webnovel

Apakah itu bahagia?

Definasi bahagia tiap manusia adalah berbeda.

Mungkin pada satu orang itu bahagia bila dia makan sesuatu yang istimewa, pada yang lain pula bila berjalan serata dunia atau bila di berikan bunga atau berjalan di taman istana semuanya tidak sama kerana sebagai manusia hati dan perasaan kita tidak ada manusia lain tahu melainkan Allah SWT sahaja.

Bagi aku bahagia aku bila aku tenang dan gembira bersama si dia yang aku kasihi.

"Assalamulaikum sayang, ayuh subuh ,waktu tak menanti nanti terlepas", lembut ajakan Shuib sambil memerhati sang isteri menyediakan sarapan pagi untuk seisi rumah sebelum berangkat ke tempat kerja.

"Sebentar Anje, I ambik wuduk semula yer", ucap Ros berlalu ke tandas untuk menyediakan diri berjemaah bersama suami dan ahli keluarga yang lain.

Bagi Ros bila bersama si buah hati sangat indah kerana tiap hari di lalui amat istimewa. Walau duduk di rumah mentua, tiada rasa berbeda kerana si buah hati menjalankan tanggunjawab sebagai anak lelaki sejati kerana bagainya ibubapa adalah tanggungjawab terutama,terutama bila ibu bapa sudah tidak punya kudrat atau tidak sihat maka tiap kerenah atau telatah harus di layani sebaiknya.

Allah itu maha kaya segala perancangannya amat istimewa.

Rutin harian berjemaah bersama waktu subuh, berkongsi kereta ke tempat kerja namun jika ada kekangan atau berlainan tujuan mereka akan pastikan berjumpa untuk lunch atau berjanji temu untuk

menyemarakan lagi kasih sayang pada setiap masa buat mereka berdua.

"Anje, hari ini ada cerita wayang baru dah keluar,jom date?", ajak Ros .

"Nak pergi berdua atau nak ajak Ijad sekeluarga?",Shuib memberikan cadangan kepada Ros.

"Ikut Anje, I okay sahaja, kalau pergi The Curve ajak mereka best juga boleh ajak pergi makan ayam goreng korean yang baru tu, Nor tentu suka, I mesej Nor dahulu kalau dia okay kita tengok wayang sekali, cerita tu pun klasifikasi PG13, Danish pun boleh enjoy sekali", terus Ros menyatakan penyetujuan dengan cadangan Shuib kerana rindu juga pada si tembam Danish yang chicky kerana hampir seminggu tak berjumpa. Rasanya Shuib pun rindu sama. Shuib memang sangat penyayang pada kanak-kanak namun bukan rezeki untuk punya anak sendiri lagi. Buat masa sekarang kasih dan sayang di kongsi bersama anak saudara dan anak teman baik, berkasih sayang kan indah tiada had untuk di kongsi bersama.

"Assalamulaikum", dari jauh kedengaran suara Danish memberikan salam pada Shuib dan Ros sambil berlari kearah mereka untuk menyantuni dan meyalami kedua kesayangannya.

Kelihatan di belakang papa dan mamanya berjalan laju menyaingi si montel yang lincah walaupun berbadan agak gempal, bermuka bulat, berkulit putih serta memakai kaca mata seperti si ibu.

"Auntie Ros, hari ini Auntie Ros dan Uncle Shuib tidur rumah kita boleh?, nanti boleh main manopoly yang pak su beli untuk Danish semalam", beria Si Danish memujuk Ros dan Shuib ke rumahnya.

"Hari ini tak boleh Danish esok kerja, kalau weekend nanti Auntie lepak sana, boleh?", pujuk Ros sambil membelai pipi si montel.

"Alah..., Danish dah hebat tau main, baru nak fight dengan Uncle Ib dan Auntie Ros, Cik Eita dan Cik Mai balik Lancang, Danish bosan kat rumah tu dengan papa dan mama jer, minggu ini Mama wa, Mama Eti dan Mak Su tak datang diorang ada hal tak best la kalau Uncle Ib dan Auntie Ros pun tak de", rajuk si kecil lagi.

