webnovel

"Jika begitu, saya doakan kamu, Encik Linley berjaya dalam pengembaraan dan kembali dengan selamat." Lelaki tua beruban, Gallen ketawa tenang. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu lalu berkata dengan tergesa-gesa, "Oh ya, Encik Linley. Saya tidak tahu sama ada kamu tahu atau tidak, tetapi sebaik sahaja kamu menyertai Perang Satah, kamu hanya dibenarkan pulang sebaik sahaja Perang Satah berakhir."

"Eh?" Linley menoleh ke arahnya.

"Tuan Linley, kamu tidak tahu nampaknya." Tetua beruban, Gallen ketawa. "Ini adalah peraturannya. Kamu boleh memilih untuk masuk pada bila-bila masa tetapi semua orang yang memasukinya… harus menunggu sehingga perang tamat sebelum pulang. Kamu tidak dibenarkan pulang sewaktu peperangan berlangsung dan kamu tidak mungkin dapat meninggalkan sewaktu pertempuran berlangsung."

"Saya perlu menunggu sehingga lapan abad?" Linley berkerut.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel