Di halaman belakang manor pusaka, Linley mendengar suara yang datang dari hadapan dan dia berasa hairan.
"Bos." Bebe ketawa ketika memandang ke arah Linley. Dia lantas mengangkat ibu jarinya.
Wade dan Ina merenung Linley penuh memuja. Ina mengulang kembali, "'Pengukir agung genius' yang juga merupakan 'pakar berganda pahlawan' dan 'ahli sihir'. Dia juga merupakan 'pengasas Empayar Baruch' dan juga pemilik tempat suci 'Istana Darah Naga'… Betara legenda, 'Linley Baruch'! Banyak betul gelaran pak cik. Pak cik sangat hebat."
"Sebenarnya, ada satu yang tertinggal. Pahlawan Berdarah Naga puak Pahlawan Terulung!" Bebe menyengih.
Linley hanya mampu ketawa sahaja.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com