"Minggu ini Danish datang rumah kami nak? kita mandi swimming pool? Danish bawa sekali manopoly kita main kat sana, camner? weekend ini?", ajak Ros pula sebab baru seketika mendengar Ijad dan Shuib berborak mengatakan Ijad harus ke Pulau Tioman untuk mengajar selam laut dalam kerana ada pelajar. Ijad adalah jurulatih selam laut secara free lancer, orangnya berkulit hitam manis (selalu di laut mana mungkin cerah melainkan musim moonsun), tegap dan agak berisi. Sesuai dengan si isteri Nor yang berkulit kuning langsat,berkaca mata serta agak rendang dan sweet serta cute. Keluarga bahagia kesemua comel-comel belaka. Bersahabat dari masing-masing masih berpinggang size 25 inci sehingga sekarang size 32 inci dan mungkin membesar lagi dengan jaya kerana hobi kami adalah berjalan,melancong,menonton wayang terbaru dan paling berjaya mencuba makanan baru dan tersedap.

"So trip ke Dungun bagaimana?, proceed ya?", tanya Ijad untuk kepastian.

"Maizi dan Eita dah confirm so, next week kita pergi mencari sotong dan udang goreng tepung paling top di sana",teruja Ijad untuk meluangkan masa bersama teman-teman sebab tahun ini kebanyakan masa habis di laut dan di pulau sahaja. Syukur ada teman-teman yang sudi menjenguk anak dan isteri semasa ketiada dia di rumah. Mendengar percutian pertama sejak papanya terlalu sibuk dengan kerja Danish melonjak gembira kerana sememangnya dia sangat menyintai laut seperti papanya juga ,dia walau bertubuh gempal tapi masih mampu menyelam gaya bebas dan berenang di kedalaman lebih 5 meter.

"Ya, cuti..cuti, mama confirm kan."

"Ye,rasanya esok Cik Ta dan Cik Mai kamu balik, kita pack awal, hari ini kita enjoy movie dulu yer sayang",ucap Nor pada Danish yang senyum di bibir kerana sangat kegembiran dan teruja yang amat sangat.

"Nor, sebelum itu kita dinner dulu jom, awak sure suka daikon jeruk dia best , fried chicken dia pun fresh sangat, juicy and money value",ajak Ros dan mereka semua menuju kearah restauran tersebut untuk mengisi perut yang telah berbunyi tanda kelaparan. Kata orang bila makan berjemaah ini semua sedap walau nasi dengan telur pun boleh bertambah-tambah.

Usai membeli tiket dan solat mahgrib di surau dalam mall ,mereka berehat sebentar mengopi sambil melayani Danish bersembang dan menikmati air krim kegemaran, alah ice krim vanila Mc Donald jer. Anak yang tidak banyak kerenah dan sangat senang di pujuk.

"Bro, aku dan Ros ,alhamdulillah dah beli rumah di Puncak Alam yang aku mention hari tu, dah lulus semua, nanti dapat kunci maybe next week kita pergi tengok ya", berita gembira di sampaikan pada sang sahabat.

"Allhamdulillah,tahniah Ib,perancang lepas ini camner, kau nak duduk asing dari parent kau ke?", tanya Ijad.

"Yang itu kena tengok dulu because parent aku takde yang nak jaga, aku just sediakan rumah untuk isteri aku but let see later how", balas Shuib agak terperanjat dengan soalan si sahabat kerana terlupa sekejap dengan kondisi ibunya yang agak kurang sihat kerana terlalu teruja.

"Yeah..yeah...nanti boleh pergi rumah Uncle Ib", Danish menyampuk .

"Belum lagi Abg Den, nanti dapat kunci ye Uncle bawa".

"Eh! dah hampir waktu tayangan jom, boleh beli pop corn dan hot dog Danish", ajak Ijad sambil memerhati jam di tangan. Mid nite show memang kegemaran mereka kerana agak tidak ramai manusia.

Meluangkan masa untuk kesayangan itu harus, bermuafakat dan bersosial sambil bertakzirah serta bermanolog bersama sambil menambah ilmu serta pengetahuan itu bagus. Cari la ilmu hingga akhir hayat kamu.

This happen 7 years after their marriage.

NorSTcreators' thoughts
Nächstes Kapitel