webnovel

Pengertian

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Di langit malam yang gelap, cahaya samar-samar Bulan Violet seperti lapisan kain kasa yang nipis menyelimuti bumi. Elquin dan Learmonth masing-masing menghunus senjata dan saling berhadapan di ruang udara banjaran gunung berapi. Kumpulan Linley dan anak kucing keemasan itu pula berada di bawah mereka. Masing-masing mendongakkan kepala untuk menyaksikan pertempuran yang bakal berlaku itu.

"Linley, siapakah yang akan menang?" Delia bertanya lembut.

Linley mendongak ke atas sambil memandang dua pakar yang sedang berada di tengah udara. "Sukar untuk diperkatakan. Saya dapat merasakan Elquin kini lebih kuat sedikit. Namun, tidak kira apa sekalipun, serangan Learmonth benar-benar menakjubkan." Mata Linley sedikit pun tidak bekerlip kerana bimbang dia akan terlepas sebarang pergerakan.

Phusro, anak kucing keemasan itu terapung-apung di tengah udara, menggoyang-goyangkan ekornya perlahan sambil mendongakkan kepala kecilnya untuk melihat.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel