webnovel

Bab 20

"Tu...nang? Abang awak dah tunang?" Keluarnya kamu dari ruangan hospital itu, kami terus ke bahagian cafetaria hospital untuk mula berbincang; sebelum itu, sempat Amry bertukar nombor dengan telefonnya sebelum keluar tadi.

"Actually...bakal...diorang patut bertunang hujung bulan depan..lagipun, abang tu macam tak suka sangat dengan idea ni." Aku mengenggam air soya yang dibelinya tadi dengan perasaan serba salah kerana aku tahu aku perlu beritahu hampir semua perkara tentang abang pada lelaki ini untuk membantunya nanti.

"Maksud awak? Abang awak.. tak sukakan tunang dia tu?"

"Bukan... abang suka ...tapi, dia macam masih ragu-ragu dengan perasaan sendiri."

"Sebab Laila?"

"...." Aku mengangguk perlahan sebelum kembali tunduk dengan perasaan serba salah.

"Honestly, saya sendiri tak jelas dengan 'cerita cinta' abang awak dengan kakak sepupu saya tu...tapi, saya pernah dengar yang mereka ada krisis; dua tahun dulu?"

"Erm... ayah... tak restu hubungan abang dengan kak Laila dulu... tapi, abang betul-betul sayangkan kak Laila tu... jadi... hubungan ayah dan abang Amier..." Mia kelihatan makin serba salah kerana perlu bercerita perihal abangnya itu.

"...tak okay?"

"Ya... sebab itulah ayah macam dingin dengan abang Amier tu."

"..." Amry mendiamkan diri sambil menyentuh dagunya; seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Awak?" Reaksinya itu menarik perhatian Mia lagi.

"Payah juga situasi abang awak ni...cinta dia terhalang..., orang yang dicintainya kahwin dengan lelaki lain; dia bertunang dengan perempuan lain...tapi, kenapa abang awak tak tolak sahaja cadangan untuk bertunang tu; dulu?"

"Ah...itu... sebenarnya, abang memang minat dengan kak Qiera dari dulu lagi...jadi, dia tak komen apa-apa pasal pertunangan tu." Mia mengalihkan pandangannya jauh dari lelaki itu dengan perasaan serba tak kena.

"Macam mana dengan sekarang?"

"Maksud awak?"

"Saya percaya sekarang awak dah sedia tahu tentang penceraian Laila, kan?...dan saya pasti, abang awak mesti dah tahu pasal hal ni terlebih dahulu."

"..." sekali wanita dia mendiamkan diri sambil mengerutkan dahi.

"Mia?"

"Saya tak tahu... saya...kurang faham dengan apa yang sedang difikirkan abang buat masa ni..sebab, sejak 2 tahun lepas, abang dah lain...dia dah tak nak rapat dengan saya macam dulu... Cuma...baru-baru ni saja dia nampak macam mahu bersikap terbuka dengan saya..dan tiba-tiba, jadi macam ni pula..."

"Mia... saya tahu, awak risau... malah, mungkin awak lebih risaukan abang awak tu dari diri dia sendiri...tapi, janganlah risau; saya percaya semua ini berlaku bersebab dan kita akan sama-sama cari jawapan untuk masalah ini, okay?"

"Baik..."

"Baguslah kalau awak dah cakap macam tu...buat masa sekarang ni, saya minta supaya awak berterus-terang dengan saya perihal abang awak tu, boleh?"

'Berterus-terang pasal abang Amier? Taklah teruk sangat, kan?' detik hati kecilnya lagi selari mengetap bibir; walaupun segalanya makin jelas padanya kini, dia tetap tak rasa agak kekok untuk bercerita perihal abangnya itu dari pandangannya sendiri.

"Pasal Abang Amier? O...kay..." walaupun agak janggal, aku mula membuat 'brain storm' dalam kotak fikiranku serentak menyusun ayat.

"Jadi, abang awak ni seorang yang open-minded tapi, agak complicate jugalah, orangnya?" selesai sesi 'epilog' kehidupan abang kandungku, lelaki dihadapanku ini mulai bersuara dengan nada bersahaja.

"Mung...kin?" balasku sambil menggaru kepalaku yang tak gatal; terasa agak janggal menceritakan perihal abang kepada tuan empunya badannya sendiri; walhal walaupun aku tahu hakikat sebenarnya yang lelaki yang menyerupai abangku ini bukanlah dia.

"..."

"Jadi? Awak nak teruskan?"

"Macam kita ada cara lain? Tapi, awak janganlah risau; buat sementara waktu ni saja..awak pun perlu biasakan saya sebagai abang awak, okay?"

"Er...ya..." aku menundukkan kepala tanda setuju walaupun agak keliru dengan arahannya tadi.

'...tapi, betulkah dengan apa yang kami nak buat ni? Patutkah aku minta nasihat sesiapa sebelum teruskan rancangan ni?...tapi, bila difikirkan balik...adakah orang yang nak percaya dengan apa yang aku cuba cakapkan ni?' aku menelengkan kepala sambil melayan perasaan sendiri dalam hati.

"Awak fikirkan apa tu? Sampai terteleng kepala dibuatnya?"

"Hah? Er...tak...saya..." ayatku terasa terekat selari aku mula menunduk lagi.

"Abang."

"Hmm?" nada selamba dan pendek tadi menarik perhatianku padanya semula.

"Awak kena mula panggil saya dengan panggilan itu, mulai sekarang; faham?"

"Eh? Kenapa pula? Lagipun...awak bukannya abang saya...Cuma nampak macam....!??!" aku terdiam apabila tersedar akan pernyataan dalam ayatku sendiri tadi.

"Dari reaksi awak tu, saya pasti awak dah faham maksud saya tu." Sebariss senyuman dilayangkan padaku dengan spontan.

"Ya...saya kena biasakan dengan panggilan tu disebabkan situasi kita sekarang, kan?"

"Saya harap awak tak kisah."

"....y...ya...saya okay..." walaupun agak ragu-ragu, aku memaksa diriku untuk bersuara lagi sambil masih mengelakkan pandangan darinya.

'Tipu! Kau tipu, Mia! Kau tahu kau memang kisah dan memang ada masalah dengan memanggil seseorang yang bukan abang kandung kau dengan panggilan 'abang', kan?...tapi... aku tak boleh nak pentingkan diri dan abaikan kepentingan orang lain, kan?' aku bermonolog dalam hati selari masih membiarkan pandanganku melayang ke luar tingkap tempat duduk belakang teksi yang kami naiki tadi menyusur pulang ke arah rumah ku.

"Awak...?!?!" Aku teringat sesuatu apabila teksi yang dinaiki kami itu mula memasuki taman perumahan kami; lantas berpaling untuk menghadapnya.

"Eh? Awak dah lupa sesuatu?"

"?!?! Er... Maaf... a...bang?"

"Hah, biasakan diri tu...lagipun; Mia bukannya tak biasa dengan panggilan tu, kan?"

"O...okay..."

'Memanglah! Tapi...bila tahu yang orang didepan aku ni bukan 'abang' aku, macam mana aku nak sebut panggilan tu dengan nada selamba?' aku merungut dalam hati sambil menguman perasaan sendiri.

"Hmm..kenapa?"

"Ah, awa..Er....a...bang nak cakap apa dengan ayah nanti? Pasal hal pagi tadi...dan kita keluar ni? ...dan...apa rancangan abang lepas ni?" masih cuba berlagak biasa dan cuba menyembunyikan perasaan resah yang makin meluap-luap dalam hatiku.

"Itu..."

"Abang?" reaksi serba salah yang ditunjukkan menarik perhatianku padanya semula; ternyata dia sedang kusut tentang hal ini.

"Honestly, saya tak pasti lagi...tapi; saya akan cuba adapt kalau boleh, okay? Mia janganlah risau sangat." Katanya lagi selari memberikanku sebaris senyuman; aku tahu dia hanya ingin memberikanku kepastian supaya aku berhenti risau akan hal ini.

"Ya...'

"Assalamualaikum... "

"Waalaikumussalam...hah, dah balik? Korang pergi mana tadi? Susah sangatkan kau nak angkat telefon bila aku call kau?" suara Abang Hakimi yang kelihatannya muncul dari pintu depan rumah menyambut kami yang baru tiba disitu.

"Hah? Abang ada call Mia? Ah...sorry...mungkin Mia tak perasan tadi..."

"Itulah, lepak lagi dengan si blur ni...nanti dengan kau sekali masuk air."

"Ini..." suara Amry yang datang dari arah belakangku menarik perhatian abang Hakimi kepadanya selari memberikannya pandangan keliru.

"Abang Hakimi...Hakimi Fattah... dia abang long kita." Terangku selari cuba bersuara bersahaja.

"Ni dah kenapa pula ni? Kau dah kenal dengan aku, Amier?" abang sulungku ini bersuara penuh dengan nada sinis.

"Abang, biarlah Mia terangkan dulu...sebenarnya..."

"Kau sengaja berlakon sebab nak kenakan si Mia ni, kan?"

"Ber...lakon?" masih dalam karekter, Amry memandangnya dengan pandangan keliru.

"Abang! Apa ni? Cubalah dengar dulu apa yang Mia nak cakapkan ni..." aku mulai hilang sabar apabila aku tak diberi peluang untuk menghabiskan ayatku.

"Apa yang bising-bising depan pintu ni? Hah, Amier, kamu dah balik? Kenapa tak masuk?"

"Mak...ayah ada?" sempat lagi aku bertanya selari mataku mula meliar ke arah dalam ruang rumah yang kelihatan kosong sejak tadi.

"Tak...ayah keluar tadi dengan tok Imam... ada majlis katanya..."

"Ah..."

"Ni, mak... Amier buat perangai...dia berlagak macam tak kenal dengan Abang Hakimi ni..." abang Omar pula bersuara dengan nada penuh tak puas hati; matanya masih menjeling ke arah kedua kami.

"Kamu ni kalau bergaduh pun, tak payahlah sampai buat-buat tak kenal..."

"Mak, abang... abang Amier ni bukan berlakonlah...dia...?!?!"

"Mak?" nadanya perlahan tapi terang; menarik perhatian aku dan kedua abangku tadi kepadanya.

'Apa yang dia cuba nak buat ni?' aku terdiam apabila Amry tiba-tiba berjalan melepasi aku menuju ke arah mak yang kelihatannya mula terpinga-pinga dengan reaksi diwajah lelaki itu.

"Kenapa dengan kamu ni, Amier?" nada mak penuh dengan kerisauan membuatkan kami bertiga terdiam; tak berani untuk bersuara.

"Maaf, mak...Amier...tak dapat ingat apa-apa..."

"?!?!"

"?!?!" ternyata pernyataan penuh perasaan lelaki itu membuatkan abang dan mak percaya bulat-bulat akan kata-katanya itu tanpa sebarang pertanyaan langsung.

'O...kay, that's REALLY am good...' aku mengomel dalam hati sambil menjeling reaksi penuh dramatik lelaki yang menyerupai abang keduaku ini yang masih kelihatan menghayati wataknya sejak tadi sambil didekati kedua abang dan mak itu.

Nächstes Kapitel