webnovel

Benar, Palsu

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Walaupun dia mahu menghebahkan rahsia ini, tetapi ini sebenarnya bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan.

Jika Linley mengetahui rahsia ini sebelum ia sampai ke pengetahuan Pemerintah, maka Linley mungkin akan kembali dan segera membunuh Molde! Molde berfikir seketika kemudian menghasilkan rancangan jahat yang mudah.

Balairung seri, kediaman Datuk Bandar Wilayah Skymount.

Seratus pahlawan Dewa Tertinggi berdiri dengan hormat di hadapan balairung seri, menunggu ketibaan Datuk Bandar.

"Agaknya mengapalah Datuk Bandar memanggil kita semua ke sini?!"

Mereka semua menggumam dan sejurus kemudian, seseorang muncul dari pintu sisi balairung seri. Dia adalah Molde berambut putih. Pandangan Molde yang dingin dan mengerikan memandang ke arah Dewa Tertinggi ini dan mereka semua serta-merta berdiri tegak, tidak berani memandang sekeliling ataupun bersikap malas. Molde melangkah ke hadapan balairung seri.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel