"Siapa yang baru sahaja menjadi pakar Betara?" Tiba-tiba Linley terfikir beberapa kemungkinan.
"Saya harap ia bukan pakar Dewa dari satah asing." Desri berkata lembut. Linley turut mengangguk apabila mendengar kata-kata Desri. Dalam benua Yulan, pakar tempatan tahap Betara sangatlah sedikit. Jika orang yang baru menjadi pakar Betara ini merupakan salah seorang daripada pakar Betara luar…
Situasi yang mereka hadapi ini bertambah buruk.
"Desri, mari kita lihat siapa yang sudah menjadi pakar Betara ini," ajak Linley.
Desri teragak-agak tetapi kemudian dia ketawa. "Baiklah. Mari kita lihat siapa yang bertuah berjaya beralih kuasa itu." Mereka masih berasa bimbang kepada Separa Dewa yang sudah pun mencapai tahap tersebut pada seribu atau sepuluh ribu tahun lalu tetapi mereka tidak berasa bimbang dengan pakar Betara yang baru.
Linley dan Desri lantas terbang ke arah utara dengan pantas.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com