan aku yang dari tadi menundukkan kepala di tepi pintu bilik air, kembali berdiri tegak. Perasaan takut yang kurasakan tadi makin hilang dan diganti dengan perasaan ingin tahu pula.

'Eh? Mana pula 'benda' tadi tu pergi? Aku tahu aku nampak dia tadi…takkanlah…cuma khayalan aku saja?' aku tergamam berdiri disitu sebelum mula bergerak mendekati katil yang kini telah kosong; memang tak ada langsung tanda atau kesan katil itu telah diduduki sebelum ini kerana cadar katil masih elok terletak seperti sebelum ini.

"Zahra? Kenapa tu? Apa yang jadi? Kau tak apa-apa?" suara Qhalif yang kedengaran dari telefon pintar ditangannya itu menarik perhatian Zahra kembali mendekat gadjet itu ke telinganya sambil matanya masih ligat memerhatikan keadaan sekeliling bilik yang gelap itu; kalau-kalau nampak akan 'kelibat' tadi lagi.

"Hah? Ta…tak…aku okay…mungkin, perasaan aku saja tadi." Zahra segera menjawab Qhalif selari mula menenangkan dirinya sambil duduk di hujung katil tadi.

"Betul ni? …ataupun kau nak aku datang tengokkan?"

"Eh? Tak…tak payah…aku okay, kau rehatlah dulu…esok kita jumpa; ya?" dengan cepat, Zahra menolak tawaran rakannya itu selari masih cuba menenangkan dirinya sendiri dan menghela nafaa panjang.

"Okay, kalau kau dah cakap macam tu…nanti kalau ada apa-apa, kau roger aku; okay?"

"Ya…"

"Assalamualaikum, nite…jangan tidur lambat sangat."

"Waalaikummussalam…kau pun, nite…" sebaris senyuman dilayangkan sebelum mematikan talian dan menurunkan telefon pintanya tadi ke atas ribanya; direnungnya lama skrin yang telah gelap tadi sebelum dengan perasaan tak menentu.

'Apa yang aku nampak tadi? Satu petanda? Atau Cuma khayalan…atau, aku cuma terlalu letih?'

"?!?!" bunyi pintu bilik air yang tiba-tiba terbuka menarik perhatianku; Fatn keluar dengan tuala dikepalanya.

"Zahra, sorrylah…saya lambat keluar…lama awak tunggu?"

"Eh? Taklah…aku tak tidur lagi, kira okaylah tu…"

"Hmm…pergilah masuk…jangan mandi lewat sangat…nanti sakit pula…"

"Yes, Maam!" aku bangun selari tersengih sebelum berjalan menuju ke bilik mandi yang jaraknya hanya beberapa langkah saja dari katil ini.

"Pfft…"

'Apa-apa pun…aku bersyukur sebab 'benda' tu dah tak ada… buat masa ni…aku harap kalau 'benda' yang aku nampak tu wujud sekalipun…janganlah dia dekat dengan kawan-kawan aku ni.' harapku dalam hati selari melayangkan senyuman kelat ke arah Fatin yang kini berjalan menuju ke katil tadi sebelum masuk ke dalam ruangan tandas dan menutup pintu dibelakangku.

Keesokkannya;

"Qhalif! Tunggulah sekejap…perlahan sikit; Qhalif!" kedengaran suara Robert dari belakang kami sedang aku, Phoebe dan Fatin berjalan menuju ke ruangan lif untuk turun; aku menoleh secara refleks selari melihat Qhalif kini meluru ke arahku dengan keadaan tergesa-gesa sebelum berhenti betul-betul di hadapanku; membuatkan aku berdiri kaku disitu.

"?!!?" bukan aku sahaja yang terkejut, malah Phoebe dan Fatin yang berada disitu juga kelihatan terkejut kemunculan lelaki ini dihadapanku secara tiba-tiba.

"Qha…lif? Kenapa ni?"

"Aku ada benda nak cakap dengan kau, boleh?"

"Er…Sekarang? Apa kata kalau kita pergi makan dulu? Lepas tu…?!?!"

"Sekarang, Rita."

"…"

"T..tak apa, Zahra…nampak macam penting…awak pergilah dengan Qhalif dulu; kami ke gerai bawah tu…nanti saya send location pada awak." Fatin bersuara apabila aku mengalihkan pandanganku padanya dengan perasaan keliru.

"I…ya, betul kata Fatin tu…kau pergilah dulu."

"O…kay."

"Jom!"

"?!?! Eh, Qhal!" aku terkejut apabila dia mula bergerak dari situ dengan langkah laju selair menarik aku sekali berjalan laju menuruni anak tangga yang tak jauh dari situ beberapa kali aku hampir tersungkur kerana cuba mengejar langkahnya.

"…"

"Qhalif…kenapa dengan kau ni? Cubalah perlahan sikit!..?!?!" aku terdiam apabila dia tiba-tiba berhenti di salah satu anak tangga sebelum mula berpaling untuk berhadapan denganku secara tiba-tiba.

"…." Dari bersuara, lelaki ini hanya memandangku dengan renungan tajam; membuatkan aku makin tak selesa berdiri betul-betul dihadapannya kini.

"Qhalif? Kenapa dengan kau ni?"

"…"

"Qhal?" dalam posisi yang sama; masih menundukkan wajah darinya, aku cuba bersuara lantang buat seketika.

"Ma…maaf…aku…"

"Kau tak sihat lagikah?..?!?!" niatku untuk memarahinya terbantut lagi apabila Qhalif tiba-tiba memegang lenganku; memaksa aku untuk memandangnya kini.

"Zahra?"

"Ya…?"

"Semalam, kau kena ganggu lagi; kan?"

"?!?!" terbeliak mataku mendengarkan pertanyaannya tadi; ternyata aku tak jangka dia akan tahu tentang perkara itu secepat ini.

'Macam mana…dia boleh tahu?'

"Betul, kan? Aku boleh agak dari reaksi dan suara kau semalam Zahra."

"…."

"Kau masih terganggu dengan semua tu?"

"Aku tak boleh lupa apa yang jadi, Qhal…benda tum akin menjadi-jadi…aku sendiri pun tak faham, kenapa."

"Well…at least now you're not alone." Perhatianku kembali beralih lelaki tinggi lampai ini yang mula bergerak menjarakkan dirinya dariku dan kini duduk di anak tangga disebelah bawahku.

"Apa maksud kau?" aku menyertainya dan mengambil tempat disisinya dengan perasaan ingin tahu.

"Aku tak sepatutnya beritahu kau sebenarnya..tapi, aku rasa aku dah mula faham perasaan kau diganggu tu sekarang."

"?"

"Masa aku tak sedarkan diri selama 3 hari tu…"

"Apa yang jadi sebenarnya masa tu?"

"Aku tak tahu macam mana nak cakap…semua tu tampak macam mimpi dan tak logic langsung pada mulanya…sampai sekarang aku susah nak percaya semua tu betul-betul jadi."

"Welcome to my life… itulah apa yang aku fikirkan masa mula-mula aku kena ganggu dulu…sampaikan aku rasa mungkin semua ni hanya satu mimpi dan aku mula lali dengan gangguan tu…tapi…lagi aku cuba lawan, gangguan tu macam jadi makin kuat…dan berani."

"Zahra…boleh kau beritahu aku apa yang kau nampak semalam?"

"Aku nampak…" terus aku menceritakan peristiwa pelik yang ku alami sepanjang malam semalam bermula dari kelibat 'tambahan' yang datang melawat aku dan peristiwa 'extra' Fatin dalam bilik tidur kami.

"…" setelah mendengar penjelasan panjang lebarku tadi, Qhalif hanya terdiam sambil terlihat sepertinya sedang memikirkan sesuatu.

"Qhalif?"

"Ya…"

"Kenapa dengan kau? Kau nampak macam risaukan sesuatu saja? …dan…kau ada cakap yang kau faham perasaan aku kena ganggu tu…kau kena ganggu kah? Kau tak nak ceritakan pada aku?"

"Aku…"

"Qhalif? Apa yang kau cuba rahsiakan ni?"

"Buat masa sekarang ni, aku tak boleh nak beritahu kau lagi; Zahra…tapi…aku yakin akan sampai masa nanti aku boleh beritahu semuanya pada kau…."

"…tapi.." aku menundukkan wajah darinya; ternyata aku tak puas hati dengan jawapan yang kuterima darinya.

"Okaylah, jom!"

"Eh?" aku terkedu apabila Qhalif tiba-tiba bangun dari situ sebelum berpaling semula menghadapku.

"Kita pergi makan, jom! Diorang dah lama tunggu tu, kan?"

"Ah…ya…jomlah.." aku bangun dari situ masih dengan perasaan tak puas hati selari memberikannya sebaris senyuman paksa. Aku masih dapat rasakan yang dia tak berlaku jujur dengan aku ketika itu.

'Maaf, Zahra…aku tak boleh beritahu kau hal sebenar lagi sebab aku sendiri pun tak pasti dengan apa yang jadi pada aku hari tu…tapi…ada kemungkinan tak yang makhluk aku jumpa tempoh hari…ada kena-mengena dengan gangguan yang Zahra kena tu?' detik ati Qhalif selari mengekori gadis itu menuruni anak tangga menuju ke lokasi yang dihantar Fatin ke telefonnya tadi.

Nächstes Kapitel