webnovel

Bab 9

"Aku tak ada kena mengena dengan golongan manusia yang kau sebutkan tadi! Kalau kau mengapakan aku pun, itu takkan dapat ubah apa-apa! Usaha kau akan jadi sia-sia saja!"

"Kau ingat aku kisah akan semua tu? Aku cuma nak puaskan hati aku dengan darah kau, darah manusia durjana! Biar aku matikan keturunan kau hari ni supaya kelak, keturunan kau takkan berlaku kejam kepada makhluk lain seperti aku mahupun golongan kau sendiri!" berderau darah lelaki itu mendengar suara lantang berbaur ugutan tadi selari berdiri kaku disitu.

'Ma..tikan keturunan aku? Maksud nya..dia nak bunuh aku sebelum aku sempat ada anak seniri?' sempat lagi Qhalif bermonolog dalam hati selari keberaniannya tadi mulai terasa goyah.

"Hahahah! Kenapa kau diam, manusia? Kau dah kecut dengan ugutan kecil aku? Bukankah tadi kau kata bongkak?"

"Sudah! Hentikan permainanmu ini makhluk durjana, aku perintahkan kau sekarang!"

"?!?!?" suara lantang yang datang dari arah bertentangannya menarik perhatian Qhalif yang masih kelihatan pucat kerana keletihan mencari jalan sejak tadi.

"Kau! Apa yang kau nakkan?"

"Aku mahu kau lepaskan manusia ini; dia bukanlah lawanmu dan kau sendiri pun tahu yang kau bukan lawanku jua." Lelaki yang kelihatan sedikit berumur dari Qhalif tadi berdiri tegak dengan lagak yakin; tak ada sekelumit pun perasaan takut mahupun ragu dalam suara mahupun reaksinya dari tadi.

'Siapa pula lelaki ini? Dia manusia…atau… dia nampak macam manusia; tapi setahu aku, jin dan syaitan pun boleh meniru rupa manusia…' bagai dapat membaca apa yang bermain di fikiran Qhalif ketika itu; lelaki misteri tadi memalingkan wajah padanya dengan sebaris senyuman sebelum mula bersuara semula.

"Kau jangan risau, aku dipihak kau…walaupun aku Jin, Syaitan mahupun manusia; ingatlah yang aku tetap makhluk yang maha esa. Hanya keturunan dan jenis yang memisahkan kita." Hujahnya lagi selari memalingkan kembali pandangannya kearah pokok besar tadi.

"…" dari menjawab, Qhalif hanya berdiri kaku disitu tanpa sebarang reaksi.

"Tiung, bawa budak ni keluar dari sini; sekarang." Ucapnya perlahan. Membuatkan seorang lagi lelaki; kali ini bertubuh lebih kecil darinya mendapatkan Qhalif sebelum menariknya jauh dari kedua mereka.

"Apa yang kau fikir kau nak buat, ni; Siung? Kau nak menentang aku; demi manusia tak guna ni?"

"Apa dosa yang budak ni dah buat sampaikan kau nak ambil nyawa dia?" nada tegas lelaki tadi kedengaran sayup sebelum mereka berdua meninggalkan pokok besar tadi.

'Si…ung? Bukankah itu…' sempat lagi Qhalif bermonolog dalam hati selari kakinya bagai melangkah sendiri meninggalkan kawasan tadi mengekori lelaki tadi dari belakang.

'Ken…kenapa aku tak boleh berhenti dari melangkah ni? Macam… aku tak boleh kawal badan aku sendiri' lantas pandangannya tertumpu kepada lelaki yang berjalan laju dihadapannya tadi.

"Tak guna kau nak cuba berhenti atau gerakkan badan kau, manusia; sia-sia saja usaha kau tu…"

'Siapa diorang berdua ni?'

"Kau tak perlu tahu siapa kami lagi…kau hanya perlu ikut arahan kami setakat ini."

'Arahan? Siapa kau nak arahkan aku? Eh? Aku tak ingat pula aku bersuara tadi! Macam mana pula…?!?!'

"Kau tak perlu nak pelik sangat, manusia…aku boleh dengar apa yang kau fikirkan walau kau tak bersuara sekalipun; itu antara kelebihan yang kami ada." Nadanya kedengaran selamba selari masih melangkah laju dihadapannya sebelum berhenti secara mengejut.

"!??!"

"Aku akan tinggalkan kau disini…tapi, ingat! Kau perlu ikut arahan kami…dan jangan berani ingkar!"

'Arahan, arahan, dari tadi suruh ikut arahan…tapi, aku tak dengar apa-apa arahan pun dari kau! Lagipun, kelebihan kau ni tak membuktikan yang aku perlu ikut kata kau!'

"Walau dalam keadaan macam ni pun, kau masih bersikap angkuh, manusia? Memang tak reti mengenang budi! Kalau bukan disebabkan arahan baginda tadi; sudah bercerai jasad dari roh kau, tahu?"

'Jadi, sekarang kau nak bunuh aku pula?'

"Ya…tapi; bukan sekarang…kerana aku masih perlu hormatkan baginda…aku perlu tunggu sehingga kau tak berguna lagi untuk Tuanku; pada mas itu barulah ka akan tahu langit ni tinggi atau rendah."

'Sekurang-kurangnya, aku tak serendah kau; jin ketot.'

"Kau! Berani kau hina aku?"

'?!?!?'

"Rasakan kuasa 'jin ketot' yang kau hina tu!"

"Tiung!"

"?!?!?"

"Apa yang kau buat?"

"Ampun, Tuanku…patik hanya bercandah dengan manusia ini."

"Jaga perilakumu, Tiung; tak usah kau gertak dia…dia manusia yang bernilai bagiku dan keturunanku, faham? Selepas ini aku tak mahu lihat kau bertikam lidah dengannya lagi!" tegas suara lelaki yang digelar 'Tuanku' oleh lelaki genit tadi membuatkan Qhalif hanya membatu diitu; tak berani untuk berkata dalam hati pun.

"Kau masih tak lepaskan dia?"

"Ah..patik salah, tuanku…" beberapa saat selepas itu; Qhalif jatuh ke tanah, mungkin sihir atau apapun yang dikenakan keatasnya tadi telahpun dibatal atau dihentikan. Lantas reaksi panic terus terpancar diwajah lelaki itu selari dia kembali berdiri dengan perasaan cuak dan keliru.

"Si…siapa kau? Kenapa kau ganggu aku, hah?"

"Bertenang, saudara Qhalif…tuan hamba salah faham….beta tak ada apa-apa niat jahat pun pada tuan hamba."

"?!?!...ma…macam mana kau boleh tahu nama aku, hah? Siapa korang ni?" suaranya bergetar; tapi di lantangkan nadanya untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya itu.

"Ciss! Manusia! Angkuh sungguh bicaramu! Bukankah Tuanku tadi baru sahaja membantu kau melepaskan diri dari dibunuh penunggu pohon besar tadi? Tidakkah kau sekurang-kurangnya rasa bersyukur dan terhutang budi kepada kami? Patutnya kau kami biarkan ditelan hidup-hidup dengan penunggu tu tadi!"

"Tiung! Bukankah beta dah bilang tadi, usah gertak dia lagi! aku tak mahu dia makin jauh dengan kita! Kita sepatutnya berada dipihak yang sama!"

"ma..maaf…Tuanku…" sekali lagi Tiung menyusun jari meminta ampun kepada lelaki tadi dengan penuh reaksi penyesalan; tak berani lagi untuknya berbicara selepas itu.

"Terima kasih sebab tolong aku tadi…tapi, aku yakin, kau bukan saja-saja nak tolong aku, kan? …apa yang kau nakkan sebagai balasannya?"

"Nampaknya kau faham dengan tujuan kami…bagus…tak salah aku memilih kau."

"Jangan nak berdolak dalih lagi, bagitahu aku apa yang kau nak dari aku? Kalau kau nak minta aku untuk puja kau atau bela kau, aku takkan terima dan kau dah salah plih orang."

"Kau fikir kau siapa; berani kau menghina Tuanku? Kau tahu…?!?!?"

"Tiung! Sudah! Kamu jangan campuri urusan ini; biar beta yang uruskan…"

"Tapi, Tuanku! Dia dah melampau! Dia hina Tuanku!"

"Tiung, dia tak tahu perkara sebenar…beta tak terasa terhina pun. Kamu janganlah cepat melatah dengan perkara kecil sebegini lagi."

"Maaf, Tuanku…patik dah melampau…"

"Berbalik kepada apa yang beta katakana tadi…nampaknya tuan hamba dah salah faham…beta bukanlah jin seperti yang tuan hamba fikirkan; siapa beta, mungkin belum masanya lagi untuk kamu tahu, Qhalif. Beta cuma ada satu permintaan pada kamu…."

"Per…min…ta…an????!??!" dengan tak semena-mena pandangannya menjadi makin berpinau dan berpusing-pusing sebelum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya tadi.

'kejap! Jangan pergi! Kau masih tak beritahu siapa kau dan apa permintaan kau tu!' seluruh

"Aku hanya pinta supaya kau jagakan waris aku, waris Kiambang…"

'Wa..ris?'

"Jagakan Zahra Amira…dan jauhi Mikael; itu amanat aku untuk kau sehingga kita bertemu lagi, saudara Qhalif Aziz." Suara itu semakin sayup kedengaran dan semakin menghilang sebelum segalanya menjadi kelam dan senyap semula.

Nächstes Kapitel