Tanggal 12 April, tahun 10009, kalendar Yulan. Ini merupakan hari di mana Wharton dan Nina akan bertunang di ibu kota empayar. Salah seorang daripada pasangan merpati sejoli ini merupakan adik kepada pakar kemuncak tahap Dewa sementara seorang lagi merupakan puteri maharaja. Majlis pertunangan seperti ini pastinya dihadiri ramai tetamu.
Bangsawan ibu kota empayar yang menerima surat jemputan berasa sangat bangga. Ramai bangsawan biasa tidak layak untuk dijemput ke majlis seperti ini. Lagipun, jika semua orang dijemput hadir, manor Count tidak mampu menampung orang yang sebegitu ramai.
Manor Count sangat meriah pada hari ini dan di luar manor dibanjiri dengan ketibaan kereta kuda yang telah menghalang sebahagian besar Jalan Boulder. Pengawal dan pembantu para bangsawan tidak dibenarkan memasuki manor dan mereka perlu menunggu di luar. Secara keseluruhannya, terdapat beribu pengawal dan pembantu yang menunggu di luar.
Lautan manusia!
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